Cantik Idaman VSpire

Cantik Idaman VSpire

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cantik Idaman VSpire, Beauty, cosmetic & personal care, Segamat.

24/11/2022

TIPS KECANTIKAN VSPIRE

Cara Pilih Tona Foundation Dengan Betul

Selalu kita nak test sama ada foundation tu sesuai dengna kulit, kita akan calit pada tangan kan?

Sebenarnya itu bukan cara yang tepat untuk pilih foundation

Apa yang anda perlu buat adalah, calit 3 tona foundation yang berbeza pada tulang rahang bawah sehingga ke leher. Pilih tona foundation yang hampir sama dengan kulit wajah.

Jika nak beli foundation, bawa seorang kawan atau minta pembantu kedai bantu anda untuk pilih foundation yang tepat dengan tona kulit anda.

S**a dengan tips kecantikan ini? SHARE bersama rakan-rakan anda.

23/11/2022

HAI SEMUA. πŸ’‹πŸ˜˜

Kalau rasa penat sangat, nak memandu pun rasa letih dan mengantuk. Cuba tips ini untuk elak dari mengantuk semasa memandu.

Saya nak share beberapa tips berguna bagi mengelakkan rasa mengantuk ketika memandu.
1. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Pemandu terutamanya harus berada dalam keadaan segar dan tidak mengantuk sebelum memulakan perjalanan.
2. Minum kopi, teh atau minuman isotonik. Minuman-minuman ini dikatakan boleh meningkatkan daya fokus selain membekalkan tenaga. Namun ia juga boleh mendatangkan kesan yang kurang baik jika diambil secara berlebihan.
3. Selain kopi, sediakan juga snek dan makanan ringan seperti kekacang, gula-gula atau potongan buah kerana mengunyah dapat mengelakkan rasa mengantuk.
4. Elakkan dari mengambil ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kesan mengantuk. Jika terpaksa, serahkan tugas memandu kepada orang lain.
5. Berbual-bual dengan β€˜co-pilot’. Perjalanan yang jauh akan terasa lebih seronok dan cepat sekiranya anda berborak dengan penumpang lain. Walau apa pun topik yang dibincangkan, pastikan anda sentiasa fokus pada jalan raya.
6. Pasang radio untuk mengelakkan rasa mengantuk dan sunyi. Pastikan lagu yang dipilih tidak mendayu-dayu dan kuatkan suara jika perlu.
7. Buka tingkap. Bunyi angin yang kuat serta angin sejuk yang menerpa muka boleh membuatkan anda rasa segar semula.
8. Berhenti berehat di hentian atau R&R. Bak kata orang, cara paling berkesan untuk menghilangkan rasa mengantuk adalah tidur. Jangan lupa untuk segarkan diri dengan membasuh muka sebelum menyambung perjalanan.
9. Elakkan dari memandu selepas tengah malam sehingga subuh kerana badan dan otak sudah sedia maklum bahawa ini adalah waktu tidur anda. Selain itu, memandu pada waktu malam juga lebih berisiko.

Semoga sentiasa dalam keadaan selamat ye. Semoga bermanfaat.😍😍

20/11/2022

Salam hai semua. Selamat pagi😍 hari ni saya nak share sedikit tips untuk sistur nak dapat kulit yang sihat dan bersih lepas amalkan 😍

❀️ TIPS KULIT SIHAT ❀️

1. Minum Air Kosong Secukupnya.

Rule of thumb untuk keperluan air kosong untuk setiap orang adalah 1 Liter untuk setiap 25 kg berat. Maka kalau 50 kg perlu minum 2 Liter air setiap hari. Air kosong sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kulit yang lembap akan sentiasa nampak segar dan sihat. DAN, jauhilah air manis, air bergas dan yang sewaktu dengannya. Gula, selain boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik ia juga adalah punca kulit kering, kusam dan nampak tua.

2. Makan Buah dan Sayur

Tips cliche tapi inilah yang diamalkan oleh mereka yang mempunyai kulit cantik. Pemakanan yang sihat menjamin kulit yang sihat juga. Buah epal mampu membuatkan kulit wajah kelihatan segar dan glowing dan juga menghalang kulit kusam. Buah pisang p**a bertindak membuang sel kulit mati dan mengurangkan kedutan. Buah oren p**a kaya dengan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh untuk memperbaiki sel kulit. Tomato juga mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk kulit. Selain tinggi anti-oksida dan memiliki ciri-ciri anti-penuaan, tomato membentuk perlindungan semulajadi terhadap sinaran matahari, membantu mengecilkan liang pori dan menghalang pembentukan jerawat. Siti ada seorang kawan yang konsisten buat masker tomato setiap minggu dan kulit dia sememangnya fuhhh licin macam kulit telur!

3. Lindungi Kulit dari Sinar UV dan Penghawa Dingin

Masa yang paling genting adalah antara pukul 10 pagi hingga 4 petang. Pada waktu ini, membiarkan kulit terdedah di bawah sinaran matahari menyebabkan kelembapan hilang, masalah jeragat dan menggalakkan kedutan di wajah. Lebih teruk lagi, boleh meningkatkan risiko mendapat kanser kulit. Sinar matahari hanya bagus ketika awal pagi sahaja. Sekiranya akak terpaksa berpanas dalam tempoh yang agak lama, pastikan kulit akak dioles dengan foundation yang sesuai. Siti sendiri sentiasa memastikan kulit muka disapu nipis dengan foundation SPF25 untuk mengurangkan kesan sunburn dan juga moisturizer untuk pastikan kulit sentiasa lembap ketika bekerja di pejabat yang berhawa dingin. Penghawa dingin membuatkan kulit kering dan gatal, dan menggalakkan kemunculan garis penuaan.

4. Segarkan Wajah dengan Ketulan Ais

Betul akak tak salah baca. Ketulan ais merupakan satu kaedah yang murah dan mudah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Amalkan ketika bangun pagi dan juga sebelum tidur. Caranya mudah saja, ambil seketul ais batu balutkan dengan kain dan golekkan saja ais tersebut di seluruh muka sehingga terasa kulit muka sejuk seluruhnya. Antara manfaat ais batu untuk kulit muka termasuklah melancarkan peredaran darah dan seterusnya menjadikan wajah nampak lebih segar dan sihat. Ia juga membantu mengecutkan jerawat dengan segera, mengecilkan liang pori dan mengurangkan kesan sembap selepas bangun tidur. Amazing kan? Siti pun dah mula amalkan dan memang kulit rasa lebih segar. Nak lagi best, blend tomato tanpa air dan jadikan ais kiub. Bila dah keras, boleh guna ais kiub tomato sapu di muka dan biarkan kering kemudian bilas bersih. InsyaAllah hasil dia tiptop.

01/11/2022

Sis ada satu rahsia untuk menu kulit sentiasa awet muda walaupun sudah berusia 50 tahun.

Sap**ah suncreen atau sunblock bersama dengan produk yang mengandungi seperti Serum Vitamin C Annona.

Kesannya lebih ' power' apabila suncreen / sunblock yang sememangnya untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari yang bahayakan kulit. Bergabung p**a dengan yang kaya dengan antioksidan yang boleh melawan radikal bebas seperti cahaya matahari.

Nampak tak disitu ada 'Double protection' kepada kulit muka daripada sang matahari yang s**a singgah menyinggah di kulit muka kita.

Kulit muka bila kita 'payung' daripada cahaya matahari, di letak p**a Vitamin C pada kulit, menggalakan penghasilan kolagen semulajadi. Kolagen itu p**a dilindungi oleh sunblock dan perisai antioksidan tadi. Kolagen bergembira bila cahaya matahari sudah susah mahu menembusi ke dalam kulit muka.

Jadi inilah rahsia resepi awet muda sentiasa.

Siapa s**a kulit sentiasa awet muda, angkat tangan pelissh.

Photos from Cantik Idaman VSpire's post 10/10/2022

Semua orang tau dengan bahan semulajadi seperti Aloe Vera, Buah Mulberry boleh merawat kulit yang kusam dengan cepat. Ramai juga buntu fikir cara yang terbaik untuk hilangkan JERAGAT kat muka dengan mudah. πŸ’•πŸ’•

Beauty Serum Vspire terdapat 100% bahan organik yang boleh merawat wajah seawal 1 minggu tanpa memberi kesan sampingan pada kulit. πŸ’•πŸ’•

Serum ni terdapat :-

βœ… Ekstrak Aloe Vera (Membuang sel kulit mati)
βœ… Ekstrak Mulbery (Mencerahkan kulit & rawat jeragat)
βœ… Ekstrak Apple (Menganjalkan kulit)
βœ… Ekstrak Lemon (Mengecutkan Jerawat dan hilangkan kesan jerawat)
βœ… Minyak Bunga Matahari (Melembabkan kulit dengan semulajadi)
βœ… Niacinamide (Mencerahkan kulit dan hilangkan dark spot)

05/10/2022

Hai semua , kekal minda positif untuk capai matlamat yang kita nak. Kerana semuanya dari minda.

