Pusat Rawatan Tulang Dan Saraf Segamat
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Rawatan Tulang Dan Saraf Segamat, Health/Beauty, 50 1st floor, kg Abdullah, Segamat.
12/05/2022
12/05/2022
Soalan:
Bolehkah seorang wanita yang mengalami sakit tulang belakang berurut dan berubat dengan perawat lelaki tetapi perawat tersebut menutup badan pesakit dengan menggunakan kain tebal serta tidak terbuka aurat.
Jawapan:
Berubat adalah termasuk di dalam keperluan bahkan dalam sesetengah keadaan menjadi wajib untuk berubat sebagai satu ikhtiyar dalam menyembuhkan sesuatu penyakit.
Melihat kepada persoalan di atas, sekiranya itu sahaja pilihan yang ada, iaitu hanya tukang urut lelaki itu sahaja yang boleh melakukannya, maka ia dibenarkan oleh syarak. Namun sebaiknya adalah dengan mencari tukang urut wanita terlebih dahulu dan sekiranya tiada, maka dibolehkan untuk tukang urut lelaki mengurut wanita tersebut.
Meskipun dibenarkan oleh syarak, maka terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat terlebih dahulu[1]. Antaranya:
Mestilah hadir bersama untuk menemani wanita tersebut dari kalangan mahramnya, suaminya atau perempuan yang thiqah (dipercayai).
Mestilah dengan syarat ketiadaannya perawat/doktor perempuan bagi perempuan dan ketiadaan perawat/doktor lelaki bagi lelaki. Oleh itu, dibenarkan syarak bagi perawat yang berlainan jantina untuk merawat pesakit. Begitu juga perlu didahulukan perawat/doktor yang muslim.
Hanya kawasan yang sakit sahaja yang boleh dilihat dan juga dirawat dan tidak pada bahagian yang tidak berkaitan.
Dalil bagi kebolehannya adalah berdasarkan hadis riwayat Jabir RA:
أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ، اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا
Maksudnya: Sesungguhnya Umm Salmah meminta izin dari Rasulullah SAW untuk dibekam maka Nabi SAW mengarahkan Abu Taibah untuk membekam Umm Salmah.
Riwayat Muslim (2206)
Wallahu a`lam.
[1] Lihat Al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafi`e. Dar al-Qalam, (4/50)
Al Kafi li al-Fatawi
Bayan Linnas
Irsyad Fatwa
Al Kafi li al-Fatawi
19/04/2022
Salam Nuzul Quran
17 Ramadan 1443H
20/03/2022
Ikhtiar rawatan dengan kami. Kami berusaha melakukan yamg terbaik untuk pesakit kami. Segala kesembuhan dari Allah.
http://www.wasap.my/601110786294/naKslopromosiurut
20/03/2022
Perkhidmatan rawatan yang kami sediakan untuk lelaki dan wanita:-
✅ Masalah Saraf
✅ Rahim Jatuh
✅ Slip Disc
✅ Sakit Pinggang
✅ Sakit Bahu/ Belikat (Frozen Shoulder)
✅ Scoliosis (Tulang Bengkok)
✅ Sakit Lutut/Kebas Kaki
✅ Kerap Kebas Tangan
✅ Sukar Berdiri Lama
✅ Kaki Kejang
✅ Kaki Panjang Sebelah
✅ Terseliuh
✅ Sakit Tapak Kaki
✅ Masalah Kesuburan/Iktihar Zuriat
Kita hanya berikhtiar, Allah yang menyembuhan.
Hubungi kami:
http://www.wasap.my/601110786294/naKslopromosiurut
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
50 1st Floor, Kg Abdullah
Segamat
85000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |