C2Joy Shah Alam
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from C2Joy Shah Alam, Health/Beauty, Shah Alam.
C2JOY adalah produk minuman fungsional untuk kesihatan sekeluarga, menawarkan 2 komposisi yang sangat penting untuk menjaga kesihatan harian kita: Susu Kolostrum dari Gred A (susu awal lembu 0-6 jam) dan kalsium dari gred Tru Cal D7 (ekstrak terbaik}
02/03/2022
Ada 4 bahan utama dlm Alithera ni :
✅ Serbuk kurma merah
✅ Cendawan Susu Harimau
✅ Ekstrak Tongkat Ali
✅ Inulin
Tiga item paling atas mungkin kiter dah tahu manfaat kelebihan nya.. Cuma Inulin sahaja masih ramai yang x tahu ape fungsi nya..
Sifat Inulin ini lah yg membantu rasa kenyang yg lebih lama tu😁...
Inulin ni adalah satu bahan serat yang peranan nya adalah fokus kepada penjagaan pernafasan dan sistem pencernaan(usus) lebih baik
Awak² semua bole tanye pakcik Gugel je ye utk lebih lanjut tentang kelebihan dan manfaat Inulin nie🤭👌
Berminat? Klik je link 👇
wasap.my/601111421334/NakAlithera
Po$tage seluruh Malaysia 🇲🇾
Semua orang BERHAK untuk SIHAT ‼️
05/02/2022
Alithera | Let's feel the aura.
Memperkenalkan produk keempat TDC selepas C2Joy, Colever dan BerryMix, Alithera! Alithera merupakan campuran minuman Kurma, Tongkat Ali, Inulin dan Cendawan Susu Harimau.
Kurma merupakan satu herba semula jadi yang amat penting untuk manusia mengekalkan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Istimewanya, Alithera mengandungi Kurma Merah yang diimport daripada Tanah Besar China, Korea dan Jepun yang berkualiti tinggi. Kurma sememangnya kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh manusia, mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Menurut kajian dan penyelidikan juga, kurma merah dapat mengimbangi Qi dalam badan. "Qi" adalah satu istilah yang digunakan oleh Negara China, Korea dan Jepun. Juga ditulis dan dibaca sebagai "Chi", "Ch'i" atau "Ki", secara umumnya ianya merujuk kepada kekuatan spiritual dan kehidupan, manakala di dunia perubatan Islam, ianya secara harfiah digelar sebagai Pengawalan nafas dan aliran tenaga dalaman. Di dunia perubatan modern ianya digelar sebagai aliran darah dan tenaga.
Tongkat Ali atau longjack p**a adalah makanan tambahan herba daripada akar pokok renek hijau Eurycoma longifolia yang berasal dari Asia Tenggara. Satu kajian pada tahun 1999 mendapati pengambilan tongkat ali secara konsisten dapat mengurangkan keresahan, perasaan tertekan dan mood pengamal kepada lebih bersemangat, bertenaga, mengurangkan keletihan, meningkatkan daya tahan dan lebih fokus pada pekerjaan.
Inulin adalah sejenis serat prebiotik yang larut dalam air. Ianya terkandung dalam banyak tumbuh-tumbuhan. Kehadiran inulin dalam usus besar membantu mengawal kadar pencernaan karbohidrat dalam usus, dan secara tidak langsung, memastikan kadar gula dalam badan terkawal.
Salah satu formulasi rahsia Alithera adalah Cendawan Susu Harimau. Alithera berbeza dengan majoriti Produk berasaskan Cendawan Susu Harimau di luar sana. Ini kerana Alithera mengandungi I Cendawan Susu Harimau yang ditanam dan diproses dalam sistem makmal terkawal dan bersih yang mendapat pensijilan ISO 22000, GMP, HACCP, Halal dan Organik di Dunia dan diiktiraf oleh Kementerian Pertanian Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)dan Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI).
Dengan gabungan Inulin dan Tongkat Ali yang berkonsepkan "Ying" dan "Yang", Kurma Merah yang membekal "Qi" serta disempurnakan dengan Formulasi Istimewa esktrak Cendawan Susu Harimau, kehadiran Alithera yang fokus pada keseimbangan sistem Imunisasi badan ini akan terus melengkapi barisan produk TDC yang fokus kepada pelindungan dan peningkatan sistem Imunisasi badan secara holistik.
