Pusat Rawatan Tradisional Melayu & Postnatal Ar-Rawdhah

Pusat Rawatan Tradisional Melayu & Postnatal Ar-Rawdhah

Share

Peneraju rawatan tradisional Melayu & kesihatan holistik.

Dikendalikan oleh pengamal PT&K KKM bertauliah dan profesional, menggabungkan warisan perubatan Melayu serta pendekatan moden untuk kesejahteraan masyarakat dan pengiktirafan global. Menyediakan perkhidmatan rawatan tradisional melayu, bekam dan penjagaan ibu selepas bersalin & khidmat nasihat

16/09/2026

Assalamualaikum. Pagi!
Selamat Hari Malaysia semua

09/09/2026

PENAT SELEPAS SEHARIAN BERAKTIVITI?
Lenguh kaki, badan terasa tegang atau perlukan sedikit masa untuk relaks?
Raudhatul Syifa’ menyediakan servis terapi profesional terus ke tempat anda di MADINAH & MEKAH.
📍 MADINAH
🗓 18 – 26 September 2026
📍 MEKAH
🗓 28 September – 6 Oktober 2026
• Urutan Kaki
• Urutan Terapeutik
• Urutan Dstress (Bahu, leher, muka & kepala)
• Urutan + Bertungku
👨‍⚕️ Terapis lelaki untuk pelanggan lelaki.
📲 Tempahan slot :
wasap.my/60102228085 (Ustaz Roslan)
wasap.my/60183597495 (Coach Zariman)
Rehatkan badan. Nikmati perjalanan ibadah dengan lebih selesa.
👉 Hubungi kami sekarang untuk semak slot yang tersedia.

09/09/2026

Assalamualaikum. Pagi!
Ya Allah, permudahkan urusan kami pada hari ini.
Kurniakan kami rezeki, ketenangan dan keberkatan.
Coach Zariman
Usahawan | Pengamal Perubatan Tradisional Melayu dan Komplemantari (PTM&K) KKM

31/08/2026

Nak membina jenama, kepercayaan dan stabiliti dalam bisnes ni adalah satu proses. Tempoh masa yang diambil juga tak sama.
Ada yang ambil masa 3 tahun
Ada yang ambil masa 10 tahun
Lalui sahaja proses itu. Allah melihat usaha kita. Selagi kita berusaha, pasti ada kebaikan yang Allah akan beri.
Siti Hajar berlari dari Bukit Safa ke Marwah. Tapi tiada air. Air keluar di kaki Nabi Ismail.
Urusan rezeki Allah tetapkan. Kita hanya berusaha sedayanya.

31/08/2026

Alhamdulillah pertama kali kami menerima kunjungan klien di kalangan bangsa Cina. Terima kasih bro Chris dari Bangsar South!
Sudi datang ke Ar-Rawdhah Wellness Centre untuk grab Promo Merdeka lengkap dengan sesi Urutan Terapi, Urutan Muka & Kepala serta Sauna FIR.
Kadang-kadang badan bukan perlukan rehat semata-mata tapi perlukan ruang untuk reset semula supaya tubuh dapat menjalani proses pemulihan.
Jom bagi tubuh ruang untuk relaks, tenang dan kembali bertenaga dengan pendekatan terapi pemulihan holistik di Ar-Rawdhah Wellness Centre, boleh datang ke centre atau kami datang secara housecall.
📲 Booking slot sekarang :
👉 wasap.my/60183597495 (Coach Zariman)
Bebaskan badan. Rehatkan minda. Kembali bertenaga.

31/08/2026

Setiap kali kita melihat Jalur Gemilang berkibar, hati kita rasa lain macam.
Rasa bangga.
Rasa syukur.
Dan kadang-kadang, teringat kembali sejauh mana kita sudah melangkah.
Begitu juga bila mengenangkan kembali perjalanan AR RAWDHAH.
Bermula dengan sebuah impian kecil untuk membawa pendekatan perubatan tradisional Melayu & kesejahteraan yang lebih tersusun, profesional dan dekat dengan masyarakat.
Hari ini, kita berdiri bersama team yang mungkin tidak sempurna tetapi doa dan harapan yang disandarkan, keyakinan dan kepercayaan yang kita letakkan sesama kita, kita terus belajar, terus berusaha dan terus melangkah.
Ada ketika kita rasa penat.
Ada masa kita diuji.
Ada ketika kita tertanya-tanya,
“Betul ke jalan yang kita pilih ni?”
Tetapi setiap kali ada pelanggan datang dan berkongsi bahawa mereka rasa lebih selesa selepas mendapatkan servis kita.
Ada yang datang kembali dengan membawa keluarga.
Setiap maklumbalas yang memberi kepercayaan kepada kita.
Kita sedar perjalanan ini bukan sia-sia.
Kita sedang membawa satu nilai yang tinggi yang mereka perlukan.
Dan sempena Hari Kebangsaan ke-69, kita bukan hanya meraikan sebuah negara yang merdeka.
Kita juga meraikan kebebasan untuk berimpian, keberanian untuk membina sesuatu dari bawah dan kekuatan untuk terus berdiri walaupun perjalanan tidak selalu mudah.
Merdeka bagi kita bukan sekadar laungan.
Merdeka adalah apabila kita berani mencipta peluang.
Merdeka adalah apabila kita mampu memberi manfaat.
Merdeka adalah apabila kita membina sesuatu yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain.
Dan yang paling penting,
KITA tidak berjalan seorang diri.
Ada pelanggan yang terus menyokong.
Ada keluarga yang sentiasa mendoakan.
Ada sahabat yang memberi semangat.
Ada team yang sama-sama berjuang.
DAN paling penting adanya KITA yang memilih untuk terus melangkah.
Dari satu langkah kecil, kepada satu perjalanan yang lebih besar.
Dari satu impian, kepada sebuah perjuangan.
Dari sebuah bisnes, kepada sebuah misi untuk memberi manfaat.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Semoga perjalanan kita sebagai sebuah pasukan, sebagai usahawan dan sebagai rakyat Malaysia terus diberkati.
Kita mungkin datang dari tempat yang berbeza, tetapi kita boleh berdiri di bawah satu Jalur Gemilang yang sama.
Merdeka! 🇲🇾

