Urutan Saraf Al Amin
Kursus Urutan Saraf & Regangan Tulang Al Amin
24/01/2023
SAKIT BELIKAT ?
Tulang belikat merupakan tulang yang terletak di bahu dan menjadi penghubung antara tulang selangka dengan tulang lengan atas. Sakit di bahagian belikat ini adalah sakit yang sering juga terjadi dalam kalangan masyarakat kita hari ini, namun seringkali sakit belikat ini dianggap remeh sehingga ramai orang membiarkan begitu sahaja tanpa mendapatkan sebarang rawatan. Perkara ini amat berbahaya kerana ia boleh meningkatka risiko untuk terkena sakit yang lebih serius dan ia boleh menjalar ke bahagia bahu dan kawasan sekitarnya atau ke bahagian bawah seperti pinggang.
PUNCA TERJADINYA SAKIT BELIKAT.
Sakit belikat boleh terjadi disebabkan beberapa punca, punca-punca ini boleh terjadi dalam keadaan yang biasa atau ringan ataupun dalam keadaan yang berat, oleh itu ketahui punca-punca ini dan anda perlu dapatkan rawatan dengan segera.
Antara punca tejadinya sakit belikat:
1) Cedera dan ketengangan pada otot.
Kecederaan pada otot ini boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti mengangkat beban yang berat , posisi tubuh yang salah, bers**an, duduk terlalu lama, salah tidur, aktiviti yang berulang secara berlebihan dan lain-lain lagi. Penggunaan lengan secara berlebihan jiga boleh menyebabkan kecederaan apada otot sekaligus menyebabkan berlakunya masalah sakit belikat ini.
2) Menagalami tendinitis
Keradangan di bahagian otot dan tendonyang mengelilingi area sendi bahu. Hal ini boleh terjadi jika anda tidur dengan posisi yang bertumpu pada bahu dan lengan sehingga menyebabkan rasa sakit pada bahagian tulang belikat dan boleh menjalar ke bahagian punggung.
3) Masalah di bahagian tulang dan sendi
Masalah seperti ini boleh terjadi disebabkan berlakunya patah tulang belikat mungkin kerana terjatuh atau mengalami kemalangan. Walaupun kemungkinannya kecil untuk terjadi , anda tetap perlu berhati-hati . Hal ini dapat memberikan kesan jangka masa panjang jika tidak dirawat dengan segera.
4) Masalah perut dan pinggul.
Sekali lalu dengar seperti tiada kaitan kan? , tadi jangan ambil mudah , kerana laluan saraf belikat sehingga ke perut dan pinggul bersambung. Jadi dengan kata mudah jika anda mengalami sakit perut , belikat juga kemungkinan boleh terkesan.
CARA MENGATASI MASALAH SAKIT BELIKAT.
1) Rehat yang cukup.
Ramai orang yang s**a melakukan aktivit-aktiviti harian mereka dengan cara yang berlebihan, seperti bekerja berlebihan, s**an berlebihan dan lain-lain, hal ini dapat meningkatkan risiko sakit belikat. Dengan dapatkan rehat yang cukup dapat mempercepatkan proses pemulihan masalah sakit anda.
2) Konsultasi dan rawatan bersama doktor.
Jika mengalami sakit belikat seperti ini, terus dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran dengan anda. Doktor akan melakukan beberapa kaedah rawatan untuk membantu masalah anda dan mereka juga akan bekalkan ubat-ubatan yang sesuai untuk membantu dalam pemulihan anda.
3) Rawatan Alternatif (Urutan Saraf dan Allignment Tulang)
Rawatan alternatif seperti kaedah urutan saraf dan alignment tulang juga amat membantu dalam memulihkan masalah sakit belikat. Juruterapi Urutan akan mengurut di point-point urutan saraf belikat seperti belikat itu sendiri, bahagian belakang badan , kepala bahu, lengan, dan untuk sesetengan kes, juruterapi akan mengurut sehingga pinggang dan pinggul juga.
Teknik urutan saraf ini juga disulam dengan teknik alignment tulang yang akan dapat membetulkan kembali keadaan tulang serta meningkatkan kesan urutan .
Urutan ini bergantung kepada keseriusan sakit pesakit, adakalanya boleh sembuh dengan satu kali rawatan adakalanya perlukan ulangan.
Urutan saraf dan alignment tulang di Pusat Terapi Saraf Al-Amin, dapat membantu mengatasi masalah anda ( dengan Izin Allah) dengan juruterapi urutan yang berpengalaman dan mempunyai feedback yang baik dalam melakukan servis.
