Dr Nur Aileen Wee #paedsderm
My core passion is kids skin problems (and kids’ illnesses in general):consultation and management�
30/08/2026
Ini merupakan pos terakhir dalam siri keguguran rambut🙏🏽
‘Telogen effluvium’ merupakan penipisan rambut dan keguguran rambut berlebihan.
🌹Masalah ni adalah sementara sahaja.
🌹Ia berlaku apabila terdapat kejutan fizikan/ emosi yang berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan bilangan besar folikel yang actif memasuki fasa rehat/ gugur.
🌹Keguguran rambut biasanya berlaku selepas 2-3 bulan selepas peristiwa pencetus.
Peristiwa pencetus yang biasa termasuk:
🌼 demam tinggi
🌼 pembedahan major/ bius seluruh badan
🌼 tekanan emosi yang ketara seperti perubahan besar dalam keluarga dan tekanan di sekolah
🌼 kekurangan nutrisi seperti kekurangan zat besi, zinc dan protein
🌼 keadaan perubatan/ tiroid yang kronik
Gejala-gejala:
Peningkatan keguguran rambut yang mendadak dan ketara semasa mandi, di sikat rambut atau atas bantal
Penipisan menyeluruh yang meresap di seluruh kulit kepala dan bukannya tompok botak yang jelas
Kulit rambut yang kelihatan normal, tidak bersisik, tiada kemerahan atau keradangan.
Rawatan dan pemulihan
Masa: rambut akan tumbuh semula dalam 6-9 bulan selepas peristiwa pencetus telah diatasi
Nutrisi: pastikan pemgambilan nakanan seimbang dengan zat besi, zinc dan protein yang mencukupi
Penjagaan: gunakan sikat bergigi jarang dan elakkan gaya rambut yang ketat seperti tocang atau ekor kuda
Sekiranya anak mengalami keguguran rambut, bawalah anak berjumpa doktor pakar untuk diagnosis tepat dan rawatan awal ☺️
Sila like, komen dan share post ni, semoga bermanfaat🤲🏻😍
26/08/2026
Ibu bapa perasan anak2 ada keguguran rambut? Kemungkinan ni ke? 👇🏼
Trichotillomania ❤️❤️❤️
🎀Ia merupakan suatu keadaan kompulsif, dimana kanak-kanak mengalami keinginan yang tidak dapat ditahan untuk menarik keluar/ mencabut rambut mereka, kadang-kadang daripada kening dan bulu mata juga.
🎀Tingkah laku berulang yang berfokus pada badan biasanya berkait dengan stress, kebimbangan dan tabiat menenangkan diri.
🎀Gejala termasuk kelihatan rambut yang menipis dengan ketara, bintik-bintik botak yang tidak sekata atau kening/bulu mata yang hilang.
🎀Mencabut rambut dilakukan semasa waktu senyap/fokus seperti menonton TV, membaca atau membuat kerja rumah.
🎀Sesetengah orang akan bermain dengan rambut, mengunyah atau menelan rambut yang ditarik.
🎀Tekanan emosi, rasa malu, atau percubaan untuk menyembunyikan keguguran rambut menggunakan topi/skaf
Rawatan:
🧸Elakkan menghukum: memarahi dan menghukum tidak membantu menghentikan tingkah laku, hanya menurunkan harga diri pesakit.
🧸Sediakan mainan ‘fidget’: pastikan tangan sibuk dengan ‘stress ball’, ‘putty’ atau barang bertekstur
🧸Kesedaran lembut: bantu mereka perasan apabila mereka mula menarik dan mencadangkan tindakan yang berbeza.
Bila harus jumpa doctor pakar👩⚕️
-Apabila keguguran rambut teruk atau mengalami tekanan emosi yang teruk
-CBT- terapi tingkah laku kognitif, merupakan salah satu terapi yang boleh dilakukan.
Sila like, comment dan share… sama2 kita kongsikan ilmu, semoga bermanfaat 🙏🏽
24/08/2026
‘Traction alopecia’ merupakan satu lagi punca keguguran rambut yang biasa.
