Rumah Garam Malaysia
pembekal dan pemborong garam bukit himalaya
Rumah Garam Malaysia merupakan rumah terapi garam yg pertama di Malaysia.Tempahan harus dibuat sehari sebelum datang.wasap 0123699244 untuk maklumat lanjut.
07/06/2026
Assalamualaikum!
Sambil-sambil order garam mandi, lampu garam.
Selit sekali tau garam travel.
Function sangat!!!
Muat letak dalam handbeg.
06/06/2026
Saiz Biasa (Regular Size)
1. Sesuai untuk ruang tamu, bilik tidur & pejabat.
2. Pancaran cahaya lebih besar, beri aura tenang untuk ruang luas.
3. Menjadi hiasan elegan & alami untuk rumah.
Saiz Kecil (Mini Size)
1. Mudah dibawa & sesuai untuk ruang peribadi (meja kerja / tepi katil).
2. Jimat ruang, ringan & praktikal.
3. Tetap beri kesan aura positif walaupun bersaiz kecil.
Tak kira besar atau kecil, Lampu Garam Bukit Aroma Mewangi Aura Rezeki tetap jadi sumber cahaya yang menenangkan & membantu mengharmonikan aura ruang.
Pilih ikut keperluan – Regular untuk ruang luas, Mini untuk ruang peribadi.
05/06/2026
Macam Mana Nak Pilih Garam Mandian? Untuk Aura atau Untuk Sihat Badan?
Kadang orang tanya,
“Garam mandian ni semua sama ke?”
Sebenarnya tak sama tau. Pilih ikut tujuan badan dan emosi kita.
Kalau rasa penat hati, banyak fikir, emosi cepat penuh, nak rasa lebih tenang dan nak manjakan diri, pilih Garam Bunga Aura Kaya.
Sebab Aura Kaya ni lebih kepada mandian self-care emosi. Dalam dia ada gabungan:
🌸 Garam Hunza – bantu badan rasa lebih segar
🌹 Rose Petals – beri rasa lembut, cantik & menenangkan
🪵 Aroma Rose Oud – haruman mewah, sesuai untuk relaks dan rasa lebih yakin.
Sesuai untuk wanita yang selalu overthinking, suri rumah yang penat urus keluarga, orang bisnes yang stress, guru, pekerja, atau sesiapa yang nak ada masa kecil untuk diri sendiri.
Tapi kalau rasa badan penat, kaki lenguh, nak mandi rasa fresh, nak rendam kaki atau nak rutin penjagaan badan harian, pilih Garam Bukit Himalaya 1KG.
Yang ni lebih sesuai untuk mandian badan, rendaman kaki dan rasa segar selepas aktiviti harian.
Senang cerita:
Penat emosi? Pilih Garam Aura Kaya.
Penat badan? Pilih Garam Bukit Himalaya.
Dua-dua bagus, cuma tujuan dia berbeza.
Yang penting, pilih ikut apa badan dan diri kita perlukan hari ni.
✨ Nak rasa lebih tenang & yakin? Ambil Aura Kaya.
✨ Nak badan rasa lebih segar & relaks? Ambil Garam Bukit Himalaya.
Mandi garam bukan magic, tapi satu cara kecil untuk jaga diri.
05/06/2026
Ramai orang ingat garam bukit ni cuma untuk masak je.
Sebenarnya, garam bukit boleh jadi bahan asas yang mudah ada dekat dapur untuk pelbagai kegunaan harian. Bila digabungkan dengan bahan semula jadi macam madu, lemon, daun salam atau air suam, ia boleh jadi bancuhan ringkas yang sesuai diamalkan ikut keperluan harian.
Contohnya:
🥛Garam bukit + air suam
Sesuai untuk kumur atau bancuhan asas.
🍋Garam bukit + lemon + air
Pilihan minuman segar lepas penat aktiviti harian.
🐝Garam bukit + madu + air suam
Sesuai diminum bila tekak rasa kurang selesa.
