Spa
Apakah maksud mediCspa? medi = perubatan@rawatan
C = complimetary @bersama
spa = solus per aqua @ rawatan menggunakan air. Kebaikannya? Meningkatkan keimunan.
Untuk mengekalkan kesihatan. Mendapat kesembuhan. In Syaa Allah.
Assalamualaikum warahmatullah wabarokatuh. Ustazah ini mengalami sakit lutut sudah agak lama. Kali pertama melalui rawatan mediCspa terapi telah mulai pulih. Alhamdulillah.
23/05/2018
ckgu lufti:
INFORMASI MEDICSPA YANG AMAT BERGUNA BAGI SETIAP INDIVIDU ATAU PENGAMAL TERAPI MEMAHAMINYA:
✅ Masa berlalu....perkembangan sains dan teknologi berkembang dengan amat pantas, dunia perubatan moden menemui penemuan2 terkini. Bukan dunia perubatan barat sahaja mendominasi penemuan dan kajian, namun dunia perubatan Cina juga cemerlang dalam menjalankan kajian mereka secara berterusan.
mediCspa atau homespa adalah satu entiti yang muncul dari kegemilangan perubatan Cina moden yang bergabung dengan ilmu barat melalui teknologi. Perubatan Cina faham bahawa hidroterapi mediCspa berupaya mengurang/meredakan kesakitan sengal2 otot, radang sendi termasuk berkeupayaan meningkatkan penghasilan kolagen di dalam tubuh, pergerakan - fleksibiliti sendi dan peredaran darah yang lebih sempurna.
✅ Pada waktu yang sama, hidroterapi cemerlang dalam merawat hal2 berkaitan orthopedics (tulang), arthralgia (sakit sendi) dan dermatosis (penyakit kulit).
Ujian klinikal membuktikan bahawa hidroterapi merupakan aplikasi perubatan yang berupaya menjadi medium pencegahan, penyakit2 gynecology (berkaitan sakit puan) dan masalah angiocardiopathy (masalah jantung dan salur darah).
✅ Hidroterapi adalah dari kombinasi teori fizik hidrolik (tekanan), kinesiologi (ilmu pergerakan tubuh/"the science human movement" yang menjelaskan gerak tubuh manusia yang mengaplikasikan prinsip-prinsip mekanik dalam gerak manusia yang disebut biomekanik anatomi), perubatan Cina dan psychoanalysis (psikologi dan emosi) dan beberapa teori fizik lain.
✅ mediCspa juga berfokus kepada konsep apungan (buoyancy), tekanan hidrolik dan kepelbagaian suhu sepanjang terapi/regangan di dalam air yang menjadi medium penjagaan kesihatan terbaik.
✅ Hidroterapi merupakan terapi fizikal yang merangsang hingga ke tisu, otot dan tulang melalui tenaga yang dihasilkan oleh mesin yang kemudiannya ditukarkan menjadi tenaga semulajadi - dari tenaga ultrasonik kepada tenaga thermal (panasan dalaman).
✅ Kaedah itu sebenarnya ada persamaan dengan teori akupunktur tradisional Cina. Beza antara kedua-duanya ialah akupunktur menggunakan jarum dan moxibustion (kaedah pemanasan) dan kedua2 kaedah ini adalah rawatan berbentuk fizikal yang diperaku.
✅ Melalui tenaga supersonik, hidroterapi mediCspa dapat membantu tulang menghasilkan tenaga thermal dan memindahkan tenaga tersebut ke otot dan epidermis, di mana ia membantu proses perpeluhan. Doktor dan pakar perubatan tradisional Cina memperakui bahawa kelenjar peluh bertindak sebagai buah pinggang ke-2 kita.
Mereka yang tidak berpeluh dipanggil "anhidrosis" dan boleh dibahagikan sebagai "congenital" (kelainan bawaan kimia tubuh) dan "acquired syndrome" (kerosakan akibat jangkitan).
