Blind Massage Putrajaya

Blind Massage Putrajaya

Share

BLIND MASSAGE PUTRAJAYA
Hanya Dengan Satu Sentuhan

My specialty is to make flexible movements

21/09/2026

ᴛᴇɴᴀɴɢ ᴅᴜɴɪᴀ ᴄᴜᴍᴀ sᴇᴍᴇɴᴛᴀʀᴀ..

ᴊᴀɴɢᴀɴ sᴀᴍᴘᴀɪ ʏᴀɴɢ sᴇᴍᴇɴᴛᴀʀᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴀᴛᴍᴜ ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ ʏᴀɴɢ sᴇʟᴀᴍᴀɴʏᴀ.

Saya pernah melalui satu fasa dalam hidup yang mengubah banyak perkara.

Dahulunya, penglihatan saya sempurna seperti manusia lain. Tetapi apabila usia semakin menginjak dewasa, penglihatan saya mula hilang sedikit demi sedikit. Sehinggalah akhirnya, saya kehilangan seluruh pandangan.

Pada awalnya, bukan mudah untuk menerima perubahan itu. Banyak perkara yang perlu saya belajar semula dan sesuaikan dengan keadaan.

Namun saya tidak mahu terus bergantung kepada orang lain. Saya cuba bangkit dan mencari jalan untuk berdiri dengan kaki sendiri.

Alhamdulillah, hari ini saya bekerja sebagai juru urut. Saya mencari rezeki dengan kemampuan yang ada dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Yang paling saya syukuri, saya dikurniakan seorang isteri dan seorang anak yang menjadi teman dalam perjalanan hidup saya.

Saya mungkin sudah tidak dapat melihat seperti dahulu, tetapi saya masih mampu merasai bahagia, bekerja, menyayangi keluarga dan menikmati kehidupan.

𝗥𝘂𝗽𝗮𝗻𝘆𝗮, 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮-𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻𝘆𝗮.

𝓝𝓾𝓴𝓲𝓵𝓪𝓷 𝓱𝓪𝓽𝓲
Kasyfan Adenan

16/09/2026

Semalam seorang pelanggan datang dan cerita satu kisah.

Saya yang dengar pun boleh tergelak. 😂

Tapi bila difikirkan balik, ada juga pengajaran yang menarik.

Kisahnya macam ni...

Katanya, dia pergi makan pizza.

Sampai dekat cashier, dia berdiri nak buat bayaran.

Kebetulan sebelah dia ada seorang ibu dengan tiga orang anak kecil.

Anak-anak mula pilih makanan.

“Yang ni nak…”

“Yang ni tak nak…”

“Yang tu nak…”

Biasalah budak-budak.

Masing-masing ada selera sendiri. 😄

Tiba-tiba dia terdengar si ibu berkata,

“Adik jangan pilih macam-macam sangat, kesianlah kat ibu.”

Pelanggan saya terus tersentuh.

Dalam hati dia,

“Kasihan ibu ni… tiga orang anak kecil. Mungkin kena berjimat.”

Tak fikir panjang.

Dia terus keluarkan kad bank.

Tap!

Bayaran dibuat di cashier, tempat ibu dan anak-anak tadi sedang berdiri.

Dia bayarkan makanan mereka.

Tak ada siapa minta.

Tak ada siapa suruh.

Dia cuma rasa nak membantu.

Lepas selesai, dia pun keluar dari kedai.

Dalam hati mungkin rasa,

“Alhamdulillah… dapat juga aku tolong orang hari ni.”

Tapi...

Belum jauh dari kedai, dia terserempak semula dengan ibu dan tiga orang anak tadi.

Dia terdengar si ibu berkata,

“Syukurlah hari ni ada orang tolong bayarkan. Ibu doa murah rezeki dia.”

Pelanggan saya tersenyum.

Sedap juga dengar orang doakan kita begitu.

Tapi...

Si ibu sambung lagi,

“Ibu ni nasib baiklah tak boleh makan cheese… muak.”

🤣🤣🤣

Haaa...

Pelanggan saya kata masa tu dia dah tak tahu nak buat muka apa.

Baru dia faham.

Rupanya ayat,

“Adik jangan pilih macam-macam, kesianlah kat ibu”

bukan sebab ibu tu tak cukup duit.

Bukan sebab tak mampu nak bayar.

Ibu tu cuma muak dengan cheese! 😂

Tapi yang paling lawak...

Pelanggan saya tengok sendiri empat beranak tu berjalan ke tempat parking.

Sampai dekat kereta...

X70! 🤣🤣🤣

Masa tu saya dengar cerita ni pun terus ketawa.

Dalam kepala saya,

“Haa... lain macam cerita dia.” 😂

Tapi sebenarnya, cerita ni buat saya terfikir tentang satu perkara.

Kita selalu cepat membuat kesimp**an berdasarkan apa yang kita nampak.

Dengar satu ayat, kita terus buat andaian.

Nampak satu keadaan, kita terus fikir kita tahu keseluruhan cerita.

Sedangkan kita cuma nampak sedikit.

Cerita sebenar mungkin jauh berbeza.

Sebab itu, kalau ada peluang membantu orang, bantulah.

Tak perlu tunggu tahu dia kaya atau miskin.

Tak perlu tunggu tahu dia mampu atau tak mampu.

Kalau hati kita tergerak untuk membantu, bantulah dengan ikhlas.

Dan dalam masa yang sama...

jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita sendiri ada. ❤️

Boleh berjalan.

Boleh duduk.

Boleh berdiri.

Boleh bekerja.

Boleh memandu.

Dan paling besar nikmatnya...

Masih boleh rukuk dan sujud dengan selesa.

Kadang-kadang semua itu nampak macam perkara biasa.

Sampailah satu hari Allah tarik sedikit nikmat itu melalui sakit.

Barulah kita sedar,

“Rupanya selama ni aku sedang menikmati nikmat yang sangat besar.”

Jadi hari ini...

Kalau tubuh masih sihat,

kaki masih boleh melangkah,

tangan masih boleh bekerja,

dan badan masih mampu melakukan ibadah...

ucapkanlah Alhamdulillah. 🤲

Syukur itu bukan hanya ketika mendapat sesuatu.

Kadang-kadang syukur itu adalah apabila kita sedar...

apa yang masih ada pada kita sebenarnya sudah cukup besar nilainya.

Begitulah tuan-tuan dan puan-puan... ☺️😊

Saya,

Kasyfan Adenan

Blind Massage Putrajaya

“Satu Sentuhan, Lega Berpanjangan”

📲 WhatsApp untuk pertanyaan & temu janji:
https://blindmassageputrajaya.wasap.my

12/09/2026

Hari ini, dengan peningkatan usia kehidupan, tiba-tiba teringat satu perkara yang selalu sangat kita terlepas pandang. Apa dia? rasa syukur, tuan puan. ☺️

Kadang-kadang kita terlalu biasa dengan nikmat yang ada.

Boleh berjalan, boleh duduk, boleh berdiri, boleh bekerja, boleh memandu, malah boleh rukuk dan sujud dengan selesa.

Kita anggap semua tu perkara biasa.

Tapi bila satu bahagian tubuh mula sakit, barulah kita sedar rupanya pergerakan yang selama ni kita buat setiap hari pun sebenarnya satu nikmat.

Saya teringat seorang pelanggan yang pernah datang mendapatkan terapi.

Beliau sudah berusia dan bekerja sebagai Pemandu Sepenuh Masa. Masalah yang paling mengganggu ketika itu ialah sakit lutut, sampai pergerakannya agak terbatas.

Katanya, nak rukuk dan sujud pun sudah kurang selesa.

Sebelum mula terapi, saya berbual dahulu untuk faham keadaan lututnya dan pergerakan mana yang mengganggu.

Sebagai juru urut OKU penglihatan, saya banyak bergantung kepada sentuhan dan maklum balas pelanggan untuk memahami keadaan tubuh mereka.

Jadi saya mulakan perlahan-lahan.

Saya beri perhatian pada paha dan betis dulu, , kemudian kawasan sekitar lutut. Tekanan dibuat ikut peringkat, sambil-sambil saya bertanya,

“Macam ni okay ke?”

“Selesa tak macam ni?”

Kalau rasa terlalu kuat, saya kurangkan. Kalau selesa, barulah saya teruskan.

Bagi saya, tak perlu kuat sangat. Yang penting pelanggan selesa dan tahu apa yang tubuh mereka perlukan.

Selepas selesai, ayat yang buat saya berkongsi rasa syukur,

“Alhamdulillah Kasyfan… rasa ringan sikit.”

Masa tu rasa, Alhamdulillah.. Allah bantu😊

Daripada situ saya teringat semula tentang rasa syukur.

Kadang-kadang nikmat terbesar bukanlah apa yang kita ada dalam tangan, tetapi apa yang masih boleh dilakukan oleh tubuh kita.

