yary.inc

yary.inc

Share

Bismillah. Hi bon viveur! Welcome to Yary.Inc. We’re serving a versatile dishes that is ready-to-eat.

03/07/2023

MANFAAT MAKAN SAYUR BERSAMA MASAKAN PANGGANG🥗

Untuk dapatkan zat yang secukupnya dalam satu hidangan, jangan lupa untuk tambah sayur dalam setiap menu harian anda. Hal ini kerana tubuh badan manusia amat memerlukan nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, serat dan air untuk kesihatan.

Berikut kami kongsikan beberapa manfaat makan sayur bersama masakan panggang:

1. Sayur sebagai pelengkap hidangan
Untuk melihat hidangan lebih menarik perlu jadikan sayur sebagai pelengkap.

2. Sayur berfungsi sebagai serat
Dalam Piramid Makanan Malaysia dinyatakan sayur berfungsi sebagai serat dan sayur berada di aras dua menerusi Piramid Makanan. Oleh itu sayur-sayuran perlu diambil 3 sajian sehari.

3. Mudah dimasak
Sayur antara menu yang paling mudah dimasak. Lebih-lebih lagi jika ingin makan bersama masakan panggang. Sayur tersebut hanya perlu di rebus atau digoreng secara ringkas.

4. Padanan sayur dengan masakan panggang boleh dijadikan menu diet
Masakan jenis panggang merupakan antara masakan yang baik untuk seseorang yang dalam proses menurunkan berat badan. Oleh itu, masakan panggang seperti ayam atau daging panggang sesuai dimakan bersama sayur-sayuran.

Semoga bermanfaat. Untuk anda mengetahui lebih banyak kebaikan atau tips, anda jangan lupa like dan share page Pak Mat Western By Biha Alfi

03/07/2023

BARANG / ALATAN YANG DIPERLUKAN SEWAKTU MEMANGGANG🥩

Terdapat beberapa alatan khas yang digunakan sewaktu proses memanggang yang kebanyakkan orang di luar sana tak tahu.

Haa jadi kami ingin kongsikan beberapa alatan yang WAJIB diperlukan sewaktu memanggang:

1. Alat pemanggang
Alat pemanggang merupakan alatan yang penting untuk memanggang. Proses memanggang dapat dilakukan dengan alat panggang ataupun arang. Namun, alat panggangan arang memang dapat menghasilkan tekstur dan rasa yang lebih baik, tetapi prosesnya memerlukan masa sedikit lama berbanding air fryer.

2. Spatula, penyepit & garfu
Alat sampingan ini penting sewaktu proses memanggang agar senang mengalih-alih lauk yang dipanggang.

3. Sarung tangan tahan panas
Sarung tangan tahan panas ini berfungsi untuk keselamatan sekiranya terpegang benda yang panas.

4. Berus silikon BBQ
Berus ini berfungsi sewaktu memberus alat pemanggang kerana kebiasaannya alat pemanggang mempunyai sisa makanan yang hangus dan berwarna hitam. Kesan tersebut sedikit susah untuk tanggal selain menggunakan berus silikon.

Semoga bermanfaat. Untuk mengetahui lebih banyak kebaikan atau tips, anda jangan lupa like dan share page Pak Mat Western By Biha Alfi

03/07/2023

TIPS ATAU CARA MASAK CARA SIHAT🍽

Memasak sebenarnya boleh menjadi rutin menarik bagi setiap individu, asalkan mempunyai pengetahuan mengenai asas penyediaan makanan dan kaedah yang boleh dipelbagaikan. Bagaimanapun, sebenarnya ada banyak lagi kaedah memasak yang sesuai diamalkan untuk kesejahteraan sekeluarga.

Cuba lihat dan pilih kaedah memasak yang dicadangkan kami ini untuk bagi sedikit idea untuk anda memasak. Pastinya ia lebih selamat dan menyihatkan.

1.Memanggang
Kaedah ini juga tidak memerlukan lemak atau minyak. Daging ialah makanan terbaik yang boleh dipanggang untuk hidangan sekeluarga. Seperti dalam kaedah membakar, haba yang menyentuh makanan secara langsung mengedapkan bahagian luar dan dalam makanan sambil mengekalkan jusnya.

2.Rendidih
Merendidih adalah teknik yang baik untuk memasak daging yang liat, seperti ayam, lembu tua atau daging yang secara semula jadi mengandungi lebih banyak tisu penghubung (lebih berurat). Tisu inilah yang membuat daging liat dan susah dikunyah jika tidak dimasak dengan betul.

3. Mereneh
Salah satu cara mudah untuk memasak ialah dengan memasukkan pelbagai bahan makanan dan ramuan ke dalam periuk tanah atau periuk masak perlahan dan biarkan direneh selama beberapa jam tanpa perlu menunggu. Masakan reneh adalah satu kaedah yang boleh digunakan untuk melembutkan makanan liat seperti daging.

4.En papillote (masak dalam bungkusan)
Tahukah anda bahawa anda boleh mengedapkan makanan dalam bungkusan dan membakarnya secara en papillote? Makanan dimasak dengan wap jusnya sendiri, yang terperangkap dalam bungkusan. Kaedah masakan ini amat mudah, rendah lemak, dan senang untuk dibersihkan peralatannya. Anda boleh menggunakan cara ini untuk memasak sayuran dan buah-buahan, ayam, ikan atau maka

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Untuk mengetahui lebih banyak kebaikan atau tips, anda jangan lupa like dan share page Pak Mat Western By Biha Alfi

03/07/2023

TIPS ATAU CARA MASAK CARA SIHAT🍽

Memasak sebenarnya boleh menjadi rutin menarik bagi setiap individu, asalkan mempunyai pengetahuan mengenai asas penyediaan makanan dan kaedah yang boleh dipelbagaikan. Bagaimanapun, sebenarnya ada banyak lagi kaedah memasak yang sesuai diamalkan untuk kesejahteraan sekeluarga.

Cuba lihat dan pilih kaedah memasak yang dicadangkan kami ini untuk bagi sedikit idea untuk anda memasak. Pastinya ia lebih selamat dan menyihatkan.

1. Mengukus
Boleh mengurangkan kehilangan khasiat makanan. Makanan dimasak dengan menggunakan haba daripada wap. Cara ini sesuai untuk memasak sayur-sayuran, ikan dan ayam serta dapat mengekalkan kebaikan khasiat serta kelazatan semula jadi makanan. Mengukus biasanya tidak menggunakan minyak.

2. Tumis
Teknik tumis adalah kaedah memasak yang mudah, menjimatkan masa dan dapat mengekalkan nilai pemakanan.

3. Membakar
Kaedah paling ideal untuk memasak daging, ayam dan ikan tanpa penggunaan banyak minyak. Haba daripada dulang pembakar menyentuh makanan secara langsung sekali gus mengedapkan bahagian luarnya.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Untuk mengetahui lebih banyak kebaikan atau tips, anda jangan lupa like dan share page Pak Mat Western By Biha Alfi

03/07/2023

RESIPI SHEPARDS PIE MENGGUNAKAN KAMBING PERAP PAK MAT WESTERN🥧

Bahan-bahan:
▪️500g daging kisar (daging perap Pak Mat Western yang dikisar)
▪️2 sudu besar minyak zaitun
▪️1 biji bawang besar kuning, cincang halus
▪️2 ulas bawang putih, cincang halus
▪️10g tepung gandum
▪️1 sudu besar Worcestershire sauce
▪️1 sudu besar tomato puree
▪️1 ketul kiub daging Knorr
▪️1 helai daun bay
▪️1 batang celeri, potong kiub kecil
▪️500 ml air
▪️ 1 batang kentang, potong dadu besar dan rebus

Cara Penyediaan:

Cara untuk Shepherd's pie:
▫️Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar kuning sehingga lembut keperangan, kemudian diikuti bawang putih dan celeri.
▫️Selepas itu masukkan p**a daging kisar Pak Mat Western dan kacau sehingga air yang keluar dari daging kisar tadi kering kerana dengan cara itu rasa daging lebih sedap.
▫️Apabila daging kisar daging kambing perap Pak Mat Western yang telah kering airnya masukkan tepung dan kacau seketika. Masukkan p**a sos Worcestershire dan tomato puree. Kacau seketika.
▫️Tuang air ke dalam daging da masukkan kiub daging dan daun bay. Teruskan memasak di atas api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat selama lebih kurang 1 jam.
▫️Tuang daging ke dalam mangkuk pie seramik atau kaca. Ratakan daging dan taburkan sekata karot yang telah direbus di atas permukaan inti daging.
▫️Sendukkan kentang putar dan letakkan di beberapa bahagian atas pie dengan sekata dan ratakan menggunakan spatula. Tekan supaya kemas dan corak bahagian atas kentang menggunakan garfu dengan cara melorek atau doleh gunakan spatula untuk tekan menjadi seperti sisik ikan.
▫️Bakar pada suhu 220°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga bahagian atas keperangan.
Sejukkan Shephard's pie dan potong untuk menghidang.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Untuk mengetahui lebih banyak kebaikan atau tips, anda jangan lupa like dan share page Pak Mat Western By Biha Alfi

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Rawang

Opening Hours

Monday 10:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00