My Daura Gold
Pengedar dan agen sah Minyak Kelapa Dara D'Aura.
100% produk asli daripada D'Aura Group Sdn. Bhd.
30/10/2022
Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami penurunan berat badan tanpa penjelasan (tanpa diet/ senaman) sila dapatkan pemeriksaan SEGERA.
Terutamanya pada golongan yang berusia 60 tahun ke atas. Jangan anggap mereka susut akibat usia tua ya.
Doktor akan bertanya mengenai gejala gejala lain dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah untuk pemeriksaan gula, hormon tiroid, fungsi hati dan buah pinggang mungkin perlu dilakukan.
15/09/2022
Kanser Limfoma: Apa yang perlu anda tahu❓
Limfoma adalah kanser darah. Kenali tanda dan gejala limfoma.
Ia boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal melalui ujian pengesanan.
Kesan Awal, Rawat Awal.
18/07/2022
BERSEDIH adalah respon normal selepas kehilangan insan tersayang. Merasai rasa sedih bermula dengan ;
1. Menerima realiti kehilangan/ kematian.
Ia bukan mimpi dan anda tidak boleh berfikir seolah olah tiada apa yang berlaku. Ya, pada permulaan pasti ada rasa marah dan penafian. Ia juga satu yang normal.
2. Alami Kesedihan itu
Alami dan rasai kesedihan itu. Anda berhak untuk sedih dan berkongsi kesedihan. Menangis, menulis di buku, kongsikan di media sosial adalah respon normal. Memendamkan kesedihan dengan berlagak seperti tiada ada berlaku lebih menyakitkan anda.
3. Adaptasi kehidupan
Kehidupan tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ambil masa untuk adaptasi kehidupan tanpa insan tersayang. Beri diri anda ruang untuk menyesuaikan diri. Ia tidak mudah, tapi perlahan lahan anda boleh.
4. Mulakan kehidupan baru
Walaupun sebahagian dari “diri anda” telah pergi, jasadnya mungkin telah tiada namun kenangan dan memori bersama tetap abadi selamanya. Ingatlah masa dan memori yang ditinggalkan sebagai hadiah yang tidak ternilai.
Bertahun hidup bersamanya adalah anugerah. Berbanding menfokuskan kepada apa yang telah anda hilang, fikirkan apa yang telah anda terima dari insan tersayang.
Ia kekuatan anda untuk teruskan hidup baru dengan memori dan ingatan sepanjang hayat ❤️
10/07/2022
Gout merupakan penyakit artritis yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi terutamanya pada kaki.
Antara punca adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin. Purin terdapat dalam kebanyakan tisu tubuh manusia dan juga daripada makanan. Antara contoh makanan tinggi purin ialah daging merah, organ dalaman (hati, paru, limpa), kerang, udang, ikan bilis, sardin.
Pada keadaan normal asid urik akan melarut dalam darah melalui buah pinggang dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing.Bagi pesakit gout, amalan diet rendah purin boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah.
Diet ini tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi.
18/02/2022
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati ibu hamil dan ahli keluarga agar terus patuh kepada SOP dan norma baharu bagi mencegah jangkitan COVID-19. 👨👩👧👦
🤰Ini kerana ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.
🤰Sekiranya ibu hamil positif COVID-19, sila hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi penilaian risiko kesihatan.
15/02/2022
👉 Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh.
Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Gejala Long COVID ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit COVID-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.
😷 Pengambilan vaksin, amal 3W dan elak 3S, pengudaran yang baik serta pematuhan SOP, mampu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
03/02/2022
Beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak diramal mengalami fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak semalam.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). negeri terbabit adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Antara tanda tanda sebelum berlakunya puting beliung adalah
⚠️ Satu hari sebelum puting beliung muncul, suhu udara pada malam hari hingga pagi terasa panas
⚠️ kelembapan di kawasan yang akan mengalami angin puting beliung juga dikatakan akan cukup tinggi.
⚠️Tidak ada hujan selama beberapa hari
⚠️ pembentukan awan yang besar dan dasar awan yang gelap serta corong awan menjulur ke bawah.
⚠️ Ranting pokok, daun daun mula berterbangan
Cuaca sekarang tidak menentu , berhati hati semua.
29/01/2022
Khasiat Pucuk Ubi
Pucuk ubi, ulam yang mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan.
👉Dikongsikan khasiat yang terkandung dalam sayur pucuk ubi.
✅ Amalkan pemakanan sihat dengan mengambil dalam setiap hidangan anda.
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Shah Alam Expressway
Shah Alam
40400
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |