Nadheera Azmi
“Perkongsian rutin harian & solusi untuk kulit matang kekal berseri 🌿 | Tips wajah segar, kemas & yakin setiap hari 💛”
12/08/2025
PETUA SAKIT KEPALA, MIGRAIN.
Petua bagi hilangkan sakit kepala terutama disebabkan darah tinggi/migraine/loya "morning sickness", dan membuang angin dalam badan.
Caranya:
1)satu jug sederhana Tea O panas + 7 helai daun kari
Atau
2)Segelas Tea O panas + 3 helai daun kari
Boleh diamalkan setiap kali sarapan pagi, tgh hari dan malam.
Selamat mencuba. Insyaallah sangat mujarab bagi masalah migrain.
Petua Rawatan Oleh Puan Alisha.
07/08/2025
Tips Pilih Foundation Sesuai Bagi Mereka Yang Wajahnya Berminyak
Sudah pasti ramai wanita diluar sana yang minat dengan solekan untuk mencantikkan wajah, kadang ada yang mahu menutup sedikit 'kecatatan' seperti parut jerawat, muka berminyak, menaikkan seri wajah dan sebagainya.
Namun, ada ramai yang silap apabila dalam mengenakan makeup di muka mereka, ada yang apabila pakai, ia tidak secantik yang dibayangkan kerana kesilapan yang mereka tidak tahu dalam memilih barangan makeup mereka.
Disini kami akan kongsikan tip memilih foundation yang sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak
Cara Guna Faoundation Jika Wajah berminyak
1. Basuh wajah anda dengan bersih terlebih dahulu.
Bila kulit muka berminyak, sudah pasti ia akan nampak sedikit comot jika mengenakan foundation, jadi anda harus mencuci muka anda dengan pencuci muka dan bilas menggunakan air bersih untuk menanggalkan minyak dan kotoran.
2. Cegah keluar minyak guna ais batu.
Seperti kita ketahui, jika wajah kita berminyak, minyak akan keluar dengan cepat sekali walaupun baru sahaja mencuci muka, jadi cara terbaik adalah gosok muka anda menggunakan ais batu.
Gosokan ais batu kepada wajah secara perlajan-lahan, rasa dinginnya begitu menyegarkan dan menutup sementara kelenjar minyak pada kulit.
3. Pilih Faoundation yang berasaskan powder.
Jika anda mempunyai kulit wajah berminyak, sangat disarankan untuk memakai pressed powder foundation, fungsinya sama dengan bedak padat di mana ia mampu menyerap minyak di wajah dengan baik.
4. Pilih faoundation yang tahan lama dan tidak bercapuk.
Oleh kerana peluh dan minyak muka akan merosakkan makeup yang dipakai, jadi pilihlah Foundation yang tahan lama, Foundation tahan lama penting untuk mengelakkan muka bercapuk seperti tompokan panau.
06/08/2025
🌸PENJAGAAN TUMIT🌸
Berikut adalah beberapa tips berkesan untuk menjaga tumit agar kekal lembut, sihat dan bebas daripada masalah merekah:
🧴 1. Gunakan Pelembap yang Sesuai
>>Pilih pelembap yang mengandungi bahan seperti urea, asid salisilik, atau asid alfa hidroksi (AHA) untuk membantu melembapkan dan mengelupas kulit mati. Sapukan selepas mandi dan sebelum tidur untuk hasil yang optimum.
🛁 2. Rendam & Skrub Kaki
>>Rendam kaki dalam air suam selama 15–20 minit, kemudian gosok tumit dengan batu apung atau foot scrubber untuk menanggalkan sel kulit mati. Langkah ini membantu melembutkan kulit dan mencegah rekahan.
🧂 3. Rawatan Semula Jadi: Madu & Minyak Kelapa
>>Madu mempunyai sifat antibakteria dan boleh membantu melembapkan serta menyembuhkan kulit. Minyak kelapa p**a membantu mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit daripada jangkitan.
🧦 4. Pakai Stokin Selepas Rawatan
>>Selepas menyapu pelembap atau rawatan semula jadi, pakai stokin kapas yang bersih untuk membantu penyerapan dan mengekalkan kelembapan sepanjang malam.
🚿 5. Elakkan Mandi Air Panas & Sabun Kuat
>>Air panas dan sabun yang kuat boleh mengeringkan kulit. Gunakan air suam dan sabun lembut untuk menjaga kelembapan semula jadi kulit kaki.
👟 6. Pilih Kasut yang Selesa
>>Elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau terbuka di bahagian tumit, kerana ia boleh menyebabkan tekanan berlebihan dan mengakibatkan rekahan. Pilih kasut yang menyokong kaki dengan baik.
💧 7. Kekalkan Hidrasi Tubuh
>>Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk memastikan kulit kekal lembap dari dalam. Kekurangan air boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mudah merekah.
02/08/2025
Seberapa kerap kena pakai toner?
👉 Disarankan guna 2 kali sehari – pagi & malam, lepas cuci muka.
Kalau kulit sensitif, boleh mulakan 1 kali sehari dulu.
