Rania Beauty Alkaline
KW assisting everyone to get basic water Ph7 drinking water,cooking,beauty,and cleaning uses.
27/11/2021
27/11/2021
Nak Badan Berakali Atau Badan Berasid ?
Seorang pakar perubatan Jepun yang terkenal di dunia, Dr. Shinohara Takashi menegaskan bahawa, nilai pH badan yang sihat terletak di antara 7.35~7.45 adalah badan beralkali, manakala nilai pH di bawah 7.35 p**a dianggap badan berasid. Berpunca dari pencemaran persekitaran luaran, gaya hidup dan tabiat makan yang tidak normal, maka, badan kita akan menjadi berasid secara beransur-ansur.
Teruskan membaca,
Menurut suatu laporan Dr. Shinohara Takashi yang menggemparkan dunia, iaitu “punca utama bagi pelbagai penyakit” adalah kerana badan manusia terlalu berasid.
Terdapat enam faktor utama bagi badan berasid:
1. Struktur diet yang tidak rasional, terutamanya air minuman harian.
2. Kurang bersenam.
3. Bebanan psikologi yang terlalu berat.
4. Bertabiat buruk.
5. Gaya hidup yang tidak sihat.
6. Pencemaran alam sekitar atau udara.
Jangka hayat bagi sel-sel badan akan menjadi singkat apabila terpaksa hidup dalam persekitaran yang berasid, fungsi badan juga menjadi lemah. Hal ini akan melambatkan metabolisme dan sisa-sisa badan sukar disingkirkan. Akibatnya ia akan membebankan buah pinggang dan hati.
Menurut statistik, 100% pesakit yang menghidapi gout, hipertensi, kanser, dan hiperlipidemia mempunyai badan berasid.
Sesetengah ahli pakar percaya bahawa, pemakanan saintifik harus terdiri daripada makanan berasid dan makanan beralkali mengikut kadar nisbah 1: 3 untuk memelihara tahap kesihatan yang optimum. (Asid) 1:3 (Alkali)
Selepas dianalisis, kadar nisbah bagi tabiat pemakanan hari ini p**a bertentangan, iaitu 3: 1. Oleh itu, pengambilan makanan berasid untuk jangka panjang adalah salah satu faktor bagi pengasidan badan berlaku.
Apabila nilai pH cecair badan jatuh pada 7.0 (neutral), maka, penyakit yang serius akan menimpa kita. Jika ia jatuh pada pH 6.9, mungkin kita akan berkeadaan vegetatif, malah akan menemui ajal jika ia telah mencecah pada nilai pH 6.7~6.8.
Maka seseorang itu perlu lebih banyak minuman dan makanan beralkali untuk meneutralkan keasidan tersebut, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, rumpai laut, atau bahan makanan yang mengandungi kalsium, magnesium, kalium dan sodium.
Air Kangen yang bersifat alkali boleh membantu anda. Air yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat membantu meneutralkan asid dalam tubuh badan dan menyeimbangkan pH badan. Air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.
Ubah Air Anda Sekarang
Mengubah Kehidupan Anda Sekeluarga
Kita Ikhtiar Sampai Kembali Sihat Dengan Sendirinya
Air Kangen Terbaik Untuk Anda Sekeluarga.
Like, Komen Dan Share Sekiranya Info Ini Bermanfaat
27/11/2021
Air Kangen terbaik
Sel darah, bergerak secara rawak dan tidak bergumpal antara satu sama lain sejurus kita minum Air Kangen yang fresh dari mesin. Ini membuktikan Air Kangen mampu menyumbang electrical charge dan oksigen yang tinggi boleh membuatkan sel-sel darah kita bergerak dengan lancar. Sifat Air Kangen yang microcluster juga boleh memberikan kadar penyerapan yang pantas. Maka, hati (liver) kita tidak bekerja keras untuk memastikan sistem badan kita berfungsi dengan baik. Hati/Liver kita umpama motherboard dalam badan kita. Sekali ia gagal berfungsi, maka segala organ dalam badan kita akan turut rosak. Jadi, tidak mustahil kita boleh shut down secara tiba-tiba atau tanpa sempat kita berbuat apa-apa. ‘Tukar air anda, tukar kehidupan anda’
💧 *Anti-oksida* ✅
💧 *Alkali* ✅
💧 *Molekul Halus* ✅
www.wasap.my/60163712020
24/07/2020
Alhamdulillah...
