Tips Kurus Cantik Sihat by Zue

Tips Kurus Cantik Sihat by Zue

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tips Kurus Cantik Sihat by Zue, Health/Beauty, Jalan Kuang 1, Rawang.

15/04/2022

Zue nak share tips kurus yang sihat dan mudah buat pertama kalinya 😍

Berat badan yang ideal merupakan idaman setiap individu untuk kelihatan cantik dan tampan. betul tak?

Tapi anda kena ingat, bahawa tiada jalan pintas untuk kurus. Tiada istilah cara kuruskan badan dalam seminggu atau dalam masa sebulan.

Menguruskan badan adalah proses yang memakan masa dan memerlukan disiplin yang tinggi. Matlamat anda untuk kurus bukanlah perkara yang mudah, namun tidak mustahil. Mengubah gaya hidup adalah salah satu kuncinya.

Pertama sekali : Kurangkan Pengambilan Gula ✅

Mungkin anda tertanya tanya, apakah kaitan gula dengan penurunan berat badan? Sebenarnya, terdapat beberapa cara tubuh badan kita bertindak apabila kita mempunyai lebihan gula dalam badan.

Pertama, makanan yang bergula tidak mengenyangkan dan menyebabkan anda cenderung untuk makan lebih banyak.

Makanan bergula juga akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah (hyperglycemia). Terlalu banyak gula dalam darah akan menyebabkan sel-sel menyimpan gula tersebut sebagai lemak dan menyebabkan berat badan anda meningkat dan juga gula mempunyai kalori yang tinggi.

Kedua : Minum Air Kosong Boleh Membakar Kalori ✅

Sebuah kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa minum air kosong pada suhu bilik atau sejuk boleh meningkatkan pembakaran kalori. Dalam kajian tersebut, mereka mendapati individu yang meminum air kosong dapat membakar 2-3% kalori daripada biasa selepas 90 minit minum air.

Meminum air kosong juga dapat meningkatkan kebolehan badan anda untuk membakar kalori sewaktu rehat yang dikenali sebagai resting energy expenditure. Minum air kosong juga boleh membuat anda berasa lebih kenyang.

Ketiga : Kurangkan Pengambilan Karbohidrat ✅

Karbohidrat adalah sumber tenaga. Namun begitu, pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh meningkatkan berat badan akibat lebihan gula yang tidak digunakan, terutamanya jika apabila pengambilan makanan tidak seimbang dan tidak disertai dengan senaman.

Karbohidrat yang lebih baik adalah yang tidak diproses dan mengandungi serat yang tinggi contohnya roti bijirin penuh, barli, oat dan quinoa. Mengurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses serta mengambil karbohidrat dalam jumlah yang disarankan boleh membantu mengurangkan berat badan.

Keempat : Makan Lebih Banyak Protein ✅

Untuk pengetahuan anda, protein boleh menyebabkan peningkatan pada metabolisma, mengurangkan selera makan dan mengurangkan hormon ghrelin yang menyebabkan rasa lapar.

Pengambilan protein meningkatkan kadar metabolisma anda dan menyebabkan pembakaran 80-100 kalori setiap hari. Antara sumber protein yang baik adalah daging lembu, ayam, ikan, telur, susu, keju dan kekacang seperti soya.

Kelima : Bersenam dan Bersukan ✅

Berjalan adalah antara senaman yang sesuai dilakukan bagi sesiapa yang ingin mula bersenam. Ia tidak memerlukan peralatan seperti di gym dan tidak membebankan pada anggota badan anda. Untuk permulaan anda boleh cuba berjalan selama 30 minit, 3-4 kali seminggu.

Jogging dan berlari juga antara senaman yang bagus dipraktikkan untuk membakar kalori. Anda disarankan untuk jogging atau berlari selama 20-30 minit, 3-4 kali seminggu jika anda mampu.

Keenam : Mengamalkan Detoks Badan Secara Konsisten ✅

Detoks adalah cara untuk membersihkan tubuh dari toksin. Kita melakukan hal tertentu dalam jangka waktu tertentu yang bertujuan untuk membersihkan tubuh dari racun lingkungan dan makanan yang ada dalam tubuh.

Detoks boleh menggunakan lemon, daun senna, teh hijau, jus buah atau sayuran.

Ketujuh : Dapatkan Tidur Yang Secukupnya ✅

Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan peningkatan hormon ghrelin. Hormon ini menyebabkan anda berasa lapar. Peningkatan hormon ini juga akan mengurangkan paras hormon Leptin, iaitu hormon yang menyebabkan anda berasa kenyang.

Kelapan : Berpuasa ✅

Amalan berpuasa dipraktikkan dalam diet intermittent fasting. Selain mengurangkan pengambilan makanan dalam sehari, berpuasa juga didapati boleh mempengaruhi hormon anda.

Hormon insulin anda adalah pada paras yang rendah ketika berpuasa. Ini membantu membakar kalori. Selain itu, tubuh juga menghantar hormon norepinephrine kepada tisu-tisu lemak untuk ditukar kepada tenaga.

Kesembilan : Kira Kalori ✅

Antara teknik untuk kurus adalah dengan mengira jumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Mengira kalori akan membuatkan anda lebih berwaspada dengan makanan yang anda boleh makan dalam sehari dan membantu anda mengurangkan berat badan.

Kesepuluh : Jangan Biarkan Diri Kelaparan ✅

Kebanyakan orang yang nak kurus akan melakukan diet yang melampau sehingga sanggup menahan lapar. Cara ini sebenarnya tidak efektif kerana ia akan menyebabkan anda makan lebih banyak.

Jika anda ingin menurunkan berat badan, jangan berlapar. Makan diet yang rendah karbohidrat dan tinggi protein. Makan snek yang rendah kalori di antara setiap waktu makan seperti kekacang atau buah-buahan yang boleh mengenyangkan anda.

Itu sahaja setakat hari ini, semoga bermanfaat zue doakan yang nak diet atau kurus tahun ni semoga tercapai yang penting konsisten tau jangan on off ❤️

13/04/2022

kita adalah apa yang kita makan , haa nak tahu banyak tips tak tentang penjagaan makan yang betul? 😍

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Address


Jalan Kuang 1
Rawang
48050