Azniey Health & Beauty
Dapatkan penawar resdung, batuk, selseme dan pelbagai penyakit lagi.klik LIKE page
16/04/2025
08/03/2025
𝗕𝗶𝗹𝗮 𝘂𝘀𝗶𝗮 𝟰𝟬𝗮𝗻-𝟱𝟬𝗮𝗻 𝗻𝗶 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗸𝗮𝘂 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗛!
Antaranya :
1⃣ . Bersederhana dlm bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga
2⃣ . Ambik cuti dan tinggalkan hal2 kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak2 yang sedang membesar
3⃣ . Berhenti untuk fikir masalah kerja dirumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang.
4⃣ . Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga
5⃣ . Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana diusia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang!
6⃣ . Tinggalkan manusia2 yg mengambil kesempatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang toxic.
7⃣ . Jauhi mereka yg hipokrit, terutama yang fake!
8⃣ . Cari kawan yg ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk.
9⃣ . Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dgn keluarga!
🔟 . Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenagan untuk 60an dan seterusnya yg lebih baik bila bersara.40an Usia terbaik untuk pergi umrah pd yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.
Sumber : Prof Madya Dr Kamal
21/12/2024
Setiap kali gaduh, isteri salah...setiap kali marah, isteri salah...setiap kali ada yg tak kena, isteri salah...
Jahat btol isteri kita tu...
Asyik buat salah memanjang...xpnah buat elok, xpnah jd baik...semua yg berlaku, berpunca dari dia...kita yg jd suami ni, memanjang btol, memanjang baik, memanjang xbuat masalah...
Maksum dan sempurna btol kita...
Ada ketikanya, ada masanya, salah tu kita yg buat...punca tu dari kita...kita yg x kena, kita yg buat bg pergaduhan tu tercetus...isteri masam muka, moody, emo, sbb perangai dan perbuatan kita...
Tapi, nak ke kita mengaku? nak ke kita minta maaf kat isteri?
"Tak kot...aku suami, kenapa aku nk mintak maaf kat isteri...aku suami, dia la kena minta maaf kat aku walaupun itu salah aku, aku yg bg dia marah, buat dia sakit hati..."
Suami yg bijak, dia xkan nmpk salah isteri saja...suami yg adil, dia xkan menyalahkan isteri sahaja...klu selalunya dan selamanya isteri yg akan salah sentiasa smpai bila2, maka isteri kita tersgtlah jahat dan kita memang gagal sebagai seorang suami sbb kita gagal didik, ajar dan bimbing isteri sendiri utk buat btol dan jadi baik...
Renung-renungkan...
Kredit Penulisan : Firdaus Shakirin
21/12/2024
Apabila anda berhenti memberitahu rakan-rakan anda setiap butir-butir hidup anda, musuh anda akan kebuluran untuk mendapatkan maklumat.
Tiada khabar angin untuk pergi ke sana sini.
Jangan malu dengan pilihan anda.
Bukan semua orang yang awak anggap, atau panggil kawan awak, sebenarnya kawan awak..
Sesetengah orang berpura-pura bersama anda hanya untuk memberi makan kepada musuh anda.
Berhati-hati dengan siapa yang anda panggil kawan kerana salah satu musuh yang paling menakutkan di dunia adalah mereka yang berpura-pura berkawan.
Privasi adalah kuasa, apa yang orang tidak tahu, mereka tidak boleh merosakkan.
Kredit: Niazz
13/11/2024
'Kenapa nak mohon cerai ta'liq Puan?' tanya saya.
'Sebab suami dah lama tak bagi nafkah. Dah lebih 4 bulan. Sejak suami excident. Lepas excident dia tak kerja dah. Kitaorang pun dah tak duduk sama', jawab client perempuan tersebut.
'Kenapa tak duduk sama Puan? Kenapa tinggalkan suami lepas suami eksiden? Kenapa Puan tak jaga suami?'
'Kitorang ni susah. Duit pun takde. Saya p**ak tak kerja. Memang harap gaji dia je. Ni dia dah eksiden, kena benti keje. Saya pun takde duit. Macam mana nak tanggung dia, nak uruskan dia. Jadi biar jelah dia duduk dgn family dia. Apa2 jadi pun family dia ada', jawab client tersebut.
'Oh..macam tu. Ok2. Puan datang dengan siapa?' tanya saya lagi.
Dia terdiam.
Tup tup masuk seorang lelaki..
'Ye cik? Ada apa2 yang boleh saya bantu?'
'Takde apa.Saya tunggu bakal tunang saya ni', jawab lelaki tersebut sambil tangannya menunjuk ke arah client perempuan tersebut.
Ya Allah. Tarik nafas panjang saya. Manusia jenis apa nih??
Hmmmm.....
Saya cuma nak ingatkan pada diri saya sendiri dan pada semua perempuan diluar sana yang bergelar isteri, Nabi kata NERAKA tu hampir keseluruhan isinya adalah perempuan. Bila sahabat tanya pada Nabi kenapa keseluruhan isi neraka adalah perempuan? Nabi jawab 'disebabkan kekufuran mereka'.
Sahabat tanya lagi 'Adakah perempuan2 itu kufur kepada Allah?' Nabi jawab 'Tidak melainkan mereka KUFUR kepada suami dan mengKUFURI kebaikan suami BAHKAN saat dia melihat sesuatu yang tidak berkenan dihatinya tentang suaminya, nescaya ia akan berkata 'aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu (suami)'.
Oh ya. Satu lagi, bagi lelaki yang s**a menyondol masuk kebun kepunyaan orang, Nabi cakap masa Nabi dimikrajkan, Baginda diperlihatkan isi neraka. Ada satu golongan yang Nabi tengok makan daging busuk (bangkai) sedangkan ada daging baik disebelahnya. Rupanya2 tu golongan penzina yang s**a berzina dengan perempuan sedangkan ada isteri yang halal untuk 'digauli'.
Ok. Last sekali, mati tu dekat oi! Takde isyarat, takde tanda.Tau2 dah terkiok je. Jadi bawak2 beringat dan bertaubat ye..
# The most beautiful blessing we have been given IS the CHANCE to REPENT.
Kredit to Nur Abda Tihani
13/11/2024
Jatuh cinta itu mudah.
Siapapun pernah merasakannya.
Tapi menjatuhkan hati hingga tidak mencintai siapapun, selain yang halal baginya itu adalah kemampuan manusia yang berkelas.
Jadilah salah satunya.
Jika kelak kau temukan kekurangan pada pasanganmu, jangan sesekali kau mencelanya. Sebab bisa jadi karna kekurangan itulah, Tuhan menjodohkannya denganmu. Ada kelebihan yang kau miliki untuk melengkapi kekurangannya.
Karena sifat manusia itu mudah berubah. jadi jangan merasa istimewa dalam hidup seseorang. Mungkin hari engkau di cintai sedalamnya—lusa bisa jadi engkau di abaikan secara tiba-tiba.
Bertengkar, perbaiki, memaafkan dan tetap bertahan itulah arti kedewasaan.
Belajar memaafkan ketika di sakiti, belajar meminta maaf ketika menyakiti. Sebab hidup ini bukan tentang siapa yang paling benar; dan bukan tentang siapa yang paling besar.
Akan tetapi—Hidup ini adalah tentang siapa yang bisa menghadirkan kebaikan dan kedamaian. Terlebih untuk diri kita sendiri.
Bahagianya seorang perempuan itu bukanlah, berada di tempat mewah. Tetapi bahagianya mereka di saat dirinya di hargai dan perasaannya di jaga.
13/11/2024
BERSIKAP TAK PEDULI KADANG PERLU
Dua alasan mengapa kita tidak mempercayai orang lain, pertama kerana kita belum tahu siapa dia dan kedua kerana kita sudah tahu siapa dia. Kita bukan sombong kerana menjauhi orang-orang yang kita belum percaya atau yang tidak percaya. Kita berhak hidup damai dan bahagia. Membataskan diri dari mereka adalah bentuk peduli terhadap diri sendiri.
Selama kita tidak menyakiti sesiapapun, biarlah orang melihat kita seperti yang mereka inginkan, tidak perlu kita peduli. Diri kita bukan untuk semua orang. Hanya orang yang tertentu saja yang boleh mendapatkan perhatian, bantuan, masa, tenaga dan kepedulian dari kita. Beberapa orang lain kadang-kadang bukannya tahu berterima kasih dan bersyukur atas kepedulian kita pada mereka.
Tak valid berbuat baik pada semua orang. Bila kita dah mula marah, tunjuk yang kita tak puas hati terus di anggap kita dah keluarkan perangai sebenar. Selama kita berbuat baik sampai orang pijak kepala pun kita masih bersabar, orang tak nampak. Setiap manusia punya mental, tapi tak semua mental manusia kuat. Demi menjaga kewarasan, kadang-kadang bersikap tak peduli itu perlu.
Tak ada masalah bagaimana cara orang melihat dan mendengar tentang diri kita, sebab orang lihat tentang kita hanya sebuah perspektif, bukan kebenaran. Dan orang dengar tentang kita hanya sebuah katanya, bukan sebenar-benarnya. Tidak ada sesiapapun mengerti tentang kita selain ALLAH dan diri kita sendiri. Kita hanya akan menghabiskan masa untuk memperbaiki diri sendiri. Tidak akan membuang masa untuk orang-orang yang memandang rendah pada kita, persekitaran yang tak pandai berterima kasih dan semua bentuk yang merimaskan. Kita memperbaiki diri, hidup cara sendiri dan memperdulikan pada orang-orang yang menerima diri kita sepenuh hati.
Copy paste
04/06/2024
3 Fasa hati sebelum terputusnya sesebuah hubungan
1. Terasa hati.
Apa yg kita buat, adakalanya boleh menyebabkan pasangan terasa. Contoh perbuatan yg menyebabkan pasangan terasa hati ialah apabila kita buat sesuatu keputusan tanpa berbincang, kita tidak menjaga pergaulan, kita tidak menjalankan kewajipan, kita tidak mengawal lisan sebelum melafazkan apa jua bentuk ucapan, kita membelakangkan pasangan, kita tidak menghargai dan menghormati pasangan, kita mengabaikan pasangan.
Bila kita kerap buat dia terasa, maka datang fasa kedua iaitu..
2. Jauh hati.
Terasa tapi tak dipujuk, terasa tapi dibiarkan mcm takda apa2, rasa sedih dgn perbuatan ataupun tersinggung dgn ucapan pasangan. Bila cuba utk cari penyelesaian, selalunya akan berakhir dgn pergaduhan. Ego sentiasa memenangi perbalahan. Jauh hati adalah kekecewaan yg dihimpun, terasa yg dipendam, luka yg dibiarkan..
Bila terlalu b*k rasa jauh hati dgn pasangan, maka seterusnya hadir fasa hati yg terakhir..
3. Tawar hati.
Puncak kepada segala rasa yg terbuku didlm hati sejak drpd terasa hati dan jauh hati. Tawar hati ialah keadaan hati yg dah penuh dgn parut. Keadaan dimana dah tak rasa apa2 lagi dah dgn perbuatan atau ucapan pasangan, dah tak kisah bab perasaan, dah tak peduli bab emosi. Hati dah mati dek kerana kesakitan yg berulang kali. Had hati utk menerima kesakitan tu dah smpai limitnya...
Fasa ni yg paling bahaya sbb kebanyakkan hubungan akan terputus bila hati dah tawar utk meneruskan hubungan tu..
Yg ajaibnya, b*k pujukan dan kesedaran semasa di fasa tawar hati tapi tidak di fasa terasa dan jauh hati. Bila keadaan hati tu dah di fasa terakhir, maka tak banyak yg boleh kita lakukan...
Hati itu mungkin akan dibawa pergi utk selamanya.. 😞
Copy paste
16/05/2024
Dah lama nk menulis pasal ni, tak tahu p**a rupanya dah ada penulisan m***i tentang ini.
𝗔𝗪𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗙𝗘𝗠𝗜𝗡𝗜𝗦𝗠𝗘
Ini dalil ciptaan FEMINISME, dalam islam tiada istilah rezeki suami bergantung pada redha isteri
Pada asasnya, Allah SWT adalah pemberi rezeki yang mutlak. Tiada siapa yang dapat menghalang sekiranya dikehendaki oleh-Nya, dan tiada p**a sesiapa yang dapat memberi, sekiranya tidak diizinkan oleh-Nya.
Ucapan rezeki suami atau lelaki datang dari redha isteri boleh membawa salah faham jika tidak diperjelaskan dengan betul. Dari satu sudut, tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan rezeki seseorang itu juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga. Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk juga isteri adalah antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT. Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab. Ia juga sebagai satu motivasi agar para suami tidak mengambil ringan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Adapun rezeki suami atau lelaki bukanlah terletak pada redha isteri atau wanita secara langsung, namun ia berkait rapat dengan aspek menjaga silaturrahim dengan ahli keluarga atau ketaatan kepada ibu dalam perkara yang dibenarkan oleh syarak sebagai antara asbab keberkatan dan punca turunnya rezeki daripada Allah SWT seperti mana yang disebut di dalam hadith yang sahih.
Rujukan: https://www.m***iwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/4669-al-afkar-113-rezeki-suami-datang-dari-redha-isteri
Penulis Asal : -UN-
04/05/2024
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Taman Alam Megah Seksyen 28
Shah Alam
PERSIARANKUALALANGAT
16/04/2025