ASM - Pembekal Serum Terbaik

ASM - Pembekal Serum Terbaik

Share

Dengan izin Allah
Terhasil lah penawar bagi segala sakit luaran. Dan benarkan kami membantu anda supaya dihindarkan dari sakit yang buatkan anda sedih

==============================
☆☆☆INFO THE MAJLIS SERUM☆☆☆
==============================

Serum The Majlis Adalah Salah Satu Produk Terunggul Yang Diiktiraf Oleh R.A.K Dan Membantu Di Dalam Penyembuhan Dalaman Dan Luaran Melalui Konsep Tri-Regen Iaitu ;

⚪MERAWAT
⚪MENCEGAH
⚪MENYIHATKAN

Yang Pertama Di Asia Dan Dunia Kini Berada Di Pasaran MALAYSIA

Diformulasikan Secara Ekslusif Dengan Gabun

12/07/2017

*Melayu:* Hello Apek! Itu ketam ada jual ka?

*Cina:* Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

*Melayu:* Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

*Cina:* Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

*Melayu:* Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

*Cina:* Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan belajar macam mana dia boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

*Melayu:* Ketam Melayu tak macam itu ka?

*Cina:* Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain akan tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Mereka tak mau dia seekor saja berjaya keluar. Yang lain biar dalam bekas. Kalau pun dia berjaya keluar, dia akan terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

*MORAL OF THE STORY:*

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana dia boleh berjaya. Cina yg dah berjaya itu p**a, akan ajar dan tolong Cina lain agar dia pun berjaya juga.

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu berjaya, Melayu lain akan buat apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila seekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini.

Sebab itu Melayu susah nak maju.
Jadi janganlah kita menjadi seperti ketam itu.
Sama-sama lah kita membantu antara satu sama lain..

*Kalau Rasa Kisah Ketam Ni Bermanfaat*
*Share Lah Sebanyak Mungkin*
*Agar Orang Melayu Sedar

17/02/2017

Rasa nk try produk baru laa..
Harap produk tu dpt bantu lbh rmai org
Tq 4 da support

Photos 23/01/2017

SUATU HARI ABU KELUAR KE KEDAI UNTUK MEMBELI SELIPAR RM10 ...

*ABU* : Tauke,, selipar RM 10 ada kah ???

*TAUKE* : Ada....Nahh....
(Abu pun memberi RM10 nya)

*TAUKE* : Tambah 60 sen lagi ...

*ABU* : Apa hal 60 sen ???

*TAUKE* : G.S.T lah ...

*ABU* : Apa itu G.S.T ???

*TAUKE* : Goverment Suruh Tambah ...

*ABU* : Kalau tak tambah ???

*TAUKE* : Government Suruh Tampar ...

*ABU* : Kalau saya elak ???

*TAUKE* : Government Suruh Tendang ...

*ABU* : Kalau saya lari ???

*TAUKE* : Government Suruh Tangkap ...

*ABU* : Kalau saya telampau laju ???

*TAUKE* : Government Suruh Tembak ...

*ABU* : Kalau saya Mati ???

*TAUKE* : Government Suruh Tanam ...

*ABU* : Nanti siapa jaga saya punya anak Bini ???

*TAUKE* : Government Semua Tanggung ...

*ABU* : Pakai apa tanggung ???

*TAUKE* : BR1M lah ...

Harshaali at Big Star Entertainment Awards 17/01/2017

Who still remember this girl?
She's so cute right?
😍😍😍

Harshaali at Big Star Entertainment Awards

Photos 24/11/2016

[PROMOSI HUJUNG TAHUN]
"Penghabisan Stok Besar-Besaran"
"Harga Murah Tak Masuk Akal"
DUIT TAKDE, SEMUA MASALAH KULIT TAKDE,
TAK MENJADI MASALAH DAH!
Izinkan saya bantu.
Lihat Komen Utk Gambar & Kebaikan Produk.
Untuk info produk dan cara membeli.
Boleh PM no yang tertera 👇
0139781491

Photos 15/11/2016
Photos 13/11/2016

Lunch dulu semua..
Pastikan makanan yg korang makan tu menyihatkan dan bersih ok..
Selmat berhujung minggu

Photos 09/11/2016

Kudis Kencing Manis sembuh selepas sapuan The Majlis ? Tak jadi pergi hospital untuk potong kaki 😱😱 Tak percaya Uolls ?
Sedarlah, Kini Perubatan Semakin Moden
Jom Ikhtiar! 😄😄

Photos 08/11/2016

Haaaa... korg kene hati-hati laa kalau dengan orang yang bila dia cakap jer korg ternganga..

Meh sape2 nk join perniagaan ni, abam tak jamin korg kaya, tapi abam jamin kau dpt income kalau kau dpt buat sale..
Untung pun tinggi, dropship jer dh dpt RM30..
Lepas dh laa stakat nk makan kepci seminggu sekali tu kan.. bru leh ckp dgn member apa ada hal makan kepci setiap minggu.. hahaha

Photos 08/11/2016

All in One ???

Produk apa tu ?? Ni haa.. Majlis bukan sahaja merawat sakit kulit biasa hingga kronik, bahkan mampu merawat sakit lutut, pinggang, sendi dan otot.

Ada lagi ker ?? Wow !! 🙀

The Majlis juga mampu melegakan sakit migrain dan sakit kepala. Kalau anak-anak cedera atau terkena gigitan serangga berbahaya pun boleh sapu the Majlis ni tau uolls.

Resdung boleh sembuh bahkan jerawat pun boleh kecut dengan sapuan The Majlis. Dengan satu botol mampu merawat pelbagai penyakit.

Macam tak percaya !! Cinta sudah berputik pada awak The Majlis 😍😍

07/11/2016

PESANAN ROH PADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat p**a bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh p**a berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kump**an malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang p**a sekump**an malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kump**an malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kump**an malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba p**a dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba p**a dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Renungkanlah.....

Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Salam Zohor

Photos 07/11/2016

F A K T A P S O R I A S I S

#*OoBaruTahu*

*Apa itu psoriasis?*

Satu penyakit keradangan yang kronik dan bersifat autoimun yang terjadi di kulit dengan kesan tompokan putih, silver, atau merah dan bersisik tebal di bahagian tubuh yang tertentu. Penyakit ini tidak berjangkit dan kebiasaannya terjadi kepada orang dewasa. Psoriasis juga dikatakan adalah disebabkan oleh proliferasi atau pertumbuhan sel kulit yang tidak normal dan sangat cepat.

*Apa faktor penyebab Psoriasis?*

🔸Dipercayai sebagai sakit yang diwarisi dari keturunan

🔸Sistem pertahan tubuh yang terlalu aktif

🔸Kecederaan pada permukaan kulit

🔸Pendedahan terhadap sinaran UV yang berlebihan

🔸Kesan sampingan ubat-ubatan

🔸Perubahan hormon

🔸Gaya hidup yang tidak sihat

*Jenis dan Simptom Psoriasis*

✔Psoriasis Vulgaris

Tompokan merah dan bersisik putih. Menyebabkan kegatalan dan kesakitan di permukaan kulit.

✔Guttate Psoriasis

Tompokan kecil dan bersisik merah di setiap bahagian tubuh

✔Inverse Psoriasis

Tompokan yang ditemui di bahagian tubuh badan seperti daerah payu dara, alat sulit, bawah lengan. Tidak bersisik tetapi menyebabkan keradangan merah pada kulit

✔Pustular Psoriasis

Jenis psoriasis yang kronik dan paling menyakitkan dengan kesan lecuran kekuningan penuh dengan nanah.

✔Psoriasis juga boleh muncul di kulit kepala yang sering disalah anggap sebagai kelimumur. Penebalan kulit yang muncul berbentuk serpihan bersisik merah di permukaan kulit.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Shah Alam
40100