As Siraj - Scents For The Soul

As Siraj - Scents For The Soul

Share

Scents That Keep Us Together

Photos from Melayu Dan Islam Bersatu's post 21/08/2019

“Obor Ummah: Tok Bermin”

Tok Bermin atau nama sebenarnya Haji Ahmad bin Idris lahir di Kampung Binjai (Pattani, Thailand) pada tahun 1874.

Beliau merupakan seorang yang tegas dan amat menentang golongan yang berfahaman Wahabi yang masuk ke daerah Pattani.

Di antara guru beliau ialah:-
(1) Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa Al-Fathani @ Tok Bendang Daya Muda
(2) Syeikh Daud bin Mustafa Al-Fathani
(3) Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fathani
(4) Haji Muhammad Ali bin Abdul Rahman @ Syeikh Wan Ali Kutan
(5) Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Fathani @ Syeikh Nik Mat Kecik Al-Fathani

Beliau juga merupakan pengasas Pondok Bermin yang amat masyhur di Pattani.

Tok Bermin wafat di Bermin (Pattani) pada 27 Jun 1957.

19/08/2019

مقام إبراهيم

12/08/2019

اللّٰه أكبر.. اللّٰه أكبر.. اللّٰه أكبر لا إلٰه إلا اللّٰه.. اللّٰه أكبر.. اللّٰه أكبر وللّٰه الحمد.. اللّٰه أكبر كبيرا والحمد للّٰه كثيرا وسبحان اللّٰه وبحمده بُكرةً وأصيلا.. لا إلٰه إلا الله وحده.. صَدَقَ وعدَه.. ونَصَرَ عبدَه.. وأعزَّ جُندَه وهَزَمَ الأحزابَ وحدَه.. لا إلٰه إلا اللّٰه.. ولا نَعبُدُ إلا إيَّاه.. مُخلِصين له الدين ولو كَرِهَ الكافرون.. اللّٰهُمَّ صَلِّ على سَيِّدنا مُحَمَّد.. وعلى ءالِ مُحَمَّد.. وعلى أصحابِ مُحَمَّد.. وعلى أنصارِ مُحَمَّد.. وعلى أزواجِ مُحَمَّد.. وعلى ذُرِّيَّةِ مُحَمَّدٍ وسَلِّم تسليمًا كثيرا.. ربِّ اغفر لي ولوالدَيَّ ربِّ ارحمهما كما ربَّياني صغيرا

10/08/2019

لَبَّيكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيك.. لَبَّيكَ لا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيك.. إِنَّ الحَمْدَ والنِّعمَةَ لَكَ والمُلْك.. لا شَرِيكَ لَك

17/07/2019

وَأَتِمُّوا۟ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّه

Photos from As Siraj - Scents For The Soul's post 16/07/2019

باب الكعبة المُشَرَّفة

15/07/2019

وصف الكعبة من الخارج
#الحج

11/07/2019

RUKUN HAJI

1. Ihram

Sebagaimana diketahui, maksud ihram berniat mengerjakan haji. Oleh itu, niat adalah rukun asas bagi rukun- rukun haji sebagaimana rukun-rukun solat.

2. Wuquf di 'Arafah

Rukun ini berdasarkan hadith sahih,

الحَجُّ عَرَفَةُ، مَنْ جَاءَ لَيْلَةَ جَمْعٍ قَبْلَ طُلُوعِ الفَجْرِ فَقَدْ أَدْرَكَ الحَجَّ

(Riwayat Abu Daud dan yang lainnya)

Yang bermaksud: Haji itu ialah 'Arafah. Sesiapa yang datang ke 'Arafah pada malam perhimpunan sebelum fajar terbit bererti dia dapat 'ibadat haji tersebut.

Justeru wuquf di 'Arafah merupakan teras utama bagi seluruh 'amalan haji, seolah-olah ibadat haji itu hanya semata-mata di 'Arafah. 'Arafah ialah nama bukit yang berbanjar ke Mina, kira-kira 25 kilometer ke tenggara Makkah.

Syarat wuquf di 'Arafah

Wuquf di 'Arafah mempunyai syarat-syarat yang tertentu, iaitu:

a. Wuquf hendaklah dalam tempoh waktu Zuhur hari yang kesembilan Zulhiijah hingga fajar terbit pada hari raya qurban. Ini bererti, seseorang yang wuquf di 'Arafah sebelum atau selepas tempoh tersebut hajinya tidak sah.

Dalam hal ini, memadai berada di 'Arafah seketika daripada tempoh wuquf tersebut, sama ada siang ataupun malam. Namun afdhal menghimpunkan kedua-dua bahagian siang dan malamnya. Justeru sesiapa yang meninggalkan 'Arafah sebelum matahari terbenam dia sunat menyembelih binatang ternakan sebagai dam disebabkan berlainan daripada perbuatan Rasulullah.

b. Wuquf di tempat yang dikehendaki di kawasan 'Arafah. Tidak memadai wuquf di 'Urnah yang bersetentangan dengan sempadan 'Arafah yang ditandai dengan batu-batu besar. Lakukanlah solat Maghrib dan 'Isya' secara jama' semasa perjalanan balik ke Mina kerana menurut perbuatan Rasulullah, dan baginda menyuruh berbuat demikian.

3. Tawaf Ifadhah

Tawaf Ifadhah berdasarkan firman Allah:

وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيق…

(Surah al-Hajj: 29)

Yang bermaksud: “...dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Ka'bah) yang tua sejarahnya itu.”

Begitu juga perbuatan Rasulullah sebagaimana yang tersebut dalam hadith Jabir yang diriwayatkan oleh Muslim.

Syarat sah tawaf

a. Hendaklah mempunyai semua syarat sebagaimana syarat sah solat, iaitu niat, suci daripada hadath besar dan kecil, suci daripada najis, sama ada pada badan, pakaian atau tempat tawaf, dan menutup 'aurat.

Hal ini berdasarkan hadith,

yang bermaksud: Daripada Nabi sabdanya, "Tawaf adalah sebagaimana solat, kecuali Allah membenarkan perbualan ketika tawaf. Sesiapa yang berbual-bual hendaklah perkara yang baik-baik.”

b. Semasa tawaf, mana-mana bahagian badan janganlah termasuk ke dalam sempadan Ka'bah. Justeru hendaklah tawaf di luar kawasan Hijir Ismail kerana ia juga termasuk di dalam kawasan Ka'bah, dan tidak harus tawaf di dalamnya. Hijir Ismail ialah dinding yang rendah dalam bentuk setengah bulatan yang terletak di kawasan sebelah utara Ka'bah.

c. Tawaf hendaklah dimulakan dari Hajar Aswad dengan Ka'bah berada di sebelah kiri badan. Sesiapa yang memulakan tawaf di belakang garisan Hajar Aswad ia belum dikira tawaf sehingga dia sampai ke garisan tersebut. Hal demikian ini, mengikut perbuatan Rasulullah sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith sahih.

d. Hendaklah menyempurna tawafnya sebanyak 7 kali keliling.

4. Sa'ie di antara Sofa dan Marwah

Sofa dan Marwah merupakan dua buah bukit yang berhampiran dengan Kaabah, manakala sa’ie di antara kedua-duanya bermaksud berjalan dari Sofa ke Marwah dan sebaliknya sebanyak 7 kali, iaitu dari Sofa ke Marwah dikira sekali, dan dari sebaliknya dikira sekali, dan begitulah seterusnya.

Syarat sa'ie

a. Sa’ie dilakukan selepas tawaf, sama ada selepas tawaf Qudum atau tawaf Ifadhah. Tawaf Qudum sunat dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji apabila sampai di Makkah. Sementara tawaf Ifadhah p**a ialah tawaf rukun. Hal ini berdasarkan perbuatan Rasulullah yang menunjukkan demikian.

b. Sa’ie adalah sebanyak 7 kali perjalanan yang bermula dari bukit Sofa dan berakhir di bukit Marwah. Setiap perjalanan di antara kedua-duanya dikira sekali.

c. Hendaklah melalui laluan di antara Sofa ke Marwah. Sekiranya tertinggal atau terkurang, maka perjalanan tersebut tidak sah. Justeru orang yang bersa'ie wajib merapatkan tumitnya ke kaki bukit Sofa dan berjalan dari situ menuju ke bukit Marwah. Sebaik sampai di situ wajib p**a menemukan jari-jari kakinya ditebing bukit tersebut dan begitulah seterusnya.

d. Ketujuh-tujuh kali perjalanan tersebut hendaklah dilakukan secara berturut-turut. Sekiranya terpisah agak lama pada tanggapan umum sa'ie hendaklah dilakukan semula.

5. Bercukur

Maksud bercukur merangkumi semua perbuatan memotong rambut. la termasuk menggunting tiga helai rambut atau lebih, mencabut atau memendekkannya walau sekadar mana dan dengan apa-apa alat sekalipun. la merupakan rukun menurut pendapat yang sahih dalam mazhab Imam Syafi'i. Hal ini berdasarkan perbuatan Nabi sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan yang lainnya.