Selagi masih boleh bergerak, bekerja dan beribadah, jangan lupa ucap syukur. 🤲

Begitulah tuan-tuan...... ☺️😊

Saya,
Kasyfan Adenan
Teraphist
Blind massage putrajaya
'Satu Sentuhan, Lega Berpanjangan'

📲 WhatsApp untuk pertanyaan & temu janji:
https:blindmassageputrajaya.wasap.my

05/09/2026

“Cerita MAHA 2026”
Petang tu ada seorang pelanggan lelaki datang.
Umur lebih kurang 40-an.
Masa dia masuk, saya perasan cara dia berjalan dan duduk. langkah dia perlahan dan berhati-hati.
Saya tanya,
“Abang sakit kat mana?”
Dia jawab,
“Mula-mula belakang je. Tapi lepas balik MAHA, makin jadi-jadi p**ak.”
Saya tanya lagi,
“MAHA banyak berjalan ke?”
Terus dia gelak kecil.
“Of course ar bang. Ingatkan pergi tengok pameran je. Sedar2 pagi dah bawak ke petang berjalan. Masalahnya tempat duduk pun tak banyak."

Begitulah.
MAHA memang seronok.
Banyak benda nak tengok.
Banyak booth nak singgah.
Banyak aktiviti.
Tapi kaki dan badan kita p**ak tak seronok.
Dia tak kenal MAHA. Dia kenal penat. 😂

“Bang, masa dekat MAHA tu tak terasa sangat. Balik rumah baru badan mula sakit. Ingatkan sehari dua hilang. Sekali makin menjadi-jadi p**ak.”
Saya senyum.
“Badan ni kadang-kadang macam tu bang. Masa tengah berjalan dia tahan dulu. Bila dah sampai rumah, baru dia hantar bil.”
😂
Saya suruh dia baring, meniarap. Saya mula dari bahagian betis.

Waktu sentuh otot betis, memang terasa tegang.
Saya start perlahan-lahan.
Tekan, lepas, uli, lepas.
Tak boleh terus tekan kuat.
Saya cari kawasan yang betul-betul tegang dan sesuaikan tekanan dengan keadaan badan dia.
Pastu saya tanya,
“Kat sini rasa lenguh?”
“Haa… yang ni bang. Memang rasa.”
Saya teruskan urut.
Sebagai terapis OKU penglihatan, saya banyak bergantung kepada sentuhan tangan, rasa pada tekstur dan ketegangan otot serta maklum balas pelanggan.
Bila tangan terasa satu kawasan lebih keras atau tegang, saya periksa dengan lebih fokus.
Bila pelanggan kata,
“Haa… situ bang.”
Itu jackpot. 🥳.
Daripada betis, saya naik ke belakang peha.
Hamstring pun terasa ketat.

Ni mungkin kesan berjalan jauh, berdiri lama, kurang duduk, tunggu bas. Kan..?

Saya teruskan ke bahagian punggung dan pinggang.
Dekat kawasan lumbar, ketegangan rasa lebih real.
Saya gunakan tapak tangan dahulu.
Tekan perlahan.
Setiap kali tangan saya menekan, dia tarik nafas.
“Yang ni bang…”
“Sakit sangat?”
“Tak. Tapi memang kat sini rasa tegang.”
Okey.. Saya cakap kat dia,
“Kita buat perlahan. Kita nak bagi badan relaks, bukan lawan badan.”
Kemudian saya cari bahagian belikat.
Trapezius.
Rhomboid.
Bahagian belakang bahu.
Semua terasa bekerja lebih daripada biasa.
Saya tekan, lepas, tekan, lepas.
Kemudian saya tanya,
“Kat bawah belikat ni ada rasa tak selesa?”
“Haah! Ada..ada.”
Saya teruskan dengan teknik yang sesuai.
Satu kawasan demi satu kawasan.
Yang penting pelanggan rasa selesa dan badan dapat ruang untuk berehat.

Lebih kurang satu jam lebih rawatan.
Bila selesai, saya minta dia bangun perlahan-lahan.
“Bang, cuba jalan sikit. Rasa macam mana?”
Dia bangun.
Pusing bahu.
Gerakkan pinggang perlahan.
Kemudian berjalan beberapa langkah.
Dia berhenti sekejap.
Tarik nafas.
Lepas tu dia cakap,
“Eh… rasa ringan sikit bang.”
Saja la saya tanya,
“Belakang masih rasa tegang?”
“Ada sikit, tapi jauh kurang. Yang rasa tarik-tarik tadi dah lega.”
Jadi saya pesan,
“Lepas ni bagi badan rehat. Kalau banyak berjalan dan berdiri, buat regangan ringan. Minum air secukupnya. Dan kalau sakit berterusan, makin teruk atau ada simptom pelik, jangan bergantung pada urutan saja—jumpa doktor untuk pemeriksaan.”
Dia angguk.
Sebelum keluar dia sempat cakap,
“Dahsyat gak la penangan MAHA ni.”
Saya nak jawab apa, saya ketawa je la. 😂

Tuan-tuan..
nanti kalau badan mula rasa:
✅ Belakang tegang
✅ Belikat berat
✅ Pinggang lenguh
✅ Betis rasa keras/ketat
✅ Peha rasa tegang
✅ Badan penat selepas banyak berjalan dan berdiri
Boleh datang dapatkan urutan untuk membantu melegakan ketegangan dan memberi ruang kepada badan untuk berehat.

