Rumahtangga Sihat

Rumahtangga Sihat

Share

Penghantaran ke seluruh Malaysia dan Singapura. Barang Sampai Baru Bayar Available.

14/06/2023

10 Cara Romantik Nabi Layan Isteri Dalam Rumahtangga, Suami Wajib Tiru Untuk Menjaga Kemesraan

Berikut disenaraikan 20 teladan baik dari Rasulullah untuk suami isteri.

1. Suami suap istri
Dari Saad bin Abi Waqosh r.a berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Dan sesungguhnya jika engkau memberikan nafkah, maka hal itu adalah sedekah, hingga suapan nasi yang engkau suapkan ke dalam mulut isterimu.” (HR Bukhari (VI/293) dan Muslim (V/71)

2. Mencium isteri ketika keluar dari balik dari kerja
“Dari Aisyah ra, bahawa Nabi Salallahu Alaihi Wassalam biasa mencium isterinya setelah wudhu, kemudian Baginda solat t dan tidak mengulangi wudhunya.” (HR Abdurrazaq)

3. Makan/minum sepiring/segelas berdua
Dari Aisyah r.a, ia berkata: “Saya dahulu biasa makan his (sejenis bubur) bersama Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam.” (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrod)

Dari Aisyah r.a, ia berkata: “Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haid, lalu Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu Baginda minum.” (HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada dari Muslim.)

4. Suami membukakan pintu untuk isterinya
Dari Anas, dia berkata: “Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar). Aku lihat Nabi ﷺ menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di belakang Baginda untuk Shafiyyah. Kemudian Baginda duduk di samping untanya sambil menegakkan lututnya dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Baginda sehingga dia boleh menaiki unta tersebut.” (HR Bukhari)

5. Menyayangi isteri dan melayaninya dengan baik
Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Rasulullah bersabda: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya .”(HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits Hasan shahih).

6. Bersenda gurau dan membangkitkan kemesraan
“Aisyah dan Saudah pernah saling melumuri muka dengan makanan. Nabi ﷺ tertawa melihat mereka.” (HR Nasai dengan isnad hasan)
“Dari Zaid bin Tsabit berkata tentang Rasulullah: s**a bergurau dengan isterinya.” (HR Bukhari)

7. Berlemah lembut, melayani/menemani isterri yang sedang sakit (memanjakan isteri saat sakit)
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a, “Nabi ﷺ adalah orang yang penyayang lagi lemah lembut. Baginda orang yang paling lembut dan banyak menemani isteri yang sedang penat atau sakit.” (HR Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770)

8. Tetap romantis walau isteri sedang haid
Haid, adalah sesuatu yang normalbagi wanita. Berbeda dengan pandangan kaum Yahudi, yang menganggap wanita haid adalah najis besar dan tidak boleh didekati.
“Ketika Aisyah sedang haid, Nabi ﷺ pernah membangunkannya, Baginda lalu tidur di pangkuannya dan membaca Al Quran.” (HR Bukhari no 7945)

9. Memberi hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, “Ketika Nabi ﷺ menikah dengan Ummu Salamah, Bagindau bersabda kepadanya, Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”
Ia (Ummu Kultsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah ﷺ, dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Nabi memberikan kepada isterinya masing-masing satu botol minyak kasturi, sedang baki minyak kasturi dan pakaian tersebut beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (HR Ahmad)

10. Isteri menaburkan wangian ke badan suami
Aisyah r.a berkata : “Aku memakaikan Rasulullah ﷺ wangian, kemudian Baginda berkeliling kepada isteri-istrinya. Lalu Baginda berihram dan tersebarlah bau minyak wangi itu.” (H.R. Bukhari)
Dan Aisyah berkata : “Aku telah meminyaki Rasulullah ﷺ dengan sebaik-baik minyak wangi.” (H.R. Bukhari)

04/05/2023

3 TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA

1. Melapangkan masa buat pasangan walau sesibuk mana pun


Apabila masing-masing suami dan isteri sibuk dengan kerjaya dan kegiatan setiap hari, kadang-kadang tidak ada lagi masa tersisa untuk diluangkan bersama pasangan. Hal ini menjadikan pasangan semakin menjauh dan terbiasa melakukan semuanya sendiri. Berkurangnya interaksi dan kemesraan antara pasangan.

Nabi Muhammad menjadi contoh dan memberi teladan kepada kita agar tetap melapangkan masa buat pasangan walau sesibuk mana pun kita. Jika dilihat jadual kehidupan harian Rasulullah yang begitu padat dek kerana tanggungjawab yang dipikulnya sebagai Rasul Allah, ketua negara, komander perang dan imam di Masjid Nabawi menjadikan Baginda individu yang paling sibuk.

2. S**a bersembang dan mendengar pasangan dan anak-anak.


Komunikasi dalam perhubungan umpama oksigen pada kehidupan. Ia terlalu penting, tanpa oksigen manusia akan mati. Begitu juga dalam sebuah perhubungan keluarga, tanpa komunikasi menjadikan rumah tangga itu akan semakin hambar dan banyak masalah lain akan timbul.

Kita dapat pelajari sikap ini dari kisah Nabi Ibrahim dengan anaknya. Suatu hari Baginda diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya. Perintah ini dapat dilihat dalam ayat 102 Surah al-Saaffat

يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ

Maksudnya: (Ibrahim berkata) wahai anakku, sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu, maka telitikanlah apa pandangan kamu.

Jika dilihat daripada ayat ini, perintah menyembelih anaknya adalah datang daripada Allah. Baginda boleh sahaja melakukanya serta merta sebagai bukti ketaatan Baginda kepada Allah tanpa meminta izin anaknya, namun sebagai seorang ayah yang begitu menghargai anaknya, Baginda bertanya pendapat anaknya terlebih dahulu. Apakah pendapat anaknya itu mengenai perintah Allah tersebut. Baginda mendengar pendapat anaknya.

3. Memelihara keaiban dan rahsia pasangan


Di zaman serba canggih dan segalanya di hujung jari ini, tips ini seringkali kita terlepas pandang. Lebih-lebih lagi dengan kemudahan aplikasi ‘story’ di whatsapp, instagram, facebook dan juga di sosial media yang lain. Kita jadi mudah berkongsi kehidupan harian kita. Tanpa sedar mungkin ada rahsia pasangan atau sesuatu yang tidak digemari pasangan yang telah kita kongsikan walaupun tujuan asalnya hanyalah sebagai bahan mencuit hati atau inspirasi kepada orang lain.

Ini dapat dilihat dalam surah an-Nisa’, Allah menyebut antara ciri suami dan isteri yang soleh di akhir zaman ini adalah isteri yang memelihara diri dan keaiban suami ketika ketiadaan suaminya.

BACA JUGA Di Mana Kita Dalam Kisah Al-Quran Yang Kita Baca?
فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّٰهُ…

Maksudnya : Maka perempuan-perempuan yang saleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka).

Kita boleh mengambil iktibar juga dalam surah at-Tahrim apabila Allah menegur para isteri Nabi SAW dengan tegas. Bukan hanya dalam satu dua ayat tetapi hampir keseluruhan isi surah ini membicarakan peristiwa ini. Peristiwa ini berlaku apabila Hafshah RA telah berpakat dengan Aisyah RA untuk mengatakan bahawa mulut Rasulullah SAW berbau kerana makan madu di rumah isteri Baginda SAW, Zainab RA. Padahal tidak berbau pun mulut Baginda SAW. Lalu Rasulullah SAW memberitahu kepada Hafshah RA, “Hari ini aku haramkan madu daripada mulutku, kerana kamu telah menghidunya.” Baginda SAW meminta Hafshah RA merahsiakan namun Hafshah RA tetap memberitahu Aisyah RA.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Seksyen 3
Shah Alam
40170