Syarat bercukur

a. Jangan bercukur mendahului waktunya. Waktu bercukur adalah selepas tengah malam Raya Qurban. Sesiapa yang bercukur sebelum waktu tersebut adalah berdosa, dan wajib membayar fidyah.

b. Jangan kurang daripada tiga helai rambut, sama ada bercukur atau bergunting. Hal ini menurut pendapat yang sahih berdasarkan firman Allah tentang orang yang beriman:


…مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ…
(Surah al-Fath:27)

Yang bermaksud: “...dan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) mengunting sedikit rambutnya,…”

Perkataan kepala dalam ayat tersebut bermaksud rambut. Hal demikian ini kerana kepala tidak boleh dicukur. Begitu juga perkataan rambut (الشعر) ialah kata jama', dan sekurang-kurangnya tiga helai.

c. Rambut yang dicukur hendaklah di bahagian kepala. Justeru tidak memadai mencukur rambut pada janggut, misai dan sebagainya. Bagi kaum wanita, ijma' ulama' menyatakan bahawa mereka hanya disuruh bergunting dan tidak disuruh bercukur.

Perhatian

Mereka yang tidak mempunyai rambut sunat melalukan pisau cukur di atas kepalanya.

6. Tartib

Sebahagian besar rukun ini mestilah dilakukan secara tartib, iaitu ihram, wuquf di 'Arafah, tawaf, dan sa’ie. Sementara bercukur boleh dilakukan selepas atau sebelum tawaf.

11/07/2019

Untuk yang selalu perasan mulia, baca dan hadam lah....

Suatu ketika ulama sufi Abu Yazid al-Busthami sedang berjalan sendiri di malam hari.

Lalu dia melihat seekor anjing berjalan ke arahnya.
Namun ketika sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya kuatir tersentuh anjing yg najis itu.

Spontan anjing itu berhenti dan memandangnya.
Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar anjing itu berkata padanya,

“Tubuhku kering tidak akan menyebabkan najis padamu, kalau pun engkau merasa terkena najis, engkau tinggal basuh 7x dengan air dan tanah, maka najis di tubuhmu itu akan hilang. Namun jika engkau mengangkat jubahmu karena menganggap dirimu yg berbaju badan manusia lebih mulia, dan menganggap diriku yg berbadan anjing ini najis dan hina, maka najis yg menempel di hatimu itu tidak akan bersih walau kau basuh dengan 7 samudra lautan.”

Abu Yazid tersentak dan minta maaf. Lalu sebagai permohonan maafnya dia mengajak anjing itu untuk bersahabat & jalan bersama. Tapi si anjing itu menolaknya.

“Engkau tidak patut berjalan denganku, mereka yg memuliakanmu akan mencemuhmu dan melempari aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina, padahal aku berserah diri pada sang Pencipta wujud ini, lihatlah aku juga tidak menyimpan dan membawa sebuah tulang pun, sedangkan engkau masih menyimpan sekarung gandum.”

Lalu anjing itu pun berjalan meninggalkan Abu Yazid.

Abu Yazid masih terdiam, “Ya Allah, untuk berjalan dengan seekor anjing ciptaan-Mu saja aku tak layak, bagaimana aku merasa layak berjalan bersama dengan-Mu, ampunilah aku dan sucikan hatiku dari najis..”

Sejak itu Abu Yazid memuliakan dan mengasihi semua mahluk Tuhan tanpa syarat.

“… Maka janganlah kamu mengatakan dirimu Suci.
Dialah yg paling mengetahui tentang orang yg benar2 bertaqwa.” (QS. an-Najm: 32)

Subhanallah..

Semoga bermanfaat.

Photos from ‎الشيخ الدكتور جميل حليم الحسيني‎'s post 08/07/2019
29/06/2019

Ada orang kata Perkataan "Yang Maha Mulia" tidak sesuai digunakan pada manusia sebaiknya hanya layak bagi Tuhan. Penggunaan perkataan ini boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah meletakkan seorang Sultan setaraf dengan Tuhan.

Masalah ini bukan kerana gelaran Sultan tetapi kerana dari kita sendiri yang kurang Pemahaman dalam bahasa melayu dan malas mengkaji dan mencari.

Tiba-tiba teringat p**ak bait lirik lagu Malique

Maafkan mereka...
Mereka tidak tahu...
Mereka tidak ramas buku...
Mereka segan ilmu...
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata...
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa...
Maafkan mereka...

Untuk Pengetahuan umum.

Maksud "Duli Yang Maha Mulia"

-Adapun "Duli" itu maknanya "debu". Makanya "Duli Yang Maha Mulia" itu maknanya Raja yang bertakhta itu walau seluas manapun jajahan takluknya, hanyalah ibarat debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Adapun "Paduka" itu maknanya "selipar" manakala "Baginda" itu ialah baginda Rasulullah SAW.

Maksud "Seri Paduka Baginda"

-Makanya "Seri Paduka Baginda" itu maknanya Raja yang berkuasa itu, meskipun segunung emas sepuluh mutu banyak hartanya, hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah, utusan Tuhan Yang Maha Mulia.

Inilah keunikan dan kekayaan bahasa Melayu.

Kredit : FB Tengku Daeng Mawelle

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


NO. 49B, Jalan NOVA U5/N, SUBANG BESTARI
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00