URUT Tradisional Wanita Senawang

URUT Tradisional Wanita Senawang

Share

Perkhidmatan urutan terapi saraf. Bergerak dari rumah ke rumah khusus untuk wanita sahaja.

13/07/2026

[ SARAPAN PAGI IBU BERPANTANG ]

Berikut adalah beberapa idea sarapan untuk ibu selepas bersalin yang masih mengikut aturan berpantang.

Perlu diingatkan, amalan sarapan pagi yang sihat dan betul mampu membantu ibu mendapatkan kembali berat badan ideal selepas bersalin.

Meskipun ibu sedang berpantang, tidak bermaksud ibu tidak boleh menikmati makanan yang sedap-sedao ya.

So di sini Kak Ice berikan beberapa menu yang mampu mengubah persepsi masyarkat tentang makanan pantang selepas bersalin.

Enjoy!

=-=-=-=-=-=-=-=
Day 1

- Epal Merah
- Roti Bakar + serunding ayam
- Milo kosong
Day 2

- Kurma
- Lempeng susu + kari ikan
- Kopi O
Day 3

- Buah Oren
- Macaroni daging bakar
- Horlick kosong
Day 4

- Pitted prune
- Nasi lemak rendang daging
- Kopi Jintan
Day 5

- Anggur
- Roti Naan dan Ayam Tandoori
- Teh Serai Halia
Day 6

- Epal Merah
- Roti jala dan kari ayam
- Milo kosong
Day 7

- Kurma
- Sate ayam dan sate daging (tanpa perapan sos tiram)
- Susu segar
Day 8

- Buah Oren
- Roti canai dengan kurma ayam
- Kopi susu
Day 9

- Pitted prune
- Sup Macaroni Ayam
- Jus epal
Day 10

- Oren
- Capati dengan daging masak kuzi
- Teh kurma merah

=-=-=-=-=-=-=-=

So.....siapa kata makanan pantang boring???

=-=-=-=-=-=-=-=-=

Kredit: Fb

07/06/2026
20/05/2026

Semoga bermanfaat

28/04/2026

Petang semalam, entah apa yang tersilap dimakan, tiba-tiba perut terasa sangat kembung, membuncit seperti orang mengandung—penuh dengan angin yang terperangkap. Badan jadi tidak selesa, rasa lemah dan tidak sedap sepanjang hari. Mungkin juga faktor usia, perut sudah tidak boleh menerima makanan sembarangan seperti dulu.

Saya cuba mengambil Gaviscon, ada sedikit kelegaan, tetapi perut masih tetap buncit dan rasa tidak nyaman masih belum hilang.

Tiba-tiba teringat ilmu yang pernah diajarkan oleh arwah Pak Da Ne (Al-Fatihah), seorang tukang urut di kampung. Katanya, petua ini sangat baik untuk melegakan kembung perut, kebas-kebas badan dan rasa tidak sedap badan.

Tanpa berlengah, saya terus mencubanya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, sepanjang malam saya kerap mengeluarkan angin (kentut) hingga tidur pun terasa lebih lena. Pagi ini badan terasa jauh lebih segar dan sakit perut pun hilang.

Syukur juga, sehari sebelumnya seorang kawan menghadiahkan 6 biji telur ayam kampung, dan salah satunya digunakan untuk petua ini. Jadi saya kongsikan kepada rakan-rakan, mana tahu bermanfaat jika mengalami masalah yang sama seperti kembung, badan lemah atau kebas-kebas.

Bahan-bahannya:
• 7 biji lada hitam
• Halia sebesar satu ruas jari (lebih kurang 1 inci)
• Sebketul garam kasar
• 1 biji telur ayam kampung
• Segelas air panas

Cara penyediaan:
Tumbuk lada hitam, halia dan garam kasar sehingga lumat. Masukkan bahan tumbuk ke dalam segelas air panas. Pecahkan telur ayam kampung ke dalamnya, biarkan seketika kemudian kacau perlahan. Apabila sudah agak suam, terus diminum.

Jika selalu rasa kebas-kebas badan, boleh cuba amalkan setiap pagi, insya-Allah.

Segala kesembuhan itu datangnya daripada Allah. Kita hanya berusaha, Dia yang menyembuhkan.

Sumber: Azmi Jusoh

03/04/2026

Teh Kolesterol

🫖 Lemon Halia Cengkih + Bawang Putih

🧾 Bahan-bahan:
1 biji lemon (ambil jus + hirisan nipis)
1 inci halia (diketuk)
2–3 ulas bawang putih (diketuk ringan)
3 kuntum cengkih (clove)
2 cawan air
(Optional) 1 sudu kecil madu

👩‍🍳 Cara penyediaan:
Didihkan 2 cawan air.
Masukkan halia, bawang putih dan cengkih.
Rebus selama 5–7 minit (biar bahan aktif keluar).
Tutup api, kemudian masukkan hirisan lemon & sedikit jus lemon.
Tapis dan tuang dalam cawan.
Tambah madu jika s**a (jangan campur masa air terlalu panas).

⏰ Cara minum:
Minum 1 cawan pagi (perut kosong)
1 cawan lagi sebelum tidur
Amalkan 2–3 minggu untuk nampak kesan

💚 Khasiat setiap bahan:
🍋 Lemon – bantu kurangkan lemak & detox hati
🧄 Bawang putih – bantu turunkan LDL (kolesterol jahat)
🌿 Halia – lancarkan darah & kurangkan keradangan
🌸 Cengkih – antioksidan tinggi, bantu kesihatan jantung

Kongsikan pada yang lain

30/03/2026

Alhamdulillah selesai slot urut pagi tadi 🤲🤲

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Senawang
Seremban