The Gift Of our Lives
Semalam sudah jadi sejarah, esok masih misteri, Hari Ini ialah suatu Anugerah (Hadiah). Raikan dan harungi hari ini sebaiknya
25/10/2018
Beli insurans bukan untuk jadi kaya. Tapi untuk elakkan beban kewangan kepada family..
Contact saya untuk makluman lanjut : www.wasap.my/+60192938343
05/08/2018
"Insurans cover kes HFMD"?
Cover untuk pemegang policy medical.
Kalau setakat tanya aje, tak cover
25/07/2018
Post World Cup Final..
Sharing pagi Isnin..
"Siapa yg score x penting, tapi ke mana gol tu dijaringkan sangat penting".
Eh.. x brapa paham. Takpe mula-mula abam pun blur jugak.
Berapa jumlah gol? ... 6..
Berapa France score? ... 3..
Berapa Croatia score? ... 3.. ehh... Sepatutnya seri kan.. Yet Croatia kalah sebab score gol sendiri..
Begitulah dalam hidup kita ni.. Kena pastikan segala sumber yang ada (masa,tenaga,duit,etc) disalurkan ke tempat yang betul.. Kalau tak diuruskan dengan baik, ibarat score gol sendiri. Kalah dalam perjuangan hidup.
25/07/2018
MENABUNG
Kalau anda boleh simpan RM3 sehari, sudah pasti boleh digunakan untuk deposit rumah macam client saya ni....
Ingin tahu bagaimana caruman berkala dari takaful anda boleh generate simpanan untuk keperluan kewangan anda?
Di saat perlukan dana, alangkah leganya sekiranya ada sumber simpanan tanpa sedar ini, kan..
wasap.my/+60192938343
wasap.my/+60192938343
wasap.my/+60192938343
Luangkan sedikit masa untuk appointment kita. Saya akan tunjukkan caranya..
25/07/2018
Kenapa Claim Tak Approve?
"Insurance penipu!!...Masa nak jual janji bulan bintang, nak claim macam-macam hal".
Seringkali saya dengar kenyataan ini apabila saya memperkenalkan diri saya sebagai agent insurance pada awal pembabitan pada tahun 2008.
Tapi Alhamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurance atau takaful ini.
Memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurance/takaful.
Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurance tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.
Antara Sebab Utama adalah...
1. Policy Lapsed
Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurance tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.
Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupanya belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai policy lapsed.
2. Manfaat tiada didalam jadual policy
Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada policy insurance, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurance tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.
Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD" seperti ini :
Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)...minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.
Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu p**ak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah (sekiranya ada) yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.
Jadi kesimp**annya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.
3. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya...(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).
B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tubuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.
4. Non-Disclosure
Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.
5. Waiting period (tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.
Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.
Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.
1. Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular
2. Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.
3. Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
4. Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele
5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
6. Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.
Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.
Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.
Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospect saya "Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?...sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi."
Sebarang pertanyaan, anda boleh email [email protected] atau hubungi saya di 019-2938343 (Ahmad Kamal) untuk mengetahui lebih lanjut maklumat mengenai Plan PruBSN Takaful.
09/03/2018
Beli rumah : MRTA vs MLTT
Loan dh approve..Tahniah! anda skrg pemilik rumah idaman.
Tahukah anda beza MRTA dan MLTT?
Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan MLTT bagi tujuan perlindungan hartanah anda.....
MRTA Vs MLTT (Takafulink)
Untuk pengetahuan semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang terunggak.
Ciri-ciri MRTA adalah seperti berikut.
1. Bayaran lump sum (sekali gus).
2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan).
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.
7. Tiada nilai tunai.
Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi. Macam mana?.....Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.
Bagaimana takafulink boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA/MRTT?
Cuba kita lihat ciri-ciri takafulink.
1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.
2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.
7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.
Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%.
Secara ringkasnya, sila refer jadual di bawah :
Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.
Berbeza dengan Plan Takafulink, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium boleh dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil plan MRTA dan tidak terdedah dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.
Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan tersebut boleh digunakan oleh pewaris terutama sekiranya yang ditinggalkan adalah isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yang masih kecil. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.
Selain itu, waris juga dapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takafulink pada tahun kematian.
Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.
Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat p**angan pelaburan.
Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekkan.
Jadi terp**ang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.
Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai MRTA Vs MLTT (Takafulink) , boleh contact saya di 019-2938343 (Ahmad Kamal) atau email saya di [email protected]
09/03/2018
Pelan Simpanan Mampu Milik
* Simpanan patuh syariah
* Simpanan PERCUMA (parent/spouse waiver)
* Hadiah Kecemerlangan Akademik 200%
* Terdapat juga Simpanan Persaraan
* Manfaat Hibah Takaful
* Investment return yang tinggi
* Proses pengeluaran sangat mudah
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
08/03/2018
06/03/2018
APA ITU HIBAH?
Adalah pemberian sejumlah wang pampasan kepada org yang telah kite tetapkan setelah kita meninggal dunia tanpa melalui faraid dan harta pusaka šš¼šš¼
Di Prudential BSN Takaful hibah takaful boleh dilaksanakan melalui Pelan Takafullink, Pru BSN Protect, Pru BSN Warisan & Pru BSN Platinum..
Kurang faham? Dont woryy... biar sy pahamkan lg ... encik/ puan just :
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
MENCARI MEDICAL CARD TERBAIK? TIPU SEMUA TU.
FAHAMKAN 5 PERKARA INI.
Bagi yang berkemampuan, mungkin Medical Card ini sudahpun diācoverā oleh Pelan Takaful anda. Tapi, ada sesetengah orang belum ada Medical Card sendiri sebab belum ada keperluan. Mungkin ianya ditanggung oleh majikan. Atau anda selama ini memang lebih s**a pergi ke Hospital Kerajaan kerana anda dapat keistimewaan sebagai kakitangan kerajaan. Tapi bila melibatkan anak-anak, barulah berasa perlu untuk ada Medical Card ini.
Jadi, Medical Card yang mana terbaik di pasaran?
Kalau ditanya pada ejen takaful, sah-sah akan kata syarikat takaful dia yang terbaik. Melainkan ejen tersebut betul-betul jujur dan prihatin terhadap keperluan anda. Oleh itu, penting untuk kita sendiri mengenalpasti faktor yang perlu dipertimbangkan selain harganya.
*****************************************************************
5 Perkara Kena Faham Supaya Tak āTertipuā Dengan Medical Card
1. Jenis Coverage ā Tahunan Atau Seumur Hidup?
Ada 2 jenis coverage yang terdapat pada Medical Card yang perlu anda tahu untuk bezakan, iaitu perlindungan seumur hidup (life time coverage) atau perlindungan tahunan (annual coverage).
Menurut ramai ejen takaful yang berpengalaman, apabila ditimpa penyakit, situasi yang biasa berlaku adalah seseorang tidak dapat menampung jumlah kos perubatan kerana telah mencapai had perlindungan tahunan, contohnya RM 100,000/tahun. Menurut akhbar tempatan bertarikh Mei 2017, rawatan kanser paling minima di hospital swasta adalah RM20,000 dan ia boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, apabila keadaan bertambah buruk, seseorang perlu menampung dengan wang sendiri walaupun mempunyai Medical Card.
Jangan keliru, ejen takaful kadang-kadang s**a sebut angka yang besar-besar.
āBro, jangan risauā¦Medical Card ni cover sampai RM500,000ā
Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM100,000 dan kalau kita jatuh sakit, bila habis saja had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM400,000.
2. Co-Takaful / Co-Payment atau Full Payment?
Co-Takaful ialah peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap kali claim. Contoh 10% dari bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow up. Biasanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau follow up.
Co-Payment p**a ialah peratusan yang perlu ditanggung dari bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan bila client naik taraf bilik wad melebihi had bilik.
Teliti terma dan syarat dalam Medical Card sama ada ianya menawarkan pelan yang ada co-payment. Walaupun harganya nampak murah, tapi ia mungkin akan menyusahkan anda apabila ditahan wad nanti.
Jadi, kalau masa kecemasan tak bawa cash, susahlah. Tapi, kalau anda rasa lebih jimat begitu, terp**ang.
3. Renewal ā Yearly Atau Guaranteed?
Bagi Medical Card yang diperbaharui setiap tahun (Yearly Renewable), pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Kalau pernah claim banyak, maksudnya ada kemungkinan akan kena caj tambahan, syarat pengecualian, dan sebagainya hingga ia boleh menghilangkan faedah Medical Card anda. Malah, ia mungkin menyukarkan anda untuk memohon Medical Card baru dari melalui syarikat lain.
Maka, pastikan perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh ejen.
Medical Card yang jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin kerana syarikat tidak boleh menamatkan Medical Card anda ses**a hati atau menambah sebarang caj melainkan bila anda tak bayar atau lifetime limit dah habis. Jadi, walaupun pernah claim banyak kali untuk penyakit yang sama atau penyakit berisiko tinggi, anda tak perlu risaukan sebarang caj ātersembunyiā.
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
4. Harga Hospital / Wad
Kalau terjadi sesuatu, hospital mana yang paling selesa untuk dirujuk? Berapa harga wad bilik di hospital tersebut? Adakah harga tersebut bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal anda? Ini adalah persoalan yang berbaloi untuk anda renungkan kerana faktor lokasi memainkan peranan penting juga. Kalau duduk di Lembah Klang, harga untuk bilik single RM250 sehari tu masih boleh dapat lagi.
Selain itu, kena realistik untuk memikirkan sama ada jumlah coverage tersebut tahan inflasi. Jadi, adakah harga bilik wad yang ditawarkan masih relevan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?
5. Polisi Boleh Ubah Atau Tetap
Akhir sekali, jangan lupa semak sama ada polisi Medical Card anda adalah tetap atau boleh ubah. Jangan lupa teliti betul-betul pada bahagian Portfolio Withdrawal Condition kerana sesetengah orang mungkin tak faham bab ni.
Klausa Portfolio Withdrawal Condition ini membenarkan syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis 30 hari. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, ia membolehkan syarikat tersebut untuk berhenti menanggung claim yang terlalu banyak. Dalam erti kata lain, tak salah untuk mereka ālepaskan diriā!
=====================================================
TIADA ISTILAH MEDICAL CARD TERBAIK
MAAF, TIADA ISTILAH MEDICAL CARD TERBAIK, TETAPI YANG ADA IALAH "PALING SESUAI".
Jadi kalau sudah ada Medical Card, buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover.
Jangan asyik bertangguh, sebab Medical Card biasanya akan kecualikan coverage untuk sakit yang dah ada dalam rekod kita selama 5 tahun kebelakangan ā tak kiralah rekod pada hospital kerajaan, hospital swasta, atau klinik.
Jadi sebaiknya Medical Card ini diambil semasa umur muda sebab bayaran premium bulanannya murah. Harganya tak akan berubah walaupun harga semasanya dah naik banyak kali bila umur kita semakin meningkat. Maksudnya, lagi awal kita mula, lagi murah kita bayar. Barulah jimat!
Nak Abg Kamal bantu dapatkan medical card yang paling sesuai dan ikut bajet?
Atau dah ada policy takaful tapi tak tau isi kandungannya?
Nak Abg Kamal review policy untuk pastikan relevan dan sesuai dengan keadaan semasa?
Just pm atau contact untuk appointment:
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
12/02/2018
Salam abang kakak sekelian..
š¹RM 1.80 SEHARI JE UNTUK SIMPANAN PENDIDIKAN HERO DAN PRINCESS KESAYANGANā¼
š¹APA LA SANGAT ABG AKAK SIMPAN RM 1.80 SEHARI UNTUK JAMINAN KEWANGAN PENDIDIKAN HERO & PRINCESS, KAN..š
š¹TAKKAN NAK BERGANTUNG PADA PTPTN AJEā
Abg akak nak ke anak² baru je abis belajar, belum sempat kerja dah kena tanggung beban HUTANG mcm dah loan sebiji kereta Kancilā
Nampak kan berita di surat khabar umur muda belia awal 20-an seramai 1.2juta orang dah kena declare sbg BANKRAP / CCRISā
Paling sadis, anak² ditekan suruh belajar. Bila dah dapat result cemerlang abg akak p**ak tak dapat nak support anak² sambung belajar. Kesian anak², kan..
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343..........................................................................
š
Takpe, tak perlu pening kepala. Mari Abg Kamal bagitau mcm mana nk buat. Dengan pengalaman 10tahun dalam industri, dah beribu client portfolio yang Abg Kamal dah uruskan.
š
Walaupun abg akak ditakdirkan pergi dulu, jaminan simpanan pendidikan akan tetap BERTERUSAN dan DITANGGUNGā¼
š
Ada Hadiah Cemerlang Akademik p**ak tu untuk anak² yg score result exam dari UPSR sampai la Degreeā¼
Abg akak āperlu risau sebab dana simpanan šÆ Dana ISLAMIK.
š
Proses pengeluaran simpanan pun sangat mudah. Bagitau je Abg Kamal. Tau la Abg Kamal uruskan.
Wassap atau contact Abg Kamal utk info lanjut.. Atau klik kt link di bawah
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
www.wasap.my/+60192938343
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Shah Alam