Plus Pharmacy
Plus Pharmacy is an independent community pharmacy established since 2016. We aim to provide the best solution for your health and medical needs.
23/03/2023
Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
29/10/2021
📣📣 WE ARE HIRING!!📣📣
Assalamualaikum.
Kami memerlukan pertambahan staff baharu dia farmasi kami dengan kadar segera. Details jawatan adalah seperti yang tertera.
💊Jawatan: PHARMACIST
Cawangan: FARMASI PLUS SEMENYIH
💊Jawatan : PEMBANTU JUALAN
Cawangan: FARMASI PLUS KOTA WARISAN
💊Jawatan: PEMBANTU JUALAN
Cawangan: FARMASI NEXTAGE SERDANG
🧐 Adakah anda yang kami cari?🧐
1. Berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Boleh bekerja sepenuh masa.
3. Berdisiplin, amanah, jujur dan rajin.
4. Berperwatakan ceria dan peramah.
5. Mempunyai latar belakang farmasi/bidang kesihatan yang lain ialah satu kelebihan. Jika tiada pun tidak mengapa 😁
❤️ Benefits / Kelebihan ❤️
✅ EPF dan SOCSO.
✅ Cuti Tahunan akan diberikan.
✅ Bayaran over-time disediakan.
✅ Suasana kerja yang kondusif.
✅ Training akan diberikan oleh pharmacist.
ANDA BERMINAT?
📲Boleh email resume ke [email protected]
📩 Drop resume anda terus ke farmasi kami.
Terima kasih! 😊
13/04/2021
Salam Ramadhan to all of our muslim customers,
During this Ramadhan, our operating hours are as follows:
Mon- Sunday : 9.30am -10.00pm (break : 7.00pm - 8.30pm)
May we have a blessed Ramadhan this year together.
25/02/2021
JAWATAN KOSONG
Title: Sales Assistant ( Full - Time)
Location: Nextage Pharmacare Taman Sri Serdang
( Nextage Pharmacare
013-939 8827
https://maps.app.goo.gl/aE1z3SND8wVurwL8A )
Sila email CV/ Resume kepada kami jika berminat.
11/02/2021
Gong Xi Fa Chai! Wishing You a Prosperous Chinese New Year 2021.
20/10/2020
📣📣 WE ARE HIRING!!📣📣
Assalamualaikum.
Kami memerlukan pertambahan staff baharu dia farmasi kami dengan kadar segera. Details jawatan adalah seperti yang tertera.
JAWATAN : PEMBANTU JUALAN
CAWANGAN : NEXTAGE SERDANG
🧐 Adakah anda yang kami cari? 🧐
1. Perempuan
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Boleh bekerja sepenuh masa.
4. Berdisiplin, amanah, jujur dan rajin.
5. Berperwatakan ceria dan peramah.
6. Mempunyai latar belakang farmasi/bidang kesihatan yang lain ialah satu kelebihan. Jika tiada pun tidak mengapa 😁
❤️ Benefits / Kelebihan ❤️
✅ EPF dan SOCSO.
✅ Cuti Tahunan akan diberikan.
✅ Bayaran over-time disediakan.
✅ Suasana kerja yang kondusif.
✅ Training akan diberikan oleh pharmacist.
ANDA BERMINAT?
📲Boleh email resume ke [email protected]
📩 Drop resume anda terus ke farmasi kami.
Terima kasih! 😊
17/10/2020
Assalamualaikum semua 🤗
Adakah anda mengamalkan Intermittent Fasting (IF)? Jika ya, anda lah yang kami cari!!
💃💃💃💃
🌿 KETO IT-F BOTANICAL MIX DRINK 🌿
💪 Mengandungi enzyme Lipase yang mempercepatkan proses ketosis dalam badan.
💪 L-Carnitine yang bertindak sebagai 'ketone transporter'
💪 Almond sebagai sumber MCT 'Medium Chain Triglyceride', mempercepatkan lagi pengeluaran ketone.
💪 Cinnamon - Mengurangkan craving karbohidrat.
