Jom Cantik Suami Isteri
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jom Cantik Suami Isteri, Beauty Salon, Seremban.
04/11/2023
04/11/2023
RESIPI SAMBAL BELACAN WANGI, SEDAP & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN :
6 biji limau kasturi
(buang biji)
50 gm belacan bakar
3 biji cili merah
1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100 ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
*kisar kasar semua bahan.
Tips untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.
TIPS 1 :
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.
TIPS 2 :
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.
TIPS 3 :
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.
TIPS 4 :
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.
Kredit resepi : nurulain Insyirah
SELAMAT MENCUBA π
04/11/2023
04/11/2023
TAUHU BERGEDEL
3 biji kentang (rebus dan lecek)
Minyak masak untuk menumis
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 pek isi ayam kisar (boleh juga guna daging)
Garam secukupnya
Daun sup dan daun bawang (dicincang)
Lada sulah
Lada hitam
1 bungkus besar tauhu kering
3 biji telur ayam
1. Rebus kentang dan lenyek, ketepikan.
2. Panaskan minyak masak tumis bawang Holland sehingga layu.
3. Masukkan isi ayam kacau rata.
4. Apabila ayam sudah masak masukkan garam, daun sup, daun bawang, lada sulah dan lada hitam. Kacau rata seketika.
5. Masukkan kentang yang sudah dilenyek tadi. Gaul rata matikan api dan angkat.
6. Ambil tauhu dan potong bahagian atasnya.
7. Bulatkan inti ayam dan masukkan dalam tauhu. Buat sampai habis semua tauhu dan inti.
8. Pecahkan telur ayam dan masukkan sedikit garam, pukul telur.
9. Celupkan tauhu ke dalam telur. Goreng dalam minyak masak yang banyak. Biarkan garing dan angkat.
SAMBAL KICAP
Sedikit minyak masak
Cili padi hijau (bergantung kepedasan yang dimahukan)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
Gul
Garam
1. Panaskan minyak masak. Goreng cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih sehingga layu, angkat.
2. Masukkan cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih tadi dalam pengisar. Kisar semuanya hingga hancur.
3. Masukkan dalam mangkuk.
4. Tuangkan kicap manis. Masukkan gula dan garam, kacau sebati.
5. Kalau pekat sangat boleh tuangkan sedikit air panas kacau rata.
Resepi & foto : Hidayati Hana
04/11/2023
Dah 5kali buat sambal ni..ktagih dah
Resepiππ
Bahan A
Cili padi
Cili bsr
Tomato
Bwg bsr
Belacan
Bwg merah
Goreng bahan A dengan minyak yang banyak sampai layu.kemudian blend .bg perisa gula n garam.bila dah siap blend..tumis sekajp hingga naik myk..kalau nak lg sedap.sebelum makan leh perah limau skit.
SELAMAT MENCUBA π
Sumber : Sara Homemade
04/11/2023
Resipi Sup Ikan Merah
Tumis sampai brown bawang merah, bawang putih, dan halia(hiris boleh, tumbuk boleh)masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap..masukkan serai sebatang( titik) ,akar ketumbar..dan sup bunjut.. masukkan air..
Bila dah reneh, masukkan ikan..
Bila ikan dah hampir masak, masukkan garam secukup rasa..masukkan tomato dan batang celery.. dah siap boleh taburkan daun sup/daun ketumbar/daun bawang ikut kes**aan..
Saya tumis pakai sesudu minyak zaitun sahaja..
Kalau s**a masam boleh letak asam keping atau asam limau..saya tak letak..
Credit : Ainn Mustafar
11/10/2023
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Seremban
70300