Paman Urutan Tradisional

Paman Urutan Tradisional

Share

Urutan Tradisional Khas Untuk Lelaki Sahaja

02/02/2025

Assalammualaikum dan selamat malam kepada semua

Pengumuman Penutupan Paman Urutan Tradisional dan Bekam

Dengan rasa berat hati, saya ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Urutan Tradisional dan Bekam yang saya tawarkan akan ditutup buat selamanya mulai hari ini. Keputusan ini diambil setelah pertimbangan yang mendalam, semua ini dilakukan atas nasihat doktor, untuk menjaga kesihatan saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah memberikan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatan ini.

Saya amat menghargai setiap sokongan, kepercayaan, dan kesetiaan anda sepanjang perjalanan ini.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan yang telah memilih dan menyokong saya. Tanpa sokongan anda, saya tidak akan berada di sini selama ini. Terima kasih kerana memberi kepercayaan dan kesempatan untuk menyajikan perkhidmatan terbaik kepada anda. Saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua, semoga sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan.

06/12/2024

Assalammualaikum semua

Dengan berat hati saya ingin mengumumkan perkhidmatan urutan tradisional dan bekam akan ditutup sehingga diberitahu kelak (kemungkinan besar tutup terus)

Perkara ini dilakukan atas saranan doktor kerana faktor kesihatan saya. Jika kalian ingin tahu saya sakit apa,boleh pm saya untuk saya terangkan

Keputusan ini sangat berat untuk saya buat, namun apakan daya. Kesihatan lebih penting.

Terima kasih kepada semua pelanggan saya, tak lupa juga kepada semua yang menyokong saya

Akhir kata dari saya, doakan kesihatan saya kembali sihat walaupun doktor dah cakap agak sukar.

Terima kasih semua

06/09/2024

Alhamdulillah Kisah malam tadi

Terima kasih Encik Hafizuddin sudi datang urut dengan saya

Buat pengetahuan semua, buat masa ini saya hanya dapat mengurut di hari Khamis sahaja, akibat daripada tuntutan kerja

Jadi awal2 saya nak minta maaf jika tarikh/hari yang kalian requet untuk urut/bekam saya tak dapat nak tunaikan

En Hafizuddin ini sebenarnya customer tetap saya
Yang sebulan sekali akan datang urut dengan saya
Kebetulan plak minggu hadapan beliau akan menikah, jadi malam tadi die nak urut sebelum pulang ke kampung untuk melakukan persiapan.

16/07/2024

Alhamdulillah
Kisah malam ini
Terima kasih kepada brader Roy Fbi sudi berbekam dengan saya malam ini

Sesiapa yang nak buat kabinet dapur atau sebarang kabinet boleh hubungi beliau

Untuk pengetahuan semua slot dibuka hanya pada hari Selasa, Rabu dan Khamis sahaja
Untuk minggu ini slot ketiga-tiga hari telah ditempah
Untuk minggu depan slot yang kosong hanya pada Rabu dan Khamis sahaja

12/07/2024

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalammualaikum semua
InSyaAllah bermula 16 Julai 2024 - Selasa
Saya akan mulakan semula perkhidmatan urut dan bekam

Segala detail boleh dibaca didalam gambar dibawah ya

Terima kasih

Photos from Paman Urutan Tradisional's post 16/04/2024

Assalammualaikum semua

Perkhidmatan urut dan bekam akan ditutup buat sementara waktu

Ini kerana tangan saya baru sahaja dilakukan minoriti operation bagi membuang ganglion cyst

Bagi yang tak tahu apa itu ganglion cyst
Boleh rujuk link kat bawah ya

https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases--conditions/ganglion-cyst-of-the-wrist-and-hand/

Doakan saya cepat sembuh ya

07/04/2024

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum semua

Bermula semalam 6 April 2024 sehingga 15 April 2024
Perkhidmatan urut Paman Urutan Tradisional akan tutup sementara waktu untuk menyambut hari raya Aidilfitri yang akan datang

InSyaAllah akan buka semula bermula 16 April 2024

28/03/2024

Salam Nuzul Quran

2024/1445H

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang- orang yang beriman yang mengerjakan amal- amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar."

08/03/2024

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalammualaikum semua
InSyaAllah bermula 13 March 2024 bersamaan hari rabu

Saya akan buka semula perkhidmatan urut

Cuma kali ini ada terma dan syaratnya

Sila rujuk di poster untuk keterangan lanjut ya

25/11/2023
23/10/2023

Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua

Perkhidmatan urut dan bekam buat masa ini ditutup untuk sementata waktu sehingga diberitahu

Maaf atas segala kesulitan

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kampung Melayu Subang
Shah Alam
40150