Jom Sihat

Jom Sihat

Share

Ilmu sihat untuk korang nie

14/12/2022

Lauk simple je rini
Nasi dgn ikn bilis goreng
Kita kasi kicap, jd lah

Photos from Jom Sihat's post 25/11/2022

Top-up lg stock kuih siput kari sbb dh b*k habiss 😅😅...mmg ramai peminat kuih siput ni,bila order cookies lain mesti selit order kuih siput kannn?? Yg borong siput sj pun ramai cuma mommy x jual laa rega borong tu sbb siput handmade ni soooo penat nk siapkan...yg reti buat tu taulaah struggle camne 😁😁🤗🤗🤗.... Jomm jomm buat lg 🤣🤣🤣🤣
💕💕 KUIH SIPUT RANGUP 💕💕
1 kg tpg gandum
1 cwn marjerin
1/2 cwn castor sugar ~ optional
3 sb serbuk kari ikan/ daging
1 sk garam
1 bj telur
1 kotak kecil santan ( 200ml)
Sedikit air sejuk ( kocak2 bekas kotak santan td)
Daun kari secukupnya...
Satukan semua bhn dan uli hingga jd doh yg lembut...
Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras...
Gentel2 doh bulat2 kecil sehingga habis & terap di atas acuan kuih siput..
Panaskan minyak yg b*k dlm kuali dan masukkan kuih siput td..
Bila siput hampir nk masak, br masukkan daun kari ...

07/11/2022

Ari ni...Ujan berek2..
Gi cabut keladi tepi umh Jah..
Masak asam rebus...sedap meratah panas,2..
Cara buatnya mudoh Jah..campak2..
Keladi celur dgn air asam jawa..
Bila lembut toskan..
Ikan rebus .belacan..bwg merah..lada cili api .blender...masak kuahnya .baru masuk keladi tadi...asam keping..garam...

25/10/2022

Salam,

Karipap
1/2 kg tepung gandum
1 sb tepung beras
(1 tablespoon sudu metrik)
1 sb tepung ubi
(1 tablespoon sudu metrik)
1/2 cawan minyak masak
1sk air kapur
1 sk garam
1 sb margerin
air sejuk peti ais
(lebih kurang 1 cawan + 2 sb)




- panaskan minyak sehingga betul-betul panas.(titiskan sedikit air.bila dah hilang bunyi desir tu tanda dah betul-betul panas).
- masukkan margerin.tutup api dapur.biarkan margerin cair sepenuhnya.
- tuang ke dalam bekas yg berisi tepung gandum dan garam.
- kacau dengan senduk sambil diratakan bancuhan.bancuhan minyak panas, margerin dan tepung akan jadi sedikit berketul.
- tekan-tekan dengan senduk supaya berderai.
- masukkan air ais sedikit demi sedikit.gaul rata.uli perlahan-lahan hingga menjadi doh yg lembut.
- canai dan masukkan inti.siap utk digoreng.

Inti kentang
5 biji kentang
(dikupas dan dipotong dadu)
1 biji bawang holland
(dicincang halus)
2 sb cili kering kisar
3 sb rempah kari ikan
3 sb udang kering
sedikit garam

- tumis bawang dan cili hingga agak garing.
- masukkan rempah kari.masukkan kentang dan udang kering.
- masukkan sedikit air dan garam.
- masak hingga kentang empuk dan sedikit kering.

Inti sardin
1 tin sardin (Ayam Brand 425g)
1 labu bawang besar
3 sb cili kering kisar
garam
limau nipis

- tumis bawang dan cili kering hingga garing.
- masukkan sardin beserta sosnya.
- bila dah mula likat masukkan garam dan perahan limau nipis.masaklah hingga agak kering.

