hijamahometherapy
Terapi Bekam dan Urutan
(Lelaki & Wanita)
β Certified Therapists
β Hygienic
Revive The Forgotten Sunnah
Syukran Lillah..point untuk rawatan batuk..π€²π€²
ππkhidmat urutan dan bekam di putrajaya
www.wasap.my/60122795904/nakbekamurut
Alhamdulillah..Syukran Lillah..ππ»ππ»π€²π€²
ππkhidmat Bekam dan Urut di putrajaya πͺπͺ
08/04/2025
Tahukah anda? Faktor anda tidak sihat kerana setiap 120 hari, badan anda akan menghasilkan darah kotor. Dan sekiranya darah kotor ini tidak dikeluarkan, ia akan menyumbang kepada kelemahan & kesakitan tubuh badan anda. Sebab itu rawatan bekam amatlah penting demi menjamin kesihatan tubuh badan anda di tahap maksimum. Bilakah kali terakhir anda berbekam? Jom buat tempahan sekarang!
khidmat urutan juga kami sediakan..πββοΈπββοΈ
Hijama Home Business Account
Ramadhan Bulan Overhaul Hati
Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali
di mana kekuatannya dan kelemahannya
Tuhan tahu bagaimana menguatkan yang lemah
dan bagaimana menyuburkan yang kuat
Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka,
dan di mana kejahatan mereka
Memang Tuhan ada bekalkan manusia ada benih baik ada benih jahat
Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat
Hatilah wadahnya yang boleh menerima kebaikan dan kejahatan
Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan
berbagai-bagai ajaran dan cabaran
Cabaran itu seperti tekanan hidup, sibuk dengan kerja,
berhadapan dengan karenah manusia
Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak,
kemalangan yang tidak disangka,
melihat, mendengar perkara yang merosakkan
Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini
memberi kesan yang negatif kepada jiwa kebanyakan orang
Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan
jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan
Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka,
bahkan bertambah kuat dengan Tuhan
Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya
Tuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan
Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan
Kerosakan manusia setahun hanya sebulan
Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan
Seperti kereta yang sudah lama dipakai,
banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul
Overhaullah caranya membaikpulihkan kereta
yang perjalanannya sudah tidak berapa betul
Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya,
sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan
Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan
di antara satu sama lain kuat-menguatkan
Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh,
disusul dengan membaca Al Quran
Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan,
zikir, tasbih, tahmid, salawat, tafakur
digalakkan bersedekah dan pemurah,
perbualan yang menambah kesedaran
Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu
menentukan didikan Ramadhan berkesan atau tidak bekesan
Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa,
didikan sembahyang
Ditambah lagi didikan Al Quran dan lain-lain lagi tambahannya
Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa,
memaksa membuat yang disuruh,
memaksa meninggalkan larangan
Larangan itu sama ada yang lahir mahupun yang batin kenalah tinggalkan
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa,
membencikan, menjemukan, meletihkan
Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan,
atau buat tanpa kesungguhan
Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yang menggalakkan,
Pemangkin ialah puasa yang hati dan fikirannya puasa,
sembahyang yang dapat dihayati,
didikan Al Quran yang difaham dan dijiwai
Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan
dan menajamkan rasa bertuhan
Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira,
ada amaran, ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan
Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba,
rasa timbang rasa, menyedarkan dan menginsafkan
Daripada 3 pakej didikan yang utama itulah
menjadikan pemangkin menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa,
meneguhkan keyakinan
Apabila jiwa kuat, jiwa subur, mujahadah pun kuat
Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan
daripada 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan
Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa
Ertinya manusia yang dioverhaul di bulan Ramadhan
mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya
Lahirlah manusia yang luar biasa,
iaitu manusia yang benar-benar rasa kehambaan
Manusia yang tawadhuk, sabar, redha, berkasih sayang,
bertimbang rasa, pemurah, kerjasama
Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental
Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi
Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad,
dendam, gila puji, gila nama, mati
Inilah dia orang yang menang dan berjaya didikan Ramadhan
Selepas Ramadhan manusia itu kembali suci seperti fitrahnya yang
semulajadi
Orang ini sahajalah yang layak berhari raya
Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya,
hari raya namanya
Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni
Kalau fitrah yang suci murni ini kekal sepanjang tahun,
Ramadhan yang akan datang
hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul
Begitulah didikan Ramadhan ramai orang yang gagal,
sedikit sangat yang berjaya
03/02/2022
Tarikh bekam sunnah Rajab & Februari ini. Jangan kepaskan peluang hari terbaik berbekam. InsyaAllah berlipat kali ganda manfaatnya
02/02/2022
Ahlan wa sahlan Ya Shahrul Rajab, Shahrullah
30/01/2022
Pukul 3 bekam muslimah di Presint 11. Pakej full body & kepala. InsyaAllah
30/01/2022
Selesai bekam muslimah post vax sesi pertama. Kepala 2 point dan upper body. Alhamdulillah
Kesan Bekam Darah Terhadap Organ Tubuh
==============================================
Di sini, anda bakal mengetahui kesan bekam terhadap:-
Kulit, Otot, Tulang, Sistem Pencernaan, Darah, Sistem Saraf
==============================================
A. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Kulit
1) Bekam berperanan merangsang folikel rambut dengan meningkatkan peredaran darah ke kulit sehingga meningkatkan bekalan nutrisi yang baik untuk rambut dan akar rambut.
2) Suhu kulit meningkat dan sebuah kawasan berwarna merah terbentuk. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan metabolisme makanan (pembakaran makanan) di kulit dan manfaat yang diperolehi sel-sel kulit dari darah yang sampai kepadanya.
3) Aktiviti kelenjar (gland) peluh dan kelenjar (gland) lemak meningkat, pori-pori kulit membuka setelah dilakukan pembekaman.
4) Peranan bekam tidak terbatas pada pembersihkan darah yang mengendap di kulit (stagnant blood), namun juga membuang bahan-bahan merbahaya yang mengendap di bawah permukaan kulit.
Nota: Terdapat sebuah kajian yang menunjukkan bahawa seorang lelaki berusia 35 tahun, melihat bulu-bulu halus mulai tumbuh pada bagian dibekam. Ia panjang dan lebat sehingga mencapai 1.5cm. Namun, pencapaian ini berlaku setelah menjalani bekam angin/kering sebanyak 140 kali. Ini menunjukkan bahawa bekam tidak semudahnya dapat membantu seseorang yang mempunyai masalah gugur rambut untuk mendapatkan rambut yang lebat semula tetapi ia tidak mustahil.
B. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Otot (Muscles)
1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di otot sehingga menghilangkan kekejangan otot (muscle aches).
2) Bekam berperanan menghantar oksigen yang diperlukan oleh tisu di otot (muscle tissues), meningkatkan penyerapan oksigen oleh sel-sel setelah pembekaman, sehingga menguatkan dan memperbaiki fungsi otot.
3) Bekam berperanan mengeluarkan lactic acid dari otot sehingga menghilangkan keletihan dan sumbatan di otot.
C. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Tulang.
1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di dalam sendi sehingga mengurangkan sakit yang disebabkan oleh penyakit reumatik dan lain-lain.
2) Nitrate Oxide (NO) berperanan mengurangkan bengkak dan tertahannya cecair di sendi akibat pembengkakan.
3) Bekam berperanan merangsang synovial membrane untuk mengeluarkan synovial fluid yang berfungsi mengurangkan pergesekan sendi, memudahkan gerak dan akhirnya juga dapat mencegah dari berlakunya kekakuan sendi.
4) Dengan sedutan cup yang kadang-kadang mencapai 10 cm dari kulit, dapat meningkatkan rangsangan terhadap selaput di sekeliling tulang (periostium) untuk membina tulang dan meningkatkan kadar kalsium tulang.
5) Bekam berperanan mengeluarkan bahan-bahan merbahaya yang mengendap (stagnant) di sendi seperti kristal-kristal uric acid yang disebabkan oleh penyakit gout dan telah menyebabkan kekaukan sendi.