Alithera untuk menguatkan sistem Imunisasi pernafasan, membantu melawan Long COVID-19 dan juga ketahanan otot dan kelangsingan badan manusia yang ideal.
Let's feel the Aura of Alithera!
15/08/2021
Vitamin C: Ambil dari sumber yang Sintetik (Pil) atau Berasaskan Makanan (Buah/Sayuran)?
Vitamin C, juga dikenali sebagai Askorbik Asid, merupakan salah satu jenis yang larut dalam air dan penting dalam menguatkan sistem imunisasi badan. Vitamin C juga tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia sendiri, dan perlu didapatkan melalui pemakanan.
Secara amnya, pada zaman modern ini terdapat tiga jenis sumber untuk mendapatkan Vitamin C:
1. Sintetik, yakni penghasilan Vitamin C melalui proses kimia dan diterapkan ke dalam bentuk tablet, pil, kapsul dan lain-lain bentuk.
2. Produk kesihantan melalui penghasilan berasaskan dari buah-buahan atau sayuran-sayuran.
3. Pengambilan terus dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Manakah satu cara pemakanan yang terbaik untuk mendapatkan Vitamin C? Mengikut kajian US National Library of Medicine, Pengambilan Vitamin C secara sintetik memberikan hasil dan khasiat paling rendah berbanding dengan dua lagi cara pemakanan lain disebabkan faktor kelemahan dalam pemprosesan, selain itu, penghasilan berbentuk pil atau kapsul hanya fokus semata-mata pada Vitamin C, berbanding dengan dua kaedah lain yang bukan sahaja mendapat Vitamin C tetapi juga Vitamin dan Mineral penting lain.
Manakala di antara sumber pemakanan sama ada produk yang dihasilkan berasaskan buah-buahan/sayur-sayuran atau terus memakan buahan-buahan/sayur-sayuran, beberapa jurnal di Elsevier telah menunjukkan bahawa tiada perbezaan antara kedua sumber, dan ada sesetengah pengkaji mengatakan bahawa "Kemungkinan mengambil produk berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih bagus dan selamat berbanding terus memakan buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ada kerisauan tentang kegunaan racun serangga dan lain-lain pencemaran semasa penanaman. Produk berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, jika diproseskan di Kilang yang mendapat pengiktirafan seperti GMP dan HACCP, mungkin lebih selamat dan bersih untuk masyarakat memakannya".
Food and Drug Administration (FDA) juga memberikan rekomentasi pengambilan harian untuk Vitamin C seperti berikut:
- Bayi 0-6 Bulan : 40mg
- Bayi 7-12 Bulan : 50mg
- Kanak-kanak 1-3 Tahun : 15mg-400mg
- Kanak-kanak 4-8 Tahun : 25mg-650mg
- Kanak-kanak 9-13 Tahun : 45mg-1,200mg
- Remaja 14-18 Tahun : Lelaki (75mg-1,800mg), Perempuan (65mg-1,800mg), Hamil (80mg-1,800mg)
- Dewasa melebihi 19 Tahun : Lelaki (90mg-2,000mg), Perempuan (75mg-2,000mg), Hamil (85mg-2,000mg)
*Untuk perokok, mereka perlu tambah lagi 35mg daripada rekomentasi di atas.
Berdasarkan Dietary Guidelines for Americans, Pengambilan Vitamin C yang bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran seharusnya menjadikan sandaran utama, dan pengambilan pil atau kapsul Vitamin C seharusnya dijadikan sebagai alternatif jikalau gagal mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran, atau produk berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran yang asli.
Pakar epidemiologi mendapati pengambilan Vitamin C yang mencukupi merendahkan risiko seseorang individu terdedah kepada Kanser, Penyakit berkaitan kelemahan jantung dan peparu, penyakit berkaitan penglihatan dan mata, serta selsema.
Kajian dari Oxford dan beberapa universiti terbaik dunia juga mendapati pengambilan Vitamin C di antara 200-215mg sehari dapat membantu dalam mencemar selsema dan virus yang menyebabkan selsema (Flu).
