Azu Healthy Lifestyle
Follow me to discover the best healthy lifestyle inspiration.
27/11/2023
Hello hi gais ๐
Berada di dalam circle yang baik juga antara salah satu perkara penting untuk memastikan kesihatan mental kita terjaga.
Haa, jaga kesihatan bukan setakat bersenam dan jaga makan aje tau.
Jaga kesihatan mental pun sangattt penting.
Sama-sama kita usahakan ya. Fighting!
21/11/2023
KEPENTINGAN VITAMIN DALAM TUMBESARAN KANAK-KANAK
Menurut Hello Doktor;
Bagi kanak-kanak yang sakit, mengalami malnutrisi, dan tumbesaran perlahan, mereka ini perlu mengambil suplemen vitamin.
Bagi kanak-kanak yang obes, penyerapan vitamin A, D, E dan K adalah lemah kerana ia merupakan vitamin larut lemak.
Selain itu, kanak-kanak juga sering mengalami kekurangan satu-satu jenis vitamin.
Sebenarnya ada banyak lagi sebab kanak-kanak perlukan sokongan vitamin tambahan.
Nanti Azu share sikit-sikit ye.
Anak-anak mommies daddies ada ambil vitamin tambahan tak?
18/11/2023
Hai gais!
Jom study sikit, apa yang kita faham tentang healthy lifestyle ni?
Menurut laman web Oxford Reference, healthy lifestyle ni termasuklah aktiviti dan tabiat yang menggalakkan perkembangan menyeluruh dari segi fizikal, mental dan kekuatan spiritual, yang mana boleh mengurangkan risiko penyakit berbahaya.
Aktiviti dan tabiat yang sihat termasuklah senaman yang konsisten, diet yang seimbang dan bernutrisi, rehat dan tidur yang cukup, menghindar daripada merokok dan pengambilan dadah serta pengambilan alkohol yang sederhana (haram bagi Muslim ya).
Nah, ini bermaksud menjaga kesihatan bukan sekadar dari segi fizikal ya.
Stay tuned, kita belajar banyak lagi sama-sama okey! ๐
16/11/2023
Selamat pagi!
Mulakan hari dengan perkara yang baik, semoga semuanya baik-baik saja.
Kesihatan yang baik, bermula dari amalan yang baik ๐
15/11/2023
Hello hi assalamualaikum!
Terima kasih sudi follow page Azu Healthy Lifestyle๐น
Jom kita sama-sama berkongsi info dan tips tentang kesihatan ๐
Lets discover tips and tricks for a happier, healthier life.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Shah Alam