Bliese Ni'Ni
KERETA BERBAU? BLIESE KAN JEKKK π
02/07/2023
KEBAIKAN BUAH AVOKADO π₯
Avokado merupakan sejenis tumbuhan dari golongan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses dan mempunyai pelbagai kegunaan. Avokado merupakan buah yang berasal dari Puebla, Mexico. Tahukah anda, di dalam buah avokado mempunyai pelbagai jenis khasiat. Khasiat-khasiat yang terdapat di dalam buah avocado ialah Vitamin K, Folate, Vitamin C, Potassium, Vitamin B5, Vitamin B6, dan Vitamin E. Malah, ianya juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).
Buah avokado adalah salah satu buah yang mempunyai pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan kita. Antara kebaikan pengambilan buah avokado adalah:
1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
Antara buah yang dikenali kerana mengandungi nilai kalium (garam potassium) yang tinggi ialah pisang. Tetapi, sebiji avokado sebenarnya mempunyai kandungan kalium yang lebih tinggi berbanding pisang. Selain membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan, kalium juga berpotensi membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Perkara ini mencegah serangan jantung, strok, dan kegagalan buah pinggang.
2. Membantu meningkatkan kesihatan jantung
Avokado adalah sebagai buah yang unik kerana mengandungi nilai lemak yang tinggi (77% kalori avokado disumbang oleh lemak). Tambahan p**a, kandungan lemak dalam buah avokado terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti omega-3 dan 9. Sumber lemak tidak tepu seperti minyak zaitun, kacang tanah, bijan, serta avokado berpotensi mencegah dan mengurangkan keradangan dalam tubuh. Apabila sumber lemak tepu (contoh: mentega, kulit ayam, lemak daging, makanan bergoreng, santan) dan lemak trans (contoh: marjerin, makanan ringan, produk bakeri) digantikan dengan lemak tidak tepu dalam kuantiti sederhana, ia mampu mendatangkan beberapa kebaikan seperti:
β’ Meningkatkan tahap kolesterol baik
β’ Menurunkan kolesterol jahat
β’ Merendahkan risiko penyakit kardiovaskular (sakit jantung, strok)
β’ Di samping itu, diet yang dibekalkan dengan sumber asid lemak omega-3 didapati mengurangkan kesakitan otot selepas bersenam.
3. Tinggi kandungan serat
Berdasarkan American Heart Association, kita disarankan untuk mengambil 25 hingga 30 gram serat dalam sehari. Sebiji avokado dengan berat lebih kurang 160 gram sudah mampu membekalkan 9.3 gram serat, iaitu kira-kira 37% daripada jumlah saranan minimum! Avokado mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut yang masing-masing memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh, serat larut mampu merendahkan tahap kolesterol jahat, mengawal kenaikan gula dalam darah, serta membantu merawat cirit-birit. Serat tidak larut p**a mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama lalu membantu kawalan berat badan di samping mencegah sembelit.
4. Meningkatkan kesihatan mata
Mata adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Tanpa daya penglihatan, kehidupan manusia akan menjadi sedikit pincang. Kesihatan mata banyak dipengaruhi oleh antioksidan seperti karotenoid. Selain membantu penyerapan antioksidan daripada makanan lain, avokado sendiri turut mengandungi antioksidan dalam jumlah yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan avokado mampu mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula, yang sering berlaku dalam kalangan warga emas.
5. Berpotensi mencegah kanser
Kajian tabung uji menunjukkan kebarangkalian avokado dapat membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi dalam sel darah putih. Ekstrak avokado juga didapati membantutkan tumbesaran sel kanser prostat di dalam makmal. Namun begitu, kajian-kajian tersebut dijalankan di dalam sel terosilasi (isolated cells). Kajian berdasarkan tubuh badan manusia masih belum dijalankan.
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASALAH KOLESTROL YANG TINGGI? ANDA BOLEH CUBA UNTUK MENGAMALKAN PEMAKANAN BUAH AVOKADO INI βΊοΈ
JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLIESE NIβNI. SEBARANG PERTANYAAN ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK ATAUPUN WHATSAPP ππ»
ππ» 011-11236158 (Hazwani)
ππ» 011-72651855 (Nisa)
29/06/2023
Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam πβ¨
Mesti ada yang balik ke kampung raya aidiladha ni kan?
Okay tak tu perjalanan? mesti jem kan sebab semua orang balik.
