SOR44 Barbershop

SOR44 Barbershop

Share

SOR44 BARBERSHOP Our highly skilled barbers use quality straight razors and the best equipment to achieve the best haircuts.

Haircut - RM20
Hair Trim - RM10
Shave - RM10
Beard Trim - RM5

02/06/2019
24/01/2019

Innalillahi wainna ilaihiraji’un
Kami atas nama MYCC, mengucapkan turut berduka cita yang sebesar-besarnya atas cobaan yang menimpa keluarga Arwah Abg Syah ME @ Funder Myvi Empire motorsport Kami berharap Allah SWT akan selalu memberikan kesabaran dan ketabahan pada keluarga yang ditinggalkan. Semoga sahabat kita tetap bersemayam di dalam hati keluarga yang ditinggalkan.

Sesungguhanya kita adalah milik Allah, dan hanya kepada Dialah diri kita akan dikembalikan. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa almarhum, dan menerima segala amal kebaikannya semasa ia hidup. Semoga kepergiannya tidak menyisakan hutang atau keburukan apapun, dan bagi keluarga yang ditinggalkan semoga selalu diberi kesabaran dan ketabahan.

Semoga kita semua mengambil tauladan pada kebaikan yang almarhum lakukan selama hidupnya. Kita simpan saja semua keburukan almarhum semasa hidup, dan tak perlu diungkit-ungkit lagi.

Semoga amal ibadah dan amal sholehnya Almarhum diterima oleh Allah SWT, dan semoga Almarhum juga diterima di sisiNya. Semoga Allah SWT juga mengampuni semua dosa yang pernah ia lakukan semasa hidup, kami MYCC (Malaysian Myvi Custom Club) turut berduka cita yang sedalam-dalamnya atas kepergian Almarhum. . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امي

25/10/2016

Assalamualaikom.. Selamat pagi semua..

Photos 21/09/2016

ASSALAMUA'LAIKUM SEMUA

EVENT CROSS TT ANTARA CLUB MYVI SELANGOR

LOKASI : PARKING GIANT/STADIUM SEKSYEN 13, SHAH ALAM
TARIKH : 24.9.2016 ( SABTU )
MASA : 9.30 MALAM SAMPAI LEBAM

AGENDA

1.SUAI KENAL & MENGERATKAN SILATURRAHIM

2.BERBINCANG BERKENAAN PROGRAM BERSAMA AKAN DATANG

3.PENDAFTARAN AHLI BARU DARI CLUB MASING-MASING

4.SESI TEPEK STICKER DARI CLUB MASING-MASING

______________

CLUB YANG AKAN HADIR DIBAWAH

1.MCN (MYVI COMMUNITY NETWORK)
2. MIOC (MYVI ICON OWNER COMMUNITY)
3. UMC (UNITY MYVI CLUB)
4. VMC (VOLUNTEER MYVI COMUNITY)
5. M1.5OC (MYVI 1.5 OWNERS COMMUNITY)
6. RYC (ROYAL YELLOW COMMUNITY)
7. CMS (COMMUNITY MYVI SELANGOR)
8. BBM Central community
9. Myvi Kanjo Community
10. MTM (Midnight Touge Myvi)
11. MYCM (Myvi Community Malaysia )
12. ACTiVE MyviCommunity
13. MYCC (MALAYSIAN MYVI CUSTOM CLUB)

BERSATU ATAS MINAT YANG SAMA PERMOTORAN

HUBUNGI
HAZMI - 012-260 2058
RAFFIE - 016-664 6787
FIRDAUS - 017-284 1860

MOHON SEBARKAN KE GROUP/CLUB LAIN

*GAMBAR SEKADAR HIASAN*

20/09/2016

*MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN*

B A W A
K E R E T A A N D A
K E B A L A I P O L I S D U L U

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). *Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.*

*Jangan tandatangan..!* Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat *komisen 10%* dari insurans anda.

Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!

Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,

*"Saya nak towing saje.."*

Biasanya kena caj dalam *RM200-RM300*. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.

Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.

Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk *claim 10%* dari tokey bengkel.

*Caranya..?* Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.

*Contoh*, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam *RM100,000*. Jadi anda boleh *claim RM10K* dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.

Sebab itulah longkai biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, anda boleh claim *'lost of use'* pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) *RM30 satu hari.*

Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat *RM30* setiap hari selama sebulan.

*RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900*

Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.

Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.

Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.

PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.

Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.

Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.

Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

*Kedua !* Hati-hati dengan longkai bila diaorang cakap,

*"Hantar kat bengkel saya je lah..!"*

Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu. Share artikel ini kalau berguna pada kawan lain..!

M E N G E L A K K A N
K E Z A L I M A N S E M A S A
D A L A M K E M A L A N G A N ..
Semoga bermanfaat..😊😊😊

Photos 11/09/2016

Assalamualaikum DAN SALAM SEJAHTARA semua dihormati...
Ayam kampong tertelan sabun,
Terus ke hospital operation perut,
Ikhlas ku kirim serangkap pantun,
Mesra ikatan jalinan terpaut.
Cicak meninggal tertelan kurma,
Tidak bernyawa terbeliak mata,
Aidil Adha bakal menjelma,
Tangan ku hulur maaf ku pinta.
Anak kucing terpijak duri,
Menjerit-jerit macam nak mati,
Wassup dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.
Kera tunggal makan delima,
Rasanya kelat tidak terasa,
Laungan takbir kini bergema,
Tanda syukur pada yang Esa.
اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
10 jari jemari menyusun kata, mohon ampun di pinta,
Selamat Hari Raya Aidiladha
ikhlas dri kami MYCC

MAJLIS BERBUKA PUASA MYCC 2016 BASON SEK9. 13/06/2016

-BERBUKA PUASA
-LEPAKING
-TT

Want your business to be the top-listed Hair Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Shah Alam-Kuala Lumpur
Shah Alam
40150