Water Ionizer Machine Kangen LeveLuk Series, dah lama dah, mendapat Pensijilan ISO 13485. Hebat.
https://www.iso.org/news/ref2318.html
24/07/2020
Al fatihah untuk semua pesakit2 kanser yg sudah meninggal dunia
24/07/2020
10 jenis Kanser tertinggi di Malaysia
13/05/2020
Air Kencing Kotor
Penghasilan air kencing yang terlalu sedikit atau terlalu banyak selalunya menunjukkan seseorang itu mungkin mengalami masalah kesihatan.
Jika membuang air kencing terlalu banyak (melebihi 2.5L dalam sehari), dinamakan “Polyuria ”. Jika terlalu sedikit kurang dari 400 ml sehari dinamakan “Oliguria ” dan jika kurang 100 mL sehari dinamakan “Anuria”.
Sebahagian besar iaitu antara 90-95% air kencing adalah air yang mengandungi garam (mineral) dan bahan-bahan lain seperti protein, urea, creatinine, hormon, dan bahan kumuh yang lain (bergantung pada apa yang kita makan dan minum).
Namun, begitu kandungan bahan-bahan ini sangat rendah dalam air kencing seorang individu yang sihat.
Air Kencing Terlalu Jernih
Air kencing yang terlalu jernih menunjukkan seseorang itu mengalami penghidratan yang keterlaluan (over-hydration), lebih baik dari mengalami dehidrasi.
Namun, mengeluarkan air kencing terlalu banyak dibimbangi akan mengalami masalah kekurangan mineral dalam darah terutamanya natrium sehingga menyebabkan keadaan yang dinamakan hyponatrinemia yang mengakibatkan masalah saraf.
Pengambilan Dadah
Bagi mereka yang menjalani pemeriksaan dadah dalam air kencing, selalunya sample air kencing yang diberikan jika terlalu jernih menunjukkan kemungkinan seseorang itu cuba mengelak dari dikesan mengambil bahan terlarang.
Mereka minum air dengan terlalu banyak sehinggakan air kencing menjadi terlalu cair.
Kenapa Air Kencing Keruh?
Air kencing yang keruh mungkin menunjukkan seseorang itu mengalami masalah jangkitan kuman atau sedang mengalami proses pembentukan batu karang (crystallization) dari mineral kalsium phosphate.
Apa Itu Air Kencing Kotor?
Air kencing kotor adalah istilah yang diberikan oleh doktor kepada pesakit yang mempunyai jangkitan kuman pada sistem air kencing mereka atau air kencing pesakit tidak normal.
Selalunya, doktor akan melakukan pemeriksaan air kencing yang dinamakan UFEME. Air kencing yang dikumpul akan diteliti penampilan warna air kencing ketika itu.
Tahap asiditi (pH) dan ketumpatan (specific gravity) akan dikira. Kemudian air kencing akan diletakkan di bawah mikroskop bagi mengira kehadiran protein, albumin, gula, ketone, sel-sel darah putih, nitrogen, urea dan beberapa parameter lain.
Jika bacaannya tidak normal, doktor akan mencadangkan pemeriksaan darah untuk mengetahui fungsi ginjal. Ujian ini dinamakan Kidney Function Test.
Kenapa Air Kencing Berbuih?
Air kencing yang berbuih mungkin disebabkan oleh dua perkara. Pertama, pesakit sedang mengalami dehidrasi atau terdapat kehadiran protein yang banyak dalam air kencing yang berkemungkinan menunjukkan pesakit mengalami masalah fungsi ginjal.
Secara kesimp**annya, air kencing kotor dan air kencing berbuih adalah sesuatu yang tidak normal. Dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Punca Dan Tanda-tanda Warna Air Kencing
Secara amnya, warna dalam air kencing menunjukkan kemungkinan beberapa masalah kesihatan antaranya:
1. Kuning pekat
Dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh).