Boleh tengok feedback dari pelanggan Pusat Terapi Saraf Al-Amin di sini:
https://www.facebook.com/TSArawatansaraf/reviews/
MACAM MANA NAK HUBUNGI TERAPI SARAF AL-AMIN
Mudah sahaja, tuan/puan boleh hubungi Pusat Terapi Saraf Al-Amin di 01150404441 atau klik sahaja link ini untuk lebih mudah.
http://wasap.my/601150404441/urutsarafalamin
Akhir kalam, terima kasih kerana sudi membaca artikel ini, semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda semua. Bantu kami share kan artike ini kepada kawan dan keluarga mungkin mereka mengahadapi masalah yang sama dan ini boleh membantu mereka, in sha Allah.
Jika anda mempunyai sakit-sakit yang demikian , ingat terus dapatkan rawatan, kerana sihat itu nikmat. Assalamualaikum.
27/12/2022
SAKIT PINGGANG! PUNCA DAN IKHTIAR!
Sakit Pinggang adalah satu masalah sakit yang mampu menyerang ramai orang tak kira dari apa pun peringkat umurnya. Boleh dikatakan dalam 8 /10 orang pasti mengalami masalah sakit pinggang ini, kenapa ianya boleh terjadi ? apa puncanya? dan apa ihktiar untuk merawat? Baik jika ingin tahu dengan lebih mendalam, baca artikel ini sampai habis kerana ia untuk anda!
Di bahagian belakang badan, terdapat serangkai otot dan ligamen yang berfungsi untuk memegang tulang belakang supaya ia berada dalam keadaan yang betul. Jika tidak dijaga dengan baik, ia boleh menyebabkan koyakan pada tisu otot lalu boleh menyebabkan berlakunya SAKIT PINGGANG. Hal ini demikian kerana, otot-otot ini mula melemah dan tidak lagi dapat memegang tulang belakang dalam keadaan yang betul dan kemudiannya menjadi kurang stabil dan menjadikan anda sakit pinggang.
Ketengangan pinggang boleh terjadi dalam cara:
1) Kecederaan apabila otot ditegangkan secara berlebihan ,ia akan menyebabkan kerosakan pada tisu otot ( otot tertarik)
2) Terseliuh di bahagian lumbar.
APA SIMPTOM SAKIT PINGGANG?
1) Kesakitan yang melarat hingga punggung.
2) Kekauan sendi pinggang dan kedua-dua kaki ataupun salah satu kaki hingga menyebabkan pergerakan terbatas
3) Tidak mampu mengelkalkan postur badan normal.
4) kekejangan otot sama ada ketika melakukan aktiviti ataupun ketika berehat.
5) sakit yang berterusan.
APA PUNCA SAKIT PINGGANG?
Sakit Pinggang boleh terjadi disebabkan oleh :
1) Aktiviti fizal
2) Terjatuh
3)Membongkok secara berulang kali
4) Mengangkat beban berat
5) Postur badan tidak betul ketika duduk ,baring dan lain-lain.
APA IKHTIAR YANG SAYA BOLEH LAKUKAN UNTUK MERAWAT MASALAH SAKIT PINGGANG?
1) Konsultasi Bersama doktor- Kaedah normal apabila kita mengalami kesakitan adalah berjumpa mereka yang arif tentang sakit ,iaitu doktor. Kebiasaannya, doktor di hospital akan melakukan X ray dan MRI untuk mengimbas tahap dan bahagian yang sakit sebelum rawatan diberikan.
2) Tuam Ais bi belakang badan - untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak sebaik sahaja otot tercedera , lakukan 20-30 min setiap 3-4 jam selama 2-3 hari .
3) Tuam haba- dilakukan selepas 2-3 hari menuam ais , boleh menggunakan pad pemanas elektrik atau botol air panas, atau berendam dalam tab mandian panas.
4) Ubat Tahan Sakit - pelbagai jenis ubat tahan sakit ( ATAS NASIHAT AHLI FARMASI ) boleh diambil untuk melegakan kesakitan yang dialami.
5) RAWATAN ALTERNATIF - TERAPI SARAF . - Rawatan seperti urutan saraf dan regangan tulang juga boleh membantu dalam merawat masalah sakit pinggang. Terapis yang terlatih akan mengurut di di beberapa point urutan saraf pinggang, seperti belakang badan, punggung, pangkal paha ,dan pinggang itu sendiri, untuk melancarkan semula aliran darah dan melepaskan saraf yang tersepit.
Teknik urutan saraf ini lebih berkesan jika digabungkan dengan teknik regangan tulang.
Antara Pusat Terapi yang anda boleh kunjungi untuk mendapatkan rawatan ini adalah Pusat Terapi Saraf Al-Amin , menjalankan rawatan urutan saraf dan regangan tulang dengan terapis yang terlatih.
Boleh tengok review Pusat Terapi Saraf Al-Amin di sini π
https://www.facebook.com/pg/TSArawatansaraf/reviews/
MACAM MANA SAYA NAK BOOKING?
Mudah saja, Tuan/Puan boleh menghubungi mereka di talian 011-50404441 atau klik sahaja link whatsapp ini untuk lebih mudah.
http://wasap.my/601150404441/urutsarafalamin
Akhir Kalam,jangan biarkan anda menanggung sakit terlalu lama, dapatkan rawatan dengan segera, kerana sihat itu nikmat!
14/12/2022
SAKIT BAHU? JEMPUT BACA UNTUK MAKLUMAT LANJUT!
Sakit bahu antara salah satu sakit yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat. Sakit bahu boleh terjadi dalam pelbagai lapisan umur , namun mereka yang berumur 35 tahun ke atas adalah golongan yang paling kerap mengalami masalah ini.
Sakit bahu akan menyebabkan anda s**ar mengangkat tangan, dan ia akan menyukarkan anda untuk melakukan rutin harian!
SILA BACA ARTIKEL INI UNTUK LEBIH INFO TENTANG SAKIT BAHU!
PUNCA SAKIT BAHU!
Sakit bahu biasa terjadi dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. Ia berpunca daripada sendi bahu yang tercedera atau kawasan sekitarnya seperti otot, ligamen ,tendon atau boleh terjadi di kawasan saraf bahu.
Apabila kawasan tersebut digerakkan ia akan menyebabkan kesakitan ketika mengangkat atau menggerakkan tangan.
Sakit bahu juga boleh terjadi apabila anda sering melakukan pergerakkan pergerakan yang membebankan bahagian bahu, seperti bersenam secara berlebihan dengan tidak mengikut tatacara yang betul atau pun melakukan pekerjaan berat seperti mengangkat barang.
ANTARA MASALAH SAKIT BAHU
Sakit bahu boleh menyebab masalah-masalah seperti berikut:
1) Terkehel
Hal ini boleh berlaku ketika bahu terkena impak yang kuat yang memungkinkan tulang humerus boleh terkeluar dari soket sendi bahu.
2) Kecederaan Otot Rotator Cuff
Otot -otot ini berperanan penting dalam menstabilkan sendi bahu, dan ia memboleh kan anda menggerakkan dan memusungkan lengan dalam keadaan normal, apabila otot-otot ini tercedera, ia akan membantutkan pergerakan legan anda dan akan meyukarkan pekerjaan anda sehari-hari.
3) Frozen Shoulder
Kebiasannya berlaku pada golongan yang berusia 50 an dan ke atas, namun tidak semestinya mereka yang berumur kurang 50 tidak boleh terkena serangan Frozen shoulder ini. Dan golongan wanita adalah golongan yang paling kerap mengalami masalah ini.
Frozen Shoulder akan menyebabkan anda merasa sakit yang amat kuat di kawasan bahu, dan menyebabkan pergerakan lebgan anda menjadi KAKU. PERLU KAN RAWATAN SEGERA JIKA MENGALAMI MASALAH INI jika tidak ia boleh meningkatkan risiko terkena STROK.
CARA MERAWAT SAKIT BAHU
Pelbagai kaedah rawatan yang boleh didapatkan untuk merawat sakit bahu antaranya:
1) Konsultasi bersama doktor.
Dapatkan rawatan awal di klinik dan hospital berdekatan. Kebiasaannya doktor akan membekalkan anda dengan ubat-ubatan yang khusus dan perlu dimakan mengikut arahan yang betul. Jika perlu dan jika keadaan serius, pembedahan mungkin salah satu jalan keluar daripada masalah ini.
2) Fisioterapi
Teknik fisioterapi terapi juga membantu dalam dalam mengatasi masalah ini kerana ia melibatkan pergerakan pemulihan di kawasan yang sakit.
