Tabib Naim Seremban

Tabib Naim Seremban

Share

Menyediakan rawatan urutan Seluruh Badan, Kaki, Kepala, Leher & Bahu, Pinggang, Belakang dan Berkam Sunnah

10/05/2024

INCALL vs OUTCALL

INCALL, anda datang ke tempat saya. Selesai sesi rawatan anda pulang dan saya dapat berehat. Keselesaan untuk pihak saya.

OUTCALL, saya datang ke tempat anda. Selesai sesi rawatan, saya pulang dan anda dapat berehat. Keselesaan untuk pihak anda.

Kerana itu, ada beza caj INCALL dan OUTCALL juga tambahan caj perjalanan. Soal menghargai usaha, masa, dan tenaga pihak lain molek benar kalau boleh sama-sama belajar.

Kadang-kadang rasa nak mengeluh juga bila usaha dan tenaga kita seolah tidak dihargai.

02/03/2024

🔥 Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim di kalangan pesakit sakit tulang belakang.
👉🏾 Antara punca-punca slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal dan trauma. Kesakitan pada tulang belakang ini boleh menyebabkan limitasi dalam aktiviti harian.
🧑🏾‍⚕️Dapatkan pemeriksaan daripada pakar perubatan

02/03/2024

Rawatan bekam

02/03/2024

Rawatan urutan tangan

25/02/2024

MASALAH 'angin' di dalam badan boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan tidak bermaya.

Angin 'jahat' boleh berpunca daripada rehat yang tidak mencukupi atau badan stres kerana dipaksa bekerja lebih waktu.

Teknik urutan untuk mengeluarkan angin 'jahat' dari badan, ia menumpukan pada empat bahagian tubuh badan :

1. Urut di kawasan telapak tangan

Urut di tapak tangan anda iaitu berhampiran ibu jari, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

2. Urut di kawasan belakang telapak tangan

Urut di bahagian telapak tangan, di antara ibu jari dan jari telunjuk, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

3. Urut di kawasan siku lengan

Urut di bahagian tengah siku lengan anda, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

4. Urut di kawasan tapak kaki

Urut di bahagian telapak kaki anda, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

23/02/2024

Menyediakan rawatan urutan Seluruh Badan, Kaki, Kepala, Leher & Bahu, Pinggang dan Belakang serta Berkam Sunnah di Seremban

23/02/2024

Rumah urut, pusat kesihatan dikecualikan cukai perkhidmatan mulai 1 Mac

23/02/2024

Urut adalah pergerakan tisu lembut badan. Teknik mengurut sering diaplikasikan dengan tangan, jari, siku, lutut, lengan bawah, kaki atau alat. Tujuan umum urut adalah untuk merawat tekanan atau sakit badan.

Selain mengatasi masalah terseliuh serta membetulkan perjalanan darah, urut dikaitkan dengan rawatan mengembalikan kesihatan dan tenaga seksual lelaki.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Seremban