Traction alopecia adalah disebabkan ikatan rambut yang ketat, aksesori rambut yang berat/ banyak, tocang rambut.
Ia mudah diatasi dengan menukar rutin/ cara ikat rambut anak-anak; longgarkan ikatan, jangan ikat rambut dan mengatasi kekusutan rambut dengan lembut mengunakan sikar yang bergigi jarang.
Tiada ubat diperlukan.
Sekiranya anak-anak mengalami keguguran rambut dan anda tidak tahu punca, segeralah bawa berjumpa doktor untuk mendapat diagnosis dan rawatan selanjutnya.
Sila ‘like’, ‘comment’ dan ‘share’. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada semua.
23/08/2026
Keguguran rambut boleh disebabkan jangkitan kurap/ kulat🤭
Jangkitan kurap (kulat) di kulit kepala merupakan keadaan lazim dijumpai di kalangan kanak-kanak.
Gejala-gejala:
🌼Tompok kasar, rambut gugur, gatal
🌼Kulit kepala kelihatan tidak sihat, kering, bersisik, rambut pendek yang rapuh/ bintik-bintik hitam, boleh juga sakit, bengkak dan mengandungi nanah.
🌼Kelenjar bengkak (bahagian kepala, belakang telinga dan leher)
Berjangkit daripada haiwan, paling lazim ialah kucing.
Rawatan: ubat makan anti-kulat
Komplikasi: parut kekal (keguguran rambut kekal) di kulit kepala
Sekiranya anak-anak mengalami keguguran rambut, segera berjumpa doktor pakar untuk diagnosis tepat dan rawatan selanjutnya.
22/08/2026
Salah satu penyakit keguguran rambut adalah ALOPECIA AREATA👶🏻
🌷Alopecia areata merupakan penyakit autoimun
🌷Tidak berjangkit
🌷Ia boleh berlaku di kulit kepala, bulu mata dan kening
🌷Bermula dengan tompok bulat dan licin yang kecil di kulit kepala
🌷Kadang-kadang, rambut yang telah gugur boleh tumbuh semula tanpa rawatan
🌷Boleh ada perubahan kuku
🌷Mudah terkesan secara psikologi
🌷Jumpa pakar kulit segera untuk dapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan selanjutnya
Sekiranya ibu bapa ada nampak tanda-tanda keguguran rambut, jumpa doktor pakar segera untuk mendapat diagnosis spesifik dan rawatan selanjutnya.
Jemput ‘like’, ‘comment’ dan ‘share’ untuk berkongsi ilmu😍
04/08/2026
Keguguran rambut atau alopesia adalah keadaan biasa di kalangan kanak-kanak. Tetapi adakah ibubapa tahu bila kita perlu risau, bila kita perlu jumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan awal, dan bila kita boleh tunggu dan pantau dulu?
Sempena bulan ogos yang juga merupakan bulan kesedaran alopecia, saya akan berkongsi 5 penyakit keguguran rambut yang paling lazim…
Boleh follow saya dahulu ye dan nantikan pos saya yang selanjutnya, insyaAllah😍
🎉🎉🎉
Hair loss or alopecia is a common condition in children. But do parents really know when to worry, when to seek consultation as soon as possible to get early treatment and when can they wait and observe first?
In conjunction with August being the alopecia awareness month, I am going to share 5 common hair loss conditions…
Do follow me first and look out for my next post, insyaAllah😍
💙🔷️💙🔷️
02/08/2026
Esok kerjaaaa 😬
📢 Pengumuman Penting
SALAM Senawang Specialist Hospital akan BEROPERASI SEPERTI BIASA pada hari ISNIN, 3 OGOS 2026.
✅ Semua temu janji, konsultasi dan perkhidmatan perubatan akan diteruskan seperti yang dijadualkan.