2. Kuning/Jingga cair
Pengambilan vitamin B kompleks atau Vitamin C.
3. Jingga
Pengambilan ubat-ubatan seperti rifampin dan phenazopyridine.
4. Jingga gelap hingga perang
Mengalamai masalah Jaundice, rhabdomyolysis atau Gilbert’s syndrome. Ia adalah masalah kesihatan di mana hati tidak dapat memproses nyahtoksin bilirubin (yang terhasil dari penghuraian sel darah merah yang telah rosak dan mati).
Ia meningkatkan tahap bilirubin dalam darah yang akhirnya keluar bersama air kencing dan menjadikan air kencing berwarna jingga.
5. Merah berdarah (hematuria)
Ketumbuhan dalam ginjal atau pundi kencing.
6. Hitam (Melanuria)
Kanser kulit melanoma atau penyakit non-melanin acute intermittent porphyria.
7. Merah jambu
Kesan selepas makan ubi beet.
8. Hijau
Kesan selepas makan asparagus atau minum serta makan makanan yang mengandungi pewarna hijau.
9.Merah atau perang
Masalah penyakit porphyria atau memakan ubi beet atau buah mata naga.
10. Biru
Pengambilan methylene blue dalam beberapa jenis ubat atau minuman dan makanan yang mempunyai pewarna biru.
11. Biru
Blue Diaper Syndrome. Penyakit genetik (keturunan) yang jarang berlaku. Ia dikategorikan sebagai penyakit autosomal recessive metabolic disorder apabila seorang bayi mengeluarkan air kencing berwarna biru akibat masalah penyerapan protein tryptophan ke dalam darah.
12. Ungu
Purple Urine Bag Syndrome. Adalah keadaan di mana air kencing menjadi ungu dalam beg air kencing (selalunya pada pesakit yang dimasukkan urinary catheter dan urinary bag).
Kuman dalam air kencing menghasilkan enzim enzyme indoxyl phosphatase. Enzi mini akan menukarkan bahan yang mengandungi indoxyl sulfate (pada saluran dan beg plastik air kencing) yang ada dalam air kencing dan ditukarkan menjadi indirubin yang warna ungu.
13. Merah gelap
Dehidrasi melampau atau darah dalam air kencing atau masalah Choluria.
14. Merah jambu
Kesan selepas pengambilan ubi beetfoot.
15. Hijau
Selepas pemberian infusi ubat bius propofol dalam jangka masa yang lama.
Adakah Air Kencing Berbahaya?
Secara amnya air kencing tidak berbahaya, namun kerana ia mengandungi tahap nitrogen yang tinggi, ia mungkin merengsakan mata dan kulit.
Oleh itu bagi bayi yang menggunakan kain lampin (yang dibuat dari kain kasa atau kain lampin komersial), ia harus ditukar segera apabila lampin yang sudah basah bagi mengurangkan risiko mendapat kerengsaan (irritatation) pada kulit.
Beberapa buah negara air memproses kencing dan air kumbahan untuk mendapatkan air bersih dan selamat digunakan.
Sebelum ini saintis percaya air kencing tidak mempunyai kuman (sterile) sehinggalah ia sampai ke saluran air kencing urethra, di mana terdapat lapisan sel-sel epithelium pada urethra yang menjadi tempat pembiakan kuman anaerobic Gram negative.
Namun, kajian terbaharu menyatakan bahawa sebenarnya air kencing tidak bebas kuman kerana ia mengandungi kuman yang tinggal di sepanjang sistem perkumuhan air kencing.
Saintis percaya bahawa bau hancing sebenarnya adalah aktiviti kuman-kuman ini yang menghurai dan membebaskan molekul urea.
Semoga memberi manfaat.
COVID-19 : PERINGATAN BUAT KAUM LELAKI 50 TAHUN KE ATAS
Kematian Covid-19
Kes 1 - lelaki 34 tahun
Kes 2 - lelaki 60 tahun
Kes 3 - lelaki 58 tahun
Kes 4 - lelaki 50 tahun
Kes 5 - wanita 79 tahun
Kes 6 - wanita 40 tahun
Kes 7 - lelaki 57 tahun
Kes 8 - lelaki 69 tahun
Kes 9 - lelaki 48 tahun (doktor)
Kes 10 - lelaki 74 tahun
Kes 11 - lelaki 70 tahun
Kes 12 - lelaki 70 tahun
Kes 13 - lelaki 49 tahun
Kes 14 - wanita 51 tahun
Kes 15 - lelaki 70 tahun
Kes 16 - lelaki 75 tahun
Kes 17 - lelaki 66 tahun
Kes 18 - lelaki 66 tahun
Kes 19 - lelaki 56 tahun
Kes 20 - lelaki 76 tahun
80% mangsa adalah berumur 50 tahun dan ke atas. Manakala 85% adalah lelaki. Kalau ikutkan statistik, golongan tua dan gender lelaki perlu lebih berjaga-jaga.
Jaga jarak sosial, jaga kebersihan, hentikan amalan merokok dan patuhi arahan kerajaan.
Banyakkan minum Air Kangen 9.5 fresh from machine. Gargle dengan 2.5 setiap pagi. Jaga diet pemakanan. Stay positive thinking, asalkan bukan positive Covid-19.
InsyaAllah
Semoga semuanya sihat walafiat
💜 Air Kangen Kaya Dengan Hidrogen Aktif ❗
💧 Anti-oksida ✅
💧 Alkali ✅
💧 Molekul Halus ✅
💖www.wasap.my/60163712020/kangen💖
Excellent visual demonstration on how to wash our hands. Show to maids, helpers, staff, all family members. No need to understand the commentary. Essential techniques to stay safe.
VERTIGO
"Vertigo" merupakan perasaan pening berpusing dan adalah simtom keadaan asas atau penyakit. Vertigo disebabkan oleh gangguan dalam bahagian dalam telinga ("peripheral vertigo") atau gangguan dalam laluan saraf deria ("central vertigo") atau penurunan tekanan darah atau dehidrasi atau perubahan posisi secara tiba2. Keadaan ini biasanya dialami oleh mereka berumur 65 tahun keatas.
Simtom2 termasuk;
•. masalah penyeimbangan dan perasaan hendak pengsan;
•. perasaan "mabuk";
•. meloya dan muntah;
•. bunyi nyaring dan berdengung dalam telinga;
•. sakit kepala.
Rawatan secara semulajadi:
•. Peminuman air (terutama air Kangen), berdasarkan berat badan dan aktiviti seharian, adalah penting kerana dehidrasi merupakan salah satu penyebab vertigo. Dengan meminum air yang beralkali dan berantioksida tinggi, akan dapat menolong mengurangkan episod vertigo. Peminum yang baru kepada Kangen bolehlah bermula dengan air pH8.5, dan selepas dua minggu, jika tiada apa2 simtom penyembuhan yang ketara seperti pening, bolehlah naikkan pH air kepada 9.0.... dan seterusnya..
•. Kurangkan merokok dan peminuman berkafein, chokolat.
• Kurangkan pemakanan makanan2 yang bergaram tinggi.
•. Makanan2 yang elok dimakan termasuk bayam (kaya dengan vitamin E), kuning telur (vitamin D), tuna (vitamin B6), kiwi, salmon. [Kekurangan vitamin D dalam badan boleh memburukkan lagi simtom2 vertigo ]
• Duduk apabila berasa pening, tarik nafas dan jangan panik.
•. Tidur dalam bilik yang tidak terlalu gelap.
•. Akupunktur.
•. Supplemen/ herb
- Ukon.. supplemen kunyit buatan Jepun;
- cayene
- ginkgo biloba
- akar halia
💧 *Anti-oksida* ✅
💧 *Alkali* ✅
💧 *Molekul Halus* ✅
💜CHANGE YOUR WATER CHANGE YOUR LIFE💜
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Shah Alam
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |