Myra Beauty
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Myra Beauty, Beauty, cosmetic & personal care, Padang Jawa, Shah Alam.
20/01/2019
9 Punca Jeragat di Wajah
1. Cahaya Matahari
2. Kehamilan
3. Rawatan Hormon
4. Ubat-ubatan
5. Wangian
6. Hypothyroid
7. Hormon tidak seimbang
8. Pemilihan produk yang salah
9. Penjagaan muka yang tidak berterusan.
20/01/2019
Jenis - jenis Jeragat
1.Epidermal
-Terjadi bahagian atas lapisan sel kulit, berwarna coklat
cair & akan kelihatan gelap jika dilihat dibawah lampu.
2.Dermal
-Terjadi dibawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan
kulit, kelihatan keperangan & tidak kelihatan lebih gelap
dibawah lampu.
3.Campuran
-Terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal & Dermal.
Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk
mengguna krim.
-Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti
dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap
atau kadang-kadang tidak ada perubahan.
20/01/2019
Apa itu jeragat? Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, p**i,
hidung, dan kawasan sekitar mulut.
Tompok jeragat selalunya berwarna
lebih gelap dari warna
kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.
Bagi mereka yang berkulit cerah,
kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat
manakala mereka yang berkulit gelap p**a akan mendapat tompok yang berwarna hitam.
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar
kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain
dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda.
Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.
Jadi apa sebenarnya punca-punca jeragat boleh terjadi?
Setiap dari kita mendapat warna tona kulitnya yang tersendiri daripada pigmen
yang dikenali sebagai melanin.
Sejenis sel dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit kita yang akan menghasilkan melanin dan ianya
dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari.
20/01/2019
APA ITU JERAGAT (MELASMA)?
Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalah
kulit tanpa mengira peringkat usia.
Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dapat dikesan oleh pakar dermatologi
dan semuanya boleh memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu.
Oleh itu, pakar kulit sangat menekankan rutin penjagaan kulit
yang dilakukan secara konsisten
bagi memastikan kulit anda bebas masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan kulit berminyak .
Disamping itu juga pakar kulit mencadangkan
pengambilan nutrisi-nutrisi penting untuk kulit seperti vitamin, mineral, dan pelbagai jenis antioksida untuk
mengekalkan kulit yang sihat dan tanpa cela.
Salah satu masalah kulit yang paling ditakuti wanita ialah jeragat.
Jeragat bukan sahaja menjadikan wajah anda dipenuhi bintik-bintik hitam
malah ianya juga menjadikan tona kulit anda tidak sekata.
Sudah pasti bagi mereka yang ada masalah ini kan menjadi murung dan tidak berkeyakinan.
Sukar sekali untuk berdepan dengan pasangan,
keluarga serta teman-teman kerana tidak kira bagaimana anda cuba menutupnya,
jeragat akan sentiasa ada dan ini sangat membebankan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Padang Jawa
Shah Alam
40200