Razi RF3
Produk Kecantikan
15/11/2024
Jangan Rendahkan Usaha Orang Lain, Setiap Orang Ada Struggle Sendiri
Kadang-kadang, kita mudah berkata, “Ala, mak bapa dia kaya, sebab itu dia berjaya.”
Ya, memiliki keluarga yang kaya memang suatu bonus, tetapi itu tidak bermakna dia tidak berusaha. Ramai juga yang datang dari keluarga berada tetapi tidak berjaya, hanya menghabiskan harta dan tidak mampu mencipta lebih banyak kejayasn.
Individu yang berjaya tetapi bermula dengan lebih mudah adalah rezeki mereka – namun, mereka tetap berusaha keras untuk memperbaiki diri, membesarkan empayar, dan mencipta legasi mereka sendiri. Kejayaan itu tidak datang begitu sahaja; ia datang dengan usaha yang konsisten, keazaman, dan kerja keras.
Jangan kita merendah-rendahkan kejayaan orang yang telah berusaha, kerana kita tidak tahu cabaran apa yang mereka lalui. Setiap orang ada jalan dan perjuangan masing-masing.
Fokus kita?
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, capai lebih dari generasi sebelum kita, dan sentiasa berusaha menjadi versi diri yang lebih baik ❤️
15/11/2024
April 2006
Di saat semua kwn2 bgembira setelah tamat peperiksaan skhir tahun akhir semester akhir.. aku di uji dgn lunpuh separuh pinggang.. tapi aku bangkit aku ikhtiar perubatan tradisional di felda redong dengan seorang pakcikdibawa oleh bapa saudaraku (pak itam dan mak itam.. aku turut mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di mana xray xnampak mana2 patah pun.. Mei 2006 aku boleh melangkah dari strok separuh pinggang aku gagahkan kaki memohon pekerjaan sebagai operator kilang di taman bendahara segamat.. alhamdulillah berkat usaha gigih dan ikhlas untuk. Tidak menyusahkan orang sku dpt bekerja selama beberapa bulan yg akhirnya duit itu la yg aku guna utk konvokesyen aku di UKM pada ogos 2006.🥰🥰🥰 12 Ogos 2006 aku melangkah dgn penuh rasa seronok dgn menggunakan kasut tumit tinggi 3 inci😂😆😊 berkebaya labuh..dihadiri oleh emak dan adik2 kesayanganku dan xlupa juga nenda tersayang Nah binti Kaim..serta bapa2 saudara paklang dan pokde..
08/11/2024
Bermula September 2024, Majlis Perbandaran Segamat telah memperkenal dan menggunakan aplikasi sistem pembayaran parkir secara digital dikenali sebagai Parkmax@Johor.
Dengan kewujudan aplikasi terkini ini, warga Segamat boleh membayar parking dengan mudah terus dari telefon mudah alih. Kini sudah tidak perlu lagi sibuk-sibuk mencari dan menggunakan kupon.
Kenapa anda perlu tahu tentang perubahan sistem pembayaran parking ini?
• Bagi mengelakkan dari disaman akibat terlupa membayar parking!
• Guna aplikasi lebih mudah dan cepat, hanya beberapa langkah sahaja diperlukan
• Lebih mesra alam tanpa kupon kertas.
Pastikan anda muat turun dan bersedia menerima perubahan ini.
Sebarkan info ini kepada rakan-rakan anda sekarang.
Sumber: Majlis Perbandaran Segamat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kampung Sekijang, Sungai Segamat
Segamat
85000
19/10/2024
19/10/2024