Tapi kalau ada Bliese yang menemani perjalanan anda pasti semuanya akan okay!
Eh kenapa p**ak?
Hehehe kerana Bliese Wooden Cap ini kan dapat:
β¨ Memberi ketenangan berpanjangan.
β¨ Memperbaiki masalah pernafasan.
β¨ Mengubah mood supaya lebih positif.
β¨ Meredakan tekanan.
Anda masih berpeluang untuk grab PROMO AIDILADHA tau!
FREE POSTAGE diberikan apabila anda membeli 3 unit Bliese Wooden Cap.
Jangan lepaskan promo ini, ianya berlangsung 20 Jun - 3 Julai. Mari WhatsApp kami dan wangikan raya anda!
ππ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)
28/06/2023
AMALAN SUNAT UNTUK DIAMALKAN DI PAGI HARI RAYA AIDILADHA π
Apakah amalan sunat hari raya Aidiladha yang boleh kita lakukan baik secara perseorangan atau bersama-sama dengan keluarga? Hari raya Aidiladha ataupun dipanggil sebagai Hari Raya Korban adalah sambutan perayaan masyarakat Islam di seluruh dunia. Perbezaan yang ketara pada hari raya Aidiladha berbanding hari raya Aidilfitri adalah ibadah korban binatang ternakan yang dilakukan.
Amalan sunat hari raya Aidiladha tidak jauh berbeza sebenarnya dengan hari raya Aidilfitri. Namun begitu, terdapat beberapa pertambahan dan berikut ini adalah amalan sunat hari raya Aidiladha antaranya:
1. Menghidupkan malam hari raya.
2. Memperbanyakkan bertakbir.
3. Mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.
4. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
5. Makan selepas keluar rumah.
6. Segera ke masjid untuk solat sunat hari raya Aidiladha.
7. Menyembelih haiwan korban.
8. Makan daging korban dan bersedekah kepada asnaf dan fakir miskin.
9. Saling mendoakan kebaikan untuk orang lain.
10. Saling mengeratkan hubungan silaturahim.
ADAKAH TERJAWAB TENTANG PERSOALAN ANDA MENGENAI AMALAN SUNAT YANG PERLU DILAKUKAN DI PAGI HARI RAYA AIDILADHA? JIKA YA, JANGAN LUPA UNTUK MELAKUKANNYA βΊοΈ
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA β¨
HUBUNGI KAMI SEKIRANYA ANDA MEMERLUKAN PEWANGI KERETA BLIESE ππ»
ππ» 011-11236158 (Hazwani)
ππ» 011-72651855 (Nisa)
Hello! Have a nice day everyone!
Anda tahu tak Bliese adalah produk tempatan?
Ya! Bliese adalah syarikat wangian Malaysia! bangga kan produk tempatan tapi wangian setaraf international! Mestilah bangga kan βΊοΈ
Disini kami paparkan short video menceritakan serba sedikit asal usul Bliese.
Kami tak akan kecewakan anda semua untuk memilih Bliese sebagai pilihan wangian anda dan kami jamin anda tidak menyesal membeli Bliese!
Berminat? Boleh singgah dan lihat page kami atau WhatsApp kami:
ππ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)
26/06/2023
5 Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Berhijab β¨
Rambut adalah mahkota bagi setiap individu, tidak kira lelaki atau wanita. Disebabkan itu, cara penjagaan rambut adalah sangat penting untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang lembut dan rapi.
Ini kerana setiap jenis rambut mempunyai cara penjagaan rambut yang tersendiri. Jika anda seorang yang bertudung p**a, ia pasti lebih s**ar! Disini kami berikan beberapa tips penjagaan rambut terutama kepada wanita berhijab, antaranya :
#1 : Gunakan Produk Yang Sesuai
Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran sekarang. Tetapi awas kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang bersesuaian dan lebih bagus sekiranya menggunakan produk diperbuat daripada bahan semulajadi yang mengandungi habbatus sauda & macadamia ternifolia seed oil.
#2 : Gunakan Masker Rambut
Gunakan masker rambut seminggu sekali untuk menjaga kesihatan dan kekuatan akar rambut. Pati avocado bagus untuk rambut kering, manakala pati limau nipis sesuai buat rambut berminyak dan berkelemumur. Manakala ginseng p**a boleh digunakan untuk menguatkan akar rambut. Gunakan masker selepas membasuh rambut, sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas kembali menggunakan air bersih. Untuk membantu menguatkan akar rambut, manfaatkan serum anti rambut.
#3 : Rajin Menyikat Rambut
Untuk menjaga rambut, rajin-rajinlah menyikat rambut minimum empat kali sehari. Menyikat rambut sama juga seperti βmengurutβ kulit kepala yang bermanfaat untuk membantu kelancaran perjalanan darah. Sebaiknya gunakan sikat plastik yang bergigi jarang untuk mencegah kerosakan rambut. Hindari menarik garis belahan rambut hanya pada satu sisi sahaja kerana kerosakan boleh bermula daripada garis belahan rambut.
#4 : Pastikan Rambut Kering Ketika Memakai Hijab
Jangan mengenakan hijab ketika rambut dalam keadaan basah, kerana kadar kelembapan yang tinggi itu akan menyebabkan kerosakan rambut serta bakal meninggalkan bau rambut yang tidak menyenangkan. Biarkan rambut kering secara semulajadi. Jika perlu menggunakan pengering rambut, gunakan dengan suhu yang rendah serta jarak 10-15 cm daripada rambut.
#5 : Material Hijab
Gunakan hijab daripada material βcottonβ. Ada pelbagai jenis material dan bentuk hijab, dan sebagai pengguna anda harus bijak untuk memilihnya. Pemilihan hijab cukup mempengaruhi kesihatan rambut. Memilih hijab daripada material βcottonβ atau βspandexβ baik untuk kesihatan rambut kerana ia tidak panas dan mudah menyerap peluh. Keadaan ini akan mencegah rambut dan kulit kepala menjadi lembab. Kelembapan inilah yang menyebabkan kelemumur.
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASAALAH PENJAGAAN RAMBUT? ANDA BOLEH MENGGUNAKAN TIPS DIATAS π
ANDA MEMPUNYAI MASAALAH KERETA BERBAU? KAMI BOLEH BANTU ANDA ππ»
ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK ATAUPUN WHATSAPP KAMI DI ππ»
ππ» 011-11236158 (Hazwani)
ππ» 011-72651855 (Nisa)
25/06/2023
Hello Everyone!
Tahukah anda haruman yang segar dan wangi memainkan peranan penting dalam emosi kita?
Contohnya, kalau anda berada di tempat berehat pasti anda mahukan sesuatu yang dapat menyenangkan jiwa juga minda.
Tahukah anda? bauan Bliese Wooden Cap ini dapat memberikan suasana yang menyenangkan dan menyegarkan.
Antara bauan yang kami recommend untuk diletakkan di tempat berehat:
β¨ Lemon Lisbon
- Bauan jenis citrus yang mampu membuat anda berasa selesa dan bersih!
β¨Morning Gates
- Campuan bauan floral dan citrus yang dapat memberikan wangian harum dan tenang!
β¨ Cherry Elisson
- Aroma floral dan citrus yang memberikan kesegaran dan bau yang ringan!
β¨London Lavender
- Bauan lavender yang membuatkan anda mampu menghirup udara bauan segar seperti di ladang Lavender!
β¨ Tropical Buffet
- Bauan yang menyegarkan yang membuatkan anda seperti bercuti di Kep**auan Hawaii!
Tidak mahu waktu berehat anda diganggu dengan bauan yang tidak sedap? Jadinya kenalah cepat grab Bliese Wooden Cap ini!
HANYA SERENDAH RM10 SAHAJA!!!
Mari dapatkan segera Bliese pilihan anda sebelum habis stok! WhatsApp kami:
ππ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)
24/06/2023
KHASIAT BUAH LEMON UNTUK KESIHATAN ππ«
Khasiat lemon bukan untuk kuruskan badan je, ada banyak lagi kebaikan lemon yang lain yang bagus untuk kesihatan. Lemon memang pop**ar dikalangan ramai. Ada yang guna hanya sebagai penambah perisa dalam makanan dan ada juga yang mengoptimumkan khasiat lemon untuk kesihatan fizikal dan mental. Lemon sangat kaya dengan vitamin C, serat serta pelbagai sebatian tumbuhan yang bermanfaat.
Walaubagaimanapun, lemon jarang dimakan sebagai snek dek kerana rasa masamnya yang sangat kuat. Pada post kali ini jom kita lihat apa khasiat lemon sebagai salah satu buah-buahan yang penggalak kesihatan paling pop**ar.
π Membantu Mengawal Berat Badan
Tidak dinafikan, khasiat lemon untuk kuruskan badan adalah salah satu konsep pemahaman paling tipikal di kalangan masyarakat. Asal nak kurus je, mesti dikaitkan dengan lemon. Tahukah anda, sebenarnya serat pektin yang terdapat di dalam lemon akan mengembang setelah ditelan, menbuatkan anda kenyang lebih cepat dan lama. Ini menjadikan lemon sering diiklankan sebagai alat yang berkesan dalam penurunan dan pengurusan berat badan. Mereka yang mengikuti diet detoks lemon mengalami peningkatan yang lebih besar dalam ketahanan insulin, lemak badan, BMI, berat badan, dan nisbah pinggang-pinggul berbanding diet lain.
π Khasiat Lemon Meningkatkan Imunisasi
Makanan yang tinggi vitamin C dan antioksidan seperti lemon mampu membantu menguatkan sistem imunisasi terhadap kuman yang menyebabkan selesema dan demam. Tahap vitamin C dalam sistem badan anda adalah salah satu perkara pertama yang akan merosot ketika anda sedang stres, itulah sebabnya para pakar mengesyorkan agar mengambil vitamin C tambahan terutamanya pada hari-hari yang anda rasa sangat tertekan.
π Lemon Menyegarkan Nafas
Asid sitrik yang terkandung secara semulajadi di dalam lemon dapat mengikis enamel gigi, mencegah gusi berdarah, membasmi daripada bakteria dan secara tidak langsung mampu menghilangkan nafas berbau. Selain itu, khasiat lemon juga dipercayai mampu membantu melegakan sakit gigi dan radang gusi.
π Lemon Membantu Memotong Kafein
Khusus kepada kaki-kaki kopi, anda boleh cuba menggantikan kopi pagi anda dengan secawan air lemon madu panas. Dengan secawan air lemon madu panas setiap pagi, anda akan merasa segar dan tidak perlu lagi menghadap kelesuan pada waktu tengah hari. Mood anda juga pastinya akan menjadi lebih baik.
π Khasiat Lemon untuk Pencernaan
Lemon mengandungi lebih kurang 10% karbohidrat yang kebanyakannya dalam bentuk serat larut dan gula sederhana.
Serat larut dalam lemon dapat membantu meningkatkan kesihatan pencernaan. Namun, anda juga perlu memakan pulpa lemon, bukan hanya jusnya. Orang yang minum jus lemon, tanpa serat yang terdapat di dalam pulpa akan terlepas akan kelebihan-kelebihan serat yang tersedia.
π Melindungi Daripada Anemia
Anemia sering berlaku apabila seseorang tidak mendapat zat besi yang mencukupi daripada diet seharian. Oleh itu, amalan pemakanan serta diet yang betul sangat penting untuk perhatian anda. Lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang mampu membantu anda untuk menyerap zat besi non-heme daripada tumbuhan-tumbuhan dengan lebih efektih dan seterusnya mampu mencegah anemia.
π Khasiat Lemon dan Madu Mencegah Asma
Pesakit asma boleh mengambil lemon bersama madu sebagai salah satu rawatan tradisional untuk mencegah asma Jus lemon mempunyai antioksidan yang mampu menguatkan sistem imun serta dapat membantu membersihkan lendir. Walaubagaimanapun, pengambilan jus lemon buatan sangat ditegah untuk penghidap asma. Jadi anda harus ambil jus lemon yang asli sahaja. Yang tidak asli haruslah dielakkan.
π Lemon untuk Kesihatan Kulit
Antioksidan dalam jus lemon bukan sahaja membantu mengurangkan cela, tetapi juga kedutan! la juga dapat digunakan pada bekas luka dan bintik-bintik usia untuk mengurangkan kewujudannya. Disebabkan ianya menyahtoksin darah anda, ia akan mengekalkan cahaya kulit anda.
π Membantu Melawan Jangkitan Virus
Air lemon suam adalah kaedah paling berkesan untuk mengurangkan jangkitan virus sakit tekak. Selain itu, jus lemon juga meningkatkan sistem imun anda selain melawan jangkitan secara serentak.
