Impian Sihat Bererti

Impian Sihat Bererti

Share

Sihat Itu Cantik
Sihat Itu Mahal
Kesihatan Tiada Harga
Jom Ikuti Info Kesihatan Dari Impian Sihat

15/08/2021

πŒπˆππ”πŒ π€πˆπ‘ πŠπ„π‹π€ππ€ 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 πƒπˆπ•π€πŠπ’πˆππ€π’πˆ 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀 π•π€πŠπ’πˆπ π“π€πŠ 𝐋𝐔𝐓? π€πƒπ€πŠπ€π‡ πˆπ€ππ˜π€ πŒπˆπ“πŽπ’ 𝐀𝐓𝐀𝐔 π…π€πŠπ“π€

Air kelapa ni memang sejak dahulu lagi dah digunakan sebagai penawar atau alternatif tradisional kepada pelbagai jenis penyakit. Ramai juga yang kata pengambilan air kelapa bersama ubat akan menyebabkan ubatan tersebut tawar dan tidak berkesan. Tapi bagaimana p**a dengan vaksin? Adakah pengambilan air kelapa sebelum dan selepas vaksin boleh menawarkan vaksin tersebut? Seperti mana yang berlaku di negara India, masyarakat mereka disyorkan untuk minum air kelapa selepas vaksin untuk melegakan kesan sampingan vaksin tersebut. Jadi persoalannya, adakah betul air kelapa ini bertindak sebagai penawar atau akan menawarkan kesan vaksin?

Air kelapa ini sebenarnya boleh dianggap sebagai jus buah yang mana kandungan nutrisi air kelapa ni sangat bergantung kepada tempat ia hidup dan tumbuh. Malah, ia juga kaya dengan nutrisi lain. Dengan kalori sekitar 40-50 segelas, airnya juga mempunyai kandungan gula semula jadi sekitar 8-10 gram iaitu bersamaan sekitar 2 sudu teh. Di samping itu, ia juga mengandungi protein sejumlah 5 gram, lemak 0.5 gram dan serat sebanyak 2.5 gram. Serat ini lah yang akan berfungsi untuk memastikan gula yang ada di dalam air kelapa tadi tidak akan diserap dengan mendadak oleh badan. Air kelapa juga sangat kaya dengan elektrolit atau garam galian seperti potassium.

Potassium ini bagus pada kadar yang tertentu, kerana ia membantu mengawal kadar tekanan darah. Dan kadar potassium dalam air kelapa itu sekitar 400 mg, hampir sama seperti kita makan sebiji pisang. Ia juga ada sodium, kalsium, manganese, zink. Zink ini juga sangat bagus untuk sistem imun yang sihat. Namun, ini bukan bermaksud minum air kelapa ni dapat membunuh kuman Covid ya. Di samping itu, air kelapa juga mengandungi antioksidan seperti vitamin C, vitamin B. Seperti yang kita tahu, vitamin C ini sangat penting di musim pandemik ni, sebab dia bertindak sebagai anti radang serta boleh meningkatkan sistem imun. Apabila sistem imun berada dalam keadaan yang baik, badan juga boleh menghasilkan respon yang lebih efektif terhadap vaksin. Cumanya, vitamin C dalam air kelapa ini tidaklah banyak sangat, sekitar 25 mg sahaja.

Seperti yang saya katakan, air kelapa mengandungi banyak mineral, dan ini bagus untuk mereka yang bersukan kerana ia boleh mengelakkan kejang otot, menggantikan elektrolit dalam badan, dan boleh digunakan sebagai sports drink yang semula jadi dan sihat. Tapi, anda perlu ingat, kajian terkini menunjukkan yang anda tidak dibenarkan melakukan sukan-sukan yang berat sekurang-kurangnya selama 7 hari selepas vaksin. Seperti saranan daripada KKM juga, anda kena berehat selama seminggu selepas dapat vaksinasi. Tapi, jangan p**a duduk senyap sahaja. Pastikan ada pergerakan badan juga.

Kembali kepada topik kita, persoalan tentang air kelapa ini tidak dikaji pada manusia tetapi banyak dilakukan terhadap haiwan. 𝑨𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 π’Œπ’‚π’‹π’Šπ’‚π’π’π’šπ’‚ π’šπ’‚π’π’ˆ π’…π’Šπ’π’‚π’Œπ’–π’Œπ’‚π’ 𝒕𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑 π’‰π’‚π’Šπ’˜π’‚π’ π’Žπ’†π’π’…π’‚π’‘π’‚π’•π’Š:

1) Air kelapa boleh membantu mengawal paras gula.
2) Mengurangkan risiko batu karang.
3) Mengurangkan paras kolesterol.
4) Membantu hati berlemak.
5) Memberi kesan anti trombotik atau mencegah darah beku.

Ini juga bagus, sebab kita tahu salah satu komplikasi Covid adalah terbentuknya darah beku.

Antara yang dikaji juga adalah interaksi air kelapa dengan pengambilan ubat. Sebenarnya ini terlalu umum sebab di dalam ubat tu ada pelbagai fungsi dan pelbagai molekul. Jadi, kita tidak boleh ambil ini sebagai keputusan yang tepat. Daripada kajian ini, menunjukkan air kelapa boleh melindungi hati dari kesan toksin akibat pengambilan ubat antibiotik. Ada lagi kajian lain terhadap binatang menunjukkan yang ia boleh meningkatkan toksik pada hati apabila di makan bersama paracetamol pada dos yang tinggi. Ini bukan bermaksud anda tidak boleh ambil paracetamol. Kalau kita makan dos yang disyorkan iaitu kurang daripada 4g sehari, insyaAllah tiada masalah. Interaksi antara air kelapa dan ubatan boleh jadi positif dan juga negatif. Jadi agak sukar untuk saya generalizedkan dengan ubat tertentu lagipun kajian ini hanya pada tahap haiwan sahaja.

Bagaimana p**a dengan kajian yang dilakukan terhadap manusia? Ada kajian tapi tak banyak. Kajian yang dikeluarkan oleh West Indian Medical Journal tahun 2005 menunjukkan pengambilan air kelapa mampu mengawal tekanan darah. Tapi kena hati-hati juga kalau kita minum banyak sangat dicampur p**a dengan ubat tekanan darah, khuatir tekanan darah tu akan jadi rendah sangat p**a. Jadi yang selamat, ambil secara sederhana. Kenapa boleh jadi kesan seperti itu? Sebabnya air kelapa ni juga tinggi potassium, dan potassium ini bagus untuk bantu turunkan tekanan darah. Tetapi, kalau potassium tinggi sangat dalam darah ni akan mempengaruhi fungsi jantung. Apa yang akan berlaku adalah badan akan rasa lemah, rasa kejang otot, kebingungan dan yang paling bahaya adalah jantung boleh berhenti secara tiba-tiba. Jadi, elakkan minum air kelapa dalam jumlah yang terlalu tinggi khususnya jika anda ada ambil ubat darah tinggi yang menyimpan potassium dalam badan. Antaranya seperti Catopril, Cozaar dan Micardis.

Bagaimana selepas vaksin? Bagi saya sendiri, saya akan minum air kelapa. Ini bukan bermaksud yang minum air kelapa boleh menawarkan vaksin, tapi ia boleh membantu menghidrasi tubuh lagi-lagi lepas vaksin ni ramai yang alami demam panas dan sangat memerlukan air untuk hidrasi tubuh badan. Ia juga penting bagi mereka yang mengalami kesan sampingan seperti cirit birit, banyak hilang garam galian, jadi boleh gantikan dengan mineral dan nutrisi yang kaya dalam air kelapa. Dan air kelapa ni juga minuman yang mengandungi zat dan gula semulajadi, jadi sangat elok berbanding kita ambil air tin, air bikarbonat dan sebagainya. Jadi, pengambilan air kelapa dalam jumlah yang sederhana tiada masalah, malah memberi kesan yang positif kepada badan. Ini kerana, selepas vaksin kita dinasihatkan untuk minum air cukup. Ada kajian menunjukkan kalau kita kurang minum air, ia akan menyebabkan sistem imun kurang aktif. Tapi janganlah p**a sampai minum air kelapa berliter-liter.

Kesimp**an kepada boleh atau tidak minum air kelapa selepas divaksinasi? Pandangan daripada saintis dan kajian tempatan, air kelapa selamat diamalkan selepas divaksinasi. Kemudian, adakah air kelapa boleh menjejaskan masalah kesihatan? Bagi mereka yang mengambil terlalu banyak air kelapa dicampur p**a dengan ubat darah tinggi, mungkin ia boleh menyebabkan anda punya tekanan darah terlalu rendah dan menyebabkan simptom-simptom seperti pening dan rasa nak pitam. Maksudnya disini, boleh sahaja nak minum air kelapa dengan ubat tekanan darah tinggi, tapi minum secara sederhana. Hadkan kepada 1-2 gelas sahaja sehari ye.

Bermanfaat?

Kongsikan dengan rakan-rakan ye.

Photos from Impian Sihat Bererti's post 11/02/2021

Jom cuba kopi viral?

Kenapa viral? sebab kopi tu tanpa gula tau.

Pada awalnya Shima tertanya-tanya jugak sedap ke? Sebab tanpa gula kan. Rasa macam hilang le nikmat kopi tu!

Tapi, bila saya dah cuba, uishhhh....

Memang umphhh lah!

Sedap...rasa berlemak walaupun tanpa gula. Bukan tu je, berkhasiat juga. Kopi ni tiada gula/pemanis, tiada lemak trans dan tanpa kolesterol.

Sesuai untuk mereka yang ada Diabates.

Para pencinta tegar kopi, wajib try kopi ni tau. Fas recommend sangat πŸ‘πŸ»

06/02/2021

Best Ke Best Kalau Dapat Air Ini
Bancur Dengan Xeero

02/02/2021

Nak Lagi Cantik
Reverse Kan Ada

31/01/2021

PEMANIS 3 IN 1

26/01/2021

Waaaa
Alhamdulilah
10 Kilo turun bila amalkan 2 kotak😊 tingkatkan metabolisma dengan pemanis 3 in 1 Xeero πŸ˜ŠπŸ‘

https://eskayvie.com/collections/products/?username=FASIHAH

24/01/2021

Nak Tak Rasa Penganti Gula Yang Ada Vitamin B2 Dan Mineral Kromium

https://eskayvie.com/collections/products/?username=FASIHAH

18/01/2021

Salam Subuh

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kampung Jawa, Klang
Shah Alam
41000