Jom Beli Sini

Jom Beli Sini

Share

Produk penjagaan kulit terbaik di Malaysia. Jom Sarah bantu.

24/05/2023

4 Kebaikan dan manfaat madu untuk kulit anda

-Membantu melembutkan kulit.
Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam madu membantu mengurangkan kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas.

-Membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih bersih.

-Madu mengandungi kandungan air semula jadi yang boleh membantu melembapkan kulit dan seterusnya melambatkan proses penuaan. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.

-Membantu mengurangkan kesan parut luka atau jerawat.

10/04/2023

Cara guna yang mudah. Sangat berkesan. Tekan send message untuk info lanjut.

17/03/2023

Sebelum raya mesti nak kulit cantik kna? Korang dah boleh start pakai sekarang tau untuk kulit cantik sebelum raya. Harga pun mampu milik dan barang dah sampai baru bayar. Senang kan?

17/03/2023

Antara Kelebihan Magic Glowing Gel. Best kan?

15/03/2023

KULIT KUSAM JANGAN SEDIH LAGI DAH.
Jom sis bantu korang yang ada masalah kulit kusam dan kering. Jangan sedih lagi dah. Macam akak dalam video ni pun terkejut boleh cerah dengan first time cuba je. Nak pergi bazar ramadhan pun rileks je.

15/03/2023

9 tip penjagaan kulit, nampak lebih muda.

1. Kenali jenis kulit

Jika faham jenis kulit sudah tentu mudah untuk mengenal pasti sama ada kulit anda berminyak, kering, sensitif atau bermasalah di mana ia memerlukan nasihat daripada doktor.

Paling penting jika anda mempunyai masalah kulit seperti jerawat jangan memandai-mandai memicit jerawat itu sendiri tanpa menggunakan teknik yang betul. Ini boleh menyebabkan masalah kulit menjadi lebih teruk dan parut kekal.


2. Buat pemilihan 'facial cleanser' dengan bijak

Produk pencuci muka yang tidak sesuai seperti mengandungi bahan kimia boleh mempengaruhi kulit kita.

Sebaik-baiknya, pilih pencuci muka yang mempunyai PH di antara 4.5-7.0 dan elak menggunakan pencuci muka yang mengandungi sulphates.


3. Pelembap muka dan toner

Untuk jenis kulit mudah kering, boleh pakai pelembap muka dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur manakala toner cukup sekadar sekali sehari.


4. Penggunaan primer

Bagi yang memakai solekan, anda digalakkan untuk memakai primer terlebih dahulu sebelum menyapu bedak asas.


5. Sunblock

Anda digalakkan juga untuk memakai sunblock jika sentiasa terdedah kepada sinaran cahaya matahari. SPF sunblock bergantung kepada jenis kulit dan berapa lama anda berada di bawah matahari.


6. Pemakanan

Pemakanan memainkan peranan dan faktor besar dalam proses penjagaan kulit muka kita. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula.

Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda seorang yang sibuk dengan kerja, pengambilan suplemen seperti multivitamin juga digalakkan.

Jangan lupa minum air secukupnya (2-3 liter sehari) bergantung kepada berat badan dan aktiviti individu. Ini adalah untuk mengekalkan hidrasi badan dan baik untuk kulit.


7. Senaman

Bersenamlah sekurang-kurangnya tiga ke lima kali seminggu. Anda boleh lakukan senaman seperti joging atau berenang serta senaman lain mengikut kesesuaian. Ingat sihat dan cantik itu seiring!


8. Tidur dan rehat mencukupi

Tidurlah dengan berkualiti sekurang-kurangnya enam ke lapan jam sehari. Dengan rehat yang mencukupi, ia boleh merangsang kecantikan pada kulit wajah malah ia boleh mengatasi tekanan.


9. Rawatan wajah

Lakukan rawatan wajah dua minggu atau sebulan sekali bergantung kepada masalah dan jenis kulit. Sebaik-baiknya berunding dengan doktor deermatologi atau aesthetic bagi mendapatkan nasihat yang tepat sama ada kulit wajah anda memerlukan rawatan seperti laser atau chemical peeling.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Shah Alam
40170