Daripada semua kajian dan journal di atas, maka kita boleh membuat satu kesimp**an bahawa:
1. Produk Vitamin C berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran paling selamat digunakan dan lebih bagus daripada buah-buahan atau sayur-sayuran sendiri yang mungkin tercemar, dan kedua-duanya jauh lebih baik, selamat dan memberikan khasiat lebih lengkap berbanding produk Vitamin C sintetik.
2. Maksima Pengambilan Vitamin C bagi seorang dewasa adalah sekitar 2,000mg sehari.
3. Pengambilan Vitamin C dalam 200-215mg sehari terbukti berkesan untuk mencegah Selsema (Flu).
Maka persoalannya, adakah produk yang berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran yang selamat diguna, penuhi dengan khasiat bukan sahaja Vitamin C tetapi juga Vitamin dan Mineral yang lain, serta membekalkan minima 200mg Vitamin C sehari setiap sajian?
Ternyata di BerryMix memenuhi kriteria di atas:
1. BerryMix diproduksikan di kilang yang diiktiraf bukan sahaja pensijilan MeSTI, GMP, HACCP malah ISO 9001 Food Safety Management.
2. BerryMix merupakan gabungan Buah-buahan dan sayur-sayuran, yakni Buah Delima, Buah Anggur Hitam dan Biji Brokoli yang asli dan diiktiraf oleh FDA serta diimport daripada Itali dan USA.
3. BerryMix diiktiraf sebagai Minuman High Vitamin C dengan kandungan Vitamin C setiap sajian sebanyak 214mg.
Sebab itu, seperti biasa, TDC hanya membekalkan produk paling berkualiti, terbukti berkesan, terbukti dari segi kajian klinikal dan penyelidikan bertaraf antarabangsa, tetapi dijual dengan harga sederhana dan sesuai dengan kualiti bertaraf global.
Panjang lebar saya type, gigh juga kalian baca habis, maka sudah ke anda mendapatkan sekurang-kurangnya sekotak BerryMix?
Jom BerryMix!
06/08/2021
Sedikit info, Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil [metabolisme] tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.
Berry mix adalah minuman tambahan berasaskan 3 bahan yang utama, delima, anggur hitam & brokoli.🍇🥦🍒
💥 [BerryMix, Minuman Botani Bakal Gegar Seluruh Negara ] 🍇🥦
BerryMix, Formulasi khas baharu yg unik dan premium ;
✨ Kandungan bernutrisi tinggi, kaya antioksida dan tingkatkan antibodi, iaitu Buah Delima dan Blackcurrant(anggur hitam) yg diimport dari Itali,
kemudian disebatikan p**a dgn ekstrak biji brokoli dari Amerika Syarikat, iaitu TrueBroc yang memanjangkan lagi kesan antioksidan selama beberapa hari di dalam badan, dan selesai dengan tambahan Vitamin C (Asid askorbik).
Lalu, diproses di Malaysia menggunakan mesin berkualiti tinggi yg dimport dari German dan Taiwan.
Bagaikan produk satu dunia yg bergabung, membuktikan inilah tahap kualiti produk di TDC.
Alhamdulillah, inilah jaminan standard yg tinggi yg kita perlukan, tanpa selindung dan tanpa ragu, dgn variasi produk yg dikeluarkan adalah memenuhi keperluan dan citarasa ramai.
✨ BerryMix :
Premium, Asli, Bermutu Tinggi, dan jaminan status Pensijilan HALAL JAKIM, MeSTI, GMP, HACCP sentiasa diutamakan 👍👍✨✨
Kandungan antioksidan yg tinggi dlm brokoli yg mampu bertahan selama 72 jam. Jd jika fokus pd antioksidan shj cukup ambil 3 hari sekali.
Namun jika fokus juga pd vit c yg ada dlm berrymix perlu consume hari2. Melainkan ada ambil vit c lain..
Jd jika pilih antioksidan shj consume 3 hari sekali
Jika pilih antioksidan + vit c ambillah hari2. Sekali pun cukup
Semoga membantu
Radikal Bebas | Antioksidan | Imunisasi | TDC
Radikal bebas merupakan hasil sampingan dari proses pencernaan makanan menjadi tenaga. Selain itu, anda juga terdedah dengan radikal bebas dari makanan, udara, bahkan dari reaksi tubuh Anda terhadap sinar matahari. Maka secara amnya, memang badan manusia tidak dapat lari daripada mempunyai radikal bebas, bezanya banyak atau sikit sahaja.