🕵️ Mudah cerita, KETO IT-F ni membantu mempercepatkan proses ketosis kepada pengamal Intermittent Fasting tanpa perlu rasa lapar dan dapat menurunkan badan lebih cepat. Yeayyyy!!!!
Terima kasih 😁
09/10/2020
💗 BREAST CANCER AWARENESS MONTH 💗
Hello Pinktober!
Tahukah anda bahawa bulan Oktober ialah Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara di seluruh dunia? Yes betul! Istimewa bukan? 🥰 Haa apa kata jom kita baca lebih lanjut tentang penyakit ini.
🌷Apakah itu Kanser Payudara? 🌷
Kanser payudara merupakan kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia di mana 1 dalam 19 wanita adalah berisiko dan hanya 1% lelaki boleh mendapat kanser ini. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kalenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu yang lain.
🌷 Jenis-jenis Kanser Payudara 🌷
1. Kanser setempat 'Carcinoma in situ'
➡️Merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermulaiaitu terhad di saluran atau kalenjar susu payudara.
2. Kanser saluran 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS)
➡️Kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.
3. Kanser lobular (Lobular carcinoma in situ)(LCIS)
➡️Keadaan ini bermula di kalenjar susu dan tidak melepasi dinding.
4. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC)
➡️Merupakan kanser payudara paling biasa. ianya bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara yang lain.
5. Kanser lobuk merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC))
➡️Kanser ini bermula pada kalenjar susu dan boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.
🌷Penyebab Kanser Payudara 🌷
🗒️ Umur - Semakin berumur, semakin tinggi kemungkinan mendapatnya.
🗒️ Wanita mempunyai 100x ganda berisiko berbanding lelaki.
🗒️ Mempunyai sejarah keluarga kanser payudara.
🗒️ Mempunyai sejarah lalu kanser payudara.
🗒️ Tempoh haid - Lebih awal datang haid pertama, lebih berisiko.
🗒️ Faktor keturunan - Berkaitan dengan mutasi gene. BRCA1 dan BRCA2 adalah gene utama.
🗒️ Wanita mengambil alkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari yang tidak mengambil alkohol.
🌷 Gejala-gejala Kanser Payudara 🌷
❗️ Bengkak atau ketulan pada sebahagian payudara.
❗️ Kulit jadi bekedut seperti kulit limau.
❗️ Puting masuk ke dalam atau sakit.
❗️ Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara.
❗️ Lelehan dari puting (nanah atau darah) selain susu.
❗️ Ketulan pada bahagian ketiak.
🌷Bagaimana Kanser Payudara dapat dikesan? 🌷
🧐 PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP) - Wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun.
🧐MAMMOGRAM - Ia ialah ujian X-ray payudara dan dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko atau juga kepada wanita yang ada tanda atau masalah payudara. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan kanser payudara.
🧐BIOPSI - Pengambilan tisu dari payudara dari kawasan yang disyaki dan akan diuji di makmal.
🌷 Rawatan Kanser Payudara 🌷
Wanita yang dikesan kanser payudara akan diberi rawatan selepas dibuat penilaian lengkap oleh doktor. Antaranya ialah:
💊 Pembedahan untuk membuang tisu kanser payudara.
💊 Kimoterapi (chemotherapy).
💊 Terapi radiasi (radiation therapy).
💊 Terapi hormon (hormon therapy).
.....................
💃Justeru itu, adalah digalakkan kepada semua wanita di luar sana agar sama-sama meraikan Breast Cancer Awareness Month ini dengan sentiasa peka dan cakna dengan perubahan yang berlaku pada bahagian payudara anda.
💃Kami juga memberi 100% sokongan kepada semua cancer fighter di Malaysia dan juga di seluruh dunia. We stand with our sisters, friends and mothers....
" WE ARE STRONGER THAN CANCER "
Terima kasih.