Penghidap mungkin juga berhadapan dengan masalah kesihatan kerana tidak berpeluh - lebihan perkumuhan/toksin seperti logam berat akan terkumpul di dalam badan dan tidak dapat dikeluarkan dari secara semulajadi.
✅ Bagi mereka yang menghidap "anhidrosis" amat mudah berhadapan dengan masalah sistem metabolisme, sistem imun dan peredaran darah mereka lemah.
✅ Tubuh tidak berupaya memindahkan oksigen ke setiap organ dalaman dengan sempurna menyebabkan kecelaruan metabolisme dan mengakibatkan kesan proses penuaan.
✅ Setakat ini perubatan tradisional Cina tidak mempunyai ubat-ubatan khusus bagi merawat pesakit anhidrosis, bagaimanapun secara umumnya hidroterapi mediCspa cemerlang menangani masalah ini dan ia merupakan kaedah rawatan terbaik.
✅ Secara umumnya, terapi mandian menggunakan shower mampu merangsang kelenjar peluh dan apabila kelenjar peluh aktif/berfungsi dengan baik, tubuh kita akan kembali normal secara semulajadi.
✅ Hidroterapi juga dapat diguna dalam membantu sesetengah penyakit kardiovaskular. Ia akan meningkatkan tekanan pada venous (urat-urat salur darah) dan menghalang proses pengumpulan plak pada dinding salur darah.
Selain kebaikan di atas, hidroterapi mediCspa juga mampu diguna untuk merawat masalah otot. Mereka yang menghadapi masalah kelesuan otot boleh dibantu dengan hidroterapi mediCspa.
Cikgu Hydroterapy Lufti:
Lufti mediCspa:
Semalam ada sahabat tanya...Apa itu penyakit TB?...Bukan TV eh...kalau TV senang...TV LED je..😜😂
Tibi atau Tuberculosis adalah penyakit melibatkan jangkitan yg amat merbahaya....kerana ia boleh mengakibatkan penghidap sengsara hingga membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
Ia disebabkan oleh kuman halus yg dikenali sebagai Tubercle Bacilli yg biasanya menyerang paru2 mengakibatkan keradangan. Ia juga boleh merebak ke bahagian anggota dalaman lain spt otak, tulang, buah pinggang, kulit dan kelenjar limfa (lymphnodes).
TB adalah penyakit bawan udara atau airborne disease. Kuman TB merebak melalui udara terutama dari penghidap TB yg batuk (penghidap TB yg aktif - dikenali sebagai pulmonary TB). Sesiapa sahaja yg bernafas dan menghidu udara yg mengandungi kuman TB boleh dijangkiti penyakit trsebut.
Tanda2 atau simtom jangkitan TB Pulmonary adlh spt; 1) Batuk yg berterusan selama 2 minggu atau lebih, 2) Kerap demam dan berpeluh terutama pd lewat senja atau malam, 3) Gangguan darah kotor, 4) Hilang berat badan dan hilang selera makan,
5) Mungkin berhafapan dgn sakit dada terutama sewaktu
batuk atau sewaktu menarik nafas dalam2,
6) Cepat penat dan cepat kehilangan tenaga.
Sejarah telah membuktikan bahawa Bapa Hidroterapi Dunia, Sebastian Kneipp adalah penghidap TB pulmonary kronik....ternyata beliau sembuh hanya menjalani hidroterapi. Alangkah hebatnya dengan teknologi yang ada sekarang di mana apabila teknologi dan sains bergabung hingga terhasilnya mesin mediCspa yg begitu sempurna...amat cemerlang dalam membantu merawat penyakit tersebut. Di peringkat awal, Sebastian kneipp hanya menggunakan hidroterapi asas iaitu melalui terapi air sejuk dan air panas berulang kali untuk merangsang sistem imun.....hingga beliau sembuh sepenuhnya.
Assalamualaikum wrb. Salam sejahtera daripada mediCspa TTJ.
Pagi ni melayan mediCspa ibu muda yang habis pantang melahirkan anak yg ke tiga. Alhamdulillah nampak ceria dan segar nya dia.
07/02/2018
Abang ni umur 81 tahun. Nak buat treatment medicspa sebab masalah kerap sangat buang air kecil.
Cikgu Hydroterapy Lufti:
✅ 🐝 ✅ INFO HEBAT PAGI INI : KEHEBATAN MEDICSPA DALAM MEMBANTU TUBUH;
OTAK - Menggalakkan perkembangan kognitif dan minda. Apabila oksigen cukup di dalam sel dan di dalam darah, keupayaan otak kita termasuk daya ingatan akan meningkat atau dengan lain perkataan berupaya meningkatkan daya ingatan. Tetapi ini sangat sesuai bagi semua golongan termasuk bayi, anak-anak yg belajar di tahfiz, golongan istimewa, golongan dewasa, warga emas dll,
MATA - Menyokong penglihatan yang sihat. Dengan oksigen yang cukup dan ion negatif tinggi mampu memberi kesegaran kepada mata seolah-olah kita mendapat kebaikan dan kesegaran hutan iaitu "forest bath",
JANTUNG - Menghasilkan kardiovaskular secara keseluruhan. Melalui terapi mandian mediCspa ia boleh dikategorikan sebagai latihan kardiovaskular kerana tekanan luar dan dalam yang berlaku dari kesan hidro-akupunktur menghasilkan tekanan hingga seberat 1.5kg ke setiap kubik cm kulit dan kesan senaman menyamai kita berjogging 1-1.3km (slow jogging),
IMUNITI - Menyokong sistem imun yang sihat. Melalui terapi mandian mediCspa ia akan meningkatkan sistem imun keseluruhannya,
KULIT - Mengekalkan kesihatan kulit secara optimum. Melalui mandian mediCspa, kulit akan menjadi lebih mulus, gebu, putih dan mantap. Ozon yang dihasilkan olrh mesin bukan sahaja membantu meneutralkan kuman, bakteria, virus, fungus..tetapi agen pemutih semulajadi yang cemerlang,
KESIHATAN SEL - Membekalkan perlindungan antioksidan selular. Sel-sel tubuh menjadi bertambah sempurna selain menolak free radikal dari dalam sel, sel juga akn bertambah cemerlang dalam menyerap oksigen dan nutrient dengan lebih sempurna,
TULANG - Menyokong struktur dan kekuatan tulang. Berupaya meningkatkan suhu tubuh yang tepat, dan memberi kesegaran kpd tulang termasuk membantu penghasilan kolagen di dalam tubuh dan membantu pertumbuhan tulang dengan cepat disebabkan seluruh tubuh bertindak dengan sempurna,
SENDI - Menggalakkan pergerakan sendi yang sihat,
KEUPAYAAN FIZIKAL - Meningkatkan kecergasan dan paras tenaga,
METABOLISME - Menyokong metabolisme lemak dan glukosa yang sihat dan tidak berlebihan. Semua sistem tubuh akan stabil dan bertindak dengan cemerlang seterusnya meningkatkan metabolisme tubuh dengan baik.
Sekian,
ADMIN.
Siti Amnah:
Alhamdulilah ckg shima bertambah sehat dn ceria sekarang.. asbab rajin merawat diri dgn hidroterapi..masalah kesihatan sblm ni adalah kencing manis..memang pada waktu itu kesihatannya agak terganggu..badanya sentiasa dlm keadaan lemah dn lesu..berat badanya pn turun mendadak sehingga ckg shima kehilangan 10 kg dari berat asal..beliau fobia ingin menjamah makanan dek kerana takutkn bacaan kencing manis naik..setiap kali terapi x lupa sy beri nasihat untuk kuatkn semangatnya untuk pulih.ckg shim mula berterapi semasa kami mula buka sentre medic spa hingga kini. malam tadi ckg shima kelihatan begitu anggun.. cergas..ceria..sehat sporting lg👍😁..Alhamdulilah sekarang beliau telah mendapat khafiat kesihatan dari terapi medicspa..syukur ya Allah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 612 Jalan TTJ 1/10 TamanTuanku Jaafar
Seremban
71450
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 |