** utk bancuhan ini kak cik dapat 38 biji karipap.

Photos from Jom Sihat's post 13/10/2022

Cucur jawa kuih yg paling cerewet
Memerlukan tahap kesabaran yg tggi
Tapi sedap
Resepi cuq jawa..
2 cwn tpg gandum
1 cwan tpg beras
1 cwn gula
1 cwn gula merah
1 sdu kcil gram
2 cwn air
Minyak ( utk menggoreng )
Cara ii..
Campur ke semua bhan..
Kacau smpai sebati..
Tapiskn kn adunan agar tdak berketul ii..
Peram semalaman..( 4 - 8 jm )
Guna kuali yg kcil (tbal)nd tdak melekat..
Minyak anggaran dlm stngah cwan..
Pasti kn myak btul ii pnas..
Api sederhana kcil..
P/s..
Peram adunan dlm suhu blik 4-8 jm n dh blh bt dh
Dan lebihan adunan blh di smpan d dlm peti slps 8 jm
Blh buat bla ii msa🥰
⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️
Tpung yg sya slu gna utk bt cuq jawa
➡️Tpung beras
Cap rose
Cap gjah 3
Cap gjah 1
➡️Tepung gandum
Cap lili
Cap tank
Cap cempaka

Photos from Jom Sihat's post 03/10/2022

Kueh lepat cendol
1 cawan tepong jagung.
1cawan gula putih.
1cawn pati santan..atau 1kotak santan kecil
5cawan air
Sedikit garam.
Kacau sebati
Dan masak dgnn api sederhana..kacau2 hingga pekat. Dan adunan letup2 ..masuk kan cendol 1 cawan ../lupa pulk tulis cendol di atas/
Dah masak blh bungkus dgn daun pisang masa tgh panas2.mcm bungkus lepat
Selamat mncuba

26/09/2022

Time for tea 🍓

Photos from Jom Sihat's post 19/09/2022

Onde onde je ni
Kuih paling senang buat tapi malasny yg lebih kan.
Tepung pulut 2 cwn
Tepung gandum 2 sudu setengah
Air pandan..klu tak da bubuh je pewarna ijo tu
Garam
Gula merah/gula melaka
*Gula merah yg sis guna tu belayar Dr Sabah .
Kelapa parut letak garam skit
Kukus bagi than Lama..tapi klu ramai pirana
Takya kukus letak je Avis
Didihkn air masukn doh. Dah agak timbul tu masaklah golek2 atas kelapa tadi.
Step2 semua tau kan

13/09/2022

Buah senang nak kurus ✅ simpan ni untuk rujukan.

Photos from Jom Sihat's post 13/09/2022

kuih pau inti kacang merah..malas nk ambik daun pisang 😌 jd guna yg mana ada jaa habuan lapik 🤭
🍒1cawan air suam
🍒setengah paket yis
🍒2sdb gula pasir
*campur semua bahan..biar sehingga kembang dan berbuih.
🍒3sdb minyak masak
🍒1sdk garam
🍒3½cawan tepung gandum(klu lembik boleh tambah tepung sikit)
🍒1sdk baking powder
🍒1sdk bread improver
*campur sekali
🍒kacang merah(readymade)
-gaul tepung,minyak masak dan garam sehingga menjadi serbuk roti.
-tuang bancuhan yis ke dalam tepung, uli sehingga doh menjadi licin.
-masukkan inti dan bulatkan..biar dalam 20 minit@kembang.
-panaskn air kukusan..pastikan air betul² mendidih sebelum masukkan pau td.
-kukus 7 minit ja tau.. jangan terlebih minit nanti pau jadi kerepot 🤭😜
-siapp

Photos from Jom Sihat's post 28/04/2022

SIRIH, SERAI DAN HALIA.
* 3 Helai daun sirih.
* 3 Batang serai diketuk.
* 3 Inci halia segar diketuk.
* 5 Gelas air.
Rebus kesemua bahan dengan 5 gelas air selama 30 minit.
Amalkan seminggu tiga kali.
Khasiatnya menghilangkan bau badan.
Pulihkan segala sakit urat.
Sengal-sengal badan.
Lenguh badan.
Kolestrol tertinggi.
Sering letih.
Minum selepas makan tengah hari.
Ana Mahabu
Kredit : ana mahabu

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Shah Alam