🧂Garam bukit + air
Bancuhan ringkas untuk bantu sistem elektrolit tubuh
Sebab tu penting pilih garam bukit yang bersih, berkualiti dan sesuai untuk kegunaan
dapur harian.
Garam Bukit Himalaya yg versi halus beriodin 300g ni, mudah larut dan senang digunakan.
01/06/2026
nak tanya ni ,korang okay ke hari ni?
Bukan tanya basa-basi. Kita tanya betul-betul. 🥹
Sebab ramai yang kita jumpa nampak okay dari luar, tapi dalam tu penat sangat. Keletihan yang tak hilang walaupun dah tidur.
Jiwa yang rasa kosong walaupun hidup nampak okay. Rasa tak berharga walaupun orang sekeliling sayang.
Itu tanda-tanda kemurungan. Dan ia lebih biasa dari yang korang sangka.
Kita tak kata mandi garam boleh selesaikan semua. Tapi kita percaya menjaga diri sendiri bermula dari langkah kecil yang korang lakukan untuk diri sendiri setiap hari.
Dan mandi garam adalah salah satu cara kita bantu diri sendiri & ramai orang yang ada masalah kemurungan. Mandi garam bantu :
✅ Tenangkan fikiran dan minda yang terlalu lama tegang
✅ Redakan tekanan yang dah bertimbun dalam jiwa
✅ Pulihkan semula tenaga & mood yang dah lama hilang
✅ Bagi diri sendiri ruang untuk rasa lebih baik ,perlahan tapi pasti
Korang layak rasa lebih baik dari hari ni. 💛
Kalau korang atau orang yang korang sayang sedang melalui ini Jangan tanggung sorang-sorang. Dapatkan bantuan.
Kalau nak cuba ikhtiar dengan mandian garam ,bagitau je,kita bantu.
wasap.my/601115135700/garamandian
28/05/2026
Daging korban dah ada?
Jangan lupa masak dengan garam bukit 🫶🏻
*Bila dapat daging korban, mesti dalam kepala dah fikir…*
“Nak masak kari ke?”
“Nak buat sup ke?”
“Macam mana nak bagi daging ni sedap dan tak tawar?”
Rahsia dia bukan pada rempah semata-mata.
Garam pun main peranan.
Dengan Garam Bukit, masakan rasa lebih seimbang, daging lebih mesra perapan dan lauk jadi lagi menyelerakan.
Tak kisahlah masak untuk keluarga kecil atau satu periuk besar untuk tetamu, garam yang betul boleh bantu naikkan rasa masakan.
Sebab masakan sedap bermula dari bahan asas yang berkualiti. 🫶🏻
21/05/2026
*Suami, cuba tengok isteri awak malam ni.*
Dia mungkin senyum, tapi badan dia penat.
Dia mungkin kata “tak apa”, tapi kepala dia penuh.
Dia mungkin nampak kuat, tapi dalam diam dia cuma nak satu ruang untuk berehat.
Jangan tunggu isteri terlalu penat baru kita hargai.
Hadiahkan dia Garam Bunga Aura Kaya — mandian self-care dengan Garam Hunza, Rose Petals dan aroma Rose Oud mewah.
Biar dia mandi dengan rasa tenang.
Suami jaga anak² dulu.
Biar dia tahu, penat dia suami nampak.
Kadang hadiah kecil macam ni pun boleh buat isteri rasa sangat dihargai. 🫶🏻
Dapatkan PERCUMA zipbag dengn belian 5 set Garam Mandian Aura Kaya 🫶🏻
20/05/2026
*Kebaikan Mandi Garam Bunga Aura Kaya*
1. Bantu badan rasa lebih ringan & segar
Bila seharian penat kerja, badan rasa melekit, kepala penuh fikir macam-macam… rendaman garam ni boleh bantu bagi rasa lebih fresh, relaks dan selesa lepas mandi.
2. Tenangkan emosi yang serabut
Gabungan garam kristal Hunza + aroma Rose & Oud bagi vibe yang lembut, mewah dan menenangkan. Sesuai sangat bila rasa emosi tak stabil, mudah marah, overthinking atau rasa “berat” dalam diri.
