supplement kesihatan

supplement kesihatan

Share

Supplement Shaklee untuk kesihatan anda

Photos 14/05/2014

Anak s**a makan fast food?
Memang sedap tapi.... berkhasiat ke?
b*k perisa tambahan kan..

Baik bg mealshakes ade 19 vitamin & Mineral.

Sekarang kan tengah
Promosi mealshakes beli 6 percuma 1

Ape lagi.. murah tu... tahan.berbulan2..
0172044124

Photos 24/03/2014

anda kurang bertenaga? asyik mengeluh letih?

esp dapat membantu anda memberi tenaga. esp menyediakan keperluan kesemua asid amino termasuk 9 yg xboleh di hasilkan oleh tubuh badan kita. tidak seperti daging, telur dan susu, esp adalah rendah lemak dan tiada kolesterol.
esp menghilangkan lapar. ia mengandungi vitamin b, kalsium dan inflavones soya.

Promosi esp untuk bulan ini tinggal 7 hari sahaja lagi..

jika dulu harganya rm150.. sekarang hanya rm11+ ( termasuk pos) pm kami segera.

02/03/2014

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -MINERAL-

Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.2. Meningkatkan kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

Kajian para sainstis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

1. Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
• Tekanan darah tinggi 30 hari.
• Gastrik 10 hari
• Diabetis 30 hari
• Sembelit 10 hari
• Kanser 18 hari
• Tibi 90 hari

7. Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

• Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.

21/10/2013

NyAhkan Stretchmark!!

Garisan-garisan pada kulit atau dikenali sebagai stretchmark berlaku pada wanita hamil apabila kulit teregang akibat rahim yang makin membesar dengan kadar yang cepat.

kawasan yang biasanya terjadinya stretchmark ialah pada perut, punggung, peha, buah dada dan lengan..
Cara untuk merawat stretchmark.

1. elakkan pertambahan berat mendadak sewaktu hamil.

2. Pastikan pemakanan seimbang dan pengambilan vitamin c yang meransang kolegen.

3. sapukan pelembap pada kulit seperti belli oil, cocoa butter, shea butter atau krim yang mengandungi vitamin c.

4. rawatan glikolik asid dan krim tretinoin boleh membantu meransang penambahan kolagen pada kulit tetapi tidak digalakkan jika hamil atau menyusu badan.

5.lakukan rawatan radiofrekuensi. Rawatan ini boleh meransang kolagen pada kulit dan membakar lemak di bawah kuit disamping menegangkan kulit.

6.jadikan senaman rutin harian.

# waktu terbaik merawat stretchmark ialah pada masa ia kemerah-merahan, lebih s**ar apabila ia sudah bertukar menjadi putih.

pilihan ditangan anda. Pilihlah yang memudahkan anda.. Jom dapatkan vitamin c shaklee dan collagen powder shaklee untuk merawat stretchmark anda.

0172044124

17/10/2013

Kenapa perlu kita mengambil supplement?

10 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin

1.Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.

2.Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.

3.Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.

4. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.

4.Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.

5.Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.

6.Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kump**an makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling pop**ar, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain p**a perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.

7.Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.

8.Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.

9.Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.

10.Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.

Photos 13/10/2013

punca penuaan kulit.

09/10/2013

Koleksi Petua Melayu Lama Untuk Melangsingkan Badan

Petua 1: Ambil 2 biji lobak merah dan sebiji timun. Parut dan perah airnya. Campur dengan sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu.

Petua 2: Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika. Minum ramuan ini setiap pagi.

Petua 3: Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya. Minum ramuan ini 2 kali sehari.

Petua 4: Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan tapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama 1 bulan.

09/10/2013

TAHUKAH ANDA...
makanan segera yang nampak sedap.. tetapi banyak mudaratnya kepada badan kita.

Burger daging
mengandungi 4g lemak tulen, protein, zat besi & vit b12. sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Kentang goreng.
membekalkan protein dan vit c. terlalu banyak lemak dan garam.warna keemasannya adalah tiruan!

Ayam goreng
kaya dengan lemak. banyak garam. ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yg menyalutinya mengandungi MSG dan pewarna kimia!

Minuman kola.
amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula). Mengandungi pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya ialah kosong!

Jika mahukan badan yg sihat dan langsing.. hindari makanan segera ini.

info : berita harian

Photos 08/10/2013

NAK CANTIK? MINUMLAH AIR KOSONG SELEPAS BANGUN TIDUR.
ia antara satu sunnah rasulullah... =)


Manfaat Utama Minum Air Pada Waktu Pagi

1. Menggantikan kandungan air dalam badan.
Air dibebaskan dari tubuh badan manusia melalui kulit, pernafasan dan air kencing pada waktu malam semasa tidur. Kira-kira 450ml air akan dibebaskan daripada tubuh badan manusia. Oleh itu, tubuh manusia akan kekurangan air semasa bangun tidur. Minum air pada waktu pagi akan menggantikan kandungan air yang terbebas ini.

2. Mencegah masalah sembelit.
Minum air selepas bangun tidur menggalakkan peristalsis, melembapkan gastrousus dan mencegah masalah sembelit.

3. Membersihkan gastrousus.
Lazimnya perut kita kosong semasa bangun tidur. Oleh itu, minum air pada ketika ini akan membersihkan gastrousus dan mengurangkan kepekatan asid perut. Gastrousus akan berada dalam keadaan optimal.

4. Menyegarkan minda.
Air yang diminum sebaik sahaja bangun dari tidur akan mudah diserap ke dalam darah melalui kapilari darah usus. Ini akan mengurangkan kepekatan darah dan menambahkan jumlah darah dalam badan. Peredaran darah akan menjadi lebih lancar dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular serta menyegarkan minda kita dengan cepat.

5. Tujuan kecantikan.
Air yang diminum sebaik sahaja bangun dari tidur akan diangkut ke seluruh badan. Ia akan membantu peredaran darah dan menggalakkan metabolisme badan.

patutlah admin lancar je proses pembuangan waktu pagi.. keh3

Photos 08/10/2013

CONTOHI DIET RASULULLAH.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1.Suka minum susu.

Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu p**a mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang. Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis. Zat-zat lain yang terdapat dalam susu ialah fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2(riboflavin) dan Vitamin D.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman nya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

bersambung...

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Seri Kembangan
43300