Mata saya tidak melihat…
tapi tangan belajar membaca bahasa badan. ❤️
Tuan-tuan,
Jangan tunggu badan dah buat “mogok rasmi” baru nak cari tukang urut. 😂
Jaga dan sayangi tubuh badan kita sendiri❤️

Kasyfan Adenan
Blind Massage Putrajaya
'Satu Sentuhan, Lega Berpanjangan'

25/08/2026

“Dah alang-alang balik kampung, kali ni saya ambil kesempatan naik tren dari Bukit Mertajam ke Padang Besar.”

Sepanjang perjalanan, saya layan bunyi tren, suara penumpang dan suasana di dalam gerabak.

Bagi saya, bunyi-bunyi macam ni bukan sekadar bunyi biasa.

Ia sebahagian daripada cara saya mengenali suasana sekeliling.

Sampai sahaja di Padang Besar, saya berjalan-jalan p**a menikmati suasana di sana.

Dah alang-alang sampai, bolehlah cari barang sikit. Jalan-jalan, tengok suasana, walaupun saya sendiri tak dapat melihat macam orang lain. ☺️

Tapi ada satu benda yang mula saya perasan…

Badan saya p**a yang mula minta perhatian. 😅

Bahu mula terasa berat.

Pinggang mula rasa sengal.

Leher pun terasa sedikit tegang.

Saya tersenyum sendiri.

“Eh… macam pelanggan aku p**a yang mengadu.” 😂

Ye lah…

Tukang urut pun manusia.

Setiap hari di Blind Massage Putrajaya, saya dengar macam-macam cerita daripada pelanggan.

“Bang, bahu saya sakit…”

“Pinggang rasa berat…”

“Leher dah lama tegang…”

“Badan rasa penat sangat…”

Kita dengar, kita cuba bantu dan kita berikan yang terbaik.

Tapi kadang-kadang kita terlupa satu perkara…

Tubuh sendiri pun perlukan perhatian.

Jadi, dah alang-alang berada di Padang Besar, saya pun cari seorang tukang urut tempatan.

Biar kali ini orang lain p**a yang rawat badan saya. ☺️

Bukan sebab saya tak tahu mengurut.

Bukan juga sebab saya tak percaya dengan teknik sendiri.

Tetapi kerana saya percaya…

orang yang selalu merawat orang lain pun perlu diberi peluang untuk dirawat.

Kita ni selalu sibuk menjaga orang.

Pelanggan datang, kita bantu legakan badan mereka.

Pelanggan mengadu bahu berat, kita cuba bantu.

Pelanggan kata pinggang sengal, kita cuba berikan keselesaan.

Tetapi bila badan sendiri mula memberi signal…

“Tak apa… nanti-nanti lah.” 😅

Akhirnya, badan juga yang menuntut perhatian.

Kali ini saya p**a duduk sebagai pelanggan.

Saya p**a yang menerima sentuhan daripada seorang tukang urut.

Dan pengalaman itu membuatkan saya lebih memahami satu perkara…

Menjadi pelanggan pun ada hikmahnya.

Kita dapat rasa sendiri bagaimana rasanya apabila seseorang memberikan perhatian kepada tubuh kita.

Kadang-kadang bukan badan sahaja yang perlukan rehat.

Fikiran pun perlukan ruang untuk berhenti sekejap.

Sebagai seorang Blind Massage Therapist, saya mungkin tidak dapat melihat senyuman pelanggan ketika mereka datang.

Tetapi saya dapat mendengar perubahan pada suara mereka.

Saya dapat merasai reaksi tubuh melalui sentuhan.

Dan saya dapat mendengar kelegaan pada nafas mereka selepas selesai mendapatkan terapi.

Hari ini p**a, saya sendiri merasai pengalaman berada di tempat pelanggan.

Dan saya belajar sesuatu daripada tukang urut tempatan di Padang Besar…

Tangan yang selalu membantu orang lain juga perlu diberi perhatian. ❤️

Jadi jangan tunggu sampai tubuh betul-betul “angkat bendera putih”.

Kalau badan mula memberi signal, dengarlah.

Sebab menjaga orang lain itu penting…

tetapi jangan sampai lupa menjaga diri sendiri. ☺️

Begitulah tuan-tuan dan puan-puan…

Tukang urut pun manusia.

Tukang urut pun perlu diurut. 😚💆‍♂️

📍 Blind Massage Putrajaya
“Satu Sentuhan, Lega Berpanjangan.”