Toner bantu seimbangkan pH kulit & bagi kesan lebih maksimum untuk step skincare seterusnya
31/07/2025
❒ ◌ TIPS MERAWAT RAMBUT AGAR TIDAK KERING DAN MENGEMBANG.!👩🏻🍳
🍰– keramas 2-3× seminggu.
🍰– pakai kondisioner sesudah keramas.
🍰– kurangi penggunaan alat pemanas rambut.
🍰– pakai vitamin dan hair cream secara rutin.
🍰– keramas menggunakan air dingin.
🍰– pilih shampoo yang tepat dan cocok.
🍰– ketika keramas pijat kepalamu dan jangan menggaruk nya.
🥡CARA MENGATASI RAMBUT BERKETOMBE, RONTOK, KASAR, KERING, MENGEMBANG, DLL. SECARA ALAMI MENGGUNAKAN BUBUK KOPI.☕✨
Cara membuat ramuan dalam takaran untuk sekali pakai :
🍫| *1 sendok makan kopi bubuk tanpa gula/susu (bebas merk apa saja) dicampur dengan shampoo secukupnya (bebas merk apa saja yang biasa kamu pakai), bisa disesuaikan dengan kebutuhan masing-masing. Kalau terlalu kental bisa tambahkan sedikit air, kemudian aduk rata sampai terbentuk semacam cream scrub.
🍫| kemudian aplikasikan pada rambut yang basah, pijat lembut pada seluruh bagian rambut dan kulit kepala.
30/07/2025
🌞 Tips Pemakaian Sunscreen yang Betul
1. Pilih Sunscreen dengan SPF 30 atau Lebih Tinggi ☀️
Pilih sunscreen yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 30 dan label "broad spectrum" untuk melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB.
2. Goncang Sebelum Digunakan ☀️
Jika menggunakan sunscreen dalam bentuk cecair atau semburan, goncang botol sebelum digunakan untuk memastikan kandungan tercampur rata dan memberikan perlindungan yang sekata.
3. Gunakan Kuantiti yang Mencukupi ☀️
Untuk wajah, gunakan sebanyak dua ruas jari (sekitar satu sudu teh). Untuk seluruh badan, gunakan kira-kira 2 sudu makan (sekitar 35 ml). Pastikan anda mengaplikasikan sunscreen ke kawasan yang sering terlupa seperti leher, telinga, belakang tangan, dan kaki.
4. Sapukan 15–30 Minit Sebelum Keluar Rumah ☀️
Sunscreen memerlukan masa untuk meresap dan membentuk lapisan pelindung. Oleh itu, sapukan 15–30 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari.
5. Jadikan Sunscreen Langkah Terakhir dalam Rutin Skincare Pagi ☀️
Sapukan sunscreen selepas pelembap dan sebelum solekan. Ini membantu membentuk lapisan pelindung yang berkesan terhadap sinar UV.
6. Gunakan Sunscreen Walaupun di Dalam Rumah atau Cuaca Mendung ☀️
Sinar UVA boleh menembusi kaca dan awan. Oleh itu, penggunaan sunscreen tetap penting walaupun berada di dalam rumah atau ketika cuaca mendung.
29/07/2025
Apa Punca Kulit Jadi Kering & Dehydrated🤗?
Sebenarnya kekurangan air dalam badan salah satu punca kulit kita menjadi kering dan dehyrated.
Jika kita biarkan masalah ini berterusan, kulit akan kelihatan lebih kasar, berkedut dan kita akan nampak lagi tua dari usia sebenar.
So pastikan korang dapatkan air yg secukupnya dan pakai pelembap setiap hari😍
Faham ke faham sangat?
28/07/2025
🌸 Kulit Cantik Bermula Dari Awal! 🌸
Ramai antara kita tunggu kulit mula kusam, naik jerawat, atau ada garis halus baru nak mula jaga kulit…
Tapi tahu tak? Penjagaan kulit yang betul sepatutnya bermula dari awal – lebih awal kita mula, lebih mudah nak dapat kulit yang sihat, berseri dan awet muda!
Itulah sebabnya ramai yang dah mula jatuh hati dengan Krim Awet Muda Posbiotik💖
Krim Posbiotik bukan sekadar krim biasa.
Ia bantu tutup cela, samakan tona kulit, dan pada masa sama merawat dan lindungi kulit sepanjang hari.
🌿 Diperkaya dengan bahan mesra kulit
💧Mengekalkan kelembapan kulit
☀️ Mengandungi SPF 50 & UVB
✨ Tahan lama & nampak natural
✅ Tekstur ringan & selesa dipakai seharian
Kulit rasa lembut, lembap dan makin sihat walaupun lepas cuci. Memang win-win!
Bila krim pun boleh jaga kulit, tak ada alasan lagi nak abaikan penjagaan harian.
✨ Nak kulit glowing dari dalam? Mula dari sekarang. Mula dengan Krim Awet Muda.
Kulit awak akan ucap terima kasih nanti
26/07/2025
Kenapa Penting Jaga Muka Setiap Hari?
Kulit muka adalah bahagian paling terdedah setiap hari cuaca panas, debu, makeup, dan pencemaran boleh buat kulit kusam & cepat tua kalau tak dijaga.
Dengan rutin penjagaan asas:
✅ Kulit lebih bersih & segar
✅ Elak pori tersumbat & jerawat
✅ Bantu seimbangkan kelembapan kulit
✅ Kurangkan tanda penuaan awal seperti garis halus & kusam
✅ Bina keyakinan diri bila kulit rasa sihat & terurus
Tak perlu tunggu masalah kulit baru mula
penjagaan awal dapat jadi pelindung jangka panjang
25/07/2025
"Jangan Malas Pakai Sunscreen!"
Kalau ada satu je benda akak-akak tak boleh tinggal setiap hari jawapannya: sunscreen!
➡️ Tanpa SPF, kulit lebih cepat rosak
➡️ Jeragat senang naik
➡️ Kedutan pun datang awal 😰
Pakai sunscreen setiap pagi, tak kira hujan ke panas. Kulit akan ucap terima kasih nanti 💛
24/07/2025
Apa Itu Skin Barrier?
Lapisan pelindung kulit yang cegah kehilangan lembapan & lindungi dari pencemaran, bakteria & sinaran UV.
Tanda-Tanda Skin Barrier Rosak:
❌ Kulit kering & mengelupas
❌ Mudah naik jerawat & gatal
❌ Kemerahan & kasar
❌ Kulit kusam, tak sekata
Punca Skin Barrier Rosak:
– Kerap exfoliate
– Cuci muka terlalu kerap
– Umur meningkat
– Cahaya matahari berlebihan
– Skincare pH tak seimbang
Cara Jaga Skin Barrier:
✔️ Guna skincare basic (cleanser + serum + moisturizer)
✔️ Jangan tinggal sunscreen
✔️ Pilih produk pH seimbang & bebas bahan berbahaya
Tip:
Konsisten amalkan rutin harian & guna skincare selamat untuk kulit sihat & glowing semula! 🌸✨
23/07/2025
🌸Tips Kulit Segar🌸
Berikut adalah petua lengkap dan berkesan untuk mendapatkan kulit segar dan berseri—gabungan gaya hidup sihat dan rutin penjagaan kulit yang konsisten:
💧 1. Hidrasi dari Dalam dan Luar
Minum air secukupnya—sekitar 8 gelas sehari atau mengikut berat badan (lebih kurang 2 liter jika berat 50 kg) untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membantu detoks semula jadi tubuh.
>>Gunakan pelembap yang sesuai jenis kulit—contohnya dengan bahan seperti asid hyaluronik atau gliserin untuk mengekalkan lapisan pelindung kulit.
🧼 2. Rutin Pembersihan & Toner
Cuci muka dua kali sehari menggunakan gentle cleanser — bukan terlalu kerap atau kasar supaya tidak hilang kelembapan semula jadi kulit.
>>Gunakan toner untuk menyeimbangkan pH kulit serta membantu menutup pori dan memberikan kesegaran segera — toner chamomile atau aloe vera bagus untuk kulit sensitif, manakala witch hazel untuk kulit berminyak.
✨ 3. Serum & Eksfoliasi (Pengelupasan)
Serum Vitamin C: antioksidan kuat yang membantu mencerahkan kulit, meratakan tona, dan stimulasi kolagen. Sangat penting untuk kulit berseri dan sihat.
>>Eksfoliasi lembut 1–2 kali seminggu menggunakan AHA/BHA atau enzim yang membantu buang sel kulit mati—kulit menjadi lebih licin dan cerah.
🌞 4. Perlindungan Matahari Teratur
Lakukan memakai sunblock broad-spectrum (SPF 30 atau lebih) setiap hari, termasuk dalam rumah sebab sinar UV boleh menembusi tingkap. Sapukan semula setiap 2–3 jam jika berada di luar.
🥗 5. Pemakanan & Gaya Hidup Sihat
Konsumsi buah-buahan dan sayur kaya vitamin C/E, antioksidan, serta omega‑3 (contoh: salmon, kekacang) untuk menyokong kesihatan kulit dari dalam. Kurangkan gula dan makanan diproses.
>>Elakkan stres berlebihan, kerana tekanan boleh menjadikan kulit sensitif, mudah jerawat, dan kelihatan kusam. Cari masa untuk rehat atau aktiviti positif.
>>Cukup tidur (sekitar 7–8 jam setiap malam)—melancarkan regenerasi kulit dan menjadikan wajah lebih segar dan bertenaga.
>>Bersenam secara berkala (contoh: joging, yoga, berjalan) untuk memperbaiki aliran darah ke wajah dan memberi nutrisi kepada kulit.
🪡 6. Langkah Tambahan untuk Kulit Glowing
Pertimbangkan retinol atau bahan vitamin A seperti retinoid di malam hari untuk mempercepat pembaharuan sel, mengurangkan garis halus, dan meningkatkan tekstur kulit. Gunakan secara perlahan jika baru mula.
>>Ganti sarung bantal dengan satin atau bersih kerap untuk mengurangkan minyak, bakteria dan meminimakan risiko jerawat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
No 13&15, Tingkat 1&2 , Jalan Utama 2/1, Taman Utama
Segamat
85000