relaxthesoulconfinementlady

relaxthesoulconfinementlady

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from relaxthesoulconfinementlady, Health/Beauty, Shah Alam.

17/07/2026

Hati saya kembali mengimbau saat-saat hampir 30 tahun yang lalu.

Ketika itu hospital ini masih dikenali sebagai Selangor Medical Centre (SMC).

Sepanjang lapan bulan kehamilan, saya mendapatkan rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Namun Allah mengatur sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan. Doktor pakar sakit puan yang merawat saya mengalami kemalangan jalan raya. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk berpindah ke hospital yang lebih dekat dengan rumah. Pilihan saya adalah hospital baru buka Selangor Medical Centre sangat berdekatan dengan kediaman saya.

Pada masa yang sama, suami diarahkan bertugas ke South Africa ketika usia kandungan saya berbaki kira-kira sebulan sahaja lagi sebelum bersalin. Demi memudahkan urusan, suami mencadangkan saya tinggal sementara di rumah arwah ibu mentua kerana dua orang adik ipar berada di sana dan lebih mudah membawa saya ke hospital apabila tiba waktunya.

Saya masih ingat kata-kata suami,

"Awak pasti ke hendak tukar doktor? Tinggal sebulan sahaja lagi awak nak bersalin." Saya balik tiga hari sebelum awak bersalin tau!."

Entah mengapa, hati saya begitu kuat untuk tukar. Hari ini, apabila saya menoleh ke belakang, saya memahami bahawa mungkin ketika itu Allah sedang menggerakkan hati saya mengikut perancangan-Nya yang terbaik.

Apabila saya tiba di SMC, kebanyakan pakar sakit puan sudah penuh. Hanya seorang doktor yang baru memulakan tugas masih boleh menerima saya sebagai pesakit Dr. Tan. Walaupun kandungan sudah sarat, saya meneruskan pemeriksaan seperti biasa.

Untuk kali pertama pada satu pemeriksaan, doktor itu memandang saya dengan tenang lalu berkata,

"Berdasarkan keadaan kandungan puan, "...berkemungkinan anak yang bakal lahir, mempunyai masaalah kelainan (abnormal) ."

Allahuakbar...

Saya hanya mampu diam. Saya tidak benar-benar memahami maksud kata-kata itu. Saya pulang dengan seribu persoalan di dalam hati.

Saya tidak pernah menyangka, ayat yang saya dengar pada hari itu menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan yang Allah tuliskan dengan penuh kasih sayang, hikmah dan tarbiah... perjalanan yang kini hampir menjangkau 30 tahun.

Bersambung...

02/07/2026
01/07/2026

Permata Anugerah Allah

Hampir 30 tahun saya diberi amanah menjaga anak istimewa. Perjalanan ini bukanlah sesuatu yang saya tahu sejak awal. Ilmu penjagaan saya bermula dengan sebuah doa yang lahir daripada hati seorang ibu yang sedang diuji.

"Ya Allah, jadikan anak istimewa anugerah-Mu ini teristimewa di bumi-Mu, Ya Allah."

Itulah doa yang saya panjatkan ketika berada di Wad 3 Kanak-Kanak PPUM. Ketika itu saya tidak tahu sejauh mana perjalanan yang bakal kami tempuhi. Yang saya tahu, saya hanya ingin menjadi seorang ibu yang mampu menjaga amanah Allah sebaik mungkin.

Dari wad pediatrik, Nabila membesar sehingga ditempatkan di wad remaja. Kini, pada tahun 2026, dia ditempatkan di wad dewasa, bersama kebanyakan pesakit yang terdiri daripada warga emas.

Barulah saya benar-benar memahami betapa indahnya aturan Allah.

Pada Disember tahun lalu, Allah mengizinkan saya mengikuti kursus penjagaan warga emas dan OKU. Ketika itu, saya sedang menjaga suami yang baru menjalani pembedahan jantung. Saya menyangka ilmu itu hanya untuk membantu saya menguruskan pemulihan beliau.

Namun, Allah mempunyai perancangan yang jauh lebih besar daripada sangkaan saya.

Beberapa bulan kemudian, apabila Nabila dimasukkan ke wad dewasa, ilmu yang sama menjadi bekalan yang sangat berharga. Saya lebih memahami cara menguruskan pesakit, berkomunikasi dengan petugas kesihatan, membantu proses pemulihan dan menghadapi cabaran sebagai seorang caregiver dengan lebih tenang.

Di situlah saya belajar bahawa Allah tidak pernah memberi sesuatu tanpa sebab. Dia mendidik kita sedikit demi sedikit, mempersiapkan kita sebelum kita benar-benar memerlukannya.

Sebab itu saya ingin berpesan kepada semua ibu bapa dan penjaga.

Bersedialah. Carilah ilmu sebelum ujian datang. Jangan sesekali mempersia-siakan permata anugerah Allah yang berada dalam keluarga kita.

Mungkin mereka tidak sempurna pada pandangan manusia, tetapi melalui merekalah Allah mendidik kita tentang sabar, reda, kasih sayang, keikhlasan dan pengorbanan.

Jagalah permata itu dengan penuh kasih. Kerana setiap titisan peluh, setiap air mata, setiap doa dan setiap pengorbanan yang dicurahkan kepada mereka, insya-Allah menjadi saham akhira

26/05/2026

Allah jadikan setiap manusia itu berlainan pengorbanan maka lalui lah ia dengan tabah. Alhamdulillah

15/05/2026

Wanita sering menjadi tulang belakang keluarga…
mengurus rumah, anak-anak, kerjaya dan emosi orang sekeliling.

Namun dalam sibuk menjaga semua orang, jangan lupa menjaga diri sendiri.
Kesihatan wanita bukan sekadar cantik di luar, tetapi tenang jiwa, kuat emosi dan sihat tubuh badan.

Bila badan mula letih, emosi mudah terganggu, tidur tidak cukup dan tekanan dipendam terlalu lama… ia perlahan-lahan memberi kesan kepada kesihatan.

Belajarlah untuk:
* Rehat tanpa rasa bersalah
* Jaga pemakanan dan minum air secukupnya
* Luangkan masa untuk diri sendiri
* Kawal stres dan emosi
* Dapatkan rawatan awal jika badan mula memberi “signal”

Wanita yang sihat akan melahirkan keluarga yang lebih bahagia dan penuh kasih sayang.

Kerana itu, menjaga kesihatan bukan kemewahan… tetapi satu tanggungjawab terhadap diri yang Allah amanahkan.

“Modern Living, Traditional Healing”
Semoga setiap wanita terus diberi kekuatan, ketenangan dan kesejahteraan hidup.

Hubungi kami https://share.google/Bpa7RQY54bYfUPW6z

Photos from relaxthesoulconfinementlady's post 10/05/2026

Alhamdulillah...

Photos from relaxthesoulconfinementlady's post 10/05/2026

Bongsu ku.. Sanah Helwah.

06/05/2026

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar kehidupan… sampai terlupa yang “kenderaan” utama kita adalah tubuh sendiri.
Nasihat untuk diri:

Kesihatan itu bukan sekadar bebas sakit.
Ia adalah tenaga untuk bangun pagi dengan semangat, keupayaan untuk memberi manfaat kepada orang lain, dan ruang untuk menikmati setiap nikmat kecil yang Allah beri.

Bila badan mula beri isyarat—letih, sakit, lemah—
itu bukan gangguan… itu peringatan.

* Jangan tunggu sakit baru mahu jaga.
* Jangan tunggu jatuh baru mahu bangun.
* Fokus pada kesihatan bermakna:
* Jaga makan, bukan sekadar kenyang
* Jaga rehat, bukan sekadar tidur
*Jaga emosi, bukan sekadar diam
* Jaga hubungan dengan Allah, kerana di situlah sumber kekuatan sebenar

Ingat…

Rezeki boleh dicari,
kerjaya boleh dibina,
tapi bila kesihatan hilang—
semuanya akan terasa berat.

Untuk diri ini:
Hari ini, pilih untuk sayang diri sendiri.
Ambil masa untuk jaga tubuh, tenangkan jiwa, dan hargai nikmat sihat.

Kerana bila kita sihat,
kita bukan sahaja kuat untuk diri sendiri…
tetapi juga mampu menjadi penyembuh buat orang lain.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Shah Alam