π Membantu Mencegah Batu karang
Air lemon membantu mencegah kesakitan batu karang pada mereka yang kekurangan sitrat urin (sejenis asid sitrik). Lebih penting lagi, peningkatan cecair dapat membantu mencegah dehidrasi iaitu penyebab utama batu karang.
ADAKAH ANDA SUDAH MENGETAHUI PENGAMBILAN BUAH LEMON SANGAT BAGUS UNTUK KESIHATAN KITA π€ββ
JIKA YA, JANGAN LUPA UNTUK MENGAMALKANNYA βΊοΈβ¨
ANDA MEMPUNYAI MASAALAH KERETA BAU HAPAK? KAMI BOLEH BANTU ANDA π
BOLEH HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK ATAUPUN WHATSAPP ππ»ππ»
ππ» 011-11236158 (Hazwani)
ππ» 011-72651855 (Nisa)
23/06/2023
Guys STOP!
Anda mahu jadi orang yang rugi? mestilah tak mahu kan?!
Jadi anda semua kena cepat grab PROMO RAYA HAJI!!!
Dengan belian mana-mana 3 jenis Bliese Wooden Cap korang boleh dapat FREE POSTAGE!
Anda boleh pilih Bliese kegemaran anda!
β¨ Cherry Elison
β¨ Forest Musk
β¨ Tropical Buffet
β¨ Morning Gates
β¨ Love Page
β¨ Honey Havana
β¨ Coffee Casablanca
β¨ Victoria Vanila
β¨ London Lavender
β¨ Lemon Lisbon
β¨ Sakura Osaka
β¨ Perth Pandan
β¨ Sydney Strawberry
β¨ Amsterdam Apple
β¨ Aya Sophia
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan free postage! 2 minggu sahaja promo ini berlangsung.
Promo bermula: 20 Jun - 3 Julai
Jom dapatkan segera PROMO RAYA HAJI untuk wangikan raya anda!
ππ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)
21/06/2023
KEBURUKAN MAKANAN SEGERA π
Apabila teringat akan makanan segera dengan secara automatiknya golongan anak muda akan dikaitkan dengan makanan dari jenis ini. Ungkapan untuk makanan segera ini dikhususkan untuk sebarang menu makanan yang disaji di dalam restoran atau kedai menggunakan ramuan yang sudah dimasak terlebih dahulu. Saintis mengatakan mereka menemui makanan yang diproses seperti burger dan makanan yang sudah siap adalah berbahaya seterusnya membuka jalan ke arah makanan ringan yang tidak menyihatkan. Menu makanan segera ini sudah dianggap sebagai sebuah simbol kepada kehidupan serba moden di zaman sekarang ini.
Antara menu makanan segera yang paling pop**ar adalah seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, nugget, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, rasanya juga sedap bahkan boleh p**a di beli dengan harga yang amat berpatutan. Akan tetapi makanan-makanan tersebut mempunyai keburukan pada kesihatan kita.
Antara keburukan makanan segera yang boleh berlaku terhadap tubuh badan kita adalah:
1οΈβ£ Antara Penyumbang Terbesar Untuk Masalah Obesiti
Faktor obesiti ini sangat membimbangkan teruatama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sedihnya bahaya kegemukan begini seolah-olah telah menjadi suatu sindrom baru bagi rakyat Malaysia.
Corak pemakanan yang berpunca daripada pengambilan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi secara keterlaluan adalah penyumbang utama untuk masalah ini.
2οΈβ£Penyebab Kepada Masalah Gigi Rosak Yang Teruk
Panduan Pemakanan Kanak-kanak dan Remaja Malaysia terbitan Kementerian Kesihatan mencadangkan kanak-kanak kurang tujuh tahun boleh mengambil gula tidak melebihi empat sudu sahaja. Ini termasuk gula pasir dan gula tersembunyi biasanya ada dalam makanan ringan.
Pengambilan gula secara berlebihan ini boleh menjadi salah satu faktor penyebab kalori tinggi hingga menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan. Gigi juga mudah rosak dengan masalah karies gigi dan juga plak yang keterlaluan dan sebagainya.
3οΈβ£Boleh Membahayakan Sistem Pencernaan dan Kardiovaskular
Makanan segera juga selalunya terdiri dari makanan yang bergoreng dengan tambahan lemak. Maka makanan begini boleh menyebabkan masalah pada pencernaan jika terus di makan tanpa had dan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah kardiovaskular yang boleh membahayakan lagi kesihatan pada tubuh badan.
