Jacksan Ameen

Jacksan Ameen

Share

Nama saya Jacksan Ameen CEO Walter College. Berminat nak belajar gunting rambut??

08/05/2025

Ramai tanya!!! Ebook tak ada versi baru ke??

Ebook kali ini lebih menyeluruh, padat dan lengkap isi kandungannya.

300 orang telah dapatkannya dan mereka sangat teruja semasa mula sesi latihan sebab apa??

Ada panduan Ebook lengkap 25 muka surat dan 9 video panduan yang berdurasi 1 jam setiap video dari 4 orang tenaga pengajar berpengalaman.

Tengok ruangan komen 👇

27/01/2024

Cuba belajar gunting rambut dari melihat video??

Sampai sekarang tak paham??

Dah cuba buat tapi masih tidak menjadi??

Belajar ni kena ada guru ibarat menuntut biar berpatut berguru dengan yang tahu!!

Pandai gunting rambut dalam masa 2 bulan sahaja!!

Bimbingan dari tenaga pakar dan mahir di Walter College!!

Siapa berminat boleh kelik pautan di bawah

https://bit.ly/InfoWC2024

https://bit.ly/InfoWC2024

https://bit.ly/InfoWC2024

08/06/2023

Jika keputusan SPM anak korang memberangsangkan jangan baca ni!!

Tahniah kepada anak-anak anda yang telah berjaya mendapatkan keputusan SPM yang baik pada tahun ini. Segala penat lelah membantu mereka akhirnya membuahkan hasil.

Jika ada anak-anak anda mendapat keputusan kurang memuaskan berikan tahniah juga kepada mereka, kerana mereka juga telah berusaha yang terbaik. Kita kena faham setiap manusia yang Allah ciptakan tidak semua sama, ada yang pandai dalam akedemi, ada yang bagus dalam s**an dan ada juga yang mempunyai seni kemahiran.

Janganlah disebabkan mereka tidak dapat keputusan yang baik, kita jadi down, dan mempersoalkan diri 'kenapalah anak aku tak pandai macam anak orang lain'. 'Adakah aku gagal menjadi ibu dan bapa'?. Tidak dinafikan sebagai ibu dan bapa kita sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak kita.

Kita perlu tahu bahawa ini adalah permulaan baru dalam hidup mereka. Perjalanannya masih panjang. Jika anak kita tidak sesuai dalam akedemi kita boleh cuba tanamkan minat mereka kepada pembelajaran berkemahiran.

Hari ini saya nak beri peluang kepada 10 orang wanita diluar sana yang betul-betul mahukan peluang kedua untuk belajar dandanan rambut wanita secara percuma dan 100% tajaan. Asrama saya sediakan, elaun saya beri, pendidikan berkemahiran saya ajarkan. Anda tak perlu risau lagi. Beri mereka peluang sekali lagi untuk buktikan bahawasanya semua manusia jagat raya berhak untuk berjaya.

Jika betul-betul berminat boleh klik link kat ruangan komen. Jangan lupa share kepada anak saudara, anak jiran, atau anak kawan-kawan kita.

Jacksan Ameen
Membantu mereka yang betul-betul nak ubah kehidupan.

21/05/2023

Ada adik perempuan??
Kakak ke?
Atau anak perempuan?

Saya nak kongsi peluang baik ni.
Dengar dulu video ni
Kemudian klik link ni
https://bit.ly/40Ozdtk

12/05/2023

Ini yang anda perlu tahu sebelum nak buka kedai gunting rambut.

Nak buka dan mulakan perniagaan kedai gunting rambut senang je. Nak kekal berterusan tu ada sikit berliku 🤣 saya ada beberapa tips yang mungkin boleh bantu anda semua

1. Penyelidikan Pasaran / Market Research

Sebelum membuka kedai gunting rambut, penting untuk anda menjalankan penyelidikan pasaran dahulu untuk memahami permintaan di kawasan yang ingin anda buka perniagaan. Ini termasuk dengan melihat persaingan, maklumat demografi dan mengenal pasti perkhidmatan yang tidak ditawarkan pesaing pada masa ini.

2. Membangunkan Rancangan Perniagaan/ develop Business Plan

Membangunkan rancangan perniagaan akan membantu menggariskan langkah-langkah yang diperlukan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan kedai gunting rambut. Ini termasuk menentukan kos permulaan, mencari lokasi, membuat belanjawan dan membangunkan rancangan pemasaran.

3. Membangunkan Strategi Pemasaran

Buat rancangan pemasaran yang mempromosikan perkhidmatan anda dalam komuniti. Lancarkan akaun media sosial, bina tapak web dan jalankan iklan yang disasarkan untuk menjangkau bakal pelanggan.

4. Bina Budaya Pas**an yang Teguh

Pastikan untuk memupuk budaya positif dan persekitaran kolaboratif di mana setiap ahli pas**an perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat dan menyediakan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan. Memulakan perniagaan kedai gunting rambut bukanlah satu tugas yang mudah, tetapi dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti, ia boleh menjadi satu usaha yang berjaya.

27/03/2023

Program latihan gunting rambut di Kluang Johor

26/03/2023

Founder Walter Empire (Azri Walter )

Ini adalah kisah benar, bagaimana saya berjumpa dan berkenalan dengan Azri Walter. Pada awalnya saya mengenali beliau kerana saya salah seorang ejen Walter Pomade bahagian selatan tanah air.

Ketika itu saya bekerja di sebuah kilang di Johor Bahru. Oleh kerana desakkan hidup dan kerasnya kehidupan ini, saya mencari alternetif dan pendekatan untuk menambah income. Ada 1001 cara untuk tambah pendapatan dan saya memilih untuk menjual produk. Mungkin kerana saya ni orangnya cenderung kepada pandai bercakap. ( masa tu tak tahu Facebook ada ads 😂)

Perkara utama yang saya lakukan adalah buat survey produk apa yang sesuai dan masa itu 'Pomade' sedang in trend pada 2015. Saya terjumpa satu produk ni yang dinamakan Walter Pomade, saya pon beli dan cuba selama 2 minggu dan hasilnya sangat positif. Saya kontak PIC bahagian produk ini dan bermula lah perkenalan saya bersama tuan Azri Walter.

Pada awal perjumpaan saya hanya ambil 20 tin sahaja pomade dalam masa yang sama sempat bersuai kenal dengan founder ini. Bahasanya halus, santunya berbudi dan orangnya bermotivasi tinggi.
Beliau sempat memberi tips untuk membuat jualan.
Disini saya belajar menjual menggunakan sosial media. Pulang sahaja ke JB, saya sign up semua sosial media yang ada ketika itu termasuklah wechat.

Saya mula menjual di Facebook dan Wechat dan mendapat bantuan nasihat dan bahan-bahan dari founder ini sendiri. Dari 20 tin seminggu menjadi 100 tin seminggu dalam masa 3 bulan. Alhamdulilah pendapatannya sebulan menjual sama dengan pendapatan 1 bulan bekerja sebagai Jurutera Elektronik. Saya kerap ulang alik JB ke kajang ketika itu untuk berjumpa tuan Azri untuk mendapatkan khidmat nasihat. Saya ini sememangnya s**a bekerja dengan masa sendiri dan disini bermula la episod saya berhenti kerja serta merta untuk mulakan langkah baru, circle baru dan mentaliti yang lebih fresh.

Sejujurnya beliau tidak pernah paksa saya mahupun mengajak saya untuk bekerja bersama beliau. Akan tetapi saya secara s**a rela dan berpegang kepada perinsip ilmu berniaga ini perlu dipelajari melalui pengalaman sebenar. Setelah memperhalusi setiap langkah drastik ini, saya percaya rezeki itu ada jika kita berusaha tidak kisah sikit atau banyak yang paling utama boleh makan dan minum sudah mencukupi.

Setibanya saya di Kajang bersama muatan beg pakaian, saya terus berjumpa dengan pegawai tuan Azri untuk membincangkan perkara yang saya boleh lakukan, setelah berbincang panjang, saya diletakkan dibawah department Barbershop oleh kerana saya ada asas mengunting (tu pon tak pandai pakai mesin) maka bermula sekali lagi episod saya menjadi seorang barber

Bersambung.......

Jacksan Ameen
Ejen, Barber, General Manager, Ceo Walter College.

Want your business to be the top-listed Hair Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


B2-23-G, Space U8, Persiaran Pasak Bumi
Shah Alam
40150