Anggun Coway
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anggun Coway, Health/Beauty, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Putrajaya.
08/01/2022
Air Alkali : Kebaikan, Bahaya, Mitos & Kesannya Menurut Sains
KEBAIKAN AIR ALKALI UNTUK KESIHATAN : ADAKAH GIMIK SEMATA-MATA?
Minum air yang secukupnya memang penting bagi kesihatan menyeluruh.
Dalam memenuhi keperluan air minuman di rumah, banyak produk penapis air dan air minuman dijual di pasaran.
Antara produk yang paling terkenal dan dikatakan memiliki 1001 khasiat ialah air alkali.
Ia dikatakan dapat menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan mampu meningkatkan kesihatan seseorang.
Sejauh manakah keberkesanannya dan adakah ia lebih baik daripada air minuman biasa?
APA ITU AIR ALKALI?
Air alkali yang dihasilkan secara semulajadi mengalir melepasi batu dari punca air semulajadi . Dengan cara ini, air dapat mengumpul khasiat mineral dan meningkatkan paras alkali.
Walau bagaimanapun, air alkali yang kebanyakannya dijual bukanlah dibuat secara semula jadi, malah ia telah melalui proses kimia iaitu elektrolisis.
Teknik ini menggunakan mesin ‘ionizer’ bagi meningkatkan paras pH air biasa. Banyak pengeluar produk air alkali mengatakan cara ini dapat mengasingkan molekul air berasid dan beralkali.
Menurut pakar kesihatan, kualiti air perlulah dititikberatkan sebelum melalui proses ‘ionization’ bagi memastikan air selamat diminum dan bebas kontaminasi.
BEZA AIR ALKALI DENGAN AIR BIASA
Apa yang membezakan air alkali dengan air biasa ialah tahap pHnya. Air alkali ialah air dengan paras pH melebihi neutral iaitu dengan nilai 7 ke atas.
Air mineral, air water filter yang dipasang di rumah dan air paip yang dididihkan biasanya memiliki nilai pH antara 7.1 ke 7.5. Air alkali p**a memiliki nilai pH antara 8 ke 9.
KELEBIHAN AIR ALKALI : FAKTA ATAU GIMIK MARKETING?
Pengamal tegar air alkali sering claim bahawa air alkali yang lebih tinggi molekul hidrogen berbanding air minuman biasa dapat meningkatkan hidrasi badan, terutamanya selepas workout. Mereka juga memilih air alkali kerana dikatakan air yang kurang kadar alkali dapat menyebabkan masalah kesihatan seperti osteoporosis dan kanser.
Marketing air alkali juga turut senaraikan kelebihannya dalam meningkatkan kesihatan antaranya :
– Meningkatkan metabolisma
– Membekalkan tenaga
– Melambatkan penuaan
– Melancarkan sistem penghadaman
– Mencegah kanser
Namun, kebanyakan claim yang diwar-warkan tentang kebaikan air alkali hanya dapat disahkan melalui kajian saintifik.
Hanya beberapa kajian telah dijalankan bagi mengukur manfaat air alkali kepada tubuh.
Antara kebaikan air alkali yang dapat dibuktikan melalui kajian ialah :
1. Mengurangkan Penyakit Refluks Asid
Kajian mendapati air alkali berkarbonat semula jadi yang berpunca dari perigi Artesian dengan kadar pH sebanyak 8.8 dapat menyingkirkan enzim pepsin dalam badan.
Enzim ini menjadi punca utama berlakunya penyakit refluks asid. Tetapi, kajian ini hanya dijalankan di dalam makmal dan tidak diuji pada individu.
2. Mengurangkan Tekanan Darah, Paras Gula dan Kolesterol
Dalam hasil kajian terbitan Shanghai Journal of Preventive Medicine, pengamalan air alkali selama 3 ke 6 bulan didapati dapat menurunkan tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah.
3. Mengurangkan Kepekatan Darah
Kajian baru p**a mendapati air alkali dapat mengurangkan kepekatan darah sebanyak 6.3% selepas bersenam berbanding air ditapis.
Darah yang kurang pekat didapati dapat membekalkan oksigen secara lebih berkesan kepada sel-sel dalam badan.
DAPATKAH IA MENJADI PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT?
Ramai pakar perubatan berpendapat kehebatan air alkali yang disebarkan kepada orang ramai adalah lebih kepada gimik pemasaran kerana tidak banyak kajian yang dijalankan bagi membuktikan kesahihan air alkali sebagai minuman penawar.
Tambahan p**a, buah pinggang kita sendiri sebenarnya dapat mengawal paras pH dengan baik. Buah pinggang berfungsi sebagai penapis semulajadi badan bagi mensabilkan keasidan dalam tubuh. Jika darah dalam badan terlalu berasid, badan akan menstabilkan dengan cara menghembuskan karbon dioksida.
Bukan sahaja buah pinggang, malah perut juga memainkan peranan penting dengan meneutralkan semua makanan dan minuman melalui rembesan gastric juice. Peluang air alkali untuk berfungsi juga dilihat kurang cerah kerana perut akan meneutralkan air alkali sebelum ia sempat berfungsi dalam badan.
