MIZA AMIR
pertahanan diri dalam agama ku
29/10/2022
Nutella cheesetart gebu gebas . Belajar sendiri guna resipi yg ada dlm MAHN. Terima kasih :)
Nuttella Cheese Tart Gebu Gebas
Shell tart
125gm majerin/butter
150gm gula kastor
1 biji telur saiz B
400gm tepung gandum
Satu sudu kecil Esen Vanilla
Cara-caranya:
Dalam bekas masukkan majerin dan gula. Sebatikan.
Masukkan telur dan vanilla yang dipukul sedikit. Gaul sebati.
Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan membentuk doh. X perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.
Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.
Cucuk sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga cantik perang. Masa atas oven masing2.
Setelah masak. Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.
Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.
FILLING CHEESE
500gm cream cheese dari peti sejuk
100gm gula kastor
6 sdb telur yang telah dipukul sedikit
2 sdb butter
1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon
INTI
Apa-apa filling kegemaran.
Cara-caranya:
Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.
Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.
Masukkan vanilla mix sebati.
Masukkan dalam piping bag.
Picitkan sedikit filling dalam shell. Paipkan cheese ke dalam shell.
Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa gerak piping bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.
Lukis permukaan jika s**a mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.
Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 min. Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering atau retak.
Sebaik masak keluarkan. Sejukkan atas redai.
Simpan dalam bekas dan simpan dlam chiller agar shell tidak lemau dan cheese set dan lebih enak dinikmati.
TIPS
Untuk shell yang elok rangup jangan terlebih uli. Cukup sekadar menjadi doh yg elok.
Cheese mesti yang sejuk untuk hasil yang cantik.
Montok cantik atas cara piping filling.
Resipi ni sy amik dlm group ni jgk. Terima kasih . Sekadar berkongsi :)
credit : Khairun Nisa
29/10/2022
AYAM PERCIK
Bahan bahan:
-Seekor ayam dipotong empat
Bahan-bahan Untuk Perapan:
– 5 ulas bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– Garam
Bahan Untuk Kuah:
– 1.5 inci halia
– 5 tangkai cili kering
– 1 batang serai
– 2 pek santan pekat
– 8 ulas bawang merah
– Cebisan asam keping
– Garam dan gula
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
2. Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
3. Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit.
4. Bakar ayam yang telah diperap.
Penyediaan kuah :
1. Kisar kesemua bahan untuk kuah dan tumis dengan api perlahan.
2. Kacau sepanjang masa sehingga kuah menjadi pekat.
3. Perasakan dengan sedikit garam mdah gula.
4. Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.
5. Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak.
6. Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
U10 Alam Budiman
Shah Alam