Farah E-Shop
menjual barangan kendiri dan kosmetik
27/09/2022
HATI-HATI !
❝Akan datang suatu zaman nanti, fitnah umpama malam yg menggelapkan. Yang dikatakan gelap itu adalah gelapnya fitnah sehingga orang lain tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah❞
Al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid
23/09/2022
10 Kata hikmah ini akan buat kamu lebih kuat untuk menyayangi diri sendiri hari ini:
1. Ada orang akan mempergunakanmu.
Ada orang akan mengujimu.
Ada orang akan meninggalkanmu.
Ada orang akan mencintaimu.
Ketahuilah bahawa semua itu akan mengajarmu.
2. Kamu hanya layak menerima kesungguhan seseorang, bukan alasannya.
3. Hidup tetap berjalan. Sama ada bersama atau tak bersamanya. Kerana akhirnya, kita tetap akan sendirian juga apabila nyawa bercerai dari badan.
4. Jika dia benar-benar mahukan kamu, pasti dia usahakan. Jika dia buat sambil lewa dan slumber sahaja, ketahuilah tiada tempatnya di hati kamu.
5. Minta maaf terhadap kesalahan kamu, bukan terhadap apa yang kamu rasa. Apa sahaja yang kamu zahirkan, itulah tindakan. Apa sahaja yang kamu rasakan, ia masih lagi terpendam dan kamu masih boleh memilih untuk menyimpan sahaja perasaan itu.
6. Lebih percaya diri, semakin hilang ketakutan dalam diri. Bangkit!
7. Pilihlah orang yang memilih kamu. Bukan kejar dan puaskan hati orang yang kamu sayang, walhal dia tak pun menyayangimu.
8. Jangan bawa perasaan lama ke dalam pengalaman yang baharu. Dengan pengalaman baharu, bina perasaan dan hidup baharu.
9. Berdiam diri adalah jawapan terbaik terhadap seseorang yang tidak bijak menghargai dirimu.
10. Mereka boleh berbohong, tetapi tingkahlaku mereka masih boleh dibaca dan terbongkar juga. Melalui mimik muka, bahasa tubuh, semua itu boleh 'berbicara' dengan sendirinya.
Anak cucu Tok Abah,
Sayangi diri. Itu resipi utama sebelum kamu menyayangi orang lain dan kehidupan dengan sepenuhnya. Jika tidak bermula dengan diri sendiri, macamana rasa sayang itu boleh terpancar dengan penuh keindahan dan kemurnian peribadi.
Moga kita terus menerus menyayangi diri. Kerana selangkah kita menyayangi diri, selangkah kita jauh dari menyeksa diri.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Sayangi diri sendiri terlebih dahulu.
assalamualaikum..Mulakan Hari Anda Dengan senyuman..Masalah ada selalu yaa?Lupakanlah..😁😆
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Shah Alam
Shah Alam