Pusat Rawatan Pakar Kulit Medissen
Pakar Rawatan Kulit Bermasalah Seperti
-Gatal2
-Ekzema
-Kurap
-Kudis
-Psoriasis
-Alergik
1. Kebersihan
Kebersihan adalah paling utama yang perlu dijaga. Rumah perlu sentiasa dibersihkan lebih-lebih lagi anak ada alergi terhadap habuk. Sarung bantal dan cadar perlu kerap ditukar. Elakkan menggunakan karpet di rumah jika anak alergi dengan habuk kerana karpet memerangkap habuk.
2. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek
Kuku yang panjang menyebabkan kulit mudah luka apabila digaru.
3. Sapukan pelembap dengan kerap
Kulit ekzema akan melalui fasa kulit kering. Kulit yang kering perlu kerap disapu pelembap kerana jika tidak, kulit akan gatal dan menyebabkan anak menangis tidak selesa. Jika duduk di dalam bilik berhawa dingin, pelembap perlu disapukan dengan lebih kerap. Ini kerana udara kering menyebabkan ruam menjadi lebih teruk.
Pelembap perlu dipilih dengan teliti dan pastikan ia serasi dengan anak. Pelembap yang berasaskan bahan semulajadi adalah yang terbaik.
4. Ubah diet pemakanan
Pemakanan anak perlu dititikberatkan kerana ia sangat memberi kesan. Ketahui apa makanan yang anak alergi.
Ekzema dan alergi ini saling berkait, jadi apabila termakan makanan yang salah, ia menyebabkan ruam semakin teruk.
Makanan yang kebiasaan menjadi alahan kepada pengidap ekzema ialah seperti produk tenusu, kekacang, telur dan gandum. Jadi ibu perlu berhati-hati dengan makanan ini.
Pilih pemaknan sihat dan elakkan makanan berproses, tinggi gula, pewarna dan pengawet. Sebaiknya plih makanan organik.
Kenali makanan yang membantu pemulihan kulit, namun setiap orang tidak sama, jadi ibu perlu buat percubaan yang mana anak boleh makan dan tidak boleh makan.
5. Balut
Pembalutan amat membantu anak lebih selesa dan kurang menggaru. Ibu boleh membalut kulit di bahagian ekzema dengan kain kapas yang bersih selepas menyapu pelembap dan krim. Ini akan membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit kerana anak kurang menggaru.
Tangan anak boleh dipakaikan sarung tangan yang berkain lembut, contoh seperti sutera. ini supaya dapat mengurangkan luka jika anak menggaru.
6. Kurangkan aktiviti dalam cuaca panas
Cuaca panas akan membuatkan anak tidak selesa. Sebaiknya ibubapa elakkan anak berada di cuaca panas terik kerana ia menyebabkan ruam semakin teruk.
7. Pakaian
Pilih pakaian yang selesa. Kain kapas yang paling sesuai dan kain tidak terlalu tebal kerana ia menyebabkan peluh dengan cuaca panas di negara kita.
8. Produk penjagaan kulit
Sebaiknya produk kegunaan harian seperti sabun mandi, pencuci pakaian, krim dan pelembap perlu dipilih yang semulajadi, tanpa bahan merbahaya, tanpa SLS, pewarna dan pewangi sintetik. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan radang kepada kulit ekzema dan menyebabkan kulit akan lambat pulih.
Seperti anak saya sendiri, Muhammad Fansuri, anak saya sembuh selepas mengawal pemakanan dan menggunakan produk Medissen.
Muhammad Fansuri sembuh pada umur 3 tahun kerana sebelum itu saya belum tahu banyak perkara bagaimana membantu anak pulih dengan segera.
Saya harap ibu bapa lain dapat gunakan tip ini sebagai panduan dalam membantu anak ekzema. Saya doakan anak ibu-ibu sekalian segera sembuh dan dapat jalani kehidupan dengan gembira.
24/02/2023
Jom amalkan krim medissen untuk kembalikan kesihatan kulit anda
24/02/2023
Tips minum air di bulan puasa.
24/02/2023
Formula terbaik rawat kulit anda dalam masa sehari sahaja.. 400x lebih berkesan
24/02/2023
Kandungan semulajadi yang terbaik bagi solusi masalah kulit anda
Hello World
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Lot 5443 Jalan Plumbum 7/96 Seksyen 7
Shah Alam
40000