Spa Adillaz Skin Therapy Shah Alam
Kami hanya menggunakan bahan-bahan alami dan semulajadi dalam protokol kerja kami dan juga menggunak
Kami hanya menggunakan bahan-bahan alami dan semulajadi dalam protokol kerja kami dan juga menggunakan peralatan terapi yang berteknologi tinggi.
09/09/2025
Masuk je bilik, terus bau strawberry. Macam pergi ladang strawberry je.
Namun begitu, bau sahaja tidak cukup!
Paling penting adalah kesesuaian untuk pengguna.
Untuk batch ini, Kakak Chill buatkan agar pengguna boleh pakai berkali-kali dalam sehari. Sebab ramai yang request. Setial kali nak solat, mereka perlu bersihkan muka. So, takut pakai yamg sembarangan, boleh menyebabkan kekeringan akibat over sangat mencuci muka.
Maka, dengan permasalahan ini, Kakak Chill buatkan untuk selesaikan masalah yang membelenggu ini, InsyaAllah
07/09/2025
Sticker ni, kita pakai sementara je taw. Nak buat yang jenis print on terus atas botol tu, ada MOQ yang tertentu. So, sementara tu, Kakak Chill pakai yang biasa-biasa dulu ye
06/09/2025
Yang kusam, kembali glowing.
Yang berjerawat, kembali normal.
Yang kasar, kembali lembut.
Yang lawa, bertambah letopss
Dapatkan dengan harga PENGENALAN!
RM50 SAHAJA - 50G - (15 KALI PENGGUNAAN)
20/07/2025
Rawatan Pembebasan Jerawat dari Wajah!
Bebaskan segala penjajahan jerawat di wajah SEKARANG!
20/07/2025
Harini rezeki bermeeting dengan Prof Rosnah CEO MAHSA Research & Innovation Sdn Bhd; and Deputy Vice Chancellor of MAHSA University, Assoc. Prof. Dr Jamal Moideen Muthu Mohamed,
and Assoc. Prof. Ts Dr Liew Fong Fong.
Alhamdulillah, banyak yang dibincangkan lagi-lagi dalam dunia formulation, research & development. InsyaAllah doakan kolaborasi ini berjalan lancar.
Thanks to Dr Hana yang menjodohkan pertemuan ini, Alhamdulillahh. 🥰🥰
19/05/2025
APAKAH KESILAPAN PALING BESAR KETIKA LAKUKAN MICRONEEDLING?
Inilah akibat dari teknik yang terlalu agresif sehingga menyebabkan kulit wajah seperti dicakar.
Berdasarkan gambar ini, terdapat beberapa petunjuk yang menunjukkan kesilapan teknik microneedling yang mungkin dilakukan oleh juruterapi.
1. Kedalaman Jarum Tidak Sesuai. Gambar menunjukkan kesan kemerahan dan kerosakan kulit yang serius, menunjukkan penggunaan derma pen dengan jarum yang terlalu panjang atau tekanan yang berlebihan. Kedalaman jarum yang tidak sesuai untuk jenis kulit atau kawasan yang dirawat boleh menyebabkan trauma kulit yang teruk.
2.Teknik Penggunaan yang Salah. Penggunaan derma pen memerlukan teknik yang menekap dan konsisten. Tekanan yang berlebihan atau gerakan yang kasar boleh menyebabkan luka mikro yang terlalu dalam, mengakibatkan kerosakan kulit seperti yang dilihat dalam gambar.
3. Kebersihan yang Tidak Dijaga. Jika alat microneedling tidak disterilkan dengan betul sebelum digunakan, ia boleh menyebabkan jangkitan atau kerengsaan kulit. Gambar menunjukkan keradangan yang teruk, yang mungkin disebabkan oleh kebersihan yang tidak dijaga.
