Kaydean Malaysia

Kaydean Malaysia

Share

Get healthy skin in 30 days. Trusted for 14 Years. Stop chasing brands. Start understanding ingredients. Know Your Skin. Own Your Glow. SSM: SA0393468-M

31/08/2026

Kulit tiba-tiba gatal, pedih atau merah lepas pakai skincare ⁉️

Jangan terus tukar semua produk. Itu boleh buat kita lagi susah nak tahu apa yang sebenarnya trigger kulit.

Stop produk yang berikan kulit anda trigger dan bagi kulit masa untuk stabil, kemudian change one thing at a time.

Skin response bukan bergantung pada label “gentle”, “natural” atau “active” sahaja. Formula, cara penggunaan dan keadaan kulit juga memainkan peranan.

Kenal kulit dulu. Jangan simply ikut hype ‼️
Save sebagai untuk rujukan bila kulit mula react 😩

Photos from Kaydean Malaysia's post 30/08/2026

Cara berkesan untuk kulit kekal sihat?

Bukan dengan tukar skincare setiap kali nampak produk viral.

Kulit yang sihat bermula bila anda konsisten dengan rutin yang betul — cleanser, hydration, perlindungan sunscreen, dan produk yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

Yang penting, jangan paksa kulit ikut trend.
Fahami kulit. Jaga dengan sabar. Konsisten setiap hari.

Di KAYDEAN, kami percaya skincare yang berkesan bukan sekadar apa yang anda pakai, tapi bagaimana anda menjaganya.

Nak mula rutin penjagaan kulit yang lebih teratur?

DM KAYDEAN untuk tahu lebih lanjut.

Photos from Kaydean Malaysia's post 30/08/2026

Boleh ke reapply sunscreen atas makeup?

Boleh tapi cabarannya ialah mendapatkan lapisan yang cukup dan sekata tanpa mengganggu makeup.

Reapply atau tidak, paling sesuai bergantung pada keadaan:

👉Duduk dalam bangunan dan pendedahan matahari rendah:
Tak perlu cuci dan makeup semula semata-mata kerana sudah dua jam.

👉Keluar sekejap:
Gunakan perlindungan tambahan seperti payung, topi atau berteduh.

👉Berada lama di luar, berpeluh atau mengelap muka:
Reapplication memang penting. Tekap minyak dan peluh dahulu, kemudian tepuk sunscreen lotion secara berperingkat menggunakan cushion puff yang bersih. Jangan gosok.

👉Aktiviti outdoor yang lama/ berwuduk atau makeup sudah bercapuk:
Tanggalkan makeup dengan makeup remover, selepas basuh muka, apply essence, moisturiser dan sunscreen dengan jumlah mencukupi dan apply semula makeup. Ini ialah cara paling reliable.

Belajar sesuatu?

Photos from Kaydean Malaysia's post 29/08/2026

Kulit oily tapi lepas cuci muka rasa tak selesa?

Ini antara pattern yang kerap berlaku. Kulit yang cepat berminyak still boleh perlukan hydration.

Sebab tu jangan pilih skincare berdasarkan oily semata-mata. Tekstur, hydration dan kesesuaian formula lebih penting untuk bantu kulit rasa balanced dan comfortable.

Kenal kulit dulu, baru pilih routine. Jangan ikut hype semata-mata.

Nak tahu apa yang sesuai untuk kulit anda? Dapatkan slot Free Beauty Consultation di www.kaydean.com.my 🌱

28/08/2026

Healthy skin bukan tentang mencapai kesempurnaan. Ia tentang membina skin barrier yang kuat, seimbang dan terjaga. 🥰

Bagi Clara Ang, perjalanan bersama KAYDEAN bermula ketika beliau melayari Shopee di Singapura. Apa yang menarik perhatian beliau bukan sekadar produk tetapi ketelusan dalam ingredients dan pendekatan formulasi yang jelas.

Hari ini, tiga produk menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit beliau:
• Barrier Care Essence
• Soothing Copper Peptide Serum
• Mandelic Rose Toner

Daripada sekadar mengejar flawless skin, rutin yang baik seharusnya membantu kulit kekal sihat dan resilient dalam jangka panjang.

