Puan Syaf
Produk Rutin Penjagaan Kulit Muka
Teknologi Terbaru
12/05/2026
💙 *SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA* 💙
Terima kasih kepada semua jururawat yang sentiasa kuat, sabar dan penuh kasih sayang dalam menjaga pesakit setiap hari 🌸
Pengorbanan, keikhlasan dan jasa anda amat dihargai.
Semoga sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan 🤍
“You may wear scrubs, but to many people… you are real life heroes.” 🩺✨
04/09/2025
Kebaikan Minum Air Suam
Melancarkan penghadaman
– Air suam bantu pecahkan makanan & lancarkan proses pencernaan. Kurang risiko sembelit.
Detoks badan
– Bantu keluarkan toksin melalui peluh & air kencing lebih mudah.
Meningkatkan peredaran darah
– Air suam boleh kembangkan salur darah → peredaran lebih baik → rasa badan lebih segar.
Melegakan selsema & hidung tersumbat
– Wap dari air suam cairkan kahak & kurangkan rasa blok di hidung.
Kurangkan sakit & lenguh otot
– Haba dari air suam boleh bantu relax otot & kurangkan rasa tegang.
Menyokong kawalan berat badan
– Minum air suam sebelum makan boleh buat perut rasa kenyang → kurang makan berlebihan.
Baik untuk kulit
– Air cukup + suam = bantu kelembapan kulit, buang toksin, kurangkan jerawat / kusam.
Legakan stress & tenangkan badan
– Minum air suam bagi rasa nyaman, bantu sistem saraf relax.
02/09/2025
𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬 & 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫
🧹 1. Amalkan Rutin Harian Ringkas
■Kemas tempat tidur setiap pagi: Tabiat ini mengambil masa kurang seminit tetapi memberi impak besar kepada kekemasan bilik.
■Lap meja makan dan dapur selepas digunakan: Ini membantu mengelakkan kesan kotoran dan serangga perosak.
■Buang sampah setiap hari: Elakkan longgokan sampah yang boleh menyebabkan bau busuk dan menarik haiwan perosak.
🗓️ 2. Sediakan Jadual Mingguan Mengikut Zon
■Membahagikan tugas mengikut hari dapat membantu mengelakkan keletihan dan memastikan semua kawasan rumah terjaga:
■Isnin: Lap habuk di rak buku, meja solek, dan perabot.
■Selasa: Vakum karpet, alas kaki, dan bersihkan tingkap.
■Rabu: Mop lantai ruang tamu, dapur, dan bilik tidur.
■Khamis: Cuci bilik air dan tandas secara menyeluruh.
■Jumaat: Tukar dan basuh tuala, cadar, dan sarung bantal.
■Sabtu: Basuh kain lap dapur dan alas kaki.
■Ahad: Kemas dan susun semula dapur serta periksa stok makanan.
👨👩👧👦 3. Libatkan Seluruh Keluarga
■Buat jadual tugas: Bahagikan tugas mengikut kemampuan setiap ahli keluarga.
■Aktiviti gotong-royong: Jadikan aktiviti mengemas sebagai masa berkualiti bersama keluarga.
🧺 4. Urus Pakaian dengan Bijak
■Basuh dan lipat pakaian secara berkala: Elakkan longgokan pakaian kotor yang boleh menyebabkan bau dan kekemasan rumah terganggu.
■Gunakan khidmat dobi: Jika kekangan masa, pertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan dobi.
🧼 5. Fokus pada Kawasan Kritikal
■Dapur dan bilik air: Pastikan kawasan ini sentiasa bersih kerana ia mudah menjadi tempat pembiakan bakteria.
■Ruang tamu: Kekalkan kekemasan kerana ia merupakan kawasan utama menerima tetamu.
28/08/2025
bismillah..semoga dipermudahkan segala urusan kita pagi ni..jom zikir sama2..afdal ulang 40x 🤲🏻🤲🏻
*Cara menghilangkan hidung tersumbat*
🔹 Harian / Pencegahan
Minum cukup air – Bantu cairkan lendir supaya tak mudah pekat & block hidung.
Elak pencetus alahan – Habuk, asap rokok, bulu kucing, atau makanan tertentu.
Gunakan air humidifier / mangkuk air dalam bilik – Kalau tidur dalam bilik aircond, udara kering boleh sebabkan hidung cepat tersumbat.
Cuci hidung dengan air garam (nasal spray / saline rinse) – Bersihkan habuk, lendir & kurangkan bengkak saluran hidung.
Tidur dengan kepala lebih tinggi sikit – Guna 2 bantal untuk elak lendir berkumpul di hidung.
Makan makanan anti-radang – Contoh: halia, bawang putih, kunyit (bantu lawan radang & alahan).
🔹 Bila Rasa Nak Tersumbat
Sedut wap panas – Didihkan air, tunduk dekat sambil sedut wap perlahan (boleh tambah minyak kayu putih / peppermint).
Urut titik akupresur – Picit lembut bahagian antara mata & tepi hidung selama beberapa saat.
Mandian air panas – Wap dari air panas bantu buka rongga hidung.
🔹 Bila Perlu Jumpa Doktor?
Kalau hidung tersumbat berpanjangan lebih 10 hari, ada lendir kuning/hijau berbau, sakit muka kuat, atau selalu sangat ulang (mungkin sinusitis kronik / alahan serius).
Setiap kali keluar rumah, amalkan doa ini:
Bismillāhi tawakkaltu ‘alallāh, lā ḥawla wa lā quwwata illā billāh.
(بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ)
Maksudnya:
“Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang keluar dari rumahnya, lalu dia mengucapkan doa ini, maka akan dikatakan kepadanya: ‘Kamu telah diberi petunjuk, dicukupkan, dan dilindungi.’ Lalu syaitan akan menjauh darinya.” - Hadis Riwayat Abu Dawud (5095):
Cara Amalan:
1. Baca doa ini setiap kali keluar rumah.
2. Ucap dengan yakin dalam hati, serahkan semua urusan kepada Allah.
3. Amalkan secara konsisten, insya-Allah akan rasa lebih tenang dan dilindungi.
Tawakal bukan bererti pasrah semata. Ia bermaksud usaha sungguh-sungguh, lalu serah kepada Allah.
Jom mula hari ini.
TIPS RAWAT JERAGAT MENGGUNAKAN 2 BAHAN NI JE! 🌹
Assalamualaikum akak, harini saya nak kongsikan tips atau cara paling mudah yang boleh dilakukan di rumah je! Iaitu dengan menggunakan *Kentang + Lemon* sahaja.
MASKER KENTANG DAN LEMON
Bahan-bahan:
- 1 biji ubi kentang
- 1 biji lemon
1. KENTANG dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. REBUS kentang sehingga empuk.
3. MASUKKAN kentang ke dalam pengisar bersama campuran air lemon. Kisar sehingga halus.
4. BAHAN pupur kentang lemon yang siap dikisar.
5. HASILNYA seperti dadih.
6. SAPU ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. Alami aroma segar lemon dan biarkan ia meresap ke dalam wajah anda. Selepas itu basuh wajah dengan air biasa. Lakukan setiap hari agar bintik hitam dan jeragat semakin pudar dan terus hilang.
Haaa senang je kan kak? 😍 Apa yang penting untuk hasil terbaik, akak perlu mengamalkannya secara konsisten setiap hari. Akak juga harus tahu cara merawat kulit supaya dapat mengekalkan kecantikan seterusnya mencapai matlamat kulit sihat.
15/08/2025
Cara Alami untuk Mencerahkan Kulit Wajah 🥰 :
1. Lemon🍋: Campurkan jus lemon dengan madu, oleskan pada wajah selama 15-20 menit, lalu bilas.
2. Lidah Buaya🌿: Aplikasikan gel lidah buaya pada wajah untuk menjaga kelembapan dan membantu penyembuhan kulit.
3. Madu🍯: Madu dapat dicampur dengan lidah buaya atau lemon, atau digunakan sendiri sebagai masker.
4. Minyak Zaitun🫒: Oleskan minyak zaitun pada wajah sebelum tidur dan pijat lembut.
5. Kunyit🫚: Kunyit dapat membantu melindungi kulit dari kerusakan akibat sinar matahari dan meningkatkan hidrasi kulit. Namun, berhati-hatilah karena kunyit dapat meninggalkan noda kuning.
6. Air Kelapa🥥: Air kelapa dapat digunakan sebagai toner alami untuk menyegarkan kulit.
7. Mentimun 🥒: Mentimun dapat dipotong atau diremas dan diaplikasikan pada wajah.
*Cara mengelakkan diri daripda Anxiety*
1. Kawal fikiran & emosi
Tapis pemikiran negatif – Bila otak mula fikir benda buruk yang belum tentu berlaku, cuba hentikan dengan berkata dalam hati, “Benda ni belum tentu betul, aku fokus pada apa yang aku boleh buat sekarang.”
Latihan mindfullness – Duduk diam, tarik nafas dalam 4 saat, tahan 4 saat, hembus 6–7 saat. Buat 3–5 kali. Ini akan hantar signal pada otak untuk “bertenang”.
Berdoa & zikir – Untuk orang beragama, ini bantu turunkan beban hati dan buat jiwa lebih lapang.
2. Jaga badan
Cukup tidur – Tidur yang tak cukup buat hormon stress (kortisol) naik, jadi mudah cemas.
Kurangkan kafein – Kopi/teh berlebihan boleh buat jantung berdebar & trigger anxiety.
Senaman ringan – Berjalan 15–20 minit pun dah cukup untuk keluarkan hormon endorfin (hormon gembira).
3. Ubah gaya hidup & rutin
Kurangkan overthinking dengan buat to-do list, supaya kepala tak simpan semua benda sekali gus.
Elakkan scroll media sosial tanpa henti – Info negatif & perbandingan hidup boleh trigger anxiety.
Bergaul dengan orang positif – Suasana sekeliling beri pengaruh besar pada emosi.
4. Bila rasa nak ‘attack’
Fokus pada pernafasan (deep breathing).
Alih perhatian – kira objek dalam bilik, rasa tekstur baju, atau dengar bunyi di sekeliling.
Ingatkan diri: “Ini cuma reaksi badan, bukan bahaya sebenar. Dia akan reda.”
PETUA SAKIT KEPALA, MIGRAIN.
Petua bagi hilangkan sakit kepala terutama disebabkan darah tinggi/migraine/loya "morning sickness", dan membuang angin dalam badan.
Caranya:
1)satu jug sederhana Tea O panas + 7 helai daun kari
Atau
2)Segelas Tea O panas + 3 helai daun kari
Boleh diamalkan setiap kali sarapan pagi, tgh hari dan malam.
Selamat mencuba. Insyaallah sangat mujarab bagi masalah migrain.
Petua Rawatan Oleh Puan Alisha.
🌸TIPS KEKALKAN KULIT LEMBUT DAN LEMBAP🌸
🌿 1. Gunakan Pembersih Kulit yang Lembut🌿
>>> Pilih sabun atau pembersih yang tidak mengandungi alkohol, pewangi, atau bahan kimia keras. Bahan-bahan ini boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit dan menyebabkan kekeringan. Gunakan pembersih yang ringan dan sesuai untuk jenis kulit anda.
💧 2. Gunakan Pelembap Secara Konsisten💧
>>> Sapukan pelembap selepas mandi, ketika kulit masih sedikit lembap, untuk membantu mengunci kelembapan. Pilih pelembap yang mengandungi bahan seperti ceramide, glycerin, atau hyaluronic acid untuk menjaga kelembapan kulit.
🥗 3. Amalkan Pemakanan Seimbang🥗
>>> Konsumsi makanan yang kaya dengan vitamin A, C, E, dan K seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian. Vitamin-vitamin ini membantu mengekalkan kesihatan dan kelembutan kulit.
🚿 4. Mandi dengan Air Suam dan Hadkan Durasi🚿
>>> Gunakan air suam semasa mandi dan hadkan tempoh mandi antara 10 hingga 15 minit. Air yang terlalu panas atau mandi terlalu lama boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit, menyebabkan kekeringan.
🌞 5. Lindungi Kulit dari Faktor Persekitaran🌞
>>> Gunakan pakaian yang sesuai dan pelindung seperti jaket atau payung untuk melindungi kulit dari udara dingin atau sinar matahari yang terik. Penggunaan humidifier di dalam rumah juga boleh membantu menjaga kelembapan udara dan kulit.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas secara konsisten, anda dapat memastikan kulit anda kekal lembut, sihat, dan berseri.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Utama 2/4, Taman Utama
Segamat
85000