📲 WhatsApp untuk pertanyaan dan temu janji:

api.whatsapp.com

WhatsApp 15/08/2026

Pagi ni semasa sedang asyik melayan YouTube sembang seram, tiba-tiba saya teringat seorang pelanggan yang pernah datang mengadu tentang beberapa masalah badan yang mengganggu rutin hariannya.

Pelanggan ini sudah berusia dan berbadan besar.

“Encik, bahu saya sakit… nak buka baju pun susah.”

Saya tanya lagi,

“Selain bahu, ada sakit di bahagian lain?”

“Ada… lutut sakit bila nak rukuk dan sujud. Pinggang p**a memang selalu sakit, hampir sepanjang masa.”

Okey… nampaknya bukan satu kawasan sahaja yang tidak selesa.

Macam biasa, sebelum memulakan terapi saya akan berbual terlebih dahulu dengan pelanggan untuk memahami keadaan dan kawasan yang mengganggu pergerakannya.

Tiba-tiba pelanggan tu bersuara lagi,

“Encik… saya ni dah lama tahan sakit.”

Saya terus tergelak kecil.

“Alamak tuan… jangan panggil saya encik. Ishhhh… terasa sangat formal! Panggil saya Kasyfan saja.” 😅

Suasana pun jadi lebih santai.

Bagi saya, bila pelanggan selesa untuk bercerita, lebih mudah untuk saya memahami apa yang sedang dialami oleh tubuh mereka.

Saya mulakan terapi pada kawasan bahu, tengkuk dan sekitar belikat, terutama bahagian otot yang terasa tegang apabila beliau mengangkat tangan untuk membuka baju.

Kemudian saya teruskan ke bahagian belakang atas, pinggang dan sekitar punggung, kerana beliau mengadu pinggang sentiasa terasa tidak selesa.

Untuk bahagian kaki p**a, saya beri perhatian pada paha, betis dan kawasan sekitar lutut secara perlahan dan berhati-hati, terutama kerana beliau mengalami ketidakselesaan ketika rukuk dan sujud.

Sepanjang terapi saya sentiasa bertanya,

“Tekanan macam ni okay?”

“Selesa ke?”

Sebab setiap tubuh berbeza.

Tak semestinya urutan yang kuat itu paling baik. Yang penting ialah keselesaan, komunikasi dan memahami keadaan pelanggan. ☺️

Selepas selesai terapi, beliau berkata,

“Alhamdulillah Kasyfan… rasa ringan sikit badan ni.”

Alhamdulillah.

Sebagai seorang juru urut, matlamat saya bukan sekadar membantu pelanggan rasa lebih selesa selepas terapi.

Saya juga mahu pelanggan lebih peka terhadap apa yang tubuh mereka sedang cuba sampaikan.

Kadangkala, daripada satu perbualan ringkas sebelum urutan, kita boleh memahami begitu banyak perkara tentang keadaan seseorang.

Begitulah tuan-tuan...... ☺😊

Blind Massage Putrajaya
“Satu Sentuhan, Lega Berpanjangan.”

📲 WhatsApp untuk pertanyaan & temu janji:
https://blindmassageputrajaya.wasap.my

WhatsApp

11/08/2026

“Sakit Tengkuk Je… Kenapa Sampai Satu Badan?” 😚

“Bang, saya mula-mula sakit tengkuk je…”

Itulah ayat yang selalu saya dengar daripada pelanggan.

Mula-mula tengkuk rasa sengal. Bahu p**a mula berat. Nak toleh kiri kanan pun susah. Lama-lama sakit kepala datang, tidur malam pun tak lena.

“Dah lama ke?”

“Adalah bang… mula-mula ingat biasa je.” 😅

Inilah masalahnya. Kita selalu anggap sakit tengkuk dan bahu sebagai perkara kecil.

Kadang-kadang berpunca daripada cara tidur, bantal, terlalu lama tunduk tengok telefon, bekerja di depan komputer atau melakukan kerja dalam posisi yang sama terlalu lama.

Kalau dibiarkan, ketegangan dan masalah pada kawasan serviks boleh melibatkan saraf. Sesetengah orang mula mengalami rasa sengal, kebas atau mencucuk yang boleh terasa hingga ke lengan, belikat dan bahagian tubuh yang lain.

Sampai ada yang mula tertanya-tanya…

“Aku ni masalah jantung ke?”

“Angin ke?”

“Gangguan makhluk halus ke?” 😂

Sebenarnya simptom badan memang boleh jadi pelik dan berbeza antara setiap orang.

Jangan tunggu sampai badan betul-betul ‘angkat bendera putih’. Datang jumpa saya, biar saya bantu kenal pasti punca ketegangan dan ketidakselesaan yang sedang mengganggu tubuh tuan-tuan dan puan-puan.” 💆‍♂️☺️

Menariknya, masalah begini bukan hanya berlaku kepada orang berusia atau mereka yang berbadan besar.

Orang muda pun boleh kena.

Pelajar, pekerja pejabat, pemandu, peniaga… hampir semua berpotensi mengalaminya.

Sebagai juru urut OKU penglihatan, saya mungkin tidak melihat dengan mata…

Tetapi saya belajar mengenali tubuh melalui sentuhan.

Dulu mata saya mengajar saya mengenali dunia.
Hari ini tangan p**a mengajar saya mengenali tubuh manusia. ☺️

Jadi jangan tunggu sampai badan betul-betul “angkat bendera putih”.

Dengar apa yang tubuh sedang cuba sampaikan. ❤️

📍 Blind Massage Putrajaya
“Satu Sentuhan, Lega Berpanjangan.”

📲 WhatsApp untuk pertanyaan & temu janji:
[https://blindmassageputrajaya.wasap.my)

blindmassageputrajaya.wasap.my

09/08/2026

“Abang Ni Betul-Betul Tak Nampak Ke?” 👀

Antara soalan yang paling kerap saya dengar bila pertama kali berjumpa dengan saya…

Ada yang sampai pandang mata saya lama-lama.

Kemudian tengok cara saya berjalan.

Tengok cara saya bercakap.

Tengok cara saya buat macam-macam perkara.

Akhirnya mereka kata…

“Tak nampak pun macam OKU penglihatan.” 😂

Saya cuma senyum.

Sebab saya faham.

Memang ada sebab kenapa saya kelihatan begitu.

Jawapannya mudah…

Saya pernah melihat.

Ya.

Sebelum dunia saya menjadi gelap, saya pernah melihat dunia dengan mata sendiri.

Saya pernah melihat wajah ibu bapa.

Saya pernah melihat wajah orang yang saya sayang.

Saya tahu bagaimana rupa seseorang ketika tersenyum.

Saya tahu bagaimana wajah orang ketika menangis.

Saya tahu gaya orang yang sedang marah.

Saya tahu rupa orang yang sedang terkejut.

Saya tahu bagaimana seseorang menunjukkan kegembiraan tanpa perlu berkata apa-apa.

Saya tahu bagaimana manusia berjalan, melambai, menunjuk, ketawa dan bergurau.

Saya tahu warna.

Saya tahu rupa bunga.

Saya tahu rupa pokok.

Saya tahu rupa kucing.

Saya tahu rupa burung.

Saya tahu rupa langit.

Dan saya pernah melihat dunia itu dengan mata saya sendiri.

Sebab itu mungkin ada yang tertanya-tanya…

“Kenapa pergerakan abang macam orang boleh nampak?”

Jawapannya kerana sebelum saya belajar hidup tanpa penglihatan…

saya sudah terlebih dahulu belajar hidup dengan penglihatan.

Dan di sinilah terdapat satu perbezaan yang menarik antara orang yang kehilangan penglihatan selepas pernah melihat dengan mereka yang dilahirkan tanpa penglihatan.

Bagi seseorang yang tidak pernah melihat sejak lahir, mereka tidak mempunyai pengalaman visual untuk dijadikan contoh.

Mereka tidak pernah melihat bagaimana rupa senyuman.

Mereka tidak pernah melihat bagaimana rupa kesedihan.

Mereka tidak pernah melihat warna.

Mereka tidak pernah melihat rupa seekor kucing, harimau atau burung.

Mereka tidak pernah melihat bagaimana manusia menggunakan riak wajah dan bahasa tubuh untuk menyampaikan perasaan.

Tetapi jangan salah faham.

Ini bukan bermaksud mereka tidak tahu tentang kegembiraan, kesedihan atau kasih sayang.

Mereka tetap merasainya.

Cuma mereka mengenali semua itu melalui cara yang berbeza.

Melalui suara.

Melalui sentuhan.

Melalui bau.

Melalui perasaan.

Melalui pengalaman.

Dan bagi kami yang pernah melihat p**a…

Kami mempunyai “simpanan visual” daripada kehidupan dahulu.

Walaupun mata sudah tidak mampu memberikan gambaran seperti sebelumnya, pengalaman itu masih tersimpan dalam ingatan.

Macam gambar lama dalam album.

Gambar itu mungkin sudah lama tidak kita lihat…

tetapi kita pernah melihatnya.

Kita tahu ia wujud.

Dan kita tahu bagaimana rasanya.

Sebab itu kadang-kadang tubuh kita masih bergerak dengan cara yang pernah kita pelajari dahulu.

Kita masih tahu bagaimana hendak memandang seseorang ketika bercakap.

Kita masih tahu bagaimana hendak tersenyum apabila gembira.

Kita masih tahu bagaimana hendak menunjukkan rasa terkejut.