Nak tahu rutin yang sesuai untuk kulit anda?
Layari website KAYDEAN untuk dapatkan Free Beauty Consultation bersama Beauty Consultant kami. 🌱

*Nota: Video ini dirakam sebelum pembaharuan packaging KAYDEAN. Produk KAYDEAN kini hadir dengan wajah dan rekaan packaging baharu.

28/08/2026

Kulit tak stabil bukan bermaksud kena tambah lebih banyak produk. ‼️

Before adding anything new, faham dulu bila kulit mula berubah, apa yang berubah dan apa yang mungkin trigger perubahan tersebut.

Kami tak terus recommend produk. Kami tengok skin response dulu supaya routine yang dipilih betul-betul berdasarkan keperluan kulit, bukan ikut hype. 🥰

Sebab terlalu banyak perubahan dalam satu masa boleh buat kita susah faham apa yang kulit sebenarnya perlukan.

Nak tahu apa yang kulit you perlukan? Get a proper skin consultation dulu. 🌱

27/08/2026

Sampai bila nak try and error product skincare?

Hari ni cuba yang viral.
Minggu depan tukar sebab nampak orang lain glowing.
Lepas tu kulit mula naik breakout, jadi sensitif, makin tak faham apa sebenarnya yang sesuai.

Kadang-kadang masalah bukan sebab korang tak cukup rajin jaga kulit.

Masalahnya, kulit tak diberi masa untuk kenal routine yang betul.

Skincare bukan tentang kumpul produk paling banyak.
Skincare tentang pilih yang sesuai, konsisten, dan faham keadaan kulit sendiri.

Dengan KAYDEAN, kita percaya routine yang baik tak perlu complicated.

Start dengan yang kulit korang perlukan.
Bukan semata-mata apa yang tengah trending.

DM kami kalau korang nak mula routine yang lebih sesuai untuk kulit korang.

27/08/2026

Skin barrier tengah struggling? Jangan tunggu sampai kulit makin kering dan irritated ❌

Meet Kaydean Barrier Conditioning Essence, lightweight essence yang bantu lock in hydration, soothe kulit dan support skin barrier. 💧

Dengan Multi-Weight Hyaluronic Acid, Polyglutamic Acid, 7 Ceramides, Ectoin & Prebiotic Alpha-Glucan, formula ini direka untuk bantu kulit rasa lebih hydrated, comfortable dan balanced.

Powered by a blend of hydrating, soothing & barrier-supporting ingredients seperti Centella, Chamomile, Panthenol, Allantoin, Licorice & NMF Components.

Bukan sekadar bagi hydration, it supports your skin barrier from multiple angles. 🥰

Kalau kulit selalu rasa dry, tight atau mudah tak selesa, this might be the step your routine needs. ☘️

Discover Kaydean Barrier Conditioning Essence sekarang 🥰

27/08/2026

Routine skincare bukan tentang berapa banyak produk anda ada. 🫣

Routine yang betul kena sesuai dengan keadaan kulit, produk yang digunakan, sun exposure & gaya hidup harian. Sebab setiap kulit ada keperluan yang berbeza. Apa yang sesuai untuk orang lain, belum tentu sesuai untuk anda.

Kenal kulit dulu, baru pilih routine yang betul.

Nak tahu routine yang sesuai untuk kulit anda? Follow la Kaydean 🥰

26/08/2026

Kalau kulit korang makin pedih… stop dulu. Jangan paksa.

Pedih, panas, perit, merah-merah — itu bukan semestinya tanda skincare tengah “working”.

Kadang-kadang, itu cara kulit korang bagitahu:
skin barrier tengah lemah,
kulit dah over-exfoliate,
atau produk tu memang tak sesuai untuk masa sekarang.

Bila kulit tengah meragam, jangan tambah lagi macam-macam step.

Rehatkan kulit.
Kembali kepada routine yang simple.
Pilih produk yang gentle dan bantu kulit rasa lebih selesa.

Kulit sihat bukan datang daripada paksa.
Kulit sihat datang daripada faham apa yang kulit perlukan.

Save post ni kalau korang selalu confuse beza “purging” dengan iritasi.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00