3. Bantu naikkan mood & keyakinan diri
Nama pun Aura Kaya — konsep dia bukan kaya duit semata-mata, tapi kaya dengan tenaga positif, yakin diri, rasa lebih tersusun dan lebih bersedia nak mulakan hari.
4. Haruman Rose & Oud buat mandian rasa premium
Aroma rose bagi rasa feminin, lembut dan menenangkan. Oud p**a bagi sentuhan eksklusif, deep dan elegan. Bila gabung, rasa macam mandi spa dekat rumah.
5. Rose petals beri rasa romantik & self-love
Kelopak ros dalam uncang tu buat mandian nampak cantik, lembut dan lebih “berjiwa”. Sesuai untuk wanita yang selalu jaga orang lain, tapi jarang manjakan diri sendiri.
6. Sesuai untuk rutin buang penat selepas hari panjang
Balik kerja, balik berniaga, lepas urus rumah, lepas emosi penat melayan manusia — rendam uncang ni dalam baldi air suam, mandi perlahan-lahan, tarik nafas… bagi badan dan hati rasa “lega”.
7. Mudah guna, tak bersepah
Sebab dia dalam uncang, senang rendam dalam baldi atau tub. Tak perlu tapis-tapis bunga. Lepas guna, buang uncang sahaja. Nampak kemas, premium dan praktikal.
Sesuai Untuk Siapa?
Sesuai untuk orang yang rasa badan penat, emosi cepat koyak, banyak fikir, susah nak rasa tenang, nak manjakan diri, nak hadiahkan untuk wanita tersayang, atau nak jadikan mandian sebagai rutin self-care mingguan.
Cara Guna Ringkas
Rendam 1 uncang dalam baldi air suam selama 3–5 minit.
Biarkan garam larut dan aroma keluar. Kemudian gunakan air tu untuk mandi dari bahu ke bawah atau buat rendaman kaki. Sambil mandi, niatkan nak lepaskan penat dan mulakan semula dengan emosi yang lebih tenang.
19/05/2026
Cara simpan garam bukit pek 1kg jangan main letak je tau 😍
Lepas buka pek, elok terus alihkan ke bekas kedap udara supaya garam tak mudah serap lembapan.
Garam bukit ni sifat dia mudah tarik wap air dari udara.
Sebab tu kalau salah simpan, garam boleh jadi berketul, lembap atau keras.
Cara paling mudah:
✅ Simpan dalam balang kaca / bekas food grade
✅ Pastikan bekas kering sebelum isi garam
✅ Tutup rapat setiap kali lepas guna
✅ Guna sudu kering
✅ Jauhkan dari sinki, dapur & tempat lembap
Simpan elok, garam kekal cantik, bersih & mudah digunakan hari-hari ✨
08/05/2026
Indah sungguh bunga melati
Petik sekuntum di tengah laman,
Kasih ibu kekal di hati,
Saban waktu sepanjang zaman.
Anak raja memakai mahkota,
Duduk berehat di bawah rhu,
10 Mei tarikh tercipta,
Hari khas buatmu ibu.
Jangan biarkan hari istimewa ini berlalu tanpa kenangan! Berikan kejutan buat ratu hati anda dengan Garam Mandian Aura Rezeki.
Terdapat dalam pelbagai bau dan aura yang dapat membangkit semangat ibu.
Warna & Haruman Unik
❤️Merah → Bau bunga mawar merah yang mendalam dan penuh cinta
🩷Merah Jambu → Bau bunga mawar merah jambu yang lembut
🖤Hitam → Gabungan 7 jenis bunga yang eksklusif dan berenergi
💙Biru → Bau maskulin yang segar dan memikat
💚Hijau → Bau limau purut yang menyegarkan dan membersihkan aura
💛Kuning → Bau bunga peony yang lembut, feminin dan menenangkan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
ONLINE ANYWHERE ANYTIME
Segamat
85000