Jamila Ntdot Win

Jamila Ntdot Win

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jamila Ntdot Win, Beauty, cosmetic & personal care, Jalan Setia Perdana, Shah Alam.

24/09/2021
18/09/2021

9 Khasiat Buah Nenas Yang Perlu Anda Tahu

1. Kaya dengan sumber Vitamin C

Buah nenas memenuhi sebanyak 131% daripada keperluan harian anda kepada antioksidan seperti vitamin C ini. Vitamin C biasanya digunakan untuk mengurangkan batu, rasa sejuk badan dan simtom-simtom selesema. Vitamin C yang merupakan vitamin larut air memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu penghubung dalam badan sebagai mana ia bertindak sebagai antioksidan.

Bertindak sebagai antioksidan, ia memiliki keupayaan untuk mengsintesis kologen yang merupakan protien utama di dalam badan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kesihata salur daran dan organ-organ dalaman.

Vitamin C yang terkandung dalam buah nenas ini juga membantu menyelesaikan masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran matahari dalam waktu yang lama atau kulit yang kering.

Anda juga boleh menjadikannya sebagai ramuan untuk disapu pada badan anda. Kandungan vitamin C yang ada dalamnya dapat membantu tubuh badan anda untuk melawan punca-punca penyebab kanser.

2. Kaya dengan serat

Buah-buahan yang kaya dengan serat mampu mengurankan risiko menghidap penyakit kanser kolon. Serat juga dapat merendahkan kadar glukosa dalam darah. Diabetis jenis 2 mungkin menunjukkan tanda-tanda pemulihan kandungan gula dalam darah, lipid serta insulin.

Mengetahui bahawa sebiji buah nenas yang sederhana besar mengandungi kira-kira 13 gram serat. Maka, pengambilannya merupakan satu langkah yang baik untuk memaksimumkan tahap kesihatan. Disebabkan oleh kandungan seratnya yang tinggi, salah satu khasiatnya ialah dapat membantu mencegah sembelit serta akan meningkatkan kesihatan saluran pencernaan.

3. Meingkatkan keseburan

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan akan membantu untuk mencegah kemandulan. Hal ini disebabkan oleh radikal-radikal bebas akan menjejaskan sistem peranakan.

Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah nenas akan bertindak balas melawan radikal-radikal bebas ini dan sangat disarankan untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil.

Kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah nenas seperti vitamin C, bera-carotene serta vitamin-vitamin dan mineral seperti kuprum semuanya mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita.

Antioksidan terbukti mampu membantu meningkatkan aliran darah dan membina semula tisu-tisu dengan baik dalam pembentukkan organ-organ peranakan sekaligus dapat meningkatkan kadar penghasilan sperma.

4. Mencegah penyakit kardiovaskular

Buah nenas meningkatkan kesihatan jantung disebabkan oleh kandungan serat, potasium dan vitamin C. Satu kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa salah satu khasiat buah nenas ialah berupaya menjadi pelindung kepada jantung sebagai mana ujian yang telah dilakukan terhadap tikus makmal

Kajian tersebut telah disimpulkan bahawa jus buah nenas mampu mengurangkan risiko penyakit jantung serta membantu menyihatkan sistem pencernaan dan penyerapan zat.

Pengambilan potassium yang tinggi juga akan membantu mengurangkan risiko angin ahmar, melindungi otot, memelihara kandungan minreal dalam tulang serta menghalang daripada pembentukan batu karang.

Buah-buahan yang kaya dengan potasium juga dapat merendahkan kadar tekanan darah. Buah nenas juga berupaya untuk meningkatkan kesihatan jantung disebabkan kandungan bromelain yang sangat menakjubkan.

Hal ini disebabkan oleh ia mampu menggantikan pengambilan aspirin dalam sehari untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Bromelain talah terbukti mampu untuk menghentikan platlet-platlet darah daripada bergumpal sehingga menyebabkan tersumbatnya saluran darah. Keadaan ini merupakan antara ppunca berlakunya serangan jantung atau angin ahmar.

5. Mencegah asma

Beta-catorine yang terkandung dalam tumbuhan seperti nenas berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit asma. Toksin, nutiran yang tidak baik, pencemaran dan kekurangan antibiotin serta tekanan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan asma.

Semua faktor tersebut boleh menyebabkan keradangan namun buah nenas memiliki keupayaan untuk mengurangkannya disebabkan oleh keupayaan nyahtoksik yang dimilikinya.

6. Memelihara kesihatan mental

Salah satu khasiat buat nenas ialah membantu meningkatkan semangat dan membantu mengurangkan tekanan dan kegemuruhan. Nenas yang merupakan sumber yang baik bagi asid amino trytophan digunakan oleh tubuh badan untuk menghasilkan serotonin yang mencukupi iaitu salah satu “hormon gembira” kita.

Pengambilan asid amino yang cukup di samping nutrien-nutrien yang lain seperti vitamin B adalah penting untuk menyokong sistem saraf anda bagi fungsi penghasilan tenaga serta penghasilan hormon-hormon yang baik.

7. Membantu melawan kanser

Pada tahun 2007, para penyelidik telah menerbitkan satu artikel yang menggemparkan dalam The Plant Medical Journal tentang Bromelain yang terkandung dalam buah nenas lebih berkesan daripada cara yang sebelum ini dalam rawatan kanser.

Dalam ujian yang dilakukan untuk merawat kanser dalam kalangan haiwan, didapati bahawa Bromelain lebih berkesan daripada 5-fluoracil (5-FU) apabila dibandingkan kepada satu kumpulan pemboleh ubah yang tidak dirawat.

Walaupun 5-FU telah digunakan dalam merawat kanser selama hampir 40 tahun namun masalah utamanya ialah ia turut memberi kesan kepada sel-sel yang sihat sebagaimana sel-sel yang dijangkiti.

Bromelain bukan sahaja didapati lebih berkesan namun juga lebih selamat daripada 5-FU. Sebatian semula jadi seperti Bromelain mengandungi cytotoxity terpilih dan ia mampu untuk membubuh sel yang dijangkiti kanser melalui proses apoptosis dan membiarkan sel-sel yang sihat tanpa diganggu.

Bromelain akan menumpukan kepada sel-sel yang dijangkiti kanser sahaja. Tiada penawar selain Bromelain yang dapat melakukan proses ini. Hal ini kerana ejen-ejen kimo-toksik seperti 5-FU tidak bertindak sebagai sebatian organik.

8. Mengurangkan keradangan reduces inflammation

Khasiat buah nenas juga termasuk keupayaannya untuk membantu mereka yang menghidap arthritis dan sakit-sakit sendi kerana Bromelain yang ada mampu mempercepatkan proses pemulihan diikuti dengan proses pembedahan. Ia juga sangat berguna untuk merawat terseluih dan juga mampu mengurangkan kesakitan.

Bromelain bertindak balas kepada keradangan dengan cara menyekat metabolite yang menjadi punca kepada pembengkakkan. Ia juga bertindak untuk mengurangkan bengkak dengan cara mengaktifkan satu bahan kimia dalam darah yang boleh memecahkan fibrin sekali gus boleh mengurangkan pembengkakkan.

Bromelain juga sering kali dianjurjan untuk diambil sebelum proses pembedahan dijalankan untuk mepercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan keradangan yang biasa berlaku selepas proses pembedahan.

Baru-baru ini, satu kajian telah dilakukan terhadap 100 ekor tikus makmal yang menghidap penyakit colitis, satu penyakit radang pada kolon. Keputusan menunjukkan bahawa pengambilan jus nenas baik yang asli dengan kandungan aktif enzim Bromelain adalah selamat dan dengan berkesan dapat mengurangkan keradangan.

Kajian yang lain turut dilakukan terhadap pesakit yang menghidap sinustis iaitu kerandangan di bahagian dalaman hidung. Hal ini disebabkan oleh jangkitan, alahan atau autoimmun. Kajian yang dilakukan ini menunjukkan bahawa Bromelain yang terdapat dalam buah nenas boleh memberikan penyembuhan lebih cepat berbanding rawatan yang biasa.

9. Membantu penghadaman

Bagi proses penghadaman, pengambilan buah nenas akan bertindak sebagai satu bantuan yang berkesan untuk memecahkan protein kepada peptida serta asid amino. Ia mampu menghilangkan tanda-tanda sakit di kolon, refluks asid dan membantu sistem penghadaman secara normal.

Ia juga berkesan untuk membantu mencegah tindak balas autoimun disebabkan oleh jangkitan alahan. Kajian yang telah dilakukan di Jepun menunjukkan bahawa memakan buah nenas dapat membantu mereka yang menghidap alahan kepada protein gulten yang terkandung dalam gandum, barli dan sebagainya disebabkan oleh kandungan enzim Bromelain yang ada dalam buah nenas.

15/09/2021

VARIAN DELTA

Dilaporkan varian Delta ini berasal dari India dan ia boleh menular melalui bawaan udara atau 'airborne'.

Atas sebab itu juga masyarakat perlu lebih berhati-hati dengan mematuhi SOP ditetapkan selain duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan penting di luar.

Kita perlu meningkatkan keselamatan diri dengan memakai pelitup muka berganda, menjauhi tempat sesak dan sebagainya.

Sekiranya terkena jangkitan varian Delta ini, pesakit biasanya akan mengalamai beberapa simptom termasuklah;

1. Sakit kepala

Pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 varian Delta, mereka mungkin akan mengalami sakit kepala.

2. Sakit tekak

Kebanyakan pesakit varian ini juga mengalami gejala sakit tekak.

3. Selesema

Varian Delta juga akan menyebabkan pesakit mengalami selesema.

4. Demam

Gejala Covid-19 varian Delta turut disertai dengan demam panas.

5. Batuk

Selain sakit tekak, pesakit juga akan mengalami batuk.

Sementara itu, dalam penemuan di India, gejala Covid-19 varian Delta juga menyebabkan pesakit mengalami sakit perut, mual, muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit sendi.

Beberapa pesakit juga melaporkan mengalami gangguan pendengaran dan pembekuan darah.

06/09/2021

BABY KUNING

Pakej untuk ibu dan bayi.
Mengelakkan baby kuning yg bila kena kuning macam2 percubaan nak rawat kuning baby yang dah makin tinggi tapi petua tak jalan juga kan.
Jadi, seawal melahurkan ibu kena makan yang penuh nutrisi untuk elakkan baby kena kuning.

wasap.my/60132797535

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan Setia Perdana
Shah Alam
40170