3) Rawatan Alternatif ( Urutan Saraf Dan Reganan Tulang)
Teknik urutan Saraf dan Reganan tulang amat membantu dalam melegakan kesakitan di bahagian bahu. Juruterapi urut akan melembutkan otot-otot yang tegang di kawasan bahu serta melepaskan saraf-saraf yang tersepit yang meyebabkan kesakitan, kemudian ditambah p**a dengan teknik regangan tulang yang membabtu meletakkan semula tulang di kawasan yang sepatutnya.
Teknik ini diamalkan bertahun-tahun di Pusat Terapi Saraf Al-Amin dan kami mempunyai feedback yang baik dalam mengatasi masalah ini.
Boleh tengok feedback kami di siniπ
https://www.facebook.com/pg/TSArawatansaraf/reviews/
Untuk anda yang mahu mendapatkan khidmat urutan saraf dan regangan tulang boleh hubungi kami di 01150404441 atau klik sahaja link whatsapp ini untuk lebih mudah π
http://wasap.my/601150404441/urutsarafalamin
dengan jututerapi yang mahir dan terlatih, in sha Allah kami akan membantu anda.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca artikel ini, kami sudahi dengan ucapan Assalammualaikum WBT.π
13/12/2022
SAKIT TENGKUK, PUNCA DAN IKHTIAR,
JEMPUT BACA PENULISAN INI UNTUK INFO:
Sakit Tengkuk merupakan salah satu sakit yang umum berlaku pada masyarakat kita, lebih lebih lagi pada mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.
Sakit tengkuk boleh berlaku pada mana-mana bahagian leher , daripada bahagian bawah kepala hingga ke bahu dan jika keadaan bertambah teruk ia boleh merebak hingga ke bahagian belakang badan sampai lengan.
Sakit tengkuk akan mengehadkan pergerakan leher dan kepala anda, leher akan terasa perit kerana banyak menyokong berat badan kepala anda. Berbanding bahagian yang lain, leher kurang dilindungi dan hal ini akan menyebabkan ia mudah tercedera sekaligus menyebabkan berlakunya sakit tengkuk, kepala dan boleh menjalar hingga ke bahagian belakang badan.
Bagi sesetengah orang ,sakit tengkuk mungkin dianggap biasa dan ianya akan hilang secara beransur-ansur namun bagi sesetengah individu yang lain kesakitan bahagian tengkuk boleh menjadi serius jika diambil ringan kerana boleh menyebabkan masalah seperti slip disc atau cervical spondylosis jika tidak melakukan diagnosis dan rawatan awal.
Sakit tengkuk boleh berpunca daripada pelbagai faktor ,
antaranya:
1) Kemalangan
2) Faktor usia
3) Rutin seharian seperti duduk
terlalu lama (melakukan kerja pejabat di hadapan PC, ,memandu terlalu lama, dan lain-lain)
4) Disebabkan penyakit lain seperti tumor atau barah.
Antara ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melegakan sakit tengkuk:
1) Tuam bahagian tengkuk dengan kain menggunakan air suam, lebih baik jika dapat mandi menggunakan air suam.
2) Melakukan regangan ringkas seperti menggerakkan kepala secara pusingan dan tahan untuk beberapa ketika, kemudia sambung balik pergerakan yang sama antara 10-15 min.
3) Melakukan pemeriksaan doktor. Jika mengalami masalah sakit tengkuk yang teruk, pemeriksaan doktor di klinik atau hospital amat digalakkan kerana risau ia akan merebak menjadi sakit yang lain.
4) Membuat Terapi secara fizikal. Terapi Fizikal seperti Urutan Saraf dan Regangan Tulang boleh membantu melegakan masalah sakit tengkuk,leher, kepala, belakang dan kawasan-kawassn lain yang berkaitan.
Untuk melakukan kaedah Terapi Fizikal (Urutan Saraf dan Regangan Tulang) anda perlu mencari mereka yang mahir dalam melakukannya dan Pusat Terapi Saraf Al-Amin antara salah satu Pusat Terapi yang mahir dalam melakukan hal ini. Boleh hubungi sahaja 01150404441 untuk menempah sesi Urutan Saraf dan Regangan Tulang dengan harga yang berpatutan!
Boleh klik link ini juga untuk lebih mudah :
http://wasap.my/601150404441/urutsarafalamin untuk info lanjut
Akhir kalam, jangan biarkan sakit anda terlalu lama, kami sedia membantu anda, In sha Allah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Shah Alam
06/12/2022