4οΈβ£Boleh Membahayakan Sistem Pernafasan (Terutama Pada Kanak-Kanak)
Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa.
5οΈβ£Meningkatkan Tekanan Darah dan Membebankan Jantung
Makanan ringan tinggi kandungan garam turut mengakibatkan penambahan pengambilan garam yang seterusnya meningkatkan risiko penyakit darah tinggi.
ADAKAH ANDA MENGIGINKAN TUBUH BADAN YANG SIHAT? ANDA PERLULAH MENGURANGKAN MAKANAN SEGERA YANG KURANG BERKHASIAT βΊοΈ
ANDA MEMPUNYAI MASALAH KERETA BERBAU? KAMI BOLEH BANTU ANDA ππ»
ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK DAN JUGA WHATSAPP ππ»
ππ» 011-11236158 (Hazwani)
ππ» 011-72651855 (Nisa)
19/06/2023
Hello Everyone!
Korang pernah tak lepas balik kerja duduk lama kejap dalam kereta? Mesti pernah kan?
Kami pun kadang macam tu, lepas balik kerja malas nak turun kereta cepat-cepat, duduk dalam kereta lama dulu sambil layan lagu favourite.
Tapi! bayangkan sambil duduk lama dalam kereta tu, eh ada p**ak bauan yang tak sedap. Mesti annoying kan?!
That's why korang semua perlukan Bliese Wooden Cap ni!
Ia dapat temani korang dan dapat memberi pernafasan yang menyenangkan bila dihidu!
Bliese Wooden Cap ini dapat:
β¨ Memberi ketenangan berpanjangan.
β¨ Memperbaiki masalah pernafasan.
β¨ Mengubah mood supaya lebih positif.
β¨ Meredakan tekanan.
Lebih menarik lagi sekarang ni tengah PROMOTION RAYA HAJI! beli mana-mana 3 Bliese Wooden Cap anda boleh mendapat FREE POSTAGE!!!
Promo bermula: 20 Jun - 3 Julai 2023
Nak jadi orang rugi? mestilah taknak kan?! Jadinya mari WhatsApp kami laju-laju
ππ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)
18/06/2023
PENJAGAAN KULIT MUKA YANG BETUL π«
Wajah adalah mencerminkan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Berikut adalah tips asas yang ringkas, mudah dan berkesan
1. Kenali dan fahami jenis kulit muka sendiri
Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berlainan. Mengenalpasti jenis kulit memudahkan anda untuk merawat kulit muka dengan produk atau bahan yang sesuai. Jenis-jenis kulit muka yang anda perlu tahu ialah:
Jenis kulit normal
π« Kulit muka dengan kelembapan yang seimbang, tidak terlalu kering atau tidak terlalu berminyak
π« Liang pori yang tidak ketara (kecil dan halus)
π« Warna kulit yang seragam, segar, dan tanpa cela
π« Kulit tidak terdedah kepada sensitiviti
Jenis kulit berminyak
π« Jenis kulit ini dengan pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan
π« Liang pori yang diperbesar dan jelas kelihatan
π« Kulit kelihatan berkilat
π« Kulit berminyak terdedah kepada pelbagai bentuk jerawat, cela, bintik hitam dan putih.
Jenis kulit kering
π« Jenis kulit ini tidak menghasilkan sebum (minyak), dan kurang kelembapan
π« Kulit kelihatan kering serta terasa ketat, rapuh, kasar dan kelihatan kusam.
π« Mudah menggelupas dan terasa tegang selepas dicuci
π« Sensitif terhadap kerengsaan dan kelihatan kemerahan
Jenis kulit sensitive
π« Tekstur kulit lembut tetapi mudah kering, merengsa, kemerah-kemerahan, gatal dan pedih
π« Kulit mudah bertindak balas dengan kandungan produk, persekitaran dan makanan
π« Mudah naik ruam dan gatal-gatal
Jenis kulit kombinasi
π« Kulit kombinasi ialah mempunyai jenis kulit yang berbeza di bahagian zon-T dan p**i
π« Berminyak di bahagian zon-T (dahi, dagu dan hidung)
π« normal/kering di bahagian p**i
2. Mencuci muka dua kali sehari
Amalan mencuci muka adalah rutin utama dalam penjagaan kulit muka. Mencuci muka dua kali sehari sudah cukup dan tidak perlu terlalu kerap. Anda perlu cuci muka selepas bangun tidur pada waktu pagi dan cuci muka sebelum tidur pada waktu malam. Jangan terlalu kerap mencuci muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering dan iritasi kerana pencuci muka mempunyai bahan kimia. Selain itu, minyak semula jadi yang ada pada muka yang membantu melembapkan kulit akan terhakis. Pemilihan pencuci muka hendaklah daripada bahan yang lembut dan halus supaya tidak menghakis atau menegangkan kulit. Pilihlah pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.
