Rahsia Awet Muda - NK Age Reserve
NK AGE REVERSE™ merupakan produk penjagaan kulit berasaskan 99% bahan semulajadi.
Hasil kajian R&D lebih 10 tahun lebih oleh Prof Madya Dr. Siti Hamidah dan Saintis-Saintis UTM yang mendapat pengiktirafan dunia
03/12/2021
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah bintik hitam:
1.Kerap mencuci muka anda. Anda disyorkan untuk mencuci muka dua kali sahari
dengan pembersih muka, sekali selepas anda bangun tidur dan sekali sebelum tidur
untuk membuang minyak yang terhasil penyebab bintik hitam.
Mencuci muka lebih daripada dua kali akan menyebabkan radang pada kulit dan menyebabkan jerawat
menjadi semakin teruk. Pembersih yang tidak menyebabkan kulit menjadi merah atau
pedih sangat sesuai digunakan.
Disamping itu juga, jangan lupa untuk mencuci muka
anda selepas makan makanan yang berminyak seperti piza.
2.Selalu membasuh rambut. Jika anda mempunyai masalah rambut berminyak, ia akan
menjadi punca berlakunya liang-liang roma tersumbat.
3.Gunakan produk bebas minyak. Sebarang produk yang mengandungi minyak boleh
menyebabkan anda untuk memiliki bintik hitam yang baru. Anda juga perlu
menggunakan alat solek bebas minyak, losyen dan penghalang sinaran matahari untuk
mengelakkan daripada masalah ini menjadi lebih serius.
4.Cuba produk pengelupas. Skrub pengelupas dan topeng boleh membantu untuk
menghilangkan sel kulit mati daripada wajah anda dan mengurangkan bintik hitam.
Anda perlu memilih produk yang sesuai dan tidak menyakitkan kulit anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
02/12/2021
Terdapat banyak factor risiko untuk mendapat bintik hitam seperti:
1.Perubahan hormon yang akan meningkatkan penghasilan minyak semasa remaja
ketika menstruasi atau mengambil pil perancang kehamilan.
2.Sesetengah jenis ubat seperti kortikosteroid, lithium atau androgen.
3.Produk kosmetik, pembersih atau pakaian yang menutup liang-liang roma.
4.Peluh berlebihan atau tinggi kelembapan.
5.Faktor permakanan, penyakit atau ubatan yang menggalakkan pertumbuhan kulit
dengan kadar yang cepat.
01/12/2021
Apakah punca bintik hitam?
Terdapat beberapa sebab bagaimana bintik hitam terhasil. Ia mungkin terbentuk daripada persekitaran atau hormon yang tidak stabil dalam badan.
Anda boleh mendapat bintik hitam jika:
1.Kelenjar menghasilkan minyak berlebihan (sebum)
2.Lebihan sebum tadi berkumpul bersama sel kulit mati dan menghalang liang roma
3.bintik terbuka mendedahkan plag ini kepada udara
4.Badan anda menghasilkan terlalu banyak minyak
5.Anda mengambil ubat seperti kortikosteroid, perancang kehamilan, lithium atau
androgen;
6.Perubahan hormon yang meningkatkan penghasilan minyak seperti baligh atau
menstruasi;
Terlalu banyak bakteria pada kulit anda terutamanya bakteria yang dikenali sebagai p. acnes bacteria (propionibacterium acnes).
30/11/2021
Apakah simptom-simptom bintik hitam?
Blackhead pada kulit sangat mudah dikenalpasti. Ia kebiasaannya muncul sebagai benjolan kecil dan sedikit timbul serta kelihatan hitam di atas permukaan kulit.
Kombinasi minyak, sel kulit mati dan bakteria yang teroksida dengan udara menyebabkan liang roma terbuka dan tersumbat tersebut kelihatan hitam.
Bintik hitam kebiasaanya tidak sakit atau pedih seperti jerawat. Ia wujud bersama simptom jerawat yang lain seperti bintik putih, pustul dan jerawat.
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mempunyai tanda berikut:
1.Apabila kaedah pengubatan sampingan tidak berhasil
2.Jika blackhead kekal dan semakin teruk
3.Jika terdapat simptom sampingan jerawat yang menyebabkan ketidakselesaan
29/11/2021
Apa itu bintik hitam?
Bintik hitam (blackhead) ialah sejenis benjolan kecil di muka dan ia adalah salah satu jenis liang roma yang tersumbat (lubang-lubang bulu).
