Minyak Bidara Aromatherapy Saraf Tok Raja

Minyak Bidara Aromatherapy Saraf Tok Raja

Share

Minyak Aromatherapy Herba Saraf Tok Raja
dimasak drp lebih 25 Jenis Herba. untuk masalah saraf,sakit sendi,sakit urat,kembung dll.

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙.
Semoga hadirnya bulan penuh rahmat ini membawa ketenangan jiwa, keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan keampunan daripada Allah SWT.
Semoga setiap amal kecil kita digandakan pahala, dan setiap doa dipermudahkan penerimaannya.

Dengan rendah hati, saya memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap, kata-kata yang terlanjur serta kekurangan diri yang disengajakan atau tidak.
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.

Salam Ramadan Kareem buat semua.

14/02/2026

KHASIAT DAUN MELONG/TEMBAGA SUASA

Ramai yang tidak tahu daun tembaga suasa berkesan untuk membantu pemulihan patah tulang dan bengkak.Samada tulang retak atau patah berpunca dari jatuh, terhantuk, ditimpa benda berat, atau kemalangan jalanraya, pemulihan dipercepatkan lagi dengan kaedah tradisional ini.

Daun tembaga suasa ini adalah keluarga (seakan) daun pandan yang tumbuh dalam serumpun, dan daunnya besar dan panjang.Jika patah tulang dan mengalami bengkak, ia adalah kerana `angin' berkumpul di dalam. Jadi kaedah tradisional ialah membalut bengkak itu dengan sehelai daun tembaga suasa yang dilayurkan dan disapukan sedikit minyak.Biasanya jika mengalamai patah tulang, doktor hospital akan memasang plaster (simen). Jadi pesakit perlu tunggu hingga plaster boleh dibuka barulah boleh amalkan balutan daun ini. Harus diingat bahawa pemasangan simen itu bertujuan untuk mengukuhkan kembali tulang yang retak atau patah. Tetapi bengkak yang dialami tidak surut.Boleh juga mendapatkan khidmat bomoh tulang, tetapi pastikanlah bomoh itu mengamalkan kaedah pemulihan yang tidak khurafat atau mengarut, contohnya meminta disediakan paku dan beras kuning (untuk siapa?). Bomoh ada yang pandai mengurut, dan ia patutlah tahu menggunakan daun tembaga suasa ini.Wallahua'lam, kita berusaha dan berikhtiar, Allah yang memberi kesan.

KHASIAT DAUN TEMBAGA SUASA
Bengkak , terseliuh atau salah urat bukanlah suatu perkara yang agak janggal bagi sesaorang yang sukakan aktiviti lasak ataupun bersukan.Kalau tidak di bahagian kaki, pasti tangan kita yang menjadi mangsanya. Kita akan mengerang kesakitan ketika itu juga.Lebih sakit lagi bahkan berkemungkinan tidak boleh bergerak bebas bila kita mengalami patah ataupun retak pada kedua-duanya.Untuk mengurangakan rasa kesakitan tersebut, pada kebiasaannya kita akan sapukan dengan minyak urut ataupun berjumpa dengan tukang urut.Senang ditemuiTetapi sejak zaman berzaman, orang zaman dahulu telah menggunakan sejenis tumbuhan didalam hutan atau herba yang sering digunakan untk mengurangkan rasa kesakitan tersebut.Menurut Pegawai Penyelidikan MERDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin, tumbuhan yang dimaksudkan itu adalah pokok tembaga suasa atau nama saintifiknya adalah Crinum asiaticum."Khasiatnya adlah tertumpu kepada daunnya itu," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.Untuk mengenali pokok itu agak senang kerana ia mempunyai daun yang besar dan panjangnya p**a boleh menghampiri dua meter seperti daun pandan."Batangnya agak besar dan berisi. Dari segi habitatnya lebih senang ditemui ditepi pantai dan dan didalam hutan Malaysia," katanya.Beliau menambah lagi, ada ketikanya tumbuhan ini dijadikan sebagai pokok hiasan, khususnya oleh penduduk kampung."Selain boleh ditemui dipinggir hutan, pokok tembaga suasa juga sering dijadikan tanaman hiasan dan ubatan oleh penduduk kampung," katanya.Menurut Mohd. Jelani, cara yang lazim digunakan untuk merawat kesakitan tersebut adalan dengan mengambil beberapa helai daunnya."Daun itu ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian yang sakit tersebut. Selepas itu dibalutkan.Pembalutnya adalah lebih baik dengan menggunakan daun tembaga suasa itu sendiri. Tapi untuk mengelakkan daunnya cepat putus, layurkannya terlebih dahulu dengan api," katanya

Apapun semua yang di ciptakan oleh allah azzawajal ia ada khasiat dan kelebihan tersendiri

09/02/2026

Stok akar sendi masuk gaisss..

Boleh letak dalam minyak panas.. boleh letak dalam mandian herba bersalin..

Pertanyaan boleh whatsap terus..

14/03/2025
14/02/2025

🀲🀲

14/01/2025

Minyak aromatherapy bidara sesuai untuk masalah sakit kepala,lenguh badan,sakit urat ,kembung perut...
Innsyaallah diperbuat drp bahan-bahan yg selamat digunapakai..

Whtsap 018-205 3482

02/11/2024

Ira buat sabun Bidara Limau Purut habatussauda Garam Bukit....buat dengan semua pior2 bahan Tau,buah limau Purut betul ira parut ni haaa..Bidara ira letak daun yg dah kisar halus...sbb nak bagi nampak natural Hijau gitu...ira letak minyak bidara yg ira buat sndiri jgk..x guna ektrack atau pewangi tiruan..
Ada lagi ke tak caya.. 🀭🀭
Penat mmg penat,tapi bila kita buat seikhlas hati.. kita rasa seronok.. 🥰

21/10/2024

Minyak aromatherapy saraf tok raja...
Menggunakan 100% herba Dan rempah ratus sesuai untuk masalah luaran ...
Sebarang pertanyaan boleh whtsap terus 🀗

29/09/2024

Sabun Terapi Bidara + Limau Purut

Specially formulated untuk yang ada masalah gangguan (mistik) mahupun tidak.

InsyaAllah, didoakan semoga Allah Beri Kesembuhan, Manfaat dan Kebaikan kepada yang memakai/menggunakan sabun ini.

Bidara dan limau purut digunakan secara tradisional dalam perawatan tradisional, terapi dan masalah2 kulit pada wajah mahupun badan.

Dari segi bau, sabun ni berbau seperti teh dan ada sedikit hint floral. Tapi bukan bau macam teh boh, lipton atau teh siam 😅🀣
Daun bidara tu sendiri berbau seperti teh (sedikit) dan limau purut yang kita letak, memberi bau
Baunya lembut, manja2 je 😆
Bukan bau semerbak, yg boleh dihidu dari kejauhan.

Bahan/Herba yang diadun untuk sabun ini adalah:-
1. Bidara
2. Limau Purut
3. Kala Namak
4. Akar Sintok
5. Kemuning Hitam
6. Habbatussauda

InsyaAllah sesuai untuk seisi keluarga, ibu mengandung, remaja, lelaki mahupun wanita, bayi dan warga emas.
Ianya lembut pada kulit dan menyembuh secara natural, melalui herba2 yg diadun bersama.
Lagi. Yang best pasal sabun natural adalah, tanpa :-
❌bahan pengawet
❌pewangi artificial
❌sls, sles
❌harsh chemical
❌penggalak buih
❌tak menghakis
❌bleaching

Apa2 pun, bila pertama kali menggunakan mana2 produk,
‘patch test’ dulu untuk tengok kesesuaian/keserasian pada kulit dll.
Keberkesanan/kemenjadian/tempoh penyembuhan/reaksi berbeza pada setiap individu, bergantung kepada beberapa faktor, contohnya, jenis kulit, tahap/masalah yang dihadapi dan ‘individual preference’ terhadap sesuatu produk, bauan dll.

Semoga kita tidak lupa, untuk berselawat pada Nabi (saw) dan mohon doa pada Allah (swt) agar sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik selalu.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Seremban
71950