Nota: Namun, jika kristal-kristal sudah menjadi terlalu keras dan degil, agak sukar untuk dikeluarkan melalui bekam. Jadi, sangat di sarankan bagi mereka yang masih dalam peringkat awal untuk cepat-cepat lakukan rawatan bekam darah.
Percayalah bahawa masalah Gout atau Uric acid yang berlebihan dapat di atasi.
D. Kesan Bekam Terhadap Sistem pencernaan
1) Kuatnya sedutan alat bekam mengatur pengeluaran asid perut dan enzim pencernaan yang ada di perut, sehingga meningkatkan kualiti pencernaan dan penyerapan makanan.
2) Bekam berperanan mengatur gerakan usus (intestinal motility) melalui kuatnya sedutan langsung atau melalui stimulasi saraf, terutama saraf vagus (nervus vagus) yang berhubung dengan usus melalui beberapa bahagian di belakang.
3) Bekam juga berperanan merangsang sel hati dan sel pankreas serta memperbaiki fungsinya.
E. Kesan Bekam Terhadap Darah
1) Bekam merangsang peredaran darah di tubuh secara umum melalui bahan Nitrate Oxide yang berperanan meluaskan pumbuluh darah. Profesor Kentaro Takagi, pensyarah di Universiti Nagoya, menegaskan bahawa semua terapi yang merangsang dan mengaktifkan sirkulasi darah di kulit, bermanfaat untuk meningkatkan respon system perjalanan darah di dalam tubuh secara umum.
Kesan sama juga dijadi daripada kuatnya sedutan yang ditimbulkan oleh bekam terhadap bahagian yang diterapi.
2) Bekam berperanan mengurangkan darah dan cecair yang mengakibatkan proses pembengkakan dengan cara mengeluarkan cecair-cecair ini dari celah-celah sel. Begitu p**a zat-zat yang pencetus pembengkakan juga dikeluarkan, misalnya histamine.
3) Bekam juga berperanan:
a) Meningkatkan jumlah sel darah merah.
b) Meningkatkan jumlah sel darah putih.
c) Mengubah darah yang terlalu acidic menjadi proposional
d) Membersihkan darah, sebagaimana dikatakan oleh Dr. Katashi, pensyarah di Universiti Osaka.
F. Kesan Bekam Terhadap Sistem Saraf
1) Bekam berperanan merangsang hujung saraf sensori di kulit sehingga menyebabkan berkurangnya rasa sakit melalui mekanisme Gate Control Theory iaitu menyibukkan jalur-jalur saraf yang menghantar signal rasa sakit dengan stimulus rasa sakit yang lebih ringan (bekam), sehingga signal rasa sakit tidak sampai ke otak. Bekam tidak hanya mengatasi rasa sakit pada bahagian yang diterapi tetapi kesannya juga mencapai bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan saraf-saraf ini.
2) Bekam berperanan mengatur signal dan meningkatkan kelajuan sampainya signal saraf yang keluar dari sumsum tulang belakang yang berkaitan dengan seluruh organ tubuh sehingga mengatur kerja organ-organ tersebut.
3) Bekam berperanan mengatasi pelbagai masalah sistem saraf simpatik yang timbul kerana kecemasan, takut dan kemurungan. Gangguan masalah-masalah ini yang menyebabkan timbulnya masalah lain seperti sakit kepala kronik (migraine), keletihan dan tekanan darah tinggi. Caranya dengan mengatur signal saraf pada sistem saraf simpatik.
4) Walaupun pesakit merasakan sedikit sakit ketika melakukan terapi bekam, namun banyak pesakit dan kanak-kanak yang tidur ketika sedang menjalani terapi bekam. Ini boleh dianggap sebagai kesan bekam terhadap sistem saraf, walaupun sampai sekarang belum diketahui bagaimanakah proses itu terjadi.
Wallahu A'lam..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
No 15, Jalan P18C 1/2
Putrajaya
62100