KakFat Amway
Your Amway Business Partner
HEALTH | BEAUTY | HOME GADGET
22/03/2023
Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua followers dan customer ema 💚
Morning everyone! Puasa ke harini? 🤗
07/03/2022
HOW TO ALWAYS BE POSITIVE? 😍😍
Pagi ni nak share satu tips.
Untuk orang bisnes yang nak make sure momentum bisnes always on track, mindset always positive, nak bisnes tenang-tenang tanpa gangguan, tak mudah down dan terkesan dengan isu-isu viral.
Jangan sesekali layan mereka yang banyak songeh, banyak komplen, sangka buruk, s**a kondem, s**a dengki, perli-perli, busuk hati, sebar fitnah, caci maki, s**a negative.
Jangan sesekali izinkan golongan kat atas ni rosakkan emosi kita dan kita pulak terkesan sampai down, at the end rosak bisnes kita sebab mereka. Mereka pulak tepuk tangan tengok kita jatuh.
Saya selalu pesan kat diri sendiri, "Do not respond to attacks with attacks, respond with mercy and respect."
Kalau takde benda baik nak tulis, diam.
Kalau nak respon, buat dengan berhemah.
Kita adalah apa yang kita tulis.
Kalau ada yang salah, kita sama-sama baiki. Kalau ada yang jatuh, kita sama-sama bangkit. Ini bukan perlumbaan mencari juara, ini perjalanan panjang merentasi pentas dunia.
Moga bermanfaat. 💓
Salam Dhuha semua! Selamat bertebaran menjemput rezeki barakah. Moga yang mudah-mudah ajeee untuk harini.
Btw, ada yang tengah Monday Blues ke tuuu? 😏
03/07/2021
Lumrah manusia, berkehendak untuk capai sebuah kejayaan dengan cara yang mudah, cara yang paling cepat ibarat kelip mata sekali kejayaan jatuh gugur ke riba.
Tapi ini realiti kehidupan.
Tiada jalan singkat menuju kejayaan. Semua orang akan melalui proses yang sama. Proses jatuh dan bangun untuk berjaya.
Apa pun yang kita buat. Apa sekalipun yang kita usahakan, harus berani mengatur langkah.
‘Langkah menuju kejayaan’
Hari ini, berjanji dalam diri kita untuk mulakan langkah kejayaan ini dengan lebih berani. Berani mencuba sesuatu yang baru, berani memperbaiki kesilapan diri dari masa lalu, berani untuk gagal tapi terus berdiri untuk berjaya.
Mulakan langkah sekarang walaupun kita rasa terlambat, dari kita menyesal hanya dengan meratapi kegagalan yang lalu.
“There Is No Elevator For Sucess, You Have To Take The Stairs and Start The Step”.
Love,
Wanita Biasa Semangat Luar Biasa
07/06/2021
Semua orang diberi masa yang sama iaitu 24 Jam sehari. Its up to us on how to manage it, either we create and find a way, or we waste it and find excuse.
Semua orang ada tanggungjawab masing masing.
Ada urusan masing masing.
Ada yang berkerja hakiki.
Ada yang suri rumah.
Ada yang study.
Tak ada istilah dia bolehlah, dia ada banyak masa.
Its not about the many time.
Its about the effort and how we find a way to make sure we will work for it no matter how hard it is for our dreams.
If you really want it.
If you really want to accomplish success.
If you really want to achieve it.
You will always always try to find a way 😊
06/06/2021
BAHAGIA CARA KITA
Kadang-kadang lumrah bila kita celik mata, kita akan rasa seolah-olah ada orang yang lebih bertuah dari kita dan kita rasa kita banyak kekurangan.
Untuk tenang dan gembira, kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja.
Jangan peduli apa orang kata pada kita. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari.
Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia💪🏻
Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita, yang support kita.
Jaga circle kita!
Jangan biarkan diri kita “melayan” nasihat yang salah. Sebab itu penting untuk kita kawan dengan orang rajin, kita akan jadi malu kalau kita tak buat apa apa tapi si kawan dok berusaha sepanjang masa.
Jangan pernah rasa tak cukup bagus..
Sedangkan setiap manusia Allah dah bagi kelebihan, kita je tak nak observe betul-betul, kita je OVERTHINKING🥲
Cakap yang elok-elok..
Fikir yang baik-baik..
Insyaallah. Tenang dan gembira..
Reflect and react okay ☺️
05/06/2021
Assalamualaikum dan Selamat Pagi ♥️
Ada yang mood swing ke pagi pagi Sabtu nih?
Tolak ke tepi dan buang jauh-jauh semua negative vibes, juga rasa nak bermalas-malasan.
Mulakan hari kita dengan fikir yang baik baik, doa yang baik baik dan cakap yang baik baik. InshaaAllah semua yang datang pada kita juga pastinya yang terbaik.
Dalam bisnes, ada dua perkara utama yang kita kena ambil berat.
Perkara pertama, kita kena selalu jaga niat.
Dari awal kita share atau promote berkenaan produk yang kita jual, kita reply message customer sampai lah kita berjaya close sale. Senang cerita sepanjang masa laa bukan masa awal awal tu jer.
Sebagai manusia biasa, hati kita nih memang tak tetap. Lumrah sebab kita adalah manusia biasa.
Kejap rasa nak bantu orang, kejap kita asyik fikirkan duit.
Kalau kita fikir duit, kita akan rasa down bila customer tak jadi beli atau bila customer cancel tak jadi order.
Tapi kalau kita niat nak bantu customer, inshaaAllah kita okay jer dan kita fikir positif mungkin customer tu ada keperluan lain yang lebih utama. Next time dia akan beli bila dia mampu.
Perkara kedua, bila berbisnes pastikan kita ada untung dan tak rugi. Kena la ada untung, kalau tak buat apa bisnes baik kita makan gaji jer kan?
Tapi, kita kena make sure customer kita dapat untung lebih lagiiiii 🤗
Bagaimana caranya?
Dari segi manfaat produk yang kita tawarkan, kita berikan dia consultation dan after sales service yang terbaik sampai customer dapat betul-betul effect yang dia inginkan. InshaaAllah bukan jer customer happy, kita pun rasa bahagia! Paling best bila dia repeat order lagi dan lagi, terus jadi loyal customer kita 🥰
Selamat menjemput rezeki semua, have a nice day ❤️
Love,
Fatma Sohaimi ♥️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Puchong