15/09/2022

Di sini saya share 7 sebab utama kulit muka menjadi kusam:- πŸ₯°

1. DISEBABKAN STRESS DAN TEKANAN (stress akan meningkatkan penghasilan minyak melalui kelenjar muka & seterusnya jadikan kulit muka kusam.)

2. KERANA ABAIKAN RUTIN BERSIHKAN KULIT MUKA & WAJAH (Aktiviti harian di luar akan sebabkan anda terdedah kepada debu-debu dan kotoran. Debu-debu ni nampak je kecik. Biasanya takkan nampak dengan mata kasar. Tapi sedikit sebanyak ia akan melekat pada kulit muka anda tanpa sedar.)

3. TERDEDAH DENGAN SINARAN UV MATAHARI (apabila terdedah dengan sinaran matahari yang berterusan ia akan menyebabkan kulit kusam dan kering)

4. KURANG TIDUR (Jika kita tidak tidur ikut waktu yang betul, makan sel-sel kulit tidak dapat diproses dengan sempurna. Sebab itu masalah kulit kusam terjadi.)

5. FAKTOR GENETIK (Faktor Genetik adalah faktor yang tak dapat dielakkan. Jika keluarga anda mempunyai sejarah ada masalah kulit kusam dan masalah kulit berminyak, anda juga berpotensi mewarisi masalah ini dari ibu atau bapa anda)

6. KURANG VITAMIN (Kulit yang kekurangan vitamin akan menyebabkan pelbagai masalah kulit kusam dan akan menyebabkan kulit berminyak)

7. GUNA PRODUK KECANTIKAN DAN KOSMESTIK YANG SALAH (Atas sebab itu, kulit bukan sahaja jadi kusam malah ada yang jadi lebih teruk hingga mencacatkan penampilan kita. Jadi hati-hatilah memilih produk kecantikan)

Jadi untuk langkah lebih selamat, gunakan Beauty Serum yang diakui selamat digunakan & terbukti telah membantu ramai wanita selesaikan masalah kulit kusam. πŸ’ž

Serum ini diformulasi untuk mencerahkan kulit, merawatkan kulit kusam, menaikan seri wajah, menghilangkan jerawat dan parut jerawat, memudarkan jeragat dengan semulajadi. πŸ’ž

Semoga bermanfaat . salam sayang🌹

13/09/2022

Hai semua, lepas ni sis semua dah tak payah risau , pening nak cari solution yang terbaik hilangkan kulit kusam.
Dalam serum ni original dah ada ekstrak MULBERRY yang mampu hilangkan kusam kat wajah seawal seminggu tau..

Hari ini saya nak share kelebihan Mulberry pada kulit wajah

1. Sebagai agen anti penuaan
(Mulbery memiliki kandungan anti-oksiden yang cukup tinggi sehingga dapat melawan aneka radikal bebas di kulit yang menyebabkan munculnya tanda-tanda penuaan.)

2. Mencerahkan kulit wajah
(Mulbery telah lama diketahui dapat mencerahkan kulit. Bahkan mulberry juga dapat menyama tona kulit)

3. Mengatasi masalah kulit
(Rebusan daun pohon mulberry dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti flu, radang tenggorak, demam,dan lain-lain. Selain itu, rebudan ini juga dapat menyembuhkan berbagai masalah pada kulit)

4. Mengatasi kulit kering dan sensitive
(Campurkan buah mulberry dangan minyak kelapa atau minyak zaitun selama beberapa hari, kemudian sapukan pada kulit wajah. Campuran minyak ini juga dapat menjadi lotion untuk memlembabkan kulit wajah dan menyembuhkan keradangan. Jadi mulberry ini secara semulajadi memlembabkan kulit wajah)

5. Mengurangkan bintik-bintik hitam di wajah
(Buah Mulberi merupakan antara buah yang tergolong dalam keluarga beri sekaligus antara buah yang tinggi dengan antioksidan . Antioksidan ini mampu mengurangkan bintik-bintik gelap diwajah jika diamalkan dengan konsisten. Hanya perlu sapu ekstrak mulberry di bintik gelap tersebut)

Semoga bermanfaat. Salam sayang.

12/09/2022

Assalamualaikum kakak sayang. Harap kakak sayang baik2 saja😍😍

Harini saya nak share tentang *5 Manfaat Pelembab Untuk Kulit Wajah*πŸ’ž

*1. Membantu melembabkan wajah*
- Pastinya pelembab akan melembabkan kulit wajah kita supaya tidak kering yang menyebabkan jeragat

*2. Mencegah kulit wajah dari menjadi kering*
- Biasanya kulit wajah yang kering dapat menyebabkan tekstur kulit terasa kasar dan juga pedih keradangan.

*3. Melindungi kulit wajah dari sinaran UV*
- Sebelum memulakan aktiviti luar, cuba calitkan pelembab wajah pada kulit wajah untuk menghindari risiko terburuk dari paparan sinar UV ke wajah.

*4. Membantu mencerahkan kulit wajah*
- Dengan kulit wajah yang terjaga kelembabannya, maka hal ini dapat membantu untuk mencerahkan kulit wajah menjadi lebih cerah dan juga bersinar.

*5. Mengurangkan kesan penuaan*
- Manfaat lain dari pelembab wajah adalah dapat membantu mengurangi gejala penuaan.

Haa. Nak lagi senang boleh je amalkan pakai vspire beauty serum. Kandungan Vspire beauty serum yang mengandungi aloe vera dan minyak bunga matahari, betul2 dapat membantu melembabkan kulit muka yg sentiasa kering sekaligus mengurangkan kusam pada kulit wajah

Salam sayang,
SitiVspire serum

12/09/2022

Wanita adalah sebuah jiwa yang besar. Jadilah Wanita yang sentiasa tabah dan kuat dalam apa juga dugaan hidup. Isikan kebergantungan diri pada Yang Maha Kuat.

Selamat petang semua.

11/09/2022

Hai semua, selamat pagi. Dah sarapan ke tu?
Hari ni saya nak share sikit kelebihan Aloe Vera pada kulit muka, pentingnya pemilihan bahan dalam skincare kita ni.
Kalau akak rajin buat marker pakai aloe vera akak rasakan kulit akak sihat dan lembut sangat kulit muka akak.
Ni diaa kelebihan aloe vera ni pada kulit muka kita :-

1. Menenangkan kulit dari cahaya matahari (menyejukkan dan menegangkan kulit wajah dari cahaya matahari yang menyebabkan kulit sensitive dan keradangan)

2. Memudarkan bintik hitam (Aloe vera secara alaminya boleh memudarkan flex hitam pada wajah kerana aloe vera memiliki kandungan kalsium, magnesium, fosfor, zat besi, natrium, zinc, folat, antioksidan, vitamin A, B, C dan E. Akak sapu pada kulit dengan konsisten, bintik hitam akan kelihatan akan semakin memudar dengan semulajadinya. Sapu pada bintik hitam kemudian biarkan ia kering sebelum di bilas dengan air semula)

3. Aloe Vera sebagai agen melembabkan kulit (Pakar kulit menjelaskan bahawa aloe vera kaya dengan air yang membantu menghidratkan kulit dan mengunci kelembapan)


4. Mencegah tanda penuaan (Seperti yang kita tahu, kelembapan yang cukup membantu mencegah tanda-tanda penuaan yang terlihat seperti garis-garis halus dan kedutan)

5. Menghilangkan parut-parut di muka (membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru dan proses penyembuhan luka yang boleh mengakibatkan parut, digalakan pakai aloe vera pada kulit untuk menghilangkan parut wajah secara alami)

6. Membantu menhilangkan jerawat (Aloe vera mampu mengatasi masalah jerawat kerana ia memiliki antioksidan, enzim, vitamin A dan C, dan tinggi senyawa anti-inflamasi (anti keradangan pada kulit)

Semoga bermanfaat.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Segamat
85000