Pasukan kami sentiasa bersedia untuk memberikan penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada anda dan keluarga!💙❤️
📌Untuk makluman: Pejabat Pengurusan akan kembali beroperasi pada hari Selasa, 4 Ogos 2026.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Kami amat menghargai kepercayaan anda dan berharap dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik di SALAM Senawang Specialist Hospital!❤️💙
02/08/2026
Hati-hati semua
17 PRODUK KOSMETIK DIKESAN MENGANDUNGI MERKURI, STEROID DAN UBAT TERKAWAL
KUALA LUMPUR — Sebanyak 17 produk kosmetik disenaraikan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia selepas dikesan mengandungi racun berjadual sepanjang tahun 2025 hingga 2026.
Antara bahan yang dikesan ialah merkuri, hidrokuinon, tretinoin, steroid betamethasone 17-valerate serta ubat antimikrob yang tidak dibenarkan digunakan sesuka hati dalam produk kosmetik.
Senarai produk terlibat:
1. Saqa Glowing Turmeric Night Treatment Cream
Merkuri
2. Glowing Night Treatment
Hidrokuinon, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate
3. Glowing Herbal Treatment
Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
4. JLFARA Seaweed
Merkuri
5. Molly Care Night Cream
Merkuri
6. Pinkkiss Beauty Care Herbal Cream
Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
7. Pinkkiss Beauty Care Treatment Cream
Hidrokuinon, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate
8. Karisma Brightening Day Cream
Merkuri
9. Ufora Advance Repair Solution
Hidrokuinon
10. H**E – Micro Rescue Cream (Reduce Acne Scar)
Clindamycin dan Metronidazole
11. Cloroc Reju Cream
Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate
12. Seri Ayu Secret Radiant Repair Cream
Merkuri
13. JC Beauty Culture Radiance Renewal Serum
Hidrokuinon dan Tretinoin
14. The Perfect Derma Cream
Miconazole
15. JF Cream Herba
Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
16. JF Cream Treatment
Hidrokuinon dan Tretinoin
17. Uyana Tone Up Night Cream
Merkuri.
Pengguna yang masih menggunakan mana-mana produk berkenaan dinasihatkan supaya menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat profesional kesihatan sekiranya mengalami iritasi, kulit menipis, perubahan warna kulit atau masalah kesihatan lain.
🚨Semak sekarang. Mungkin produk yang anda gunakan turut tersenarai.
26/07/2026
My encounter with ‘acne’🌹
❤️❤️❤️
It was in June 2019, the Malaysia’s Acne Vulgaris CPG 2nd edition development group was formed. I was selected to be part of this group. At that time, I was serving as a pediatric dermatologist in Hospital Tuanku Jaafar Seremban. After years of effort, with Covid pandemic and MCO from early 2020; the CPG was completed and officially launched in July 2023🎉
In 2020, I had the opportunity to contribute a chapter in the book, Atlas of Pediatric Dermatology in Asian Skin, which Dr Mark Koh from Singapore was the editor. Somehow, I was also allocated the topic ‘Acneiform Disorder’😅. This atlas was finally published in 2024.
Honestly, during my training in IPHKL and my years serving the government services, I had very minimum experience managing acne patients. Most teenagers usually end up seeing adult dermatologists😬. I frequently wondered if these knowledge and effort could ever be applied in my practice. In fact, I have even received some sarcastic remarks from a senior colleague when I had to attend frequent meetings during preparation for the acne CPG.
Fast forward till today, ever since starting position in Salam Senawang and needing to see the teenagers and adolescents, I am managing many more acne cases. I am grateful for the evidence based knowledge I gained during my involvement in the acne CPG and writing up the chapter for atlas. Alhamdullilah for Allah’s arrangement, for He is indeed the best planner🤲🏻
But learning never stops! Today I have attended Galderma’s Skin Summit, grateful for the new knowledge, and definitely hoping to give better management and care for my patients, insyaAllah ☺️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Salam Senawang Specialist Hospital
Senawang
74000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 21:00 |
| Tuesday | 09:00 - 21:00 |
| Wednesday | 09:00 - 21:00 |
| Thursday | 09:00 - 21:00 |
| Friday | 09:00 - 21:00 |
| Saturday | 09:00 - 13:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Dr Nur Aileen Wee #paedsderm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.