3. Wajib memakai pelembap (moisturizer)
Lengkapkan rutin cucian muka dengan sapukan krim pelembap untuk mengembalikan kelembapan pada kulit muka anda. Pemakaian pelembab adalah sangat penting untuk wajah yang cantik, berseri, dan awet muda. Tahukah anda? Kulit yang kering akan berkedut lebih awal berbanding kulit yang lembab yang disapukan dengan pelembab secara konsisten setiap hari. Anda wajib memakai pelembab sekali pun anda duduk di dalam bangunan, terutamanya jika anda duduk didalam penyaman udara. Penyaman udara menyedut lembapan dari kulit dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering tanpa kita sedari.
4. Wajib memakai pelindung UV (Sunscreen)
Adalah penting untuk menggunakan sunscreen sebelum berada di luar, dan mengunakannya semula sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam, terutamanya apabila anda berenang atau berpeluh berlebihan. Pelindung matahari ini adalah sangat penting tidak kira sama ada anda sentiasa berada di dalam bangunan atau banyak menghabiskan masa di luar. Kita semua sedia maklum bahawa lapisan ozon kita semakin menipis dan tidak lagi mampu untuk menapis sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Oleh itu, pelindung UV adalah wajib untuk.pastikan kulit wajah anda sentiasa dilindungi dengan pelindung UV setiap hari.
5. Memilih produk penjagaan kulit muka yang bersesuaian
Pemilihan produk yang sesuai dengan kulit adalah dengan mengenalipasti bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam produk tersebut. Selain itu, pilihlah produk yang telah diuji secara klinikal supaya kandungan bahan aktif di dalam produk tersebut adalah efektif dan selamat untuk digunakan. Elakkan memakai produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Bahan kimia terlarang seperti, merkuri, paraben, SLS dan alcohol adalah antara bahan yang merbahaya kepada kesihatan anda. Terdapat pelbagai jenama produk penjagaan kulit yang berada di pasaran. Apa pun jenama pilihan anda, pastikan ianya selamat dari bahan kimia dan bahan pengawet merbahaya.
ADAKAH ANDA RUNSING JENIS KULIT APAKAH YANG ANDA MILIKI? KAMI BOLEH BANTU ANDA π€ π«
SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI PERTANYAAN MENGENAI BLIESE, ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI WHATSAPP DAN FACEBOOK ππ»
ππ» 011-11236158 (Hazwani)
ππ» 011-72651855 (Nisa)
17/06/2023
Guys Stop! Stop! Stop!
Lagi berapa hari nak raya haji and guess what? maksudnya apa?
RAYA HAJI PROMOTION! RAYA HAJI PROMOTION!
Kami bagi promo raya haji untuk korang semua
Dengan pembelian mana-mana 3 botol Bliese Wooden Cap korang akan dapat free postage!
Best tak best? mestilah best!
Korang boleh pilih mana mana tiga bauan yang korang s**a:
β¨ Cherry Elison
β¨ Forest Musk
β¨ Tropical Buffet
β¨ Morning Gates
β¨ Love Page
β¨ Honey Havana
β¨ Coffee Casablanca
β¨ Victoria Vanila
β¨ London Lavender
β¨ Lemon Lisbon
β¨ Sakura Osaka
β¨ Perth Pandan
β¨ Sydney Strawberry
β¨ Amsterdam Apple
β¨ Aya Sophia
Rugi kalau tak grab untuk promotion raya haji ni! korang boleh dapat FREE POSTAGE!
Promo bermula: 20 Jun - 3 Julai 2023
Tunggu apa lagi? mari WhatsApp kami untuk grab
ππ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Segamat
85000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 20:00 |
| Tuesday | 09:00 - 20:00 |
| Wednesday | 09:00 - 20:00 |
| Thursday | 09:00 - 20:00 |
| Friday | 09:00 - 20:00 |
| Saturday | 09:00 - 20:00 |