Skin Solution
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Skin Solution, Beauty, cosmetic & personal care, Shah Alam.
07/04/2021
Pregnant perlu berhenti skincare?
Tak perlu if your skincare selamat.
Ada 2 ingredients yang disarankan utk stop guna time pregnant : Salacylic acid & Retinol
Skincare yang mengandungi mercury, hydroquinone & tetrinoin memang kena elak all the time. Tak kira mengandung atau tidak.
Sayang badan sendiri, elakkan guna skincare beracun.
14/02/2021
EYECREAM.. PENTINGKAH?
Kawasan mata merupakan kawasan yang sangat fragile which is prone to dryness, quicker to age and fatigue. Pejam mata secara squinting & kekerapan berkedip mata juga boleh mempercepatkan appearance kedut & garis mata.
Selalunya fine linea & wrinkle di mata ni akibat terlalu lama exposed di bawah matahari menyebabkan kadar penghasilan kolagen di kawasan mata menurun dramatically.
Lingkaran gelap bawah mata (dark circle) p**a diakibatkan oleh:
1. Genes
2. Sun damage
3. Age
4. Blood build-up
Setiap masalah mata ada cara istimewa untuk tackle masalah tersebut. Sebab tu ada bermacam² jenis eye cream di pasaran.
So, adakah eye cream ni berbaloi? Atau sekadar propaganda untuk jual moisturizer biasa pada harga yang lebih mahal tapi packaging lebih kecil?
Menurut dermatologist, krim mata diformulasikan khas untuk kulit di kawasan mata yang sangat delicate supaya kulit di kawasan mata menjadi lebih tebal. Krim mata mengandungi lebih tinggi minyak berbanding dengan krim muka biasa, dan krim mata mengandungi lebih tinggi bahan aktif untuk merawat masalah masalah kulit di sekitar mata.
If you x kisah mempunyai wrinkle di kawasan mata pada usia seawal 30an, so you boleh saja skip krim mata.
Tapi if you seorang yang menjaga penampilan & menghargai diri, jagalah mata anda seawal usia 20an. Bila sudah berusia, memang sangat lambat untuk nampak result. And you need to use stronger eyecream which will cause your bank account to cry 😅
27/01/2021
SKINCARE AREA
Ramai yang saya consult jawab mereka apply skincare hanya di bahagian wajah. Then, by 40an leher mulai nampak tanda² penuaan. Dah start sagging.
Sebenarnya skincare perlu digunakan SEHINGGA kawasan leher tau.
Terdapat beberapa area di badan kita yang cepat nampak tua:
1. Mata
2. Leher
3. Tangan
Tiga kawasan ni adalah kawasan yang tidak ada lemak jadi sangat mudah untuk aging. Sebab tu kita perlu extra care di bahagian tersebut..
Nanti saya kongsikan cara² penjagaan setiap kawasan itu ye. Nak masak cekodok kejap. Lapar p**ak hujan² ni 😁
15/01/2021
Betul ke JERAGAT susah nak pudar?
Actually ada 2 cara hilangkan jeragat:
1. LASER treatment
2. SKINCARE routine
Laser treatment - cepat hilang tapi peluang untuk jeragat muncul kembali pun tinggi. And harga 1 sesi treatment pun mahal lajok! Average price per treatment ±RM600-RM700.
Skincare routine - result delivery lebih lambat berbanding treatment (±6 months - 18 month). Tapi peluang untuk jeragat kembali mengganas tipis bila betul² jaga routine skincare. Harga juga jauh lebih murah. Range harga untuk GA around ±RM250 which usage rate around 12 months.
The best combination adalah facial exfoliation yang mengandungi Glycolic Acid & treatment cream yang ada Retinoid.
Tidak dilupa juga sunprotection utk elakkan jeragat kembali mengganas 😁
11/01/2021
MAD HATTER 🎩
Mesti ramai yang menonton cerita Alice In Wonderland kan?
Tapi anda tahukah asal usul nama Mad Hatter?
Pada zaman dahulu di England, ramai pembuat topi dianggap sewel oleh masyararakat. Muka mereka pun putih selepuk yang pucat. Emosinya tak stabil dan pasang surut. Terlalu ramai yang sewel sehingga timbul satu pepatah 'as mad as hatter' atau bahasa melayunya ' gila umpama si pembuat topi'.
Lama doktor doktor zaman itu mengkaji mengapa semua pembuat topi berperangai begitu dan mengalami simptom simptom yang sama.
Setelah diteliti, mereka mereka mempunyai satu persamaan. MERCURY atau RAKSA!
Zaman itu, mercury digunakan dengan meluas dalam pembuatan topi sebagai bahan untuk melembutkan kulit dan bulu binatang supaya ianya boleh dibentuk dengan cantik menjadi topi.
Mereka tidak tahu kesan jangka panjang mercury ini sehinggalah pembuat pembuat topi ini mengalami perubahan perubahan dalam tubuh mereka.
1. Kulit jadi putih selepuk
2. Tidak boleh berfikir dengan waras
3. Emosi yang tidak stabil
4. Tekanan perasaan, pemalu yang melampau
5. Susah untuk berinteraksi dengan orang
6. Rosak buah pinggang.
Merkuri ini kemuadiannya tidak lagi digunakan dalam pembuatan topi. Ianya telah diharamkan.
Namun, zaman ni, Mad Hatter KEMBALI lagi.
Sebab apa?
Sebab merkuri banyak terdapat dalam kosmetik sampah. Ianya digunakan dengan tak bertanggungjawab oleh founder founder produk yang nak cepat kaya.
Ada mereka peduli yang 10 tahun lagi kamu semua jadi macam Mad Hatter?
Nanti kamu cari doktor juga kan? Bukannya founder. Waktu itu dah terlambat. Mad Hatter Syndrome ni bukan sesuatu yang boleh dirawat dengan mudah.
Jadi, kenalah cerdik.
Jangan mudah tertipu.
Kalau tak percaya cakap saya, boleh la baca lanjut Mad Hatter Syndrome di carian internet anda.
By the way Johnny Depp tu membawa karekter Mad Hatter dengan sangat baik.
Tukang makeup Johnny Depp pun harus dipuji. Memang menjadi betul makeup putih selepuk tu.
..
Dr Nur Ilyani Bujang
Peminat lakonan Johnny Depp.
Follow fb : Nurilyani Bujang
03/01/2021
𝐁𝐮𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐨𝐰𝐞𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐞𝐧
Ini cerita pasal buah Amla a.k.a Indian Gooseberry a.k.a Pokok Melaka..
Pokok Melaka ni susah nak jumpa tau & memang mahal harga dia..
It is said that 100g ekstrak buah AMLA = 20× ganda Vitamin C dalam buah oren.
And Vitamin C dalam buah AMLA ni mempunyai ketahanan yang kuat. Even dah dijerukkan, Vitamin C dalam buah tu tak hilang!
Dalam buah Amla juga ada kump**an Fenolik which anti-oksidan yang kuat. Percentage antioksidan dalam buah Amla ni tinggi tau. Setinggi 45% - 70%.
Kajian juga mendapati terdapat kesan antibakteria yang tinggi dalam buah Amla.
So, Fenolik + Vitamin C =
✔️mengurangkan masalah kedutan kulit
✔️mengurangkan proses pigmentasi
✔️membantu mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi
✔️meningkatkan penghasilan kolagen kulit
✔️melindungi daripada kerosakan kulit
Yes, hanya pertambahan 1 bahan je dalam serum baru ni tapi 1 bahan tu VERY POWERFUL!
So....... If you ada masalah:
✖️kulit kusam
✖️pigmentasi
✖️kulit dah start aging
✖️kulit sensitif
You should add something that contains Vitamin C & Vitamin E especially contains AMLA FRUIT in your skincare routine.
29/12/2020
Selamat datang..!
Jom sama² belajar tentang kulit kita.. Sama² cantik secara sihat 😊
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Shah Alam
40000