28/08/2026

USTAZ HAJI MD ROSLAN DILANTIK PENASIHAT RAUDHATUL SYIFA’
Oleh : Samsudin Oli Mohamed
Raudhatul Syifa’ merupakan inisiatif kesejahteraan jemaah umrah dan haji yang menggabungkan pengalaman pengurusan jemaah bersama kepakaran terapi profesional.
Ditubuhkan hasil kolaborasi bersama Ustaz Haji Md Roslan Mohammad Jaafar sebagai Penasihat dan Ar-Rawdhah Wellness Centre sebagai rakan penyedia perkhidmatan terapi, Raudhatul Syifa’ membawa perkhidmatan terapi secara mobile lebih dekat kepada jemaah di Makkah dan Madinah.
Pelantikan itu dilihat mampu membantu Raudhatul Syifa’ memperkukuh perkhidmatannya, terutama dalam memahami keperluan sebenar jemaah sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah atau haji.
Raudhatul Syifa’ menyediakan beberapa perkhidmatan terapi untuk lelaki dan wanita termasuk urutan Melayu tradisional, urutan terapeutik, Urutan kaki, urutan mengurangkan tekanan, bertungku serta terapi pemulihan dan keletihan.
Persediaan fizikal penting kerana ibadah umrah dan haji memerlukan tahap kecergasan yang baik, khususnya ketika berjalan dalam jarak jauh, melakukan tawaf, saie serta mengikuti pelbagai pergerakan sepanjang berada di Makkah dan Madinah.
Justeru, pengalaman Ustaz Haji Md Roslan bersama jemaah di Tanah Suci dijangka dapat dimanfaatkan dalam memberi pandangan serta cadangan terhadap bentuk perkhidmatan yang benar-benar sesuai dengan keperluan mereka.
Raudhatul Syifa’ turut membawa pendekatan terapi sebelum perjalanan dengan memberi perhatian kepada usaha mengurangkan ketegangan otot, membantu tubuh lebih relaks, menyokong keselesaan pergerakan serta mengurangkan keletihan.
Selain perkhidmatan sebelum berangkat, konsep perkhidmatan yang dibangunkan turut mengambil kira keperluan jemaah ketika berada di Tanah Suci, terutama mereka yang memerlukan rawatan terapi bagi membantu mengurangkan keletihan selepas melakukan aktiviti ibadah.
Pelantikan Ustaz Haji Md Roslan sebagai penasihat juga membuka ruang kepada Raudhatul Syifa’ untuk mengembangkan jaringan serta kerjasama dengan pihak berkaitan industri umrah dan haji.
Dengan gabungan pengalaman pengurusan jemaah dan kepakaran terapi, pendekatan berkenaan diharap dapat membantu bakal tetamu Allah membuat persediaan bukan sahaja dari sudut rohani, malah turut menjaga kesihatan serta kecergasan tubuh sebelum memulakan perjalanan ke Tanah Suci.

23/08/2026

Semakan status Pengamal yang berdaftar dengan bahagian TCM KKM.

tcmonline.moh.gov.my

Photos from Pusat Rawatan Tradisional Melayu & Postnatal Ar-Rawdhah's post 21/08/2026

Alhamdulillah.
Permintaan ibubapa untuk training secara custome @ private telah berjaya dilaksanakan.
Kali ini modul daripada Brain Activation Training (BAT) telah diupgrade kepada Mind Activation Program (MAT).
Modul sebelum ini lebih menumpukan kepada prestasi otak dengan praktikal dan teknik.
Manakala modul baru Mind Activation Program (MAP) memberi ruang yang lebih luas.
Ia bukan sekadar meningkatkan kemampuan berfikir, tetapi membentuk mindset, emosi, spiritual dan kehidupan. Ini juga selari dengan identiti syarikat Nour Ar Rawdhah Sdn Bhd yang lebih dekat dengan pembangunan insan secara holistik.
Kejayaan sebenar bagi seorang manusia itu adalah apabila berjaya menguasai KETENANGAN dalam apa juga situasi. Lebih-lebih lagi kita di zaman sekarang yg penuh dengan kebingitan fizikal dan di dalam talian.
Apabila penguasaan Tenang dan Fokus itu dapat dikuasai. InshaaAllah kehidupan akan mudah dikendali dengan lebih baik. Seterusnya..
MAP dibuka lagi untuk sesi cuti sekolah hujung bulan Ogos 2026.
Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut :
wasap.my/60196046808/InfoMAT

21/08/2026

Assalamualaikum. Pagi!
Ya Allah, permudahkan setiap langkah kami pada hari ini.
Kurniakan kami kekuatan, hikmah dan keberkatan.
Coach Zariman
Usahawan | Pengamal Perubatan Tradisional Melayu dan Komplemantari (PTM&K) KKM

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Segambut?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Masjid Al Ubudiah Segambut Dalam KL
Segambut
51100

Opening Hours

Monday 13:00 - 21:00
Tuesday 13:00 - 21:00
Wednesday 13:00 - 21:00
Thursday 13:00 - 21:00
Friday 14:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Tradisional Melayu & Postnatal Ar-Rawdhah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Segambut.