MyIsh Mobile Spa

MyIsh Mobile Spa

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MyIsh Mobile Spa, Nail salon, Shah Alam.

Photos 10/02/2017
Photos 23/12/2016

PAKEJ SERI
------------------

✔ Aromatheraphy Massage
✔ Normal Facial
✔ Foot Spa
✔ Hand Spa

Harga Biasa : RM 275
Harga PROMOSI : RM 240

MASA : 2 Jam 10 Minit

Untuk Booking Appointment Sila Whats app ke :

📱 011 -1192 8497
📱 011 -1192 8497
📱 011 -1192 8497

Photos 22/12/2016

Hanya perkongsian.. boleh digunakan jika bermenafaat untuk anda..!!
Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata | Kurang tidur antara punca utama seseorang mendapat lingkaran gelap di bawah mata ataupun dikenali sebagai mata panda.
Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Selain itu ada juga beberapa faktor lain yang turut menyebabkan masalah ini antaranya pengambilan minuman berkafein secara berlebihan dan juga kurang vitamin E dan C.
Di bawah ini dikongsikan 6 cara mudah hilangkan lingkaran gelap bawah mata
1. Ambil sedikit kuning telur dan campurkan dengan perahan lemon dan madu. Sapukan di bawah mata. Amalkan setiap malam sebelum tidur dan basuh muka seperti biasa keesokan paginya.
2. Sapukan beberapa titis minyak Zaitun pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Biarkan untuk seketika sebelum mencuci muka dengan air bersih. Amalkan sekali sehari seeloknya sebelum tidur.
3. Campurkan beberapa titis jus perahan air lemon dengan air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata. Amalkan dua kali sehari.
4. Simpan uncang teh yang telah digunakan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian letakkan uncang teh yang sedikit sejuk itu ke bahagian mata. Biarkan selama setengah jam. Amalkan sehari sekali.
5. Ambil sebiji kentang dan kupas kulitnya. Basuh kentang tersebut dan potong nipis-nipis. Kemudian lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Amalkan secara kerap.
6. Ambil sedikit air sejuk dan sapukan ke bahagian mata setiap pagi selepas bangun tidur. Amalkan sehingga hilang lingkaran gelap bawah mata.

Photos 22/12/2016

KRIM MUKA DARIPADA PISANG
Pisang antara buah yang menjadi kegemaran semua orang sama ada papa dan mama mahupun si kecil. Selain mudah dimakan, rasanya yang manis membuatkan anak-anak menggemarinya..
Tetapi tahukah anda, pisang juga boleh menjadi bahan kecantikan terutama kepada wanita. Pisang berupaya membantu mengurangkan dan mencegah kedutan pada wajah.
Caranya mudah sahaja, kisarkan sebiji pisang (tidak kisah pisang apa) sehingga menjadi seperti puri atau krim. Kemudian, sapu rata pada muka dan leher. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Akhir sekali, bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air biasa. Anda akan rasakan kulit lebih segar dan tegang. Elok dilakukkan seminggu sekali.

Photos 22/12/2016

MADU & LEMON
Tahukah anda dua gabungan makanan di atas adalah sangat bagus untuk kecantikan dan kesihatan?
Madu boleh memberi kelembapan pada kulit, lemon jika dimakan atau diminum air nya boleh menjadi alkali dalam usus perut. Banyak lagi benefit boleh google kalau rajin.
Tips kecantikan,
Ambil beberapa sudu madu, campurkan dengan lemon yang dibelah dua, gosokkan pada wajah yang berjerawat. Agak pedih tapi inshaAllah esok lusa kecut jerawat.
Tips kesihatan,
Campurkan madu dan lemon beserta air suam. Minum sampai kembung. Amalkan inshaAllah boleh buat perut kempis.
Selamat mencuba!

Photos 22/12/2016

KHASIAT AIR KELAPA MUDA
1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.
6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.
selamat mencuba

Photos 22/12/2016

Kebanyakan permasalahan tentang kecantikan boleh diselesaikan hanya dengan cara memilih pemakanan yang betul. Pemakanan yang baik bukan sahaja boleh mengecilkan saiz pinggang anda dan membina sistem imun tubuh
badan anda, malah ia juga oleh memberi manfaat dari aspek kecantikan seperti mengurangkan kedutan, menjadikan rambut kelihatan lebih bermaya serta menguatkan kuku yang rapuh.
“Diet anda mempengaruhi secara langsung penampilan seharian anda serta memainkan peranan yang penting ketika anda menginjak usia tua” kata Dr Joshua Zeichner.
Zeichner berkata lagi, salah satu penyelesaian tersebut adalah melalui pendekatan bijak yang dikenali sebagai “pelan pembinaan blok kulit dan rambut yang sihat ” – yang terdiri daripada 1001 khasiat, mineral, asid lemak serta antioksidan untuk melindungi badan anda daripada kerosakan disebabkan tekanan persekitaran.
Di bawah ini merupakan beberapa jenis makanan yang mesti termasuk dalam senarai runcit anda jika anda ingin mendapatkan kecantikan diri yang sebenar.
1. Kopi
Secawan kopi setiap pagi bukan sahaja memulakan hari anda, malah kopi mempunyai sebatian bioaktif yang boleh membantu melindungi kulit anda daripada melanoma (kanser kelima paling utama di Amarika syarikat), berdasarkan sebuah laporan terbaru dalam Jurnal institute Kanser Kebangsaan.
Para penyelidik mendapati bahawa lebih banyak seseorang itu mengambil minuman kopi, semakin kurang risiko mereka untuk mendapatkan penyakit ini: mereka yang minum empat cawan setiap hari mempunyai risiko 20 peratus lebih rendah risiko pembentukan melanoma malignan dalam tempoh 10 tahun berbanding individu yang tidak mengambil kopi.
2. Tembikai
Buah kegemaran orang ramai pada musim panas ini kaya dengan lycopene.
“Lycopene memberikan buah tembikai dan tomato warna merah serta bertindak sebagai antioksidan dan membantu mencegah kerosakan UV pada kulit ” kata seorang pakar pemakanan; Keri Glassman, RD, pengasa NuutritiousLife.com.
Para penyelidik juga percaya bahawa tembikai mengandungi sebanyak 40 peratus lebih fiitokimia berbanding tomato mentah; bersamaan dengan SPF 3, jadi makan tembikai bagi meningkatkan pelindungan kulit anda terhadap cahaya matahari.
3. Buah Delima
Biji buah yang hebat ini kaya dengan khasiat seperti vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan, seterusnya menghalang pembentukan garis-garis halus, kedutan serta kekeringan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang menyerang kulit.
Satu kajian dalam American Journal Of Clinical Nutrition mendapati bahawa pengambilan banyak vitamin C dapat mengurangkan berlakunya kekeringan dan kedutan kulit pada wanita pertengahan umur. Buah ini juga kaya dengan fitokimia seperti antosianin (yang membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, seterusnya menegangkan lagi kulit wajah) dan asid ellagic (sejenis bahan kimia semula jadi yang boleh mengurangkan keradangan berpunca daripada kerosakan UV).
4. Blueberi
Tingkatkan seri wajah anda dengan mengambil buah blueberi. “buah ini merupakan sumber vitamin C dan E (dua antioksidan yang berfungsi sejajar untuk mencerahkan kulit, tona wajah yang tidak sekata dan mencegah kerosakan disebabkan radikal bebas), serta diperkaya dengan arubtin, iaitu derivative semula jadi hydroquinone yang bertindak sebagai pencerah kulit” kaya Zeichner.
5. Udang Galah
Udang galah merupakan makanan laut yang kaya dengan zink serta mempunyai cirri-ciri anti keradangan yang boleh membantu merawat pelbagai masalah kulit termasuk jerawat.
“Zink akan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru kulit ” kata Dr.Whitney Bowe, Professor Penolong Klinikal Dermatologi di Sekolah Perubatan Icahn di Gunung Sinai. “Itulah sebabnya anda boleh mendapati erdapat banyak ubat jerawat yang menggunkan zink sebagai nutrien di dalam kandungannya.”
Malah, kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah jerawat mempunyai tahap zink yang lebih rendah berbanding orang yang berkulit normal.
6. Kale
Antara khasiat yang boleh didapati di dalam sayuran berdaun hijau ini adalah vitamin K ( ia menggalakkan pembekuan darah yang sihat, seterusnya mengelakkan dari pembuluh darah di sekitar mata tidak pecah) dan banyak zat besi.
“Zat besi yang tidak mencukupi di dalam diet anda boleh menyebabkan kulit anda kelihatan pucat, dan salur darah di bawah kulit anda lebih jelas kelihatan” jelas Dr.Howard Murad, Profesor Madya perubatan klinikal UCLA. Untuk mendapatkan manfaat yang maksima, makan sayuran yang telah dimasak, bukannya dimakan mentah.
7. Telur
Kuku tangan dan kaki anda diperbuat daripada protein, maka kekurangan zat protein boleh menyahaktifkan talon lembut.
Pastikan kuku anda tidak menipis dan rawat kuku anda dengan cara yang betul: “Telur adalah sumber Biotin yang baik, ia merupakan sebuah vitamin B kompleks yang menghasilkan asid amino, yang kemudiannya menjadi blok binaan protein” Kata Dr.frank Lipman,. Pengarah Pusat Kesihatan Eleven-Eleven di New York.
8. Kacang Walnut
Asid lemak Omega-3 (terdapat dalam minyak semula jadi yang mengekalkan kelembapan rambut anda) dan vitamin E (yang membantu membaiki folikel yang rosak) adalah dua rahsia di sebalik rambut yang kuat dan bersinar – dan kacang ini kaya dengan kedua-dua zat tersebut, kata Lipman.
Anda hanya perlu makan ¼ cawan sehari. Tambahan p**a, walnut kaya dengan zat kuprum, yang akan membantu memelihara warna semula jadi rambut anda: Kajian menunjukkan bahawa kekurangan mineral tersebut boleh menjadi faktor berlakunya uban lebih awal.
9. Avokado
Berikut merupakan sebab mengapa anda perlu menyukai buah Avokado: Buah-buahan yang kaya dengan asid oleic dan asid lemak omega-9 membantu kulit anda mengekalkan kelembapan pada lapisan luar kulit dan memastikan ia terus lembut dan anjal.

Want your business to be the top-listed Nail Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Shah Alam
40150