Radikal bebas dalam tubuh berbentuk molekul yang memiliki elektron bebas yang sangat reaktif sehingga dapat menyebabkan kerosakan pada sel di sekitarnya. Radikal bebas ini merosakkan sifat elektron yang berpasang-pasangan, dan memecahkan mereka dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi radikal bebas bersama. Bahasa mudah, ianya seperti "Syaitan" dalam badan kita yang berusaha memecahbelahkan pasangan yang dalam perkahwinan. Molekul sel tubuh yang asalnya sihat ini kemudian akan bersifat sama seperti radikal bebas sehingga menimbulkan banyak radikal bebas lainnya.
Sebab itu, memang badan manusia memerlukan antioksidan. Antioksidan adalah kompaun yang memiliki fungsi untuk memerangi kesan negatif yang berasal dari radikal bebas.
Pencipta kita Maha Mengetahui, maka badan manusia sudah diberikan kelebihan untuk menghasilkan antioksidan sendiri (endogenous). Antioksidan juga didapat dari luar tubuh terutama dari makanan (exogenous). Meskipun dapat menghasilkan antioksidan sendiri, tubuh badan kita lebih cenderung bergantung pada antioksidan yang berasal dari luar.
Antioksidan ini akan meneutralkan radikal bebas yang mempunyai elektron bebas ini dengan mengabungkan elektron dalam antioksidan ke atas radikal bebas.
Antioksidan yang berasal dari luar ada pada makanan harian kita. Sayur-sayuran dan Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, vitamin E, dan karotenoid seperti lutein, beta karoten, serta likopen semua merupakan sumber antioksidan yang bagus. Kombinasi Vitamin C dan Vitamin E yang optimun adalah satu sumber antioksidan yang sangat bagus, dan ianya terkandung di buah Delima dan Anggur Hitam. Selain itu, antioksidan juga dapat ditemukan pada fitonutrien. Salah satu sumber fitonutrien adalah Brokoli.
Di pasaran luar sana, dihujani dengan produk supplement yang dikatakan kaya dengan Vitamin C, VItamin E, serta antioksidan. Namun hakikatnya, satu penelitian yang diterbitkan oleh JAMA Internal Medicine melaporkan, majoriti suplemen itu tidak menunjukkan hasil yang efektif dalam mencegah penyakit jantung atau kanser. Sesetengah penyelidikan bahkan memperlihatkan bahawa beberapa suplemen antioksidan malah meningkatkan risiko kanser paru-paru pada perokok.
Maka dari itu, sebenarnya usahakan untuk mendapatkannya dari bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih selamat, terjamin dan terbukti antioksidannya bagus dan berkesan.
Di antara banyak-banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, ada beberapa jenis yang ternyata tinggi kandungan antioksidannya, termasuklah Buah Delima, Anggur Hitam dan Biji Sayur Brokoli.
Malahan, dari perspetif Agama Islam, Buah Delima dan Anggur Hitam juga merupakan antara enam jenis buah yang disebutkan dalam Quran dan dikategorikan sebagai buah yang ada di syurga dan diberikan seribu satu manfaat.
Menurut The Journal of Nutrition dan The Journal of Pharmacological Research, antara manfaat Buah Delima adalah:
1. Meringan kesakitan berkaitan sendi
2. Menurunkan tekanan darah
3. Meningkatkan imunisasi badan
4. Mencegah jangkitan bakteria dan virus
5. Menahan lapar
6. Mencegah kanser
7. Menurunkan risiko penyakit Alzheimer
8. Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
Manfaat Buah Anggur Hitam adalah:
1. Menyihatkan jantung
2. Menjaga kesihatan mata
3. Mengurangkan risiko kanser
4. Mencegah penyakit kencing manis
5. Menjaga kesihatan otak
6. Menguatkan tulang
7. Mencegah peradangan
8. Membantu dalam mencegah insomia
Manfaat Biji Brokoli adalah:
1. Mencegah pertumbuhan sel-sel kanser
2. Detoksifikasi
3. Meningkatkan kesihatan kulit
4. Menjaga kesihatan pencernaan
5. Menjaga kesihatan mata
6. Meningkatkan imunisasi badan
7. Menjaga kesihatan tulang
8. Mencegah tekanan darah tinggi
9. Menjaga kesihatan fetus dalam kandungan
10. Mencegah Anemia
Berharap mendapat kesemua manfaat yang tersenaraikan sekali gus dalam satu produk pemakanan dan minuman tidak berbentuk supplement pil, kapsul atau tablet?
Ada ke satu produk yang merangkumi ketiga-tiga bahan semula jadi ini dan masih sedap dan enak diminum setiap hari?
Ternyata TDC mempunyai produk minuman berasaskan Buah Delima, Biji Brokoli dan Anggur Hitam dengan ekstrak daripada kulit, buah, biji malah daun sekali untuk khasiat yang lengkap dan menyeluruh dalam manfaat yang optimum kepada pengamalnya.
Adakah ianya betul-betul berkesan dan memberikan manfaat?
Seperti biasa, prinsip TDC adalah:
"Biar produk bercakap sendiri"
Tiada guna sembang kencang atau menaip panjang, kita serah kepada pengguna-pengguna kita untuk membuktikan keberkesanannya, seperti mana mereka menguji dan membuktikan keberkesanan C2Joy.
Setakat ini sudah melebihi 7,000 Kotak BerryMix terjual, dan kita bakal melalui fasa "ujian" oleh para pengguna setia TDC kita.
Jom hidup sihat bersama TDC.
TDC: Selling from Heart, Sentiasa Sihat.
31/07/2021
Info tntg produk baru TDC...
APA ITU ANTIOKSIDA? _____________
Antioksida ni dalam bahasa mudah adalah kuasa pembersihan sel tubuh badan kita yang dicemari radikal bebas melalui cara pemakanan kita yang tidak sihat serta gaya hidup yang penuh dengan pencemaran.
Peranan Antioksidan
1 Melambatkan proses penuaan dengan merendahkan paras kolesterol.
2 Mengurangkan risiko atherosclerosis (penyakit penyempitan berlaku pada saluran darah akibat pengump**an lemak.
3 Mengurangkan risiko segala jenis kanser dan membantu melindungi penyakit jantung, strok dan alzheimer.
4 Melambatkan pertumbuhan kanser dan membantu badan menyingkirkan toksik karsinogen (penyebab kanser).
5 Kesihatan mata, elak masalah penglihatan dan melindungi badan daripada kerosakan yang berpunca daripada asap rokok.
Ilmu Faedah Anti Oksidan _____________
● Oksidan adalah bahan perosak tubuh bertindak ke atas sel. Bahan ini masuk ke dalam tubuh manusia melalui pemakanan. Makanan mempunyai pengawet dan pewarna akan menyebabkan sel tubuh rosak. Bahan cemar ini dinamakan oksida atau radikal bebas.
● Apabila masuk ke dalam tubuh, ia akan bertindak kepada sel dan menukar sel boleh rosak. Sel yang rosak dipanggil sebagai mutasi.
● Sel yang mengalami mutasi bersifat ganjil. Ia mempunyai jangka hayat yang panjang dan mampu membiak dengan cepat. Ia boleh bergerak dalam darah dan menuju ke organ badan sehingga menyebabkan kanser.
● Kanser boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalam tubuh dan membawa maut. Sesetengah orang mempunyai genetik untuk mendapat kanser. Ketahanan tubuh yang lemah sebenarnya dapat diperbaiki jika jumlah antioksidan wujud di dalam darah.
● Sistem imunisasi memainkan peranan penting untuk melindungi tubuh daripada pelbagai ancaman penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
● Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Muslim Malaysia (PERDIM), Dr Zubaidi Ahmad berkata, untuk itu, ramai ibu bapa mendapatkan makanan tambahan untuk anak mereka.
● Katanya, bagaimanapun pengamalan makanan tambahan tidak akan bermakna jika anak masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
● Dr Zubaidi mencadangkan beberapa sayur dan buah berkhasiat yang sesuai untuk meningkatkan daya tahan anak selain cara penyediaannya supaya khasiatnya dapat dikekalkan. Beliau berkata, brokoli antara sayur yang baik untuk daya tahan kerana mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Shah Alam
40100