28/09/2020
❤️ KEPENTINGAN OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN ❤️
🐟Apa itu Omega-3?🐟
Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acids) yang diperlukan oleh tubuh. Ianya tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet seharian. Terdapat 3 jenis Omega-3 fatty acids yang utama:
1. Alpha-linolenic acid (ALA)
2. Eicosapentanoic acid (EPA)
3. Docosahexanoic acid (DHA)
🐟Apakah sumber makanan Omega-3?🐟
Omega-3 boleh didapati daripada pelbagai sumber haiwan dan tumbuhan. Namun, ikan laut dalam amat kaya dengan Omega-3 seperti:
1. Ikan tuna
2. Ikan parang
3. Ikan sardin
4. Ikan kembung
5. Ikan bilis
🐟 Kepentingan Omega-3 🐟
1. MENURUNKAN TAHAP KOLESTEROL
✅Kajian menunjukkan pengambilan Omega-3 dapat menurunkan tahap triclyceride (TG) dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam darah.
2. KESIHATAN JANTUNG
✅Tahukah anda penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian di kebanyakan negara-negara membangun? Pengambilan Omega-3 dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan kadar degupan jantung (heart rate) dan mengelakkan saluran darah menjadi sempit (vasoconstriction).
3. IBU MENGANDUNG DAN SEDANG MENYUSU
✅Tidak ramai mengetahui kepentingan Omega-3 untuk wanita yang sedang mengandung dan menyusukan anak. Menurut kajian, pengambilan Omega-3 oleh para ibu seawal kehamilan minggu ke-16 (sebelum bersalin) sehingga bayi berumur 14-16 bulan (selepas bersalin) boleh mengurangkan risiko perkembangan bahasa yang lambat (poor language development).
4. KESIHATAN GOLONGAN GERIATRIK (Warga tua)
✅ Pengambilan Omega-3 boleh melindungi saraf otak dan mengurangkan risiko kemerosotan kognitif dalam kalangan warga tua. Ia juga membantu fungsi eksekutif dalam kalangan mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit dementia (cepat lupa).
5. KEBAIKAN-KEBAIKAN LAIN
✅Meningkatkan tahap kesuburan.
✅Mencegah kejadian strok (angin ahmar).
✅Mengurangkan risiko diabetes (kencing manis).
✅Mencegah arthritis (sakit pada sendi).
🐟 Adakah pengambilan supplement Omega-3 satu keperluan?🐟
Supplement Omega-3 amatlah disarankan untuk mereka yang mengalami kekurangan pengambilan makanan yang kaya dengan Omega-3. Faktor gaya hidup seperti merokok, pengambilan alkohol, stress atau kencing manis juga boleh mempengaruhi metabolisma lemak lantas disarankan juga mengambil supplement Omega-3.
.............................................................................................................
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega-3, anda boleh merujuk kepada para doktor, ahli farmasi dan dietitian yang berdekatan dengan anda.
👋👋👋👋👋👋👋
Di Farmasi Plus, kami juga menawarkan khidmat konsultasi daripada ahli farmasi yang bertauliah. Anda boleh terus datang ke farmasi kami atau call sahaja di nombor ini:
Farmasi Plus Kota Warisan 03-87902077
Farmasi Plus Balakong 03-89610887
Farmasi Plus Semenyih 03-87902022
Terima kasih 😊
20/09/2020
🧡 FAKTA TENTANG KOLESTEROL 🧡
1️⃣ Apakah itu kolesterol?
Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.
2️⃣ Apakah jenis-jenis kolesterol?
A) Low Density Lipoproteins (LDL)
➡️ Dikenali juga sebagai kolesterol buruk kerana kecenderungannya melekat pada saluran darah arteri dan menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol.
B) High Density Lipoproteins (HDL)
➡️ Juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ia menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah.
C) Triglycerides (TG)
➡️ Ianya sejenis bentuk lemak yang dibuat di dalam tubuh kita. Pras TG yang tinggi adalah disebabkan oleh masalah obesiti, merokok, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol. Jika anda mempunyai tahap TG yang tinggi, berkemungkinan besar juga anda akan mempunyai tahap LDL yang tinggi juga dan tahap HDL yang rendah.
3️⃣ Apakah tahap yang disarankan dalam badan kita?
Anda boleh rujuk kepada gambar di atas. Wanita umumnya memiliki paras HDL yangblebih tinggi daripada lelaki sebelum menopause. Paras HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.
4️⃣ Apa yang boleh kita lakukan untuk mencegah kolesterol yang tinggi?
✅ Berhenti merokok.
✅ Makan lebih produk tenusu.
✅ Makan makanan berserat tinggi dan berkarbohidrat rendah
✅ Menurunkan berat badan.
✅ Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5x seminggu
✅ Makan ubat yang disarankan oleh doktor.
....................................................
Pemeriksaan kesihatan badan terutamanya tahap kolesterol di dalam darah secara berkala sangat penting untuk mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan sebagainya.
☹️ Tidak tahu tahap kolesterol dalam badan? Jangan risau! Kami juga ada menyediakan servis periksa tahap kolesterol di farmasi. Sila lah datang ke farmasi kami 😁
Sumber rujukan:
http://www.myhealth.gov.my/penyakit-jantung-dan-rendahkan-paras-kolesterol/
23/08/2020
📣 SUSU WILDAN RESTOCK 📣
Assalamualaikum & selamat hujung minggu.
🔎🔎 Anda masih mencari-cari susu kambing jenama Wildan?
🥛🐐 Kami sudah re-stock susu Wildan di semua cawangan Farmasi Plus ya!
👪 Susu Wildan Perisa Original
👪 Susu Wildan Perisa Coklat
👪 Susu Wildan Perisa Tamar
🤰🏻 Susu Mama Premium Perisa Tamar
👶🏻 Susu Waladun Junior (0 - 12 bulan)
👧🏻 Susu Wildan Adek Perisa Coklat
👦🏻 Susu Wildan Adek Perisa Vanilla
‼️Boleh dapatkan sekarang sementara stok masih ada 😁
🕛 Waktu operasi kami:
Buka setiap hari Isnin - Ahad
Waktu operasi: 9.30am - 9.30pm
Terima kasih!
19/08/2020
📣Assalamualaikum semua.📣
Produk susu Irfan kini sudah boleh didapati di semua cawangan Plus Pharmacy:
🍶 Susu Full Cream 1+ Tahun
🍶 Susu Kambing 1+ Tahun
🍶 Susu Cocoa Goat 1+ Tahun perisa chocolate
🍶 Susu Kambing Extra untuk dewasa
🍶 Chocolate Malt dengan kurma dan gam arabic
❌ Semuanya TANPA GULA TAMBAHAN! 💪😁
Boleh cari lokasi cawangan farmasi kami 🚗
1. Taman Impian Ehsan
📞 : 03-95492663
Plus Pharmacy, No.6, Jalan Impian,
Taman Impian Ehsan,
43300, Seri Kembangan, Selangor
🏥Direction Link: https://goo.gl/maps/7VJ3e6aJbFtdsag66
2. Serdang
📞 : 03-8953 9398
Nextage Pharmacare, 9-1, Jalan 18/33A,
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor
🏥 Direction Link: https://goo.gl/maps/HdHd9BbXD3tu9jWC7
3. Sepang
📞 : 03-8790 2077
Plus Farmasi Kota Warisan, 121,
Jalan Warisan Sentral 2, Kota Warisan,
43900 Sepang, Selangor
🏥 Direction Link: https://goo.gl/maps/BuL5LnwnXxzJqVuV6
4. Semenyih
📞 : 03-8790 2022
Plus Pharmacy, No.36, Jalan TPS 1/2,
Taman Pelangi Semenyih,
43500, Semenyih selangor
🏥 Direction Link: https://goo.gl/maps/J9J1kKDxtAoL48ou8
Terima kasih! 😊
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 6, Jalan Impian, Taman Impian Ehsan
Seri Kembangan
43300
Opening Hours
| Monday | 09:30 - 21:30 |
| Tuesday | 09:30 - 21:30 |
| Wednesday | 09:30 - 21:30 |
| Thursday | 09:30 - 21:30 |
| Friday | 09:30 - 21:30 |
| Saturday | 09:30 - 21:30 |
| Sunday | 09:30 - 21:30 |