4. Kekerapan Rawatan yang Tidak Sesuai. Melakukan microneedling terlalu kerap tanpa memberi masa yang cukup untuk kulit pulih boleh menyebabkan kerosakan kulit yang kumulatif. Ini mungkin salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan kulit dalam gambar.
5. Tiada Produk Sokongan. Selepas microneedling, kulit memerlukan produk penjagaan yang sesuai seperti serum atau pelembap yang membantu dalam proses pemulihan. Kegagalan menggunakan produk sokongan boleh memperburuk keadaan kulit.
6. Kulit Tidak Bersedia. Jika kulit pesakit dalam keadaan sensitif, berjerawat, atau mempunyai luka terbuka sebelum rawatan, microneedling boleh memperburuk keadaan. Juruterapi sepatutnya menilai keadaan kulit sebelum memulakan rawatan.
Untuk mengelakkan kesilapan ini, adalah penting untuk memastikan bahawa:
- Kedalaman jarum dipilih berdasarkan jenis kulit dan kawasan yang dirawat.
- Alat microneedling disterilkan dengan betul sebelum dan selepas penggunaan.
- Teknik aplikasi dilakukan dengan lembut dan konsisten.
- Kulit dinilai terlebih dahulu untuk memastikan ia sesuai untuk rawatan.
- Produk penjagaan kulit yang sesuai digunakan selepas rawatan.
Share kan untuk manfaat semua🥰
Rawatan Jeragat
18/05/2025
SIAPA LEBIH JAHAT?
Jeragat ni sememangnya dikenali sebagai Musuh No.1 bagi wanita.
Kalau jerawat tu macam musuh juga tapi musuh dalam selimut, jeragat ni p**a ibarat perompak kulit yang datang tanpa diundang!
"Jeragat vs Jerawat: Siapa Lebih Jahat?"
Mehh Kakak Chill nak ulas.
Jerawat ni kalau muncul memang sakit, tapi lepas 3-5 hari, dia bye-bye!
Jeragat p**a: Tetiba je dia boleh ada, tak sakit, cuma, kalau dia boleh cakap, mungkin dia kata: "Aku akan bersamamu selamanya, sayang!" Hahaha. Sakitnya di hati.
Jeragat ni macam bekas cinta lama.
Dia setia macam ex yang taknak move on.
Jerawat boleh hilang tapi bila hilang, dia tinggalkan parut, Ibarat cinta lama kita dulu yang saja je nak sakitkan hati bila dah putus. Huhu
Lagi satu, Jeragat ni Pakar Hide & Seek. Macamana tu?
Walaupun kita pakai foundation tebal, dia masih: "Hello, I’m here!"👋
Dia tak menonjol pon, tapi dia memang attention seeker!
Nak buat Rawatan apa?
Ada rawatannya tapi tulaa, Mahal Gila!
- Laser? RM500-RM1000 sekali shot.
- Duit boleh hilang, tapi jeragat? Dia tetap setia!
Kesimp**an?
Jeragat ni macam tetamu tak diundang yang dah terlanjur masuk. Hmm jenuh halau, kadang-kadang dia malu, dia keluar. Kadang-kadang, degil, dia duduk juga.
Dah tu, nak buat camana? Haaa Kita sambung cerita lagi pasni
08/05/2025
Mula-mula mungkin nampak natural, manis dan ayu.
Namun, jika tidak kawal diri, manusia selalunya rasa tak cukup. Nak tambah lagi. Masih lagi rasa kurang di situ dan di sinun. Akhirnya, tambah lagi filler, dan akhirnya, jadilah seperti foto yang ke-2.
Hati-hati.
Jom booking raya ! Masih ada slot kosong pada Ramadhan ini. Pastikan anda menjadi 20 Terawal untuk mendapat PERCUMA RAWATAN HYLURON OXY ketika facial nanti. Cepat book taw!!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
46-1A, Tingkat 1, Blok 8, Jalan Pahat H15/H, Dataran Otomobil
Shah Alam
40300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 18:00 |