Ia berlaku apabila anda mempunyai liang roma terbuka yang tersumbat dengan minyak berlebihan, sel kulit mati dan bakteria.
Liang roma ini kelihatan seperti tersumbat dengan daki tetapi sebenarnya ia adalah kombinasi minyak dan bakteria yang bertukar menjadi hitam apabila terdedah kepada udara.
bintik terbuka berbeza daripada bintik tertutup yang dipanggil sebagai bintik putih. Blackhead adalah simptom biasa yang muncul diwajah.
Kadangkala, ia juga boleh muncul dibahagian belakang badan, dada, leher, lengan atau bahu.
Apakah kebarangkalian blackhead?
Bintik hitam ini sangat lazim berlaku pada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah jerawat.
Ia lebih berisiko kepada wanita daripada lelaki pada semua peringkat usia tetapi kebanyakan pesakit adalah dalam kalangan remaja, dimana masalah jerawat sering dihadapi oleh mereka.
Blackhead mudah untuk diatasi seperti rawatan jerawat.
28/11/2021
Parut yang telah terbentuk akan pudar mengikut masa tetapi ianya tidak akan hilang sepenuhnya. Namun demikian ada beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk mencapai parut yang optima. Parut yang mempunyai komplikasi juga boleh dirawat mengikut keadaan parut tersebut.
1.Teknik rawatan luka yang baik.
Pastikan kulit yang tercedera dirawat dengan baik. Teknik dan kesan jahitan yang betul akan menghasilkan kualiti parut yang baik.
2.Elakkan jangkitan pada luka
Pastikan keadaan luka bersih dan tidak dijangkiti kuman. Luka yang mengambil masa lebih dari dua minggu untuk sembuh akan menghasilkan parut hipertrofi atau keloid.
3.Elakkan pendedahan pada cahaya matahari
Pendedahan kepada cahaya matahari akan menyebabkan parut lebih gelap dari kulit normal. Gunakan krim penutup cahaya dan pakaian yang boleh melindungi dari cahaya matahari semasa berada di luar.
4.Urutan parut
Urutan berkala pada parut dengan menggunakan minyak atau krim pelembab akan memberi tekanan pada tisu fibrosis dan menjadikan pengaliran darah ke tisu tersebut tidak aktif.
5.Gel silikon
Gel silikon membantu melembutkan parut yang terbentuk. Ianya boleh didapati dalam bentuk pepejal yang boleh diletakkan terus ke atas parut atau krim sapuan.
6.Sarung tekanan khas (“pressure garment”)
Ini merupakan pakaian yang dijahit khas mengikut tekanan yang sesuai dan dipakai ke atas parut. Sarung ini hendaklah dipakai setiap masa kecuali semasa mandi. Ianya perlu dipakai sekurang-kurangnya satu tahun iaitu sehingga parut mencapai tahap matang.
7.Suntikan steroid
Suntikan steroid ke dalam tisu parut membantu mengecutkan saluran darah dalam tisu tersebut dan seterusnya menyebabkan proses pembentukan tisu fibrosis menjadi tidak aktif. Walaubagaimanapun prosedur ini perlu dilakukan secara berkala sehingga parut menjadi rata.
8.Perawatan Laser
Ada sebilangan peralatan Laser yang boleh digunakan untuk merawat parut pada peringkat awal. Walaubagaimanpun kos rawatan merupakan faktor utama cara ini kurang mendapat sambutan.
9.Perawatan kulit kurang invasif
Perawatan lain seperti “microneedling”, “dermabrasion” dan sebagainya dapat membantu pembentukan semula kolagen dan lapisan kulit yang lebih rata.
Prosedur “subcision” atau melepaskan tisu fibrosis dari bahagian bawah kulit boleh dilakukan untuk parut atrofik. Proses ini kemudian dibantu dengan mengisi semula bahagian bawah parut dengan menggunakan bahan seperti asid hialoronik atau lebih dikenali sebagai “Dermal fillers”.
10.Pembedahan.
Pembedahan dilakukan sekiranya parut mempunyai komplikasi yang tidak diingini. Pembedahan seperti “ Z- plasty atau W- plasty” membantu untuk mengubah arah parut supaya tidak begitu ketara.
Parut kontraktur perlu dibedah untuk melepaskan kulit yang tertarik. Ini akan menghasilkan luka baru dan perlu ditutup semula dengan kulit yang diambil dari bahagian tubuh yang lain seperti kulit peha.
Pesakit yang menjalani pembedahan untuk perawatan parut mestilah memberi komitmen dalam program rehabilitasi parut untuk mengelakkan komplikasi parut berulang.
27/11/2021
4 Jenis-Jenis Parut
1) Parut Hipertrofi. Parut hipertrofi akan kelihatan tebal dari permukaan kulit dan berwarna kemerah-merahan.
2) Parut Keloid. Parut keloid terhasil akibat pembentukan tisu fibrosis yang berlebihan dan melibatkan kulit sekeliling yang normal. Parut ini bukan sahaja hodoh kerana warnanya yang lebih gelap, ianya juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti sakit, gatal dan mengganggu pergerakan tubuh.
3) Parut Atrofik. Parut atrofik adalah parut yang tenggelam atau melekuk ke dalam kulit. Parut jenis ini biasanya berlaku pada jerawat yang telah sembuh. Walaupun saiznya kecil tetapi kuantitinya banyak dan akan nampak ketara terutama pada bahagian muka.
4) Parut Kontraktur. Parut kontraktur sering berlaku selepas kecederaan pada kulit akibat luka kebakaran, kelecuran atau kehilangan kulit akibat kecederaan lain. Tisu fibrosis akan menarik kulit di antara permukaan sendi seperti jari tangan, siku dan leher. Ianya juda boleh menarik kulit yang lembut seperti kelopak mata dan bibir.
26/11/2021
Di Mana Parut Boleh Terbentuk?
Parut boleh terbentuk di mana-mana bahagian tubuh pesakit. Kualiti parut bergantung kepada seseorang individu dan boleh dipengaruhi oleh faktor genetik, warna kulit, bahagian tubuh yang tercedera, umur dan komplikasi semasa proses penyembuhan.
Bahagian tubuh seperti dada, belakang, cuping telinga dan bahu mempunyai risiko untuk mendapat parut jenis keloid. Manakala parut pada bahagian sendi seperti lutut dan bahu boleh melebar disebabkan oleh pergerakan sendi. Parut pada bahagian sendi seperti jari, siku, ketiak dan leher juga boleh menyebabkan parut jenis kontraktur.
Individu yang mempunyai warna kulit yang gelap mempunyai risiko untuk mendapat keloid. Demikian juga individu yang mempuyai faktor keturunan dalam pembentukan parut hipertrofi atau keloid.
Luka yang tidak ditutup dengan baik atau luka yang mendapat komplikasi seperti jangkitan dan mengambil masa yang lama untuk sembuh akan menghasilkan parut yang hipertrofi atau keloid.
Pesakit muda dan remaja mempunyai risiko pembentukan parut berkomplikasi berbanding pesakit yang telah berusia lanjut disebabkan penurunan pembentukan kolagen.
25/11/2021
Bagaimana Parut Terbentuk?
Apabila tisu atau kulit tercedera, badan akan menghasilkan sejenis protein yang dipanggil kolagen.
Kolagen membantu dalam proses penyembuhan dengan menghasilkan jaringan yang menguatkan tisu yang tercedera. Dalam masa tiga hingga lima bulan kolagen dan saluran darah yang baru terbentuk dengan aktif menyebabkan parut kelihatan tebal dan kemerah-merahan.
Proses ini akan berlanjutan sehingga satu tahap di mana jaringan kolagen yang terbentuk akan terlerai dan pengaliran ke saluran darah menurun. Parut akan kelihatan semakin rata, lembut dan pudar. Parut yang sedemikian dkenali sebagail parut matang.
Sekiranya penghasilan kolagen berlebihan dan tidak teratur, tisu fibrosis akan meningkat menyebabkan parut lebih tebal dari permukaan kulit dan keras.
24/11/2021
PARUT
Parut merupakan satu perubahan pada kulit yang tidak disenangi dan boleh dipandang hodoh terutama pada bahagian tubuh yang terdedah seperti muka, tangan dan kaki. Parut bukan saja menyebabkan kesan negatif dari segi estetik tetapi ianya boleh mengganggu fungsi seperti pergerakan sendi.
Walaubagaimanapun parut adalah hasil dari proses penyembuhan kulit dan tisu yang semulajadi selepas kecederaan. Kecederaan boleh disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan. Tisu yang normal akan digantikan dengan tisu fibrosis. Parut boleh terbentuk samada pada tisu dalaman dan juga pada permukaan kulit.
Parut yang terbentuk akan pudar mengikut masa iaitu dipanggil parut matang tetapi ianya tidak akan hilang sepenuhnya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
NO. 105 Jalan MR2/16, Taman M-Residence 2
Rawang