Menurut MedicalNewsToday, orang ramai dinasihatkan untuk minum air minuman biasa dengan pH neutral kerana kadar asid dan alkali yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan.
Bagi yang sihat tubuh badan, air minuman biasa sudah mencukupi untuk menghidratkan badan. Tambahan p**a, tiada kajian yang menyokong keberkesanan air alkali kepada orang yang tiada masalah kesihatan.
KESAN & KEBAIKAN AIR ALKALI PADA TUBUH BADAN
Walaupun pengambilan air alkali dikira selamat, namun ia mungkin dapat memberikan kesan jika diminum dengan kadar yang banyak dalam jangka masa yang lama.
Kadar alkali yang terlalu tinggi dalam badan dapat memberikan kesan seperti:
– Mengurangkan asiditi semulajadi perut bagi melawan bakteria dan pathogen berbahaya.
– Menyebabkan masalah sistem penghadaman.
– Keradangan dan kegatalan kulit.
– Penyakit alkalosis metabolik yang menyebabkan mual, tangan menggeletar (hand tremors), dan paras kalsium berkurang dalam badan.
Jika air alkali baik untuk diminum, sudah tentu doktor akan mengesyorkan untuk anda.
Namun, ia tidaklah disyorkan secara perubatan, malah ia lebih kepada pemasaran bebas oleh pelbagai syarikat pengeluar mesin tapisan air alkali.
Kajian yang dijalankan juga terlalu sedikit bagi mengukuhkan fakta keberkesanannya pada tubuh badan.
Jangan mudah terpedaya dengan taktik pemasaran air alkali.
Sebenarnya, air penapis di rumah atau air mineral sudah memadai bagi mengekalkan kesihatan dan hidrasi badan.
Sumber: Sirap Limau Nazurah Hassan
Posted on September 28, 2021
08/01/2022
APA ITU RO WATER?
Umum mengetahui bahawa air merupakan aspek yang paling penting dalam kehidupan kita. Tanpa air, kita tidak dapat membekalkan keperluan badan dan juga melakukan aktiviti rutin harian kita.
APABILA ANDA MULA RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN AIR
Untuk mencari penyelesaian ini bukan mudah. Anda pentingkan air yang bersih dan anda nak berikan keluarga anda minuman air bersih. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?
Kemudian, ada rakan anda mengesyorkan RO Water? Tapi apa itu RO Water?
RO atau Reversed Osmosis dalam bahasa melayu disebut sebagai Osmosis Berbalik merupakan sistem rawatan bagi memproses air. Sistem rawatan ini telah digunakan diseluruh dunia.
Apabila anda menggunakan sistem ini bagi merawat air, maka air yang terhasil ini boleh digunakan untuk minum, memasak dan kegunaan penting lain tanpa perlu bimbang tentang kandungan yang mungkin merbahaya yang terdapat didalam air.
Pada peringkat pembersihan, air mengalir melalui RO Membrane Filter. Ketika inilah keajaiban berlaku. Membrane adalah senipis cellophane. Membrane Filter boleh menapis bahan cemar asing, bahan-bahan pepejal, dan molekul besar. Ini adalah satu aspek penting bagi sistem ini kerana anda tidak mahu mengambil bahan-bahan yang tidak sihat dan berbahaya.
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN OSMOSIS BERBALIK
Anda mungkin tertanya, apa kelebihan RO water. Ia hanya menapis benda-benda asing didalam air tersebut. Terdapat aspek positif didalam sistem ini.
Penapis RO dapat mengeluarkan zarah-zarah kecil dari air, termasuk bahan pencemar bukan organik seperti logam dan bahan kimia. Kaedah pembersihan air lain seperti mendidih air dan penggunaan cahaya ultraungu tidak boleh melakukan perkara yang sama walaupun mereka mampu untuk memusnahkan bakteria.
Sistem RO menggunakan penapis membran yang dapat bertahan untuk jangka masa yang lama. Ini bermakna anda tidak perlu menukar penapis dengan kerap berbanding sistem penapisan air yang lain. Secara tidak langsung ia boleh menjimatkan masa, wang dan tenaga anda.
Kelebihan sistem RO ini adalah berkaitan dengan alam sekitar. Sistem pembersihan air ini adalah mesra alam. Ia tidak akan mengeluarkan apa-apa bahan kimia. Anda pasti tidak mahu untuk mewujudkan lebih banyak kerosakan dalam persekitaran yang kita cintai, bukan?
Sistem RO mampu mengeluarkan mineral dan bahan cemar lain yang menyebabkan bau busuk dari air anda. Sudah tiba masanya untuk anda mengucapkan selamat tinggal kepada air yang berbau. Anda boleh menggunakan air bersih ini untuk minum, memasak, mandi dan lain-lain.
Sistem ini mempunyai saiz yang kecil. Ia tidak memerlukan ruang yang besar. Di samping itu, ia adalah mudah untuk menukar penapis . Memasang dan menukar penapis tidak sukar sama sekali.
Air yang diproses oleh sistem RO sesuai untuk orang-orang yang mempunyai masalah kesihatan.Ini kerana sistem RO dapat menghapuskan hampir semua garam dan menghapuskan bakteria dan bahan-bahan pyrogenic sehingga 99%. Tiada arsenik, nitrat, natrium, tembaga dan plumbum dalam air. Selain itu, minum air yang banyak merupakan satu aspek penting bagi mereka yang sedang mengikuti program penurunan berat badan.
SISA AIR
Penting untuk anda tahu tentang air sisa osmosis berbalik. Apabila kita cuba untuk menghasilkan air bersih, kita akan perlu berurusan dengan air sisa. Ini adalah benar. Ia boleh dikatakan bahawa semua sistem osmosis berbalik menghasilkan air sisa.
Akan ada beberapa jumlah air mengalir masuk ke dalam longkang. Walau bagaimanapun, dengan sistem yang direka dengan baik dan berkesan, nisbah air sisa osmosis berbalik boleh ditetapkan ke tahap terendah. Sebagai contoh, nisbah air sisa dan air yang ditapis adalah 1: 1. Ini bermakna, satu bahagian adalah air sisa dan satu bahagian air dibersihkan.
sumber : https://cowaycrew.wordpress.com/
08/01/2022
Wajib tahu beza air mineral, air minuman
Di pasaran ada pelbagai jenis air minuman botol, ada dilabelkan air mineral semula jadi, air minuman, air osmosis berbalik dan sebagainya. Apakah yang membezakan jenis minuman ini? Adakah prosesnya ataupun bahan mineral terkandung di dalamnya?
Tahukah anda cara paling mudah membezakan dua jenis air minuman sama ada air mineral semula jadi atau air minuman berbungkus dengan hanya melihat warna digunakan pada penutup botol.
Penutup botol berwarna putih untuk air minuman berbungkus manakala pelbagai warna untuk air mineral semula jadi, selain berpandukan label botol minuman.
Perbezaan air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus:
AIR MINERAL SEMULA JADI
Punca:
- Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, gerekan dan lain-lain jalan keluar. Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Penambahan mineral:
- Tidak boleh diperkaya atau diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral. Penambahan karbon dioksida dibenarkan
Rawatan:
- Tertakluk pada satu atau beberapa rawatan berikut dengan syarat kandungan air atau mineral tidak terubah suai/berubah
- Penapisan
- Pengklorinan diikuti pendeklorinan
- Pengudaraan diikuti pendeudaraan
- Pengkarbonan/pendekarbonan
- Pensterilan ultra ungu
- Pelakuan ozon
- Pempasteuran
- Perlu mematuhi standard ditetapkan
Pada label perlu ada:
Perlu dilabel sebagai ‘Air Mineral Semula Jadi’ atau ‘Air Mineral Semula Jadi Berkarbonat’ sekiranya mengandungi karbon dioksida:
- Amaun jumlah pepejal terlarut
- Nama kandungan mineral yang ada
- Nilai pH
- Lokasi punca
- Jenis punca
- Nombor kelulusan KKM
- Punca diluluskan oleh KKM’
- Nama dan alamat lengkap pengeluar
- Buatan Malaysia’ atau buatan negara asal pengeluar
Pembungkusan/Botol:
- Penutup botol pelbagai warna
- Botol digunakan mestilah berkeadaan telus dan lut sinar
AIR MINUMAN BERBUNGKUS
Punca:
- Semua punca air yang selamat seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air permukaan (sungai, kolam, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air)
- Perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada KKM
Penambahan mineral:
- Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida
Rawatan:
- Semua jenis rawatan boleh digunakan asalkan standard air mematuhi standard ditetapkan. Jenis rawatan ke atas air minuman:
- Penurasan - untuk menghilangkan bau, rasa, kandungan organik atau klorin
- Penyulingan
- Osmosis berbalik
- Elektrodialisis
- Penukaran ion
- Disinfeksi menggunakan ozon atau sinaran ultra ungu
- Menurunkan keliatan air pelembut air, penukaran ion, osmosis berbalik, penyulingan
Pada label perlu ada:
Perlu dilabel sebagai ‘Air Minuman’ atau ‘Air Minuman Berkarbonat’ jika mengandungi karbon dioksida
- Amaun mineral atau garam tambahan sekiranya ada
- Jenis punca air
- Nombor kelulusan KKM
- ‘Punca diluluskan oleh KKM’
- Nama dan alamat lengkap pengeluar
- ‘Buatan Malaysia’ atau buatan negara asal pengeluar
Pembungkusan/Botol:
- Penutup botol berwarna putih
- Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lut sinar.
Pengguna sering keliru dengan penyataan osmosis berbalik, osmosis songsang, air R.O, air suling dan air ozon. Ini sebenarnya adalah penyataan jenis proses rawatan ke atas air dilakukan untuk air minuman berbungkus.
Secara amnya, proses rawatan bertujuan menghilangkan bau, rasa, kandungan organik dan klorin.
Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk membuang atau mengurangkan mineral, manakala ozon digunakan untuk membunuh kuman. - sumber myhealth.gov.my
Disiarkan Berita Harian pada: Mei 26, 2019 @ 4:30am
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Putrajaya
62000