Kita masih tahu bagaimana hendak menggunakan bahasa tubuh.

Bukan kerana kami sedang berlakon.

Tetapi kerana kami pernah belajar semua itu ketika mata masih menjadi guru kami.

Dan bila mata tidak lagi mampu mengajar…

kehidupan mengambil alih tugas itu.

Telinga menjadi lebih penting.

Sentuhan menjadi lebih bermakna.

Ingatan menjadi lebih berharga.

Dan pengalaman menjadi panduan.

Mungkin sebab itu dalam dunia urutan yang saya ceburi, saya banyak bergantung kepada sentuhan.

Saya tidak perlu melihat otot yang tegang.

Saya boleh merasakannya.

Saya tidak perlu melihat perubahan tertentu pada tubuh.

Tangan boleh memberitahu saya.

Saya tidak perlu melihat wajah pelanggan untuk mengetahui mereka sedang selesa atau tidak.

Kadang-kadang suara, pernafasan dan reaksi tubuh sudah cukup menjadi petunjuk.

Dulu mata saya mengajar saya mengenali dunia.

Hari ini tangan, telinga dan pengalaman p**a mengajar saya mengenali dunia.

Jadi kalau suatu hari nanti tuan-tuan dan puan-puan berjumpa dengan seorang OKU penglihatan yang berjalan macam orang biasa…

jangan cepat membuat kesimp**an.

Jangan fikir,

“Eh, macam tak nampak pun…” 😂

Mungkin benar dia tidak nampak.

Tetapi mungkin juga…

dia pernah nampak.

Dan apa yang pernah dilihat itu masih hidup dalam ingatannya.

Kerana kehilangan penglihatan bukan bermaksud kita kehilangan segala pengalaman yang pernah diberikan oleh penglihatan.

Ada perkara yang mata pernah ajarkan.

Ada perkara yang telinga ajarkan.

Ada perkara yang tangan ajarkan.

Dan ada perkara yang hanya kehidupan mampu ajarkan.

Mata mungkin tidak lagi melihat dunia seperti dahulu.

Tetapi pengalaman yang pernah dilalui…

tetap menjadi sebahagian daripada diri kita.

Jadi kalau ada yang bertanya kepada saya,

“Abang ni betul-betul tak nampak ke?”

Saya akan jawab sambil tersenyum…

“Betul… sekarang saya tak nampak.

Tapi jangan lupa… saya pernah melihat.” ☺️

Dan mungkin…

itulah yang membuatkan saya hari ini bukan sekadar belajar hidup tanpa melihat, tetapi belajar untuk melihat kehidupan dengan cara yang berbeza.

📍 Blind Massage Putrajaya
“Satu Sentuhan, Lega Berpanjangan.”

📲 WhatsApp untuk pertanyaan dan temu janji:
https://blindmassageputrajaya.wasap.my

blindmassageputrajaya.wasap.mykalau

08/08/2026

Bila Urutan Menjadi Sebahagian Daripada Hidup… 😚

Tadi saya terfikir tentang satu perkara…

Ramai mungkin mengenali saya hari ini sebagai seorang juru urut, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu bagaimana saya boleh sampai ke tahap ini.

Sebenarnya, saya sudah mula serius dalam dunia urutan sejak zaman muda-muda… masih bujang, trang tang tang tang! 😂

Ketika itu, saya mula mengenali dunia urutan bukan sekadar sebagai satu kemahiran, tetapi sebagai satu bidang yang boleh menjadi sumber rezeki dan membantu orang lain.

Langkah awal saya bermula di Brickfields, Kuala Lumpur — tempat yang cukup dekat dengan sejarah latihan dan pembangunan kemahiran golongan OKU penglihatan di Malaysia.

Di situlah sedikit demi sedikit saya belajar, berlatih dan membina keyakinan.

Dan menariknya, perjalanan saya sebagai juru urut berlaku seiring dengan perjalanan penglihatan saya sendiri.

Ketika kecil, saya masih boleh melihat.

Saya tahu bagaimana rupa warna biru.

Kalau orang sebut harimau, saya tahu rupa seekor harimau.

Kalau orang sebut pokok, rumah, langit atau bunga, saya pernah melihat semuanya dengan mata sendiri.

Dan kalau orang sebut isteri… 😆

Saya tahu macam mana rupa isteri saya yang cantik itu.
Yang itu jangan tanya banyak-banyak… nanti kantoi p**a! 😂

Namun, selepas kelahiran anak tersayang, penglihatan saya mula berubah.

Sedikit demi sedikit, pandangan menjadi kabur.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun… sehingga akhirnya dunia yang dahulunya saya kenali melalui penglihatan mula saya kenali dengan cara yang berbeza.

Anak yang dilahirkan ketika itu p**a kini sudah mencecah usia 20-an.

Bayangkan…

Sepanjang tempoh itu, saya terus menjalani kehidupan dan terus mengasah kemahiran sebagai seorang juru urut.

Daripada seorang anak muda yang masih bujang, hinggalah menjadi seorang bapa, seorang suami dan akhirnya seorang juru urut OKU penglihatan yang masih meneruskan perjalanan dalam bidang ini.

Sebab itu kalau tuan-tuan dan puan-puan datang mendapatkan urutan daripada saya, jangan terkejut kalau saya boleh tahu sesuatu hanya melalui sentuhan.

𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 "𝐦𝐚𝐭𝐚" 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧.

𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐭𝐚.
𝐓𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤.
𝐃𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧.

Setiap urat, setiap ketegangan dan setiap perubahan pada tubuh pelanggan kami cuba fahami melalui sentuhan.

Dan mungkin itulah sebabnya urutan bukan sekadar pekerjaan bagi saya.

Ia adalah kemahiran yang sudah menemani sebahagian besar perjalanan hidup saya.

Jadi sekarang saya nak bagi satu teka-teki kepada tuan-tuan dan puan-puan… 😚

Kalau saya mula serius dalam bidang urutan sejak zaman bujang trang tang tang tang, anak yang lahir selepas itu kini sudah 20-an, dan saya masih mengurut sampai hari ini…

Agak-agak sudah berapa puluh tahun saya berkecimpung dalam dunia urutan? 🤔😂

Tak payah kalkulator…

Cuba congak sendiri. 😆

Yang pasti, perjalanan ini bukan lagi dikira dengan tahun semata-mata.

Ia dikira dengan ribuan tangan yang pernah saya sentuh, ribuan tubuh yang pernah saya bantu dan ribuan kisah pelanggan yang pernah singgah dalam hidup saya.

Dan saya masih di sini…
masih mengurut, masih belajar dan masih memberikan yang terbaik.

Begitulah sedikit kisah perjalanan saya sebagai seorang Blind Massage Therapist. ☺️😊

📍 Blind Massage Putrajaya
"Satu Sentuhan, Lega Berpanjangan."

📲 WhatsApp untuk pertanyaan dan temu janji:
https://blindmassageputrajaya.wasap.my

Share on WhatsApp 05/08/2026

"Tadi saya layan satu drama di TV. Dalam jalan cerita tu ada seorang pelakon yang melakonkan watak orang buta..."

Saya tersenyum melihat lakonannya.

Bukan sebab lakonannya tidak bagus, tetapi ada satu perkara yang membuatkan saya terus terfikir...

Tahukah tuan-tuan dan puan-puan, apabila kami sebagai OKU penglihatan kehilangan nikmat melihat, Allah mengurniakan kami satu lagi kelebihan yang sangat istimewa—deria pendengaran yang menjadi jauh lebih peka.

Kadang-kadang, sebelum seseorang sempat bercakap, kami sudah boleh mengagak siapa yang datang hanya melalui bunyi tapak kaki.

Daripada nada suara, kami dapat merasakan sama ada seseorang itu sedang ceria, letih, marah atau menyimpan sesuatu di dalam hati.

Malah, perubahan kecil pada bunyi persekitaran yang mungkin tidak disedari oleh orang lain, sering kali menjadi petunjuk kepada kami.

Sebab itulah, apabila ada pelakon yang melakonkan watak orang buta tetapi matanya "tidak melihat" sedangkan reaksinya terhadap bunyi masih seperti orang yang boleh melihat, kami mudah menyedarinya.

Bukan untuk mengkritik.

Tetapi kerana itulah realiti kehidupan kami setiap hari.

Ramai yang menyangka orang buta hidup dalam dunia yang sunyi.

Hakikatnya tidak.

Dunia kami dipenuhi dengan bunyi... bunyi langkah kaki, bunyi pintu dibuka, bunyi kenderaan, bunyi angin, malah perubahan nada suara seseorang pun mampu memberi seribu makna.

Sebagai seorang Blind Massage Therapist, deria pendengaran dan deria sentuhan adalah antara "mata" yang membantu kami menjalankan tugas setiap hari.

Mungkin kami tidak dapat melihat senyuman pelanggan ketika mereka datang.

Tetapi kami dapat mendengar kelegaan dalam nafas mereka apabila terapi selesai.

Dan bagi kami... itu sudah cukup untuk membuatkan hari ini terasa sangat bermakna.

Begitulah tuan-tuan... ☺😊

📍 Blind Massage Putrajaya
"Satu Sentuhan, Lega Berpanjangan."

📲 WhatsApp untuk pertanyaan dan temu janji:

Share on WhatsApp WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jalan MELINJAU P11E PRESINT 11
Putrajaya
62300

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Blind Massage Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Putrajaya.