AinulMardhiyah Beauty & Confinement Lady
Assalamualaikum wbt... Di sini kita berkongsi ilmu mengenai Kecantikan Wanita serta Penjagaan Kesihatan Ibu Selepas Bersalin. InsyaAllah.
22/01/2022
Seharian bekerja mesti akan rasa lenguh-lenguh tangan kan 😭 ? Tambah p**a kerja yang kena angkat berat.
Cuba bertungku di bahagian tangan yang lenguh tu. Demah tungku yang telah dipanaskan di sekeliling tangan yang sakit hingga ke paras bahu.
Selepas demah tungku, tekan p**a tungku di sekeliling tangan sehingga ke paras bahu sesedap rasa. In Sha Allah, lenguh-lenguh tangan akan berkurang 😊
Bebas lenguh dan sakit-sakit badan bersama tungku herba mahthika
•
•
Ramai yang confuse berpantang selepas bersalin 44 hari atau 100 hari 🤔
Sebenarnya 44 hari tu proses untuk ibu bersih daripada nifas dan pembaik pulih rahim. Dalam tempoh 44 hari ni lah ibu perlu mengurut, bertungku, bertangas dan sebagainya.
Selepas pantang 44 hari, sebenarnya ibu-ibu masih trauma jika papa ajak bersama 😩 ada sebabnya kenapa suami perlu berpantang 100 hari sebelum menyentuh isteri.
Selepas melahirkan anak, salur reproduktif wanita akan melalui proses pemulihan. Jahitan dalaman mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk pulih dan jahitan luar p**a antara 7-14 hari untuk pulih. Beri ruang untuk ibu kembali pulih sepenuhnya luar dan dalaman.
Namun dalam Islam, tiada istilah berpantang 100 hari bersama suami. Jika isteri sudah bersedia, sihat emosi dan fizikal, boleh je nak bersama 🥰
•
Berpantang dengan tenang dan smooth bersama
•
•
12/11/2021
Dear ...❤️
Generally, tungku is for everyone. Specifically, it is to pamper your body after a looooong tiring day!
Sooo, let's tungku! 🥰
11/11/2021
Stay Tuned
07/10/2021
3 Cara Manjakan Kaki🦶🦶🦶
Seharian dah penat ke hulu ke hilir sampai kejang betis, apa kata anda rehatkan kaki dengan 3 cara ni.
#1 Scrub🧼🧼
Banyak sel kulit mati terutama di kawasan betis, atasinya dengan cara scrub. Tidak perlu modal yang mahal, hanya gunakan serbuk kopi yang dicampur dengan garam laut dan tepung jagung. Letakkan beberapa tetesan minyak zaitun dan gosok manja di keseluruhan kaki terutamanya di bahagian tumit.
#2 Rendaman Air Hangat
Sesuai sangat untuk anda yang risau dengan bau kaki yang menjengkelkan. Hanya rendam kaki di dalam air suam yang diletakkan 1 uncang teh.
#3 Sapuan lembut
Oleskan losyen dan urut lembut sekitar kaki. Anda juga boleh gunakan minyak zaitun dan di sapu di bahagian kaki terutama bahagian tumit.
Setelah itu bolehlah sarung stoking kesihatan KapasKapas dan bolehlah anda bersedia untuk dibuat mimpi. Iya, stoking kesihatan KapasKapas mampu membuatkan tidur anda lebih lena sambil memastikan peredaran darah lancar ke seluruh badan sepanjang anda tidur. Selamat beradu 😀😀😀
Lawati telegram untuk ilmu mahal: https://t.me/ainulmardhiyahofficial
04/10/2021
Bayi yg dilahirkan 2-5hari selepas kelahiran akan menyusu dengan banyak iaitu 8-12 kali dalam masa 24jam..
Jadi jgn beranggapan susu tak cukup tapi sebenarnya kapasiti perut bayi memang kecil. Bayi yang baru lahir kapasiti perut adalah dalam 20ml iaitu 4sudu kecil
Ibu2 jangan terus berputus asa memberikan susu formula segera kalau anak kerap menyusu. Baik betulkan mindset ibu2 supaya lebih positif
Join telegram: https://t.me/ainulmardhiyahofficial
Tempah pakej berpantang: https://servisberpantang.wasap.my/
02/10/2021
Tips Kecantikan Dalaman Wanita
1. Minum banyak air
- Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2. Bersenam
- Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan merokok.
- Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?
4. Tidur yg cukup
- Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
- Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih
6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
- Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7. Manjakan diri
- Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan stress.
- Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Don't worry, be happy.
- Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
10. Ketawa penghibur duka
- Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Jom sama sama memanfaatkan ilmu
Join Telegram: https://t.me/ainulmardhiyahofficial
Booking pakej berpantang : https://servisberpantang.wasap.my/
02/10/2021
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Shah Alam
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 18:30 |
| Tuesday | 08:30 - 18:30 |
| Wednesday | 08:30 - 18:30 |
| Thursday | 